Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

https://sejarahk2.wordpress.

com/nota-sejarah-
tingkatan-2/bab-2-kekayaan-hasil-bumi-mendorong-
campur-tangan-british/

https://mppsmkpn.blogspot.com/2011/12/bincangk
an-faktor-faktor-campurtangan.html

https://asalusulorangmelayu.wordpress.com/2010/0
6/16/sejarah-negeri-perak/

https://matsejarah.blogspot.com/2014/07/penentan
gan-terhadap-british-di-perak.html

https://asalusulorangmelayu.wordpress.com/2010/0
6/16/sejarah-negeri-perak/
• i. Kekayaan bumi NNM
• hasil bumi seperti bijih timah, emas, bijih besi dan arang batu
• kawasan utama bijih timah di Larut dan Kinta (Perak), di Sungai Pahang dan Sungai Lembing (Pahang),
di Lukut, Kuala Lumpur , Ampang dan Petaling (Selangor) dan di Sungai Ujong, Negeri Sembilan
• kawasan utama emas ialah di Ulu Tembeling, Pahang
Latar belakang perak
Negeri Perak sebenarnya telah wujud pada zaman pra sejarah lagi. Kota Tampan di Lenggong merupakan
satu-satunya kawasan yang terbukti wujudnya Zaman Batu Lama di Tanah Melayu. Bertolak dari tarikh
antara 400,000 hingga 8,000 tahun sebelum masihi, Negeri Perak telah mengalami evolusi dari masa ke
masa. Kesan peninggalan sejarah zaman batu ini terbukti dengan jumpaan alat-alat batu dan fosif-fosil
manusia dikenali dengan nama Perak Man. Negeri Perak merentasi Zaman Hoabinhian seterusnya
Zaman Batu Baru dan Zaman Logam, yang dapat dibuktikan dengan jumpaan-jumpaan tertentu.Perak
Selepas Pra Sejarah

Zaman Kedatangan Islam dan Sebelum Kesultanan

Kerajaan Manjung di Beruas dianggap sebagai Kerajaan tertua di Perak. Selepas lenyapnya Manjung,
kira-kira pada awal kurun ke l5 telah wujud Kerajaan Melayu Beruas. Dari bukti-bukti yang terpahat di
batu nisan yang ada menunjukkan bahawa sebuah Kerajaan Islam. Adalah dipercayai bahawa Islam
datang ke Perak melalui negeri seperti Melaka dan negeri-negeri di Pantai Timur.

Di samping itu Islam telah berkembang hingga ke pendalaman Negeri Perak melalui jalan Sungai Perak.
Selain Kerajaan Beruas terdapat kuasa-kuasa pembesar tempatan di Ulu Perak seperti Kerajaan Roman,
Tun Saban, To' Temong dan lain-lain kerajaan yang belum dapat dikesan. Zaman Kesultanan

Titik kegemilangan sejarah Negeri Perak ialah setelah wujudkan sistem kesultanan yang merangkumi
kawasan seluas 8,ll0 batu persegi. Pertabalan Sultan Mudzaffar Shah l pada tahun l528 telah membuka
lembaran baru ke arah pemodenan.

Kejumpaan bijih timah oleh Cik Long Jaafar di Larut pada tahun l824 telah mencepatkan lagi kemajuan
Negeri Perak. Ditambah dengan kemasukan Inggeris pada tahun l874 telah memperkenalkan getah
sebagai sumber ekonomi yang baharu. Akibat dari ini banyak imigran terutama kaum Cina dan India
datang ke negeri ini.

Dari dua sumber ekonomi di atas di samping sumber ekonomi tradisionalnya, Negeri Perak Darul
Ridzuan telah berkembang pesat di bawah naungan 34 orang sultannya hingga sekarang ini.

Penjajahan Inggeris yang berlaku bermula dari tahun l874 telah memperkenalkan beberapa sistem
pentadbirannya yang mana akhirnya wujud penentangan terhadap sistem tersebut.
1.Campur tangan dalam adat resam tempatan (percanggahan
makna adat)
Mengikut Perjanjian Pangkor, Residen British tidak boleh menyentuh
satu Percanggahan makna 'adat" kepada orang Melayu dan British.
Malangnya konsep 'adat" ini tidak diteliti semasa menandatangani
Perjanjian Pangkor. Bagi orang British, adat adalah kebiasaan bukan
undang-undang.

Namun, bagi orang Melayu, adat merangkumi segala cara hidup


yang meliputi aspek politik, perdagangan, ekonomi, dan
kebudayaan. Ini bermakna fungsi politik seorang pembesar
merangkumi fungsi kehakiman, pengutipan hasil cukai, dan
keagamaan. Bagi orang Melayu, unsur keagamaan dan kenegaraan
tidak boleh diasingkan manakala bagi British, kedua-dua unsur
keagamaan dan kenegaraaan adalah berbeza. Agama dan adat bagi
orang British tergolong dalam hal sosial manakala unsur kenegaraan
adalah hal politik. Tindakan British memisahkan adat Melayu dan
hal-hal sekular merupakan sesuatu yang asing pada orang Melayu.
2.Sistem pewarisan takhta
British telah campur tangan dalam sistem pengganti Sultan.
Tindakan sedemikian mencabar struktur negeri - negeri Melayu
tradisional apabila Sir Andrew Clarke melantik Raja Abdullah sebagai
Sultan. Tindakan ini bercanggah dengan adat tradisi sistem
pewarisan kerajaan Perak.
Menurut sistem politik Melayu, pelantikan Raja Abdullah boleh
dipersoalkan. Pelantikan Raja Abdullah tidak disokong oleh alat
kebesaran Perak yang ketika itu berada pada Sultan Ismail.Campur
tangan British merumitkan lagi keadaan di Perak dan gagal
menyelesaikan masalah tersebut. Ini kerana terdapat dua orang
Sultan di Perak, iaitu Sultan Ismail yang dilantik oleh pembesar
Perak dengan sokongan alat kebesaran Perak dan Sultan Abdullah
yang dilantik oleh British.Dengan perkataan lain, Perjanjian Pangkor
adalah peranjian antara British dengan Raja Abdullah sahaja dan
bukan antara British dengan Perak.
3.Pemungutan cukai
Pembesar Perak dan Sultan Abdullah menentang hebat cadangan
J.W.W. Birch mewujudkan sebuah khazanah pusat yang akan
dikelolakan oleh seorang Residen untuk menguruskan pembayaran
gaji.Mengikut adat Melayu, pembesar dan sultan berhak ke atas
pungutan
cukai di daerah mereka. Hasil cukai merupakan sumber pendapatan
dan sumber untuk menanggung anak buah mereka. J.W.W. Birch telah
menghapuskan peraturan masyarakat Melayu tradisional sejak turun-
temurun.Birch sekali lagi telah campur tangan dalam adat istiadat
Melayu dengan penghapusan hak pungutan cukai.
4.Amalan perhambaan
Birch juga secara terbuka menentang adat hamba berhutang malah
sanggup memberi perlindungan kepada hamba abdi yang lari dan
berlindung di kediamannya. Dalam Perjanjian Pangkor, tidak
disebutkan tentang amalan perhambaan.Pada pandangan orang
British, penghapusan amalan ini adalah perlu kerana dianggap
bertentangan dengan kerajaan "bertamadun''.Birch telah melanggar
Perjanjian Pangkor apabila cuba menghapuskan perhambaan kerana
perhambaan termasuk dalam adat orang Melayu.
5.Perundangan dan kehakiman
Demi memastikan bahawa segala peraturan baharunya diikuti dan
berjalan lancar, Birch telah memperkenalkan undang-undang awam
dan jenayahnya sendiri.Penguatkuasaan undang-undang ini akan
dilaksanakan oleh sepasukan polis kerajaan. Beberapa buah balai
polis didirikan di Kuala Kurau, Bruas, Kota Setia, Durian Sebatang,
Tannjung Piandang, Kuala Kangsar dan Kota Lumut.
6.Pelantikan Penghulu
Penghulu di semua kampung akan bertanggungjawab kepada Residen
dan bukannya kepada pembesar daerah. Pengenalan peraturan ini
telah mencabar kedaulatan sultan dan kekuasaan pembesar-
pembesar Perak.Jawatan Penghulu yang dicalonkan oleh pembesar
dan disahkan melalui surat tauliah Sultan tidak lagi diiktiraf, Penghulu
kini bertanggungjawab kepada Residen tanpa tauliah Sultan. Segala
pencalonan, penjawatan, dan penyingkiran Penghulu terletak di
bawah kuasa Residen.

You might also like