Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 43

Pringkat-Pringkat Perkembangan

Kanak-Kanak Dan Teori-Teori


Perkembangan Yang Berkaitan:
Perkembangan Sosioemosi

Kumpulan 1
Oleh: Mohd Syafie
Asrul Hafiz
Wan Mohd Ridzauddin
Muhammad Shafiq
Perkembangan Sosio-emosi
• Memberi fokus kepada penguasaan kemahiran
emosi yang matang.
• Penting dalam kehidupan seseorang kanak-
kanak kerana ia menjadi asas kepada
pembelajaran dan perkembangan murid dan
seterusnya mempengaruhi kejayaan dalam
pembelajaran mereka.
• Perkembangan emosi bermula dengan
kebolehan murid memahami dan menguruskan
emosi sendiri, diikuti dengan pencapaian emosi
yang positif.
• Kebolehan menguruskan emosi membantu
membina keyakinan diri, semangat berdikari
dan sikap positif terhadap pembelajaran.
• Keupayaan mengurus emosi diri sendiri
membolehkan murid memahami emosi,
keperluan dan menghormati pandangan orang
lain
• Membina kemahiran sosial dalam masyarakat
berbilang kaum yang mesra dan harmoni.
[Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2007]
• Apabila dikatakan kanak-kanak mempunyai
tahap sosioemosi yang memberangsangkan,
ini bermakna mereka mempunyai sesuatu
perasaan sebagai reaksi bagi menyesuaikan
diri dengan kehendak masyarakat dengan
cemerlang
• Sosio-emosi yang ditunjukkan oleh kanak-
kanak dalam bentuk yang keterlaluan tidak
baik dipandang oleh masyarakat
Sosio-emosi
• Terdiri daripada dua perkataan iaitu sosial
dan emosi
• Kamus Pelajar Edisi Pertama-sosial
bermaksud segala hal yang berkaitan dengan
masyarakat atau kemasyarakatan.
• Kamus Dewan Edisi Ketiga pula menakrifkan
sosial sebagai segala yang berkaitan dengan
masyarakat, perihal masyarakat dan
kemasyarakatan
• Perkembangan sosial pula adalah satu proses
apabila kanak-kanak belajar berhubung dengan
orang lain mengikut cara yang dapat diterima
oleh masyarakat dan budayanya
• Terdiri daripada kemahiran berinteraksi dengan
orang lain, pembentukan kendiri, penghargaan
kendiri dan kawalan kendiri
“Identiti sosial dan kefahaman kendiri kanak-
kanak berkembang dalam dua peringkat, iaitu
kewujudan kendiri dan kategori kendiri” (Lewis,
1995; Lewis & Books-Gunn, 1979).
Emosi
• Emosi berasal daripada perkataan Greek iaitu
“emovere” yang membawa maksud “untuk
keluar”
• Satu perasaan afektif yang dialami oleh
seseorang individu dalam sesuatu keadaan
yang memberi makna kepada dirinya
• Ditakrifkan sebagai tindak balas atau
kebangkitan yang ditonjol keluar sebagai
rangsangan kepada perasaan emosi
• Ahli psikologi dan fisiologi berpendapat:
– emosi melibatkan perasaan, gerak hati, tindak
balas fisiologi dan pernyataan emosi.
– datang dalam berbagai bentuk seperti emosi
gembira, sedih, takut, marah dan lain-lain.
– Tahap emosi juga pelbagai dan secara umumnya
emosi dikelaskan sebagai emosi positif seperti
gembira, teruja, girang dan emosi negatif pula
adalah seperti marah, sedih, kecewa dan lain-lain
Teori-teori Perkembangan Sosioemosi
• Bandura
– Menyatakan bahawa perkembangan emosi kanak-
kanak juga diperoleh dengan cara peniruan.
– Berpendapat kanak-kanak meniru tingkah laku
emosi yang diperhatikannya pada orang lain dan
melakukan gerak balas yang tidak pernah dibuatnya
dahulu.
– Cara kanak-kanak menyatakan emosinya bergantung
kepada apa yang telah dipelajarinya mengenai
penerimaan oleh masyarakat, cara yang paling
mendatangkan kepuasan dan yang telah
dipelajarinya untuk mendapatkan sesuatu dengan
paling mudah dan cepat.
• Menekankan kepentingan hubungan sosial
dengan individu-individu di persekitaran
kanak-kanak
• personaliti seseorang kanak-kanak dibentuk
hasil daripada perkembangan psikososial ini
• Erikson memperkenalkan lapan peringkat
perkembangan psikososial
PERKEMBANGAN
