Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

BAHASA MELAYU

PENGGOLONGAN DAN
PENGHASILAN BUNYI
VOKAL
GOLONGAN BUNYI BAHASA
Bunyi-bunyi bahasa dapat digolongkan kepada tiga, iaitu:vokal,
konsonan dan diftong.

VOKAL
• Terbahagi kepada 3, iaitu vokal depan,vokal tengah, dan vokal
belakang.
• Semua vokal merupakan bunyi bersuara kerana semasa
menghasilkan bunyi vokal,pita suara bergetar.
• Semasa menghasilkan bunyi vokal, tiada sekatan berlaku pada laluan
udara.
• Terdapat 6 vokal dalam Bahasa Melayu baku,iaitu:{i} , {e} , {a} , {ǝ} ,
{u} , {o}.
• Dalam tulisan, enam vokal tersebut diwakili oleh lima huruf ,iaitu “i” ,
“e” , “a” , “u” , dan “o”.
• Semua vokal merupakan vokal asli Bahasa Melayu.
• Vokal pinjaman pula ialah [, ɔ].
Rajah menunjukkan keratan rentas lidah.
-Bahagian yang kiri sekali ialah bahagian
depan lidah.
-Bahagian di sebelah kanan ialah bahagian
belakang lidah.Bahagian tengah rajah pula
mewakili tengah lidah.
-Garis melintang itu menggambarkan
ketinggian kenaikan lidah.
-Bagi menghasilkan vokal [i] dan [u]
misalnya,bahagian lidah yang terlibat
dinaikkan tinggi sekali.
-Untuk menghasilkan vokal [a], lidah
berada dalam kedudukan rendah.
-Vokal [ɛ] dan [ɔ] lazimnya wujud dalam
dialek daerah dan dalam bahasa lisan
sahaja.
-Vokal ini bervariasi bebas, iaitu boleh
bertukar ganti dengan vokal [e] dan [o]
tanpa mengubah makna.
Fonem Vokal
Kedudukan Bukaan Keadaan Pita Simbol
lidah rahang bibir suara

1. Depan Sempit Leper Bergetar [i]


2. Depan Separuh Leper Bergetar [e]
Sempit i u
3. Depan Separuh Leper Bergetar []
Luas e o
4. Depan Luas Leper Bergetar [a]

