Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 94

DBF 2143 UNDANG-UNDANG

PERNIAGAAN
ELEMEN-ELEMEN KONTRAK
BALASAN
DEFINISI BALASAN
S.2(d) Akta Kontrak 1950:

”Menurut kehendak pembuat janji, apabila


penerima janji atau siapa sahaja yang telah
membuat atau telah menahan diri dari
membuat sesuatu, maka perbuatan atau
penahanan diri atau janji itu adalah disebut
balasan untuk janji itu”.
BALASAN
Maksud Balasan
• Balasan ialah sesuatu yang mempunyai nilai di
sisi undang-undang dan menjadi asas kepada
persetujuan yang dicapai
BALASAN
Contoh 1:
A berjanji untuk menjual keretanya kepada B dengan
harga RM40,000.00 dan B bersetuju membayar RM
40,000.00
• Janji B untuk membayar RM40,000 adalah
merupakan balasan B kepada janji A untuk menjual
keretanya.
• Janji A untuk menjual keretanya dengan harga
RM40,000 merupakan balasan A kepada janji B
untuk membayar RM40,000.
BALASAN
Contoh 2:
Ali menjual baju dengan harga RM30.00 kepada
Alia. Alia membayar RM30.00 kepada Ali dan Ali
menyerahkan baju tersebut kepada Alia.

Wang RM30.00 daripada Alia dan baju daripada


Ali merupakan balasan dalam kontrak ini
BALASAN
• Apa terjadi jika tiada balasan dalam kontrak?
• S.26 AK 1950
“Perjanjian tanpa balasan adalah tidak sah”
BALASAN
Jenis-Jenis Balasan
1. Balasan Belum Dilaksanakan (Executory
Consideration)
2. Balasan Dilaksanakan (Executed Consideration)
3. Balasan Lampau (Past Consideration)
BALASAN
Balasan Belum Dilaksanakan
• Merupakan balasan atau janji yang belum
dilaksanakan tetapi akan dilaksanakan.
• Janji berbalas janji
• Contoh:
Rumi bersetuju untuk menjualkan
motosikalnya kepada Juli dan Juli berjanji akan
membayar RM3,000 apabila Rumi
menghantar motosikal tersebut kepadanya.
BALASAN
Kes Mahkamah (Balasan Belum Dilaksanakan)
Murugesu Lwn Nadarajah (1980) 2 MLJ 82
M bersetuju menjual rumahnya kepada N. Perjanjian itu
ditulis di atas sekeping kertas dan berbunyi:
“Saya bersetuju menjual rumah saya bernombor (alamat
rumah) kepada En. N, penyewa rumah ini sekarang pada
harga RM26,000.00 dalam masa tiga bulan daripada tarikh
ini”.
M kemudian enggan menjual rumah tersebut. N kemudian
mengambil tindakan mahkamah terhadap M kerana beliau
mendakwa M telah memungkiri kontrak yang telah
dipersetujui
BALASAN
Murugesu Lwn Nadarajah (1980) 2 MLJ 82
Isu Perundangan:
Adakah wujud kontrak yang sah di antara M dan N?

