Bantuan Kepada Warga Sekolah

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

Rancangan

Pengajaran Harian
Pendidikan Moral
NG ZHU HUNG
CHAI XIAO LING
• Tajuk: Warga Sekolah yang Baik Hati
• Masa: 10:00 -11:00 pagi
• Tahun: 3A
• Nilai Utama: Baik Hati
• Bahan Bantu Mengajar: Gambar, kad manila,
pen marker, powerpoint, kad simulasi, kad
perasaan
• Standard Kandungan: 2.0 Bantuan Kepada
Warga Sekolah
• Standard Pembelajaran: 2.1 Meyenaraikan jenis
bantuan yang boleh diberi kepada warga
sekolah.
• Objektif Pembelajaran:
• Pada akhir PdPc, murid dapat
1. Menyatakan sekurang-kurangnya tiga jenis
bantuan yang boleh diberikan kepada warga
sekolah.
2. Menyatakan sekurang-kurangnya tiga cara
membantu warga sekolah.
• EMK: Bahasa, Nilai Murni, Kreativiti dan Inovasi
Set Induksi (5 minit)
1. Guru menunjukkan beberapa gambar
berkaitan jenis bantuan antara warga sekolah
kepada murid-murid. (Lampiran A)
2. Guru bersoal secara lisan berdasarkan
gambar tentang cara untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapi oleh warga sekolah.
3. Murid-murid memberikan cara penyelesaian
masalah kepada situasi berdasarkan gambar.
4. Guru menerangkan objektif yang ingin
dicapai dan tajuk pembelajaran pada hari ini.
Lampiran A- Gambar
(Penyelesaian Masalah)
1 ?
Lampiran A- Gambar
(Penyelesaian Masalah)

2 ?
Lampiran A- Gambar
(Penyelesaian Masalah)
3 ?
Langkah 1(15 minit)
1. Guru membahagikan murid-murid kepada
tiga kumpulan.
2. Guru membimbing murid membina peta
buih berkaitan jenis bantuan yang boleh
diberi kepada warga sekolah. (Lampiran B)
3. Gallery Walk- Murid berjalan dalam
kumpulan untuk melihat hasil kumpulan
masing-masing.
4. Setiap kumpulan memberi komen masing-
masing tentang hasil kerja kumpulan lain.
Lampiran B

Jenis Bantuan
Yang Boleh
Diberi Kepada
Warga Sekolah
Langkah 2 (25 minit)
• Guru mengedarkan kad simulasi (secara
cabutan undi) kepada setiap kumpulan.
(Lampiran C)
• Murid-murid diminta membuat simulasi
berdasarkan situasi yang diberi. ( melakonkan
cara-cara membantu warga sekolah)
• Two Stars One Wish: Murid-murid membincang
dalam kumpulan untuk menyatakan dua
kekuatan dan satu penambahbaikkan bagi
setiap kumpulan.
Lampiran C – Kad Simulasi (Aktiviti lakonan)
1. Ah Kaw tergelincir di hadapan tandas semasa
waktu rehat. Apakah yang akan anda lakukan untuk
membantu Ah Kaw?
2. Guru Moral anda tiba-tiba pengsan di dalam kelas.
Apakah yang akan anda lakukan untuk membantu
guru Moral anda?
3. Seorang pekebun sekolah telah mencederakan
diri semasa memotong rumput menggunakan mesin
rumput. Apakah yang akan anda lakukan untuk
membantu pekebun sekolah?
Penilaian (10 minit)
1. Murid-murid diminta menyatakan perasaan
mereka setelah membantu warga sekolah dalam
“Kad Perasaan”. (Lampiran D)
• Cemerlang: Menulis ayat
• Sederhana: Menulis perkataan
• Lemah: Tandakan perasaan yang telah
disediakan oleh guru.
Lampiran D – Kad Perasaan
• Cemerlang: Tuliskan perasaan anda selepas membantu warga sekolah
dalam bentuk ayat.
Lampiran D – Kad Perasaan
• Sederhana: Tuliskan perasaan anda selepas membantu warga
sekolah dalam bentuk perkataan.
Lampiran D – Kad Perasaan
• Lemah: Tandakan (/) perasaan anda selepas membantu
warga sekolah.

1. Gembira ( )
2. Sedih ( )
3. Marah ( )
4. Takut ( )
5. Bangga ( )
Rumusan (5 minit)
1. Guru dan murid-murid membuat rumusan
tentang aktiviti yang telah dijalankan dan
menerapkan nilai baik hati dalam isi
pelajaran hari ini.
2. Guru memaparkan serangkap pantun
tentang nilai baik hati dan membimbing
murid mendeklamasikan pantun.
(Lampiran E)
Lampiran E – Pantun

Tenang-tenang air dilaut,


Sampan kolek mulik ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi baik rasa nak junjung.
Terima
Kasih

You might also like