5. Tengah Separuh Neutral Bergetar [ə]  ɔ


Luas
6. Belakang Sempit Bundar Bergetar [u]
a
7. Belakang Separuh Bundar Bergetar [o]
Sempit
8. Belakang Separuh Bundar Bergetar [ɔ]
Luas
PROSES
PENGUJARAN
BUNYI FONEM
VOKAL
Vokal depan
sempit
[i]
• Depan lidah dinaikkan hingga
hampir pada lelangit keras.
• Hujung lidah didekatkan pada
gusi.
• Lelangit lembut dinaikkan, pita
suara bergetar.
• Keadaan bibir terhampar
Contoh:
Awal: iman , ikhlas
Tengah: siku , tidur
Akhir: hari , jari
Vokal depan
separuh sempit
[e]
• Depan lidah dinaikkan ke arah
lelangit keras tetapi tidak
setinggi sewaktu menghasilkan
vokal [i].
• Lelangit lembut dinaikkan , pita
suara bergetar.
• Keadaan bibir hampir
terhampar.
Contoh:
Awal: enak , elak
Tengah: telek , bengkok
Akhir: kole , tauge
Vokal depan
separuh luas[]
(i) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-
paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke
rongga mulut.
(ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan
menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat
keluar melalui rongga hidung.
(iii) Depan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah
gusi.
(iv) Bibir dihampar separuh luas.
Contoh dalam dialek Kelantan:
Awal :
[εsoʔ], [εloʔ], [εdoh], [εǰεʔ].
Tengah :
[bεso], [gεlεʔ], [pεlεʔ].
Akhir :
[bulε], [udε], [tulε]
Vokal depan
luas[a]
• Kedudukan depan lidah lebih
rendah daripada kedudukan
semasa menghasilkan vokal [e].
• Lelangit lembut dinaikkan, pita
suara bergetar.
• Keadaan bibir neutral.
Contoh:
Awal: asap , ambil
Tengah: bab , ramal
Akhir: bola , siapa
Vokal tengah
[ə]
• Tengah lidah diletakkan pada
kedudukan sewaktu
menghasilkan vokal depan
separuh luas dan vokal depan
separuh sempit.
• Lelangit lembut dinaikkan, pita
suara bergetar
• Keadaan bibir neutral.
Contoh
Awal: emping , empat
Tengah: getir , tepat
Akhir: ke
Vokal belakang
sempit
[u]
• Belakang lidah diangkat ke arah
lelangit lembut tetapi tidaak sampai
menyentuhnya.
• Hujung lidah diundurkan dari gigi
bawah.
• Lelangit lembut dinaikkan, pita suara
bergetar.
• Keadaan bibir bundar.
Contoh:
Awal: ubat , umpan
Tengah: kumbang , turun
Akhir: buku , sepatu
Vokal belakang
sempit
[o]
• Belakang lidah dinaikkan ke arah
lelangit lembut tetapi tidak setinggi
semasa menghasilkan vokal [u].
• Lelangit lembut dinaikkan , pita
suara bergetar.
• Keadaan bibir hampir bundar.
Contoh:
Awal: obor , orang
Tengah: botol , sombong
Akhir: solo , toko
Vokal belakang
separuh luas[ɔ]
(i) Pita suara dirapatkan supaya udara dari
paru-paru keluar dengan menggetarkan pita
suara ke rongga mulut.
(ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan
menutup rongga hidung supaya udara tidak
dapat keluar melalui rongga hidung.
(iii) Belakang lidah dinaikkan separuh rendah
ke arah lelangit lembut.
(iv) Bibir dibundarkan.
Contoh dalam dialek Kelantan :
Awal :
[ɔbat], [ɔtaʔ], [ɔrε].
Tengah :
[pɔkɔʔ], [sudɔh], [pәčɔh], [bɔrɔh].
Akhir :
[kitɔ], [bilɔ], [bәlakɔ], [guanɔ].
ARTIKULASI
TAMBAHAN/
SERTAAN
Kelainan penyebutan sesuatu vokal kerana wujudnya
pengaruh lingkungannya dalam sesuatu
perkataan.Contohnya, apabila sesutau vokal itu mengikuti
bunyi sengau, maka akan berlaku penyengauan atau
nasalisasi pada vokal itu.Jika dua vokal hadir secara
berturutan dalam sesuatu perkataan pula akan wujud suatu
bentuk penyebutan antara dua vokal.
Contohnya: Jika vokal / a / dan / u / hadir secara
berturutan (taut),antara bunyi / a / dan / u / itu hadir
bunyi semacam / w / (tawut).Ini dinamakan labialisasi.
• Berlaku apabila sesuatu vokal
mengikuti bunyi sengau.Contohnya:
me-nang, ma-na
• Dalam struktur KVKV dan KVKVK yang
konsonan pertamanya terdiri daripada
konsonan sengau, manakala konsonan
keduanya, sama ada terdiri daripada
Penyengauan vokal [y] atau [w] ataupun geseran
glotis [h]. Contohnya:ma-har , ma-was ,
(nasalisasi) me-wah , Na-wab , na-hu , na-has ,
maya , dan aniaya
• Vokal rangkap itu mengikuti bunyi
konsonan sengau dalam struktur
KVVK dan KVKVV.Contohnya:ma-af ,
mu-ak , nyi-ur , ma-un , kur-nia , dan be-
nau
Pengglotisan
(glotalisasi)
• Pembibiran atau
labialisasi: bunyi seperti
konsonan separuh vokal
/ w / akan terhasil
Pembibiran apabila kita
membunyikan vokal
rangkap yang terdiri
(labialisasi) daripada “ua” ataiu
“au”.Contohnya: “buat”
disebut sebagai [bu w at]
, “taut” dibunyikan
sebagai [ta w ut].
• Bunyi seperti konsonan
separuh vokal / y /akan
terhasil apabila kita
membunyikan vokal
rangkap yang terdiri
Pelelangitkerasan daripada “ai dan “ia”.
(palatalisasi) • Contohnya: “kait”
disebut sebagai [ka y it]
,”biak disebut sebagai
[bi y a? ]

You might also like