KANAK-KANAK DARI ASPEK MORAL
• TEORI PIAGET yang diperkenalkan oleh Jean
Piaget berdasarkan pemerhatian semulajadi
terhadap kanak-kanak dan beliau telah
membahagikan perkembangan moral kepada
dua tahap iaitu :
– Tahap Pertama : Moaraliti Heteronomus ( 6-10
tahun )
– Tahap Kedua : Moraliti Autonomus @ Kerjasama
( 10-11 ke atas )
Tahap Pertama : Moaraliti
Heteronomus ( 6-10 tahun )
• Kanak-kanak mempercayai peraturan datang
dari ibubapa atau orang-orang yang
mempunyai autoriti lain.
• Peraturan juga dianggap sebagai sesuatu
yang tidak boleh diubah dan pada tahap ini
kanak-kanak hanya dapat melihat sesuatu
peraturan dengan satu pandangan sahaja.
Tahap Kedua : Moraliti Autonomus @
Kerjasama ( 10-11 ke atas )
• Tahap ini dicirikan dengan fleksibiliti moral.
Kanak-kanak sudah mula kurang egosentik dan
peraturan tidak dilihat sebagai sesuatu yang
tidak boleh diubah.
• Menurut Piaget lagi, pergerakan dari satu tahap
ke tahap lain bergantung kepada kematangan
kognitif dan pengalaman sosial terutama sekali
pengalaman menyelesaikan konflik yang berlaku
sesama kawan-kawan.
• TEORI KOHLBERG
– berpendapat bahawa moraliti berkembang
mengikut satu siri. Ia berkembang secara
universal dalam tiga tahap dan dalam satu tahap
terbahagi kepada dua peringkat
– membina teorinya berdasarkan gerak balas
kanak-kanak terhadap sesuatu dilema yang
dialaminya
Moraliti Prakonvensional
( 0 hingga 9 tahun )
• Berdasarkan kepada betul atau salah tingkah
laku bergantung kepada tekanan luaran.
• Kanak-kanak akan mematuhi peraturan demi
mengelak daripada dikenakan dendaan atau
memperoleh ganjaran atau untuk
kepentingan diri kanak-kanak tersebut
• Tahap ini mempunyai 2 peringkat iaitu:
– Peringkat 1 : Orientasi Dendaan dan Taat di mana
motif utama tingkah laku untuk mengelak
dendaan
– Peringkat 2 : Orientasi Egoistik yang
membolehkan seseorang kanak-kanak mematuhi
peraturan demi untuk menerima ganjaran untuk
memuaskan kehendak diri mereka.
Moraliti Konvensional
( 9 hingga 15 tahun )
• Mesti akur pada norma yang dipegang oleh
majoriti dan perlu dikekalkan oleh sosial
menjadi cara utama penaakulan moral pada
tahap ini
• boleh menerima pendapat dan motif orang
lain.
• Mereka juga sudah bertanggungjawab untuk
menyumbang sesuatu kepada masyarakat.
• Tahap ini mempunyai 2 peringkat iaitu :
– Peringkat 3 : Moraliti “Budak baik” yang mana
apa yang betul ialah apa yang dipersetujui oleh
autoriti.
– Peringkat 4 : Moraliti Mengekalkan Susunan
Sosial dan Autoriti pula ialah apa yang betul
sekarang ialah apa yang akur atau selaras dengan
peraturan yang dilaksanakan oleh autoriti.
• Imam Al-Ghazali
– akhlak adalah suatu keadaan yang tetap dalam
diri atau jiwa yang melahirkan tindakan,
perlakuan, atau perilaku amalan dengan mudah
tanpa memerlukan pemikiran.
– Ia merupakan suatu keadaan atau sifat yang ada
di dalam diri atau jiwa manusia yang telah tetap,
sehingga dengan mudah melahirkan perlakuan
atau perilaku yang baik atau buruk tanpa difikir
atau dirancang terlebih dahulu
– Anak-anak harus disediakan dengan aspek
pengawasan, prinsip muraqabah bahawa Allah
Maha Besar dan sedang memerhatikan segala
amal baik atau buruk yang mereka lakukan
• Firman Allah:
Luqman menasihati anaknya dengan berkata ,
‘Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika
ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk)
seberat biji sawi sekalipun, serta ia tersembunyi
di dalam batu besar ataupun di langit ataupun di
bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah
(untuk dibicarakan dan dibalas-Nya) kerana
sesungguhya Allah amat luas pengetahuan-Nya,
lagi amat meliputi segala yang tersembunyi.’
(surah Luqman ayat 16)
PERKEMBANGAN
KANAK-KANAK DARI ASPEK EMOSI