Keputusan Mahkamah:
Wujud kontrak kerana ada elemen sah kontrak – tawaran,
penerimaan dan balasan. Balasan ini merupakan balasan belum
dilaksanakan (Executory Consideration)
BALASAN
Balasan Dilaksanakan (Executed Consideration)
• Janji / balasan yang perlu disempurnakan terlebih
dahulu sebelum janji / balasan pihak yang satu lagi
dilaksanakan.
• Contoh:
Umi berjanji akan memberikan hadiah RM200 kepada
sesiapa yang memulangkan dompetnya yang hilang.
Didi menjumpai dompet tersebut dan
memulangkannya kepada Umi. Tindakan Didi
memulangkan dompet itu adalah satu balasan
tersempurna di pihak Didi dan Umi perlu mengotakan
janjinya untuk membayar RM200.
BALASAN
• Balasan Lampau (Past Consideration)
Balasan / perbuatan yang sudahpun dilakukan
sebelum janji pihak yang satu lagi dibuat.
• Contoh:
Vee telah menyelamatkan Jee daripada dilanggar
oleh sebuah kereta. Jee kemudiannya berjanji
akan memberikan Vee sebuah televisyen sebagai
ganjaran. Perbuatan Vee menyelamatkan Jee
adalah balasan lampau kerana ianya sudahpun
dilakukan sebelum Jee membuat janji.
BALASAN
Balasan Lampau
S.2(d) AK 1950: Menurut kehendak pembuat janji,
apabila penerima janji atau siapa sahaja yang telah
membuat atau telah menahan diri dari membuat
sesuatu, maka perbuatan atau penahanan diri atau
janji itu adalah disebut balasan untuk janji
itu. S.2(d) merujuk kepada perbuatan yang telah
dilakukan atas kehendak pembuat janji sebelum
sesuatu janji itu dibuat.
BALASAN
Balasan Lampau (Kes Mahkamah)
Kepong Prospecting Ltd & Ors lwn A.E. Schmidt & Majorie Schmidt
Schmidt telah membantu menubuhkan Syarikat Kepong Prospecting
Ltd dan telah dilantik sebagai Pengarah Urusan. Selepas penubuhan
syarikat, satu perjanjian telah dibuat di mana syarikat bersetuju
membayar Schmidt, 1% daripada harga jualan semua bijih yang
didapati daripada lombong tersebut sebagai balasan kepada segala
khidmat yang telah diberikan oleh Schmidt bagi pihak dan atas nama
syarikat sebelum dan selepas penubuhannya dan bagi khidmat-
khidmat yang akan datang. Tidak lama selepas itu, perselisihan
berlaku dan Schmidt membuat tuntutan berdasarkan perjanjian
tersebut.
BALASAN
Balasan Lampau (Kes Mahkamah)
Kepong Prospecting Ltd & Ors lwn A.E. Schmidt & Majorie Schmidt
Keputusan Mahkamah
Tiada khidmat yang boleh diberi kepada syarikat yang belum
ditubuhkan dan syarikat tidak terikat untuk membayar khidmat yang
diberi sebelum tarikh penubuhannya. Namun begitu, bagi khidmat
yang dilakukan selepas penubuhan syarikat tetapi sebelum
perjanjian dibuatboleh menjadi balasan yang sah walaupun hal itu
adalah perbuatan yang telah lepas.
BALASAN
Kes Lain Balasan Lampau
Lampleigh lwn Brathwait (1615)

Defendan yang telah dijatuhi hukuman mati, meminta


bantuan plaintif untuk mendapatkan pengampunan
daripada raja atas kesalahan yang telah dia lakukan.
Plaintif berusaha sedaya upayanya, berulang alik dari
New Market ke London dengan belanjanya sendiri dan
akhirnya berjaya memperoleh pengampunan bagi
defendan. Defendan kemudiannya berjanji akan
membayar £100 kepada plaintif, tetapi gagal membayar.
Plaintif menyaman defendan.
BALASAN
Keputusan Mahkamah
Walaupun janji itu dibuat berdasarkan kepada
balasan lampau daripada plaintif, tetapi kerana
perbuatan itu dilakukan atas kehendak
defendan, maka wujud kontrak yang sah.
Defendan terikat untuk menunaikan janjinya
itu.
BALASAN
Peraturan Berkenaan Balasan
1. Balasan mesti mempunyai nilai tidak perlu
mencukupi (consideration must be sufficient but
need not be adequate)
2. Balasan tidak semestinya datang dari penerima
janji
3. Balasan mesti balasan yang sah
4. Balasan tidak boleh samar-samar / kabur
5. Balasan mesti boleh dilaksanakan
BALASAN
1. Kecukupan Balasan
Balasan tidak semestinya mencukupi atau
berpadanan. Ini bermakna sesuatu balasan
yang diberikan oleh penerima janji tidak
semestinya berharga atau mempunyai nilai
yang berpadanan dengan sesuatu yang
diberikan oleh pembuat janji.
(S.26 AK 1950)
BALASAN
Kecukupan Balasan (Kes Mahkamah)
Phang Swee Kim Lwn Beh I Hock (1964) MLJ 383
Fakta Kes:
Responden telah bersetuju secara lisan untuk
memindah hak milik tanah kepada perayu dengan
harga RM500. Walau bagaimanapun, responden
kemudiannya enggan memindah hak milik tanah
tersebut atas alasan bahawa kontrak tersebut tidak
boleh dikuatkuasakan sebagai satu kontrak yang sah
disebabkan ketakberpadaan balasan
BALASAN
Kecukupan Balasan (Kes Mahkamah)
Phang Swee Kim Lwn Beh I Hock (1964)
Keputusan Mahkamah:
Kegagalan responden membuktikan bahawa
kerelaannya tidak diberi secara bebas
menjadikan kontrak tersebut sah walaupun
balasan yang diberikan tidak berpadanan.
BALASAN
Kecukupan Balasan (Kes Mahkamah)
Kes Lain:
Chappell & Co. Lwn Nestle (1960)
Isu: Sama ada pembalut coklat merupakan satu
balasan yang sah
Keputusan Mahkamah: Ianya merupakan satu
balasan yang sah
BALASAN
Balasan dari Pihak Ketiga
S.2 (d) AK 1950:
“Menurut kehendak pembuat janji, apabila
penerima janji atau siapa sahaja yang telah
membuat atau telah menahan diri dari
membuat sesuatu, maka perbuatan atau
penahanan diri atau janji itu adalah disebut
balasan untuk janji itu”
BALASAN
• Balasan dari Pihak Ketiga
• “Sesiapa sahaja” bermaksud balasan boleh
datang dari pihak ketiga
• Ini berbeza dengan undang-undang Inggeris
yang mengatakan balasan perlu datang dari
penerima janji (promisee)
BALASAN
Balasan dari Pihak Ketiga (Kes Mahkamah)
Venkata Chinnaya lwn Verikatara Ma’ya
A mempunyai seorang anak perempuan, B dan
seorang adik perempuan, C. A membuat tawaran
kepada B di mana A akan memindahkan hartanya
kepada B dan B perlu memberikan C sejumlah wang
setiap tahun. B bersetuju untuk memberikan C
sejumlah wang setiap tahun. B kemudian enggan
memberikan wang tersebut dengan alasan beliau
(B) tidak mendapat apa-apa balasan daripada C
BALASAN
Balasan dari Pihak Ketiga (Kes Mahkamah)
Venkata Chinnaya lwn Ramayya (1882)
Keputusan Mahkamah:
Balasan diperolehi daripada A kepada B. Maka B
perlu membayar wang tersebut kepada C
BALASAN
Balasan dari Pihak Ketiga (Kes Mahkamah)
Kes: Kerpa Singh lwn Bariam Singh (1966)
Fakta Kes:
Defendan berhutang dengan plaintif sebanyak
RM8,869.94. Untuk melangsaikan hutang ayah
nya, anak defendan telah menawarkan cek
berjumlah RM4000.00 sebagai bayaran penuh
hutang ayahnya. Plaintif telah bertindak
menunaikan cek tersebut
BALASAN
Balasan dari Pihak Ketiga (Kes Mahkamah)
Kes: Kerpa Singh lwn Bariam Singh (1966)
Keputusan Mahkamah:
Tindakan plaintif menunaikan cek tersebut
dianggap persetujuan daripada pihak plaintif.
BALASAN
Balasan mestilah balasan yang sah
• Balasan yang tidak sah menyebabkan kontrak itu batal
• S.24 AK 1950: Balasan / tujuan sesuatu perjanjian itu
tidak sah jika:
i. Dilarang oleh undang-undang
ii. Bersifat mengecewakan peruntukan undang-
undang
iii. Merupakan fraud
iv. Mendatangkan bencana kepada diri atau orang
lain
v. Tidak bermoral dan bertentangan dengan muslihat
awam
BALASAN
Balasan tidak boleh kabur / samar-samar
• Kes: Scammel & Nephew Lwn Ouston (1941)
• Fakta Kes:
Ouston memesan sebuah van daripada S dan
menganggap baki harga belian van itu boleh
dibayar secara sewa beli untuk tempoh 2 tahun.
• Keputusan Mahkamah:
“dibayar secara sewa beli” adalah bentuk
balasan yang tidak jelas
BALASAN
Balasan mestilah sesuatu yang boleh
dilaksanakan
• Suatu janji untuk melakukan sesuatu yang
mustahil untuk dilakukan, tidak
mewujudkan balasan.
BALASAN
Perjanjian Tanpa Balasan
Perjanjian tanpa balasan adalah tidak sah (S.26 AK
1950) kecuali untuk keadaan:

1. Perjanjian dibuat atas dasar kasih sayang


2. Perjanjian untuk memberi pampasan untuk
kerja yang dibuat secara sukarela
3. Perjanjian memberi pampasan kepada mereka
yang boleh dipaksa dari sisi undang-undang
4. Perjanjian untuk membayar hutang yang dibatas
oleh statut
DBF 2143 UNDANG-UNDANG
PERNIAGAAN
ELEMEN-ELEMEN KONTRAK
NIAT UNTUK BERKONTRAK
NIAT UNTUK BERKONTRAK
• Perjanjian akan menjadi kontrak jika wujud
niat untuk mengadakan hubungan yang
mengikat di sisi undang-undang
• S.2(a) dan S.2(d): Frasa “dengan maksud”
• Maksud Niat:
Kesediaan setiap pihak untuk menerima
kesan dari segi undang-undang sekiranya
mana-mana pihak gagal untuk melaksanakan
kontraknya
NIAT UNTUK BERKONTRAK
Penentuan niat untuk berkontrak
1. perjanjian dibentuk dengan niat untuk
mengadakan hubungan perniagaan atau
perdagangan yang mengikat disisi undang-
undang.
2. Perjanjian kekeluargaan, domestik atau sosial
yang mana pihak terlibat tiada niat untuk
mengadakan hubungan yang mengikat disisi
undang-undang.
NIAT UNTUK BERKONTRAK
Kes Mahkamah (berkenaan niat)
Edwards lwn Skyways Ltd (1964) 1 WLR 349
Fakta Kes
Defendan telah memberhentikan plaintif, salah seorang
juruterbang mereka dan berjanji untuk membayar kesemua
juruterbang yang diberhentikan satu jumlah ex gratia. Defendan
kemudiannya enggan membuat bayaran disebabkan jumlah
juruterbang yang diberhentikan begitu tinggi. Plaintif membuat
tuntutan ganti rugi kerana pecah kontrak terhadap defendan.
Defendan mengatakan bahawa perkataan ex gratia menunjukkan
tidak adanya niat untuk mewujudkan hubungan di sisi undang-
undang.
NIAT UNTUK BERKONTRAK
Kes Mahkamah (berkenaan niat)
Edwards lwn Skyways Ltd (1964) 1 WLR 349
Keputusan Mahkamah
Janji defendan boleh dikuatkuasakan. Penggunaan perkataan ex
gratia dalam perjanjian tidak semestinya bermakna perjanjian itu
tidak diniatkan untuk mempunyai hubungan undang-undang.
Memandangkan perjanjian ini merupakan perjanjian perniagaan,
beban untuk menyangkal andaian bahawa wujudnya niat adalah
terletak di bahu defendan. Defendan gagal untuk melangsaikan
beban ini.
NIAT UNTUK BERKONTRAK
Kes Mahkamah (berkenaan niat)
Balfour lwn Balfour (1919) 2 KB 571
Fakta Kes:
Si suami bekerja di Ceylon. Semasa cuti, si suami dan
isterinya telah kembali ke England. Si suami kemudiannya
kembali ke Ceylon tetapi isterinya terpaksa tinggal di
England atas nasihat doktor. Si suami berjanji untuk
memberi kepada isterinya £30 sebulan sebagai saraan
sehingga dia kembali semula ke England. Si suami gagal
memenuhi janjinya dan isterinya menyaman untuk
menuntut bayaran saraan tersebut.
NIAT UNTUK BERKONTRAK
Kes Mahkamah (berkenaan niat)
Balfour lwn Balfour (1919) 2 KB 571
Keputusan Mahkamah:
Tidak wujud kontrak di antara mereka kerana perjanjian
di antara kedua-dua pihak adalah berbentuk
kekeluargaan iaitu tidak diniatkan untuk mengikat di sisi
undang-undang
NIAT UNTUK BERKONTRAK
Kes Mahkamah (berkenaan niat)
Merrit lwn Merrit (1970) 2 All ER 760
Fakta Kes:
Suami isteri berselisih faham dan si suami meninggalkan
rumah yang dibeli bersama-sama isterinya untuk tinggal
bersama wanita lain. Rumah itu masih dalam gadaian
kepada syarikat gadaian harta. Si isteri telah bertemu
suaminya dan hasil perbincangan, si suami bersetuju
membayar £40 sebulan kepada isteri. Sebahagian wang
itu hendaklah digunakan untuk menjelaskan baki
bayaran ansuran gadaian.
NIAT UNTUK BERKONTRAK
Kes Mahkamah (berkenaan niat)
Merrit lwn Merrit (1970) 2 All ER 760
Fakta Kes:
Si suami bersetuju untuk menyerahkan rumah tersebut
kepada isterinya sebagai pemilik tunggal sebaik sahaja
semua ansuran gadaian diselesaikan. Janji suami ini telah
ditulis di atas sekeping kertas. Walau bagaimanapun,
setelah semua ansuran diselesaikan, si suami enggan
menepati janji.
NIAT UNTUK BERKONTRAK
Kes Mahkamah (berkenaan niat)
Merrit lwn Merrit (1970) 2 All ER 760
Keputusan Mahkamah:
Perjanjian yang dimasuki di antara suami isteri boleh
dikuatkuasakan memandangkan semasa perjanjian itu
dibuat, kedua-duanya sudah tidak sehaluan dan tinggal
berasingan dan perjanjian tersebut telah dibuat secara
bertulis.
DBF 2143 UNDANG-UNDANG
PERNIAGAAN
ELEMEN-ELEMEN KONTRAK
KENTENTUAN (CERTAINTY)
KETENTUAN
Maksud Ketentuan:
Kontrak yang dimasuki perlulah mengandungi
peruntukan yang nyata dan tentu (tidak samar-
samar)
Seksyen 30 AK 1950:
Perjanjian-perjanjian yang mana maknanya
tidak tentu atau tidak boleh ditentukan adalah
batal.
KETENTUAN
Ketentuan dari sudut:
1. Bahasa yang samar-samar / tidak jelas
2. Perjanjian tidak tepat merujuk kepada
perkara yang ingin diurusniagakan / tidak
mencapai persetujuan tentang perkara pokok
dalam perjanjian
KETENTUAN
Kes Mahkamah:
Karuppan Chetty Lwn Suah Thian (1916) 1 FMSLR 300
• Satu perjanjian dibuat berkenaan dengan sewaan
rumah dengan kadar sewaan RM35.00 sebulan untuk
tempoh ‘selama mana yang dia suka’. - Tiada ketentuan
dalam perjanjian tersebut. Tidak wujud kontrak
DBF 2143 UNDANG-UNDANG
PERNIAGAAN
ELEMEN-ELEMEN KONTRAK
KEUPAYAAN UNTUK
BERKONTRAK)
KEUPAYAAN BERKONTRAK
• Keupayaan merujuk kepada kebolehan
mengetahui dan memahami implikasi atau
kesan kontrak ke atas mereka. Undang-undang
mewajibkan pihak-pihak yang berkontrak
mestilah berupaya untuk memasuki kontrak.
Menurut seksyen 11 AK1950, seseorang yang
layak membuat kontrak mestilah seorang yang
dewasa, berakal sempurna dan tidak hilang
kelayakan untuk berkontrak. (S. 11 AK 1950)
KEUPAYAAN BERKONTRAK
Dewasa
Mengikut Akta Umur Dewasa 1971 seseorang
dikatakan sebagai dewasa apabila mencapai
umur 18 tahun. Oleh itu, untuk memasuki
kontrak seseorang itu perlu berusia 18 tahun ke
atas. Walau bagaimanapun, Akta Umur Dewasa
tidak merangkumi perkara-perkara berikut:-
KEUPAYAAN BERKONTRAK
1. Perkahwinan, pembahagian harta dan
pengambilan anak angkat
2. Agama dan upacara keagamaan
3. Keperluan hidup
4. Sebarang undang-undang bertulis yang
menentukan had umur dewasa
KEUPAYAAN BERKONTRAK
Dewasa (Kes Mahkamah)
Mohari Bibee lwn Dharmodas Ghose (1903) 30 Cal. 539
FaktaKes: (Rujuk nota)

Kes: Tan Hee Juan lwn The Boon Keat (1934) MLJ 96
Plaintif merupakan remaja bawah umur yang telah
menukar tanah hak miliknya kepada defendan. Plaintif
kemudian, melalui wakilnya memohon kepada
mahkamah untuk membatalkan transaksi tersebut.
KEUPAYAAN BERKONTRAK
Dewasa (Kes Mahkamah)
Kes Lain:
1. Rajeswari & Anor lwn Balakrisnan – kontrak
perkahwinan melibatkan minor (remaja bawah
umur)
2. Government of Malaysia lwn Gurcharan Singh & Ors
(Kontrak keperluan hidup)
KEUPAYAAN BERKONTRAK
Berakal Sempurna
Seksyen 12(1) AK 1950
Seseorang adalah dikatakan berakal sempurna
untuk membuat kontrak, jika pada masa
membuat kontrak itu, ia berkeupayaan
memahami kontrak yang diperbuatnya &
berkeupayaan membuat pertimbangan yang
rasional terhadap kesan atas kepentingannya
KEUPAYAAN BERKONTRAK
Berakal Sempurna
Seksyen 12(2) AK 1950
Seseorang yang lazim tidak berakal sempurna,
tetapi sekali sekala berakal sempurna, boleh
membuat kontrak bila dia berakal sempurna
KEUPAYAAN BERKONTRAK
Berakal Sempurna
Seksyen 12(3) AK 1950
Seseorang yang lazim berakal sempurna, tetapi
sekali sekala tidak berakal sempurna, tidak
boleh membuat kontrak bila dia tidak berakal
sempurna
KEUPAYAAN BERKONTRAK
Berakal Sempurna (Kes Mahkamah)
Mathews lwn Baxter (1873) LR 8 Exch 132
Fakta Kes:
Defendan memenangi bidaan untuk membeli
tanah dan rumah ketika dalam keadaan mabuk
tetapi kemudiannya menandatangani bidaan
tersebut ketika dalam keadaan tidak mabuk. Dia
kemudiannya enggan meneruskan transaksi
tersebut
KEUPAYAAN BERKONTRAK
Berakal Sempurna (Kes Mahkamah)
Mathews lwn Baxter (1873) LR 8 Exch 132
Keputusan Mahkamah:
Dia terikat untuk meneruskan transaksi tersebut
kerana pada masa dia menandatangani transaksi
tersebut, dia berada dalam keadaan waras
KEUPAYAAN BERKONTRAK
Tidak Hilang Kelayakan untuk Berkontrak
Hilang kelayakan bermaksud dihalang oleh
mana-mana undang-undang untuk berkontrak:
Contoh: Bankrap / dipenjara
DBF 2143 UNDANG-UNDANG
PERNIAGAAN
ELEMEN-ELEMEN KONTRAK
KERELAAN BEBAS)
KERELAAN BEBAS
S.10 (1) AK 1950:
Semua perjanjian adalah kontrak jika dibuat atas
kerelaan bebas pihak-pihak yang layak membuat
kontrak, untuk sesuatu balasan yang sah, dan
dengan sesuatu tujuan yