Taklimat Pengurusan Hem 2019

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 100

TAKLMAT PENGURUSAN HEM

2019

30/10/2018

8.30AM – 4.30PM

DEWAN SEMINAR
PPDSPU
SEPINTAS LALU…….

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB


PK HEM
1. Menjalankan tugas-tugas Pengetua / Guru Besar semasa
ketiadaan Pengetua / GB dan Guru Penolong Kanan.

2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua/GB.

3. Bertanggungjawab kepada Pengetua/GB dalam hal-hal


disiplin, bimbingan dan kaunseling, keselamatan dan
kebajikan murid, kesihatan, buku teks, biasiswa,
perayaan sekolah, kantin sekolah, kebersihan dan
keceriaan sekolah, maklumat murid, pengurusan murid.

4. Membantu Pengetua/GB menyelia dan menilai aktiviti


seperti dalam 3 di atas.

5. Membantu Pengetua/GB dalam semua aspek perancangan


dan pengurusan sekolah.
PEMBENTUKAN JAWATANKUASA

- SEKOLAH SELAMAT
- 3K (KEBERSIHAN, KESIHATAN, DAN KESELAMATAN)
- KANTIN
- BIMBINGAN & KAUNSELING
- SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
- KEBAJIKAN & BANTUAN
- APLIKASI PENGKALAN DATA MURID (APDM)
- DISIPLIN
- KELAB PENCEGAHAN JENAYAH

* PEMBENTUKAN JAWATANKUASA IKUT KEPERLUAN


SEKOLAH
MEMBANTU PK HEM BARU

1. SERAHAN FAIL MEJA/My FORTFOLIO

2. NOTA SERAH TUGAS

3. MESYUARAT/TAKLIMAT RINGKAS
BERSAMA J/KUASA
STANDARD OPERATING PROCEDURE
(SOP 137)

?????????
TUJUAN

1. SEBAGAI PANDUAN KEPADA JPN, PPD


& SEKOLAH MEMATUHI TAHAP KESEGERAAN
PENYAMPAIAN MAKLUMAT DAN LAPORAN
KEPADA KPM.

2. MENILAI TAHAP PRESTASI SEKOLAH


DENGAN MENGAMBILKIRA PRESTASI
PELAPORAN
Latar Belakang

Sejak kebelakangan ini terdapat isu-isu


berkaitan disiplin murid lambat atau
tidak dilaporkan kepada KPM.
Mengambil ketetapan perbincangan
bersama Ketua Pengarah Pelajaran
Malaysia, Pengarah Bahagian Pengurusan
Sekolah Harian (BPSH) dan Ketua Jemaah
Nazir Dan Jaminan Kualiti (JNJK) KPM pada
8 Mac 2011
Rasional
1. KPM sebagai ibu pejabat dalam semua
hal berkaitan pengurusan pendidikan
merupakan pihak yang perlu
dimaklumkan terlebih dahulu tentang
sebarang isu

2. Kelewatan tersebut boleh menjejaskan


reputasi dan prestasi KPM
MAKSUD SEGERA DALAM SOP ADALAH;

1. Pada hari berlakunya kes atau insiden


sekiranya berlaku di sekolah; ATAU

2. Pada hari kes atau insiden tersebar


melalui media massa sekiranya kes
atau insiden berlaku di luar sekolah
atau dalam masa cuti sekolah atau
sememangnya di luar pengetahuan
pihak sekolah.
SOP 137

MASIH ADA YANG…..

1/ TIDAK JELAS
2/ KURANG FAHAM
3/TIDAK FAHAM
4/ BUAT TAK FAHAM/TAK AMBIL PEDULI

MACAM MANA NAK


GUNA/BERTINDAK………………..
Tindakan Segera bagi maksud
SOP ini juga adalah
berdasarkan tempoh hari iaitu
pada kadar 1 hari: 3 hari: 7 hari
(1:3:7)
TINDAKAN
Hari Pertama ( S0P 1 3 7 )
(hari berlaku kejadian di sekolah/ keluar media massa)

-sekolah perlu siasat serta melaporkan isu


disiplin/keracunan makanan di sekolah kepada PPD/JPN.

