Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 34

Dalam empat jalur yang sama besarnya

dalam bahagian tengah itu, warna-warna


hitam dan putih ialah warna Pahang,
merah dan kuning warna Selangor, hitam,
putih dan kuning warna negeri Perak,
merah, hitam dan kuning warna Negeri
Sembilan.
Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri
Melayu Bersekutu yang asal.
Faktor-faktor
pembentukan
Negeri-negeri
Melayu Bersekutu
1896
Pendahuluan
Negeri-negeri Melayu Bersekutu
merupakan gabungan 4 buah
negeri di Tanah Melayu iaitu Perak,
Selangor, Negeri Sembilan dan
Pahang yang telah disatukan
dalam satu pentadbiran berpusat.
Pentadbiran ini juga dikenali
sebagai Persekutuan 1896.
Idea awal penubuhan persekutuan ini telah
dikemukakan oleh Sir Fredrick Weld.
Walaupun idea ini ditolak namun terus
diusulkan sehinggalah Frank Swettenham
berjaya mendapat persetujuan daripada
keempat-empat sultan untuk menerima
pembentukan persekutuan ini.
Hasil kerjasama erat dan hubungan baik
Frank Swettenham dengan sultan-sultan
Melayu, akhirnya pada 1 Julai 1896,
persekutuan dilaksanakan secara rasmi.
Faktor 1

Masalah Kewangan
Negeri Pahang
Pada mulanya Inggeris
berkeyakinan bahawa Pahang
mempunyai potensi yang baik dari
segi ekonomi.
Setelah memperkenalkan sistem
residen pada tahun 1888 di
Pahang, Inggeris mengalami krisis
kewangan sejak awal tahun 1890-
an.
Pada tahun 1892 Pahang terpaksa
membuat pinjaman daripada Negeri-
negeri Selat.
Keadaan bertambah buruk apabila
berlaku pemberontakan Pahang oleh
Dato Bahaman, Tok Gajah dan Mat
Kilau menentang Inggeris yang
menambahkan beban kewangan
Pahang lagi.
Dalam keadaan terdesak, Kerajaan
Inggeris perlu membuat keputusan
sama ada hendak mengundurkan diri
dari Pahang atau sebaliknya.
Demi memelihara maruah dan
martabat Inggeris , Pahang perlu
dipertahankan melalui cadangan
pembentukan persekutuan untuk
mengatasi masalah kewangan negeri
ini.
Faktor 2
Mengawal
Kuasa
Residen
Di bawah sistem residen, Residen
menjadi terlalu berkuasa di negeri-
negeri masing-masing.
Sultan hanya simbol semata-mata dan
bertindak sebagai pemerintah boneka.
Kesukaran sistem perhubungan
menjadikan Residen semakin berani
menguatkan kuasa mereka.
Kuasa Residen yang keterlaluan
boleh menimbulkan rasa tidak puas
hati dalam kalangan pembesar Melayu.
Justeru, Frank Swettenham
mengesyorkan jawatan Residen
Jeneral diwujudkan bagi
menyelaraskan tugas keempat-empat
buah negeri Melayu di bawah Sistem
Residen.
Faktor 3
Kecekapan dan
keseragaman
pentadbiran
Di bawah pemerintahan Sistem
Residen, pentadbiran keempat-empat
buah negeri diasingkan dan
ditadbirkan oleh empat orang residen
yang berlainan.
Hasilnya wujud ketidakseragaman
pentadbiran di Negeri-negeri di Tanah
Melayu.
Setiap residen menumpukan
perhatian di negeri-negeri masing-
masing.
Frank Swettenham mencadangkan
penyatuan Negeri-negeri Melayu bagi
mengatasi ketidakseragaman
pentadbiran.
Melalui pembentukan persekutuan,
Inggeris dapat menambahkan
kecekapan pentadbiran serta dapat
memajukan pembangunan
sosioekonomi secara menyeluruh dan
bersepadu di keempat-empat buah
negeri.
Pembentukan persekutuan ini juga
diharapkan mewujudkan keseragaman
pentadbiran, kerjasama antara negeri
untuk memajukan sistem
pengangkutan yang pastinya
menguntungkan Inggeris kerana
memudahkan usaha membawa hasil
ekonomi ke pelabuhan untuk
dieksport.
Faktor 4