• Secara amnya, emosi adalah perasaan atau


kompenen efek dalam tingkah laku seseorang
manusia (Lefrancois,2001)
• Santock ( 1998 ), mendefinasikan emosi
sebagai perasaan atau efek yang melibatkan
satu gabungan rangsangan fisiologi (
physiological arousal ) seperti degupan
jantung yang laju dengan tingkah laku yang
nyata seperti senyum
• Emosi boleh diklasifikasikan kepada dua
kategori iaitu emosi yang positif dan emosi
yang negatif.
EMOSI

NEGATIF POSITIF
• Emosi yang tergolong dalam kategori emosi yang
positif adalah seperti rasa gembira, seronok,
ghairah, dan bersemangat.
• Emosi yang negatif pula adalah terdiri daripada
emosi yang mempunyai nada yang negatif
seperti cemas,marah,sedih,rasa bersalah,dan
sebagainya.
• Kanak-kanak dikatakan boleh mengalami kedua-
dua jenis emosi ini serentak.
Pensyarah Psikologi Perkembangan Dan
Pendidikan Awal Kanak-kanak Institut
Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia, Dr Mastura Badriz berkata
“ilustrasi emosi yang terlihat dalam kehidupan
harian kanak-kanak berfungsi sebagai satu
cara bagi komunikasi untuk memberitahu dan
menyatakan keperluan mereka”
• Menurut Dr. Sharifah Nor, dalam
perkembangan sosio emosi pula ia adalah
untuk membolehkan mereka ( kanak-kanak )
dapat mengurus dan memahami emosi
sendiri, mencapai emosi yang positif,
membina kemahiran sosial dan membina
keyakinan untukmenghadapi cabaran dalam
kehidupan harian
• kanak-kanak mengawal emosinya berasaskan
pemikiran. Mereka menganggap satu cara
untuk tidak sedih dengan cara memikirkan
sesuatu yang akan lebih menggembirakannya
PERKEMBANGAN SOSIAL
KANAK-KANAK
• Satu proses perkembangan yang membolehkan
kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain
mengikut cara yang boleh diterima oleh sesuatu
masyarakat serta budaya
• melibatkan proses sosialisasi yang
membolehkan kanak-kanak mempelajari
tingkah laku sosial atau melakukan penyesuaian
social dalam sesuatu persekitaran atau
lingkungan sosial
• dikaji melalui beberapa aspek sosialisasi yang
penting seperti proses peniruan dan
identifikasi,aktiviti bermain,perkembangan
kongnisi sosial,persahabatan,dan
perhubungan dengan rakan sebaya.
Proses Sosialisasi
• Kanak-kanak mempelajari tradisi,
kepercayaan, nilai, dan adat yang dianut oleh
kumpulan sosial mereka.
• Mempelajari peraturan -peraturan sosial
yang diamalkan oleh sesuatu kumpulan
sosial.
– Misalnya,mereka mempelajari cara pemaparan
emosi yang sesuai,dan cara mentafsir tingkah
laku dan pernyataan emosi orang lain dengan
tepat
• Ditentukan pula oleh konteks budaya.
• Tingkah laku sosial yang sesuai bagi sesuatu
budaya mungkin dianggap tidak sesuai bagi
budaya lain.
• Namun demikian,terdapat banyak tingkah
laku sosial yang bersifat universal dan
merentasi pelbagai kumpulan etnik dan
budaya.
Teori Perkembangan Sosial
• Erik Erikson
– Teori Perkembangan Psikososial Erikson
• Menerangkan perkembangan sosial manusia sebagai
satu siri perkembangan yang terdiri daripada lapan
peringkat dan setiap peringkat mengandungi
kecenderungan atau keinginan yang berkonflik
• Individu dakatakan perlu menguasai kecekapan
tertentu dalam menghadapi setiap peringkat
perkembangan ini
PERINGKAT PERKEMBANGAN
SOSIAL KANAK-KANAK MENGIKUT
TEORI PERKEMBANGAN
PSIKOSOSIAL ERIKSON
Autonomi lawan keraguan
(1 hingga 3 tahun)
• Kanak-kanak akan cuba melakukan aktiviti
fizikal tanpa memerlukan bantuan orang dewasa
contohnya ingin cuba makan dan minum dengan
sendiri, membuang air, memakai kasut dan
sebagainya.
• Kanak-kanak yang diberi sokongan untuk
meneroka perlakuan fizikal ini akan merasa
mempunyai keyakinan diri atau autonomi
manakala yang tidak diberi peluang akan
merasa ragu-ragu kepada dirinya.
Inisiatif lawan rasa berasa bersalah
(4 hingga 6 tahun)
• Kanak-kanak cuba berdikari dengan meneroka
persekitaran dan kemahiran baru. Mereka
suka bertanya dan mahu penjelasan untuk
situasi yang berlaku.
• Sokongan yang diberi akan menggalakkan
inisiatif dalam diri kanak-kanak. Kanak-kanak
yang tidak diberi peluang akan rasa bersalah
kepada dirinya.
Berdaya Tindak lwn Rasa Bersalah
( 2 atau 3 tahun-6 tahun)