-maklumat awal isu tersebut secara ringkas;

Apa (What)
Siapa (Who)
Di mana (Where)
Bila (When)
Tindakan awal
BAGAIMANA NAK HANTAR.....

-Maklumat awal ini boleh dihantar sama ada


melalui SMS, telefon, e-mail, faks, WHAT
APP

KEPADA SIAPA ??????????

1/ Kes-kes yang melibatkan disiplin,


kemalangan, bencana samada
guru/murid/warga sekolah.
ADUAN KEPADA……
• PPDU • JPN
-EN HASSAN B. DIN (KU HEM)
-EN WAN ANUAR BIN WAN CHEEK
(0194579551)
(0194589771)

-EN BAKRI AHMAD


-EN ADURA SAHIZAN B. ABD RAZAK (PENYELIA KANAN DISIPLIN)
(0195599121) (0124102607)
2/ Kes-kes yang melibatkan keracunan makanan
(kantin/asrama) samada guru/murid/warga
sekolah.
PPDU JPN
-EN ADI KASUMA
-EN WAN ANUAR WAN CHEEK (PENYELIA KANAN
KESIHATAN)
(0194589771) (0127032566)

-EN ADURA SAHIZAN B. ABD -EN MOHD AZHAR


RAZAK (PENYELIA KANAN
(0195599121) ASRAMA)
(0174788457)
TINDAKAN
Hari Ketiga ( S0P 1 3 7 )

Sekolah telah menjalankan siasatan serta


menghantar laporan penuh kepada PPDU
termasuk tindakan yang sedang, akan atau
telah diambil oleh pihak-pihak terlibat.

Menggunakan borang PK04-3.


MACAMANA BENTUK BORANG ?????????
TINDAKAN
Hari Ketujuh ( S0P 1 3 7 )

Kes atau isu atau insiden yang berlaku telah


diselesaikan di semua peringkat termasuk
tindakan-tindakan yang perlu, atau hukuman
atau penyelesaian lain yang telah dilakukan.

Penyelesaian perlu memaksimumkan kepuasan


hati pihak-pihak yang terlibat.

Menggunakan borang PK04-3.


Jenis dan Tahap Kes Untuk Kesegeraan

1. Kes Berunsur Jenayah,


2. Kelucahan Melampau,
3. Keracunan Makanan,
4. Kemalangan Serius, Bencana, Buli,
5. Pergaduhan, Isu Perkauman,
6. Pendemik (contohnya H1N1), Histeria atau
7. Lain-lain isu yang pada pandangan pengetua
atau guru besar perlu dilaporkan segera
.
Dalam konteks di Malaysia, undang-undang dan
peraturan disiplin yang dipraktikkan di sekolah-sekolah
di Malaysia adalah berdasarkan kepada tiga rujukan
utama, iaitu :

1) Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah)


1959, iaitu peraturan yang dibuat berdasarkan kuasa-
kuasa yang diberi oleh seksyen 116, Ordinan
Pelajaran 1957.
-merupakan peraturan induk pengurusan disiplin
di sekolah-sekolah seluruh Malaysia melainkan
sekolah yang dikecualikan daripada pendaftaran di
bawah seksyen 114(2) Ordinan Pelajaran 1957,
dan sekolah gaya pos (Peraturan 1).
Antara perkara utama yang diperuntukkan dalam Peraturan
1959 ialah seperti berikut:

a) Guru besar adalah orang yang bertanggungjawab ke


atas disiplin sekolah (Peraturan 4)

b) Perwakilan kuasa oleh guru besar kepada guru lain dalam


tindakan disiplin (Peraturan 6)

c) Tatacara hukuman rotan (Peraturan 5)

d) Kuasa guru besar dalam menggantung persekolahan atau


membuang sekolah terhadap murid atas kesalahan disiplin
(Peraturan 8, 11, dan 12)
2) Buku-buku panduan pengurusan disiplin yang
diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia.

a) Panduan Am Disiplin Sekolah-sekolah (1981)

b) Panduan Bagi Ibu Bapa Mengenai Disiplin Murid-Murid Sekolah (1982)

c) Panduan Tatacara Disiplin Sekolah untuk Guru Besar dan Guru (1983)

d) Panduan Disiplin untuk Pelajar-pelajar (1988)

e) Panduan Bagi Mengatasi Masalah Ponteng (1994)

f) Panduan Pengurusan Menangani Buli di Sekolah (2005).


3) Surat-surat Pekeliling Ikhtisas yang
dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia secara berkala.
KESILAPAN KITA
DALAM
MENGURUS DISIPLIN
Berita Harian

Pukul pelajar tahfiz, guru diikat


jamin lepas reman empat hari
Murid yang dituduh mencukur kening didakwa ditampar oleh
guru wanita sehingga terlantar di Hospital Raja Perempuan
Zainab II.

KOTA BARU, 26 Jul ― Bapa pelajar perempuan tingkatan tiga,


yang mengalami kekejangan saraf selepas didakwa ditampar
guru, bercadang mengambil tindakan undang-undang.
Seorang pelajar Sekolah Menengah cedera selepas
disepak oleh gurunya pada Rabu lepas. Empat pelajar
berkenaan seorang tingkatan dua dan tiga pelajar
tingkatan satu di sebuah sekolah menengah jenis
kebangsaan Cina (SMJKC) di Manjung. - Foto Bernama

IPOH - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak telah


mengarahkan guru lelaki yang didakwa mencederakan
empat pelajar dua hari lepas, menjalani pemeriksaan
kesihatan mental di Hospital Manjung.
“Betis anak aku hampir koyak dirotan”

“Luluh hati ini berderai air mata aku bila melihat betis anak aku
hampir koyak dirotan cikgu disiplin. Anak aku mungkin nakal
tetapi umurnya baru 7 tahun. Sungguh kejam cikgu perlakukan
sebegini. Jika saudara saudari yang mempunyai anak, adakah
anda sanggup anak anda diperlakukan sebegini?”katanya lagi.
MENGURUS DISIPLIN
BERKAIT DENGAN
UNDANG-UNDANG, OLEH ITU SETIAP
GURU PERLU FAHAM TATACARA DAN
PANDUAN MELAKSANAKAN
HUKUMAN DENGAN JELAS AGAR
IANYA TIDAK MUDAH DICABAR DI
MAHKAMAH
HARGA SATU
PENAMPAR RM1650.00
RM1800.00
KECUAIAN….?
ATAU
AMBIL MUDAH….?
Jadikan kes Cikgu Azizan satu
pengajaran

KERATAN Utusan Malaysia 20 Disember 2017.


05 Januari 2018 12:00 PM
BAHARUDIN HUSIN
Timbalan Pengerusi Gagasan Pendidikan
Melayu Malaysia Negeri Melaka

Mengikut pertuduhan, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal


Murid Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, Nilai itu
didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan pada
pipi kiri seorang murid lelaki berusia 11 tahun, di
hadapan tapak perhimpunan sekolahnya pada pukul 7
pagi, 6 April lalu.

Berikutan kejadian itu, Azizan didakwa mengikut Seksyen


323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman
penjara maksimum setahun atau denda maksimum
RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Ustaz dipenjara enam bulan, denda RM2,000

KAJANG - Mahkamah Majistret di sini menjatuhi hukuman


penjara enam bulan dan denda maksimum RM2,000 terhadap
seorang ustaz selepas dia didapati bersalah mencederakan kaki
muridnya yang berusia 11 tahun dengan menggunakan rotan
kerana murid lelaki itu enggan menunaikan solat.
Muhammad Adib Abd Halim, 24, dijatuhi hukuman itu oleh
Majistret Nor Afidah Idris setelah mendapati pihak pembelaan
gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes
pembelaan. Dia, yang dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun
Keseksaan.

Sumber : Sinar 0nline, 16/11/2018


INGAT !!!!!
Undang-undang hanya memerlukan
bukti yang menunjukkan guru gagal
mengambil langkah yang munasabah
mengawasi muridnya daripada
kecederaan yang sepatutnya dapat
dielakkan
* Di Bilik Darjah
* Dalam Kelas Yang Tidak Diselia
* Di Padang Permainan
* Dalam Aktiviti Sukan
* Aktiviti Luar/Dalam Kawasan Sekolah
* Persekitaran Sekolah
* Semasa Pelajar Membantu Guru
Menjalankan Urusan Guru

PERLU DIMAKLUMKAN SEMASA


MESYUARAT PERTAMA.
PELAJAR MAUT JATUH DARI TINGKAT 3 SEKOLAH

PUTRAJAYA: Seorang pelajar Tingkatan Tiga di Sekolah Menengah


Kebangsaan (SMK) Presint 9 (2), maut apabila terjatuh dari tingkat tiga
bangunan sekolah berkenaan.
SEPATUTNYA……..
SEBAIKNYA……..
KES-KES YANG LAZIM DIHADAPI GURU & BENTUK
TINDAKAN UNDANG-UNDANG YANG DITERIMA
KES TERHADAP
GURU
DAN TINDAKAN
UNDANG-UNDANG

BERKAITAN KECUAIAN DLM


TINDAKAN DISIPLIN MELAKSANAKAN
KE ATAS MURID DUTY
OF CARE KE ATAS
MURID

JENAYAH:
SIVIL:
LAPORAN POLIS-
NOTIS TUNTUTAN/ SIVIL:
SIASATAN POLIS-
SAMAN NOTIS TUNTUTAN/
PENDAKWAAN
SAMAN
TINDAKAN JENAYAH DAN SIVIL PADA
MASA YANG SAMA

Satu-satu perbuatan/kesalahan tertentu


boleh mengundang dua tindakan iaitu
jenayah dan sivil. Contohnya-
tindakan disiplin sehingga
mencederakan murid
(a) tindakan jenayah:
cth: s.321 Kanun Keseksaan-
Menyebabkan kecederaan dengan niat

(b) tindakan sivil:


saman oleh ibu bapa murid/murid bagi
mendapatkan gantirugi
PERATURAN
DISIPLIN 1959
(ORDINAN PELAJARAN
1957)
PERATURAN 4
“4. Guru Besar sesebuah sekolah
adalah bertanggungjawab atas
disiplin sekolah dan bagi maksud
itu hendaklah mempunyai kuasa ke
atas guru-guru dan murid-murid
sekolah itu.”
PERATURAN 8
“8. Pada bila-bila masa sahaja didapati
dengan memuaskan hati Guru Besar
sesebuah sekolah :

a. sebagai perlu atau dikehendaki bagi


maksud menjaga disiplin atau
ketenteraman di mana-mana sekolah yang
seseorang murid patut digantung
persekolahannya ataupun dibuang sekolah
Adalah jelas dari kedua-dua
peraturan ini, iaitu Peraturan 4
dan 8 Peraturan-Peraturan
Pelajaran ( Disiplin Sekolah )
1959, bahawa pihak berkuasa
disiplin ke atas murid ialah
Guru Besar / Pengetua.
Tegasnya hanya Guru Besar /
Pengetua sahaja di bawah
peraturan tersebut yang diberi
kuasa
Ini bermakna: tidak ada kuasa lain
selain Guru Besar / Pengetua di
sesebuah sekolah dari segi
menjatuhkan hukuman
menggantung dan membuang
murid dari sekolah.
Adalah di luar kuasa undang-
undang jika penggantungan atau
pembuangan pelajar dari sekolah
diputuskan oleh Lembaga Disiplin
ataupun Jawatankuasa Tatatertib
Sekolah. Peraturan 4 dan 8 tidak
memperuntukkan mengenai
kewujudan Lembaga Disiplin
Sekolah.
Maka itu Guru Besar / Pengetua
hendaklah tidak terikat dengan
pandangan atau nasihat
Lembaga Disiplin sekolah.
Dengan perkataan lain keputusan
menggantung atau membuang
pelajar dari sekolah hendaklah
keputusan Guru Besar /
Pengetua sendiri.
Jika keputusan menggantung
atau membuang murid adalah
merupakan keputusan hasil nasihat
dari Lembaga Disiplin Sekolah
maka, sebarang keputusan
penggantungan atau pembuangan
pelajar tersebut jika dicabar di
mahkamah maka ianya tidak
boleh dipertahankan.
Secara tegas juga Peraturan
4 dan 8 berkehendakkan
surat-surat tindakan tatatertib
gantung atau buang sekolah
ditandatangani sendiri oleh
Pengetua / Guru Besar.
Keperluan-keperluan “teknikal”
yang lahir dari peruntukan
undang-undang berdasarkan
Peraturan 4 dan 8 perlu diberi
perhatian sewajarnya. dan
begitu juga bagi setiap prosedur
dan surat-surat tatatertib yang
dikeluarkan kepada tertuduh.
SURAT PEK.IKHTISAS BIL: 7/2003
Kuasa Guru Merotan

Hukuman rotan di khalayak sama ada di


perhimpunan atau di bilik-bilik yang
sedang berlangsung proses pengajaran dan
pembelajaran adalah dilarang.

Tindakan sedemikian akan menjatuhkan


maruah dan kesan negatif terhadap
keperibadian seorang murid.
1/ PEKELILING IKHTISAS BIL. 2 / 1976
Potongan Rambut Murid – Murid

2/ SURAT PEKELILING IKHTISAS 3/1983


PAKAIAN SERAGAM MURID-MURID
SEKOLAH

3/ SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.6A /1975


Disiplin Murid Menghisap Rokok
PENGERTIAN HUKUMAN

KUASA MENGENAKAN HUKUMAN


BAGI SESUATU SALAH LAKU
JENIS HUKUMAN
1/ BUANG SEKOLAH
2/ GANTUNG PERSEKOLAHAN
3/ ROTAN
4/ PENAHANAN DALAM KELAS
5/ DENDA TUGASAN/ DENDA WANG
PERLU AMBIL KIRA KEMAMPUAN MURID
6/ NASIHAT ATAU AMARAN KERAS

* 4 & 5 (tidak digalakkan)


BUANG SEKOLAH SEBAB KES DISIPLIN
BERAT
1. SIASAT
2. BUKTI
3. TUDUH
4. BELA DIRI
5. BICARA

6. HUKUM
1/ BERATNYA KESALAHAN
Lebih serius salah laku itu maka
beratlah hukuman yang akan
dikenakan. Beratnya hukuman yang
dikenakan hendaklah setimpal dengan
kesalahan yang dilakukan.
2/ PERWATAKAN DAN LATAR
BELAKANG MURID

Perwatakan, sejarah dan latar


belakang murid yang melakukan
salah laku disiplin perlu diteliti
sebelum diputuskan sebarang
hukuman.
3/ KEKERAPAN KESALAHAN

Lebih kerap salah laku murid atau lebih


bersungguh-sungguh murid itu
melakukannya maka lebih beratlah
hukuman ke atas murid berkenaan
-Rekod Salah Laku Murid / SSDM

-Buku Peraturan Sekolah

-Rekod Kehadiran Murid

-Buku Catatan Kehadiran Murid


Dalam Kelas / Diari Kelas

-Buku Rekod disiplin sekolah


- Laporan Guru Bertugas

- Buku Catatan / Laporan Perhimpunan


Sekolah

- Buku Catatan Pengumuman Sekolah

- Rekod Perkhidmatan Kaunseling Murid


CONTOH SURAT PERTUDUHAN
Pertuduhan Tatatertib Dengan Tujuan Buang Sekolah
Rusli Bin Abdul Kadir (KP:900213055891) Tkn.4
Cerdik
Mengikut Peraturan 8 (a) Peraturan-Peraturan Pelajaran
(Disiplin Sekolah) 1959
“Bahawa kamu, Rusli bin Abdul Kadir (KP:900213055891)
pada 24.8.2007 jam lebih kurang pukul 10.00 pagi,
berhampiran makmal fizik, SMK Subang Jaya telah
menumbuk guru kamu, iaitu Encik Mohd.Faiz bin Ahmad,
dengan itu kamu telah melakukan perbuatan tidak
menghormati guru dan biadab,merupakan satu perbuatan
salah laku, di bawah Peraturan 5(b) Bab X1, Undang-
Undang dan Peraturan SMK Subang Jaya, Shah Alam
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 8/1983

Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-Murid yang


Melakukan Perbuatan Salah laku yang Tidak Dinyatakan
dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran.

Contoh

Mengetuk : menyekel : menampar : mencubit hingga lebam


: memulas telinga : mengenjut beberapa kali sambil
memegang telinga : mencela : mendera seperti berlari
keliling padang & menjemur
HUKUMAN TERSEBUT
DILARANG

SEBAB
* LIAR DAN MELAMPAU
* BENTUK PENYEKSAAN
*BENTUK CACIAN
TINDAKAN YANG BOLEH
MEMERANGKAP DIRI
1. LATIHAN KEBAKARAN

-PERLU DIADAKAN SEAWAL YANG


MUNGKIN
2. PUNCA-PUNCA PENDAPATAN
PERSATUAN (PIBG) ADALAH DARIPADA:

-SUMBANGAN ANGGOTA PERSATUAN


(ANGGOTA PERSATUAN TIDAK BOLEH DIPAKSA
MEMBERI APA-APA SUMBANGAN)

*RUJUK PERLEMBAGAAN PIBG


3. LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN TIDAK
DIMAKLUMKAN

- TATACARA HUKUMAN
- ARAHAN KESELAMATAN
4. TINDAKAN TIDAK MENGIKUT
PROSEDUR

- HUKUMAN
- BERKAITAN KEWANGAN
IMPLIKASI HUKUMAN TERHADAP GURU-
GURU YANG MELANGGAR PERATURAN

1. TANGGUNGAN PERIBADI
2. PELANGGARAN TUGAS MENGIKUT BAB D (PERINTAH
AM)
3. SURCAJ DI BAWAH AKTA ACARA KEWANGAN
4. GANGGUAN EMOSI DAN PSIKOLOGI
5. REKOD PERKHIDMATAN YANG TERCEMAR
6. KERUGIAN PENDAPATAN
7. HILANG HAK PENCEN
8. MENJATUHKAN MARUAH
9. GANTI RUGI
PENGURUSAN FAIL
INDUK HEM DAN FAIL
INDUK SUB-UNIT
ISI KANDUNGAN FAIL
INDUK HEM
DOKUMEN YANG PERLU ADA
1. MISI
2. VISI
3. MATLAMAT
4. OBJEKTIF
5. CARTA ORGANISASI
6. TAKWIM
7. PERANCANGAN STRATEGIK SETIAP SUB UNIT
8. LAPORAN AKTIVITI UTAMA TAHUN SEMASA
9. LAPORAN AKTIVITI UTAMA TAHUN SEBELUM
10. SURAT MASUK
11. SURAT KELUAR
12. MINIT MESYUARAT (NOTIS MESYUARAT, SENARAI
KEHADIRAN)
* DALAM SATU “RING FAIL” (sambung fail berikutnya kalau
tidak cukup/rujuk fail….)
ISI KANDUNGAN FAIL
INDUK SUB-UNIT HEM
DOKUMEN YANG PERLU ADA

1. MISI
2. VISI
3. MATLAMAT
4. OBJEKTIF
5. CARTA ORGANISASI
6. TAKWIM
7. PERANCANGAN STRATEGIK
8. LAPORAN AKTIVITI UTAMA TAHUN SEMASA
9. LAPORAN AKTIVITI UTAMA TAHUN SEBELUM
10. SURAT MASUK
11. SURAT KELUAR
12. MINIT MESYUARAT
(NOTIS MESYUARAT, SENARAI KEHADIRAN)

* DALAM SATU “RING FAIL” (sambung fail berikutnya kalau tidak


cukup/rujuk fail….)
MAKLUMAN PEMANTAUAN & BIMBINGAN PADA
BULAN FEBRUARI 2019

PK HEM HANYA PERLU MEMBAWA FAIL INDUK


HEM DAN FAIL INDUK SETIAP SUB-UNIT
SAHAJA.
SEKIAN
TERIMA KASIH

You might also like