Faktor
keselamatan
Pihak Inggeris menyedari bahawa
Persekutuan perlu bagi membentuk
satu pasukan tentera bersama
melindungi Negeri-negeri Melayu dan
Negeri-negeri Selat.
Sebelum ini kekacauan yang berlaku
di Tanah Melayu ditangani dengan
terpaksa mendapatkan bantuan dari
Singapura, Hong Kong dan India.
Melalui pembentukan persekutuan,
kekuatan angkatan tentera dapat
diwujudkan dengan adanya gabungan
keempat-empat buah negeri.
Dengan memiliki angkatan tentera
yang besar dan kuat, Inggeris
bertambah yakin untuk mengatasi
sebarang kemungkinan berkaitan
kekacauan di Negeri-negeri Melayu
tanpa bantuan dari luar.
Faktor 5

Faktor ekonomi
Kegagalan Sistem Residen
memajukan dan mempelbagaikan
sumber ekonomi di sesebuah negeri
telah memberikan peluang yang lebih
luas kepada orang Cina untuk
mengeksploitasi kekayaan ekonomi di
Negeri-negeri Melayu.
Oleh itu, pelaksanaan Sistem Residen
lebih menguntungkan orang Cina
berbanding orang Inggeris.
Bertitik tolak daripada pengalaman
tersebut, maka pembentukan sebuah
persekutuan amat penting bagi mewujudkan
keseimbangan kemajuan ekonomi dan
menarik kehadiran pelabur-pelabur Eropah
ke Negeri-Negeri Melayu.
Kemasukan pelabur Eropah secara
beramai-ramai dijangka akan mempercepat
pertumbuhan dan kemajuan ekonomi secara
berskala besar.
Faktor 6
Memperluas
Sistem
perhubungan
Di setiap negeri, Residen, membina
jalan raya dan kereta api untuk
negerinya sahaja.
Tiada usaha untuk menghubungkan
jalan raya dan jalan kereta api di antara
keempat-empat buah negeri itu.
Lantaran itu sukar bagi residen
membincangkan perkara-perkara
penting antara satu sama lain.
Oleh itu dengan penubuhan
persekutuan, sistem perhubungan
dapat dimajukan di Negeri-negeri
Melayu bagi memudahkan usaha-
usaha menyelaras sistem
pengurusan di semua negeri
tersebut.
Faktor 7
Dasar
Kerajaan
Inggeris
Pada akhir abad ke-19, Inggeris mula
menggalakkan penyatuan negeri-negeri
yang terletak di bawah perlindungannya.
Pembentukan sebuah persekutuan
didiorong oleh hasrat dan dasar Inggeris
yang ingin menyatukan negeri-negeri kecil
di tanah jajahan mereka.
Matlamatnya untuk memudahkan usaha
mengeksploitasi sumber kekayaan negeri
agar dapat dikumpulkan dan diagihkan
secara sama rata bagi faedah semua.
Selain itu, usaha penyatuan
memperlihatkan dasar Inggeris yang
cuba mengurangkan kos pentadbiran,
mewujudkan kestabilan ekonomi dan
menambahkan kecekapan dalam
pemerintahannya.
Ini menjadi dasar Inggeris untuk
memperlihatkan kejayaan pelaksanaan
dasar ini di tanah jajahannya di
Australia, Afrika Selatan, Amerika Utara
dan Kanada.
Kesimpulan
Akhirnya Inggeris telah menerima
cadangan Frank Swettenham, C.P
Lucas dan Sir Cecil Celementi Smith
untuk penubuhan Negeri-negeri Melayu
Bersekutu.
Sepanjang pelaksanaannya,
persekutuan ini telah meninggalkan
pelbagai kesan dalam politik, ekonomi
dan sosial.
Penubuhan Persekutuan 1896
merupakan langkah awal ke arah
penyatuan negeri-negeri Melayu.
STPM 2002
Jelaskan sebab-sebab
penubuhan Negeri-negeri
Melayu Bersekutu pada
tahun 1896.
STPM 2004

Huraikan kepentingan
Perjanjian Persekutuan
1896 dari segi politik dan
ekonomi.

You might also like