Sains Sukan Rekreasi Dan Kesenggangan

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

3.

1 KONSEP KESENGGANGAN DAN


REKREASI
TAKRIF KESENGGANGAN
• Kesenggangan adalah masa terluang yang digunakan untuk melakukan aktiviti yang menyeronokkan dan
memberikan kepuasan kepada seseorang individu.
• Terdapat 3 jenis masa yang boleh dimanafaatkan oleh individu:-
i. Masa terluang (free-time)
ii. Masa senggang (leisure time)
iii. Penggunaan masa lapang
• Kesenggangan dilakukan ketika difikirkan perlu mengikut keadaan, kemudahan dan bilangan individu
yang terlibat melakukan sesuatu aktiviti.
• Aktiviti kesenggangan mungkin berbeza antara seseorang individu bergantung pada faktor-faktor yang
berkaitan dengan kepentingan, tempat tinggal dan cara kehidupan seseorang.
• Pembahagian aktiviti pula dapat dirujuk kepada aktiviti di dalam rumah, persekitaran
semulajadi,pendidikan, kebudayaan, sukan, sikap dan sosial.
• Biasanya diisi dengan aktiviti yang tidak membebankan otak.Terdapat juga yang gemar dengan aktiviti
yang produktif seperti melukis, menggubah lagu dan sebagainya.
• Mengikut Konsep kesenggangan Aristotle :
1. Senggang sebagai keseronokan
2. Senggang sebagai kerja
3. Senggang sebagai aktiviti
4. Senggang sebagai pelengkap kesempurnaan kendiri
5. Keseronokan dan kepuasan
6. Kesukarelaan (menjaga rumah orang tua, BSMM dsb)
7. Konstruktif (membina model, menganjur jualan amal)
TAKRIF REKREASI
• Menurut Kelly (1982), Rekreasi berasal daripada istilah bahasa Latin iaitu “recreatio" bermaksud
pemulihan dan pemuliharaan.(restoration / recovery).
• Penggunaan masa lapang untuk mewujudkan keseronokan, bersama ahli keluarga atau aktiviti bukan
kerja.
• Aktiviti masa lapang yang membina (positif), sama ada berbentuk riadah (aktif) atau santai
(pasif).[Mohd. Salleh Aman, 2004]
• Aktiviti yang terancang yang dilakukan untuk memenuhi masa lapang bukan untuk tujuan pertandingan
tetapi untuk memperolehi keseronokan, ketenangan minda dan merehatkan badan.
• Rekreasi adalah aktiviti yang boleh dilakukan diluar rumah dan di luar sekolah. Ianya boleh dilakukan
bersama keluarga dan rakan.
• Seseorang individu melakukan aktiviti-aktiviti rekreasi adalah kerana:-
1. Kepuasan kendiri (personal filfillment)
2. Fungsi, nilai dan impak rekreasi ke atas tingkah laku,ekonomi, sosiobudaya, politik, persekitaran dan
kesihatan bangsa dan negara.
3. Ekspresi kreatif dan apresiasi estetika.
4. Hubungan manusia yang demokratik.
5. Pembentukan personaliti dan sikap positif serta berkeyakinan melalui aktiviti rekreasi dan
kesenggangan.
KATEGORI REKREASI
REKREASI DALAM REKREASI LUAR
• Merujuk kepada penyertaan dalam lingkungan • Aktiviti masa senggang yang dilakukan di
yang tertutup atau separuh tertutup. persekitaran luar melibatkan pengetahuan dan
apresiasi sumber – sumber semulajadi
• Contohnya:
• Contohnya:
1. Badminton
1. Perkhemahan / outdoor living
2. Drama
2. Aktiviti berisiko
3. Tarian
3. Pemuliharaan
4. Gymnasium dan sebagainya.
4. Berorientasi Alam semulajadi
5. Sukan Outdoor
JENIS- JENIS REKREASI

• REKREASI FIZIKAL
-Merupakan sebarang aktiviti yang menggunakan tenaga fizikal dan mencabar ketahanan fizikal
peserta.Contohnya joging, berbasikal,berenang, kembara dan sebagainya.
• REKREASI SUKAN
-Menitikberatkan penyertaan atas pilihan sendiri supaya peserta berasa seronok, puas hati dan dapat
bersosial.Dijalankan dalam bentuk pertandingan, tetapi memburu“kejuaraan” bukanlah menjadi keutamaan.
Matlamat akhir ialah nilai “kesejahteraan”.Contoh – bowling, gasing dan sebagainya.
• REKREASI MENTAL/ LINGUISTIK
-Rekreasi yang melibatkan penggunaan mental dan keupayaan linguistik dan mekanisme komunikasi.Contoh –
membaca, menulis,bercerita, analisa,mentelaah
• REKREASI SOSIAL
-Rekreasi ini mengutamakan aktiviti kerjasama dan penglibatan peserta dalam aktiviti adalah berdasarkan
minat dan tujuan yang sama dan tidak bersifat pertandingan.Contoh – sukaneka, pasaria,tamu minggu dan
sebagainya.
• REKREASI TERAPEUTIK
-Rekreasi yang merehatkan serta dapat merangsangkan tindakbalas emosi yang memberikan individu
kesejahteraan dan kedamaian.Contohnya
i. Muzik –J’robik, senamrobik
ii. Gerak tari – yoga, tai chi
iii. Drama - teater, pantomi
SOALAN
• Berikan tiga konsep kesenggangan mengikut konsep Aristotle.

• Mengapakah seseorang itu melakukan aktiviti rekreasi?

You might also like