Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

PENGEKSTRAKAN LOGAM

Nama : Kiang Yi Jin , Sam Pei Yee , Law JiaYing , Su Pei Yun
Tingkatan : 3 Rahman
Mata Pelajaran : Sains
Sekolah : SMK Datuk Muhammad Yusof
Mineral
JENIS-JENIS MINERAL / LOGAM
• Logam
- Bijih timah
• Bukan logam
- Granit, batu kapur dan batu marmar.
• Cecair
- Petroleum
• Gas
- Gas asli
Bijih
• Bijih ialah sejenis batu yang mengandungi mineral dengan elemen-
elemen penting termasuk logam.
• Bijih dikeluarkan melalui perlombongan dan kemudiannya ditapis
untuk mengeluarkan elemen berharga
Pengekstrakan Logam
• Logam-logam yang kurang reaktif dapat diekstrak melalui proses
penurunan oksidanya oleh karbon.
• Logam-logam yang reaktif tidak dapat diekstrak melalui proses
penurunan oleh karbon.
• Logam-logam ini diekstrak melalui proses elektrolisis sebatian
leburannya.Contohnya,kalium,natrium,kalsium,magnesuim dan
aluminium.
Pengekstrakan Timah (Stanium)
• Bijih timah yang dilombong dipanggil kasiterit,iaitu stanum (IV)
oksida, SnO2.
• Karbon adalah lebih reaktif daripada timah. Timah diekstrak daripada
bijihnya di dalam relau bagas dengan menggunakan karbon sebagai
agen penurunan.
• Seelum diekstrak, bijih timah dipekatkan dan dibakar untuk
menyingkirkan pasir, tanah liat, sulfur dan bendasing yang lain.
• Semasa pengekstrakan, bijih timah dicampur dngan kok dan
dipanaskan sehingga kira-kira 1350 darjah celsius di dalam relau
bagas. Bijih timah (stanium (IV) oksida) diturunkan kepada timah oleh
karbon dan karbon monoksida yang bertindak sebagai agen
penurunan.
• Leburan timah yang terbentuk di bahagian bawah relau bagas di salur
keluar untuk dijadikan jongkong.
• Pengekstrakan timah daripada bijih timah adalah suatu tindak balas
redoks.
Pengekstrakan Aluminium
• Aluminium adalah unsur logam yang paling banyak wujud di kerak
bumi, sebagai aluminosilikat seperti tanah liat, mika dan feldspar.
• Bijih aluminium yang bernilai ekonomi hanyalah bauskit sahaja, iaitu
aluminium oksida terhidrat, AL2O3.3H2O.
• Oleh itu,aluminium diekstrak daripada bauksit secara elektrolisis.
• Pengekstrakan terdiri daripada 2 peringkat;
-Pembersihan /penulenan bauksit (Proses Bayer)
-Elektrolisis aluminium oksida tulen
Pengekstrakan Besi

Logam Kaedah Pengekstrakan Catatan

Besi Penurunan oksida logam oleh karbon Logam yang kurang reaktif
Pengekstrakan Besi (ferum) dalam industri
1. Bijih besi yang dilombong dipanggil hematit dan magnetit

Hematit Magnetit
• Bijih besi bersama batu kapur dan kok (karbon), dimasukkan ke dalam
relau bagas.
• Udara panas disalurkan ke dalam relau bagas dari bahagian dekat
bawah relau bagas.
• Suhu mencapai 1600 darjah celsius ke atas di bahagian bawah relau
bagas.
• Di dalam relau bagas, saru siri tindak balas kimia berlaku.
- Kok (karbon) bertindak dengan oksigen daripada udara panas untuk
membentuk karbon dioksida.
- Karbon dioksida yang terbentuk bertindak balas dengan kok (karbon)
yang lebih banyak untuk membentuk karbon monoksida.
- Karbon monoksida merupakan agen penurunan yang sangat kuat. Dia
menurunkan ferum (iii) oksida kepada leburan besi yang mengalir ke
bahagian bawah relau bagas. Nombor pengoksidaan besi menurun
daripada +3 kepada 0.
- Pada suhu yang lebih tinggi, karbon menurunkan ferum (iii) oksida
kepada besi.
- Batu kapur terurai oleh haba untuk menghasilkan kalsium oksida dan
karbon dioksida.
- Bendasing yang terdapat dalam besi seperti dalam pasir (silikon
dioksida,SiO2) bertindak balas debgan kalsium oksida untuk
menghasilkan sanga. Sanga kebanyakannya terdiri daripada kalsium
silikat.
- Sanga mengalir ke bahagian bawah relau bagas dan terapung di atas
leburan besi. Sanga dan leburan besi di salur keluar secara berasingan.
Sanga digunakan untuk membuat jalan raya. Leburan besi dijadikan
sebagai besi tuangan.
Proses pengekstrakan besi daripada bijih logam
Proses pengekstrakan timah daripada bijih logam

You might also like