-Pembentukan kesedaran kendiri melalui


identifikasi dengan ibu bapa dan kesedaran
tentang tanggungjawab atas tindakan
sendiri.

-Ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan

-Identifikasi
- Kecekapan yang diperlukan ialah
pembentukan kesedaran tentang daya
usaha dan daya tinda.
- Namun demikian,masih wujud keinginan
untuk mengekalkan keselesaan dan
keselamatan yang diperoleh dengan
menerima kawalan dan tanggungjawab
daripada orang dewasa.
Rajin lwn Rendah Diri (6-11 tahun)
-Pembentukan nilai kendiri yang kuat melalui
interaksi dengan rakan sebaya.
Sekolah dan guru
-Pendidikan dan pembelajaran
-Galakan
Perkembangan yang dinyatakan di sini hanya
merangkumi kanak-kanak pertengahan &
kanak-kanak akhir.
KONSEP TEORI PERSAHABATAN
• Robert Selman mengemukakan bahawa dalam
perhubungan persahabatan kanak-kanak
terdapat 3 tahap iaitu
– Tahap Pertama
– Tahap Kedua
– Tahap Ketiga
• Tahap Pertama berlaku semasa kanak-kanak pra
sekolah di mana sahabat dianggap sebagai
kawan sepermainan sahaja.
• Biasanya sahabat yang menjadi teman adalah
kawan yang tinggal berdekatan dengan rumah
kanak-kanak tersebut.
• Pada tahap ini, persahabatn dieratkan lagi
dengan perkongsian alat permainan dan kanak-
kanak pada tahap ini tidak mementingkan nilai
persahabatan
• Tahap Kedua pula karakteristik pada permulaan
persekolahan. Selman mengelarkan tahap ini
sebagai “one way assistance”.
• Tahap ini berlaku kepada kanak-kanak yang
berumur dalam lingkungan 8 hingga 10 tahun.
• Kawan adalah sahabat setia yang boleh
dipercayai dan diharap untuk membantu
mereka pada bila-bila masa.
• Tahap Ketiga merupakan tahap yang
membolehkan kanak-kanak akhir dan remaja
awal mempunyai persahabatan yang dikenali
oleh Selman sebagai “intimate and mutually
shared relationship”.
• Pada tahap ini, kanak-kanak sudah
meningkat remaja dan persahabatan yang
dijalinkan lebih mendalam dan nilai
persahabatan sudah mula difahami
SEKIAN,
TERIMA KASIH

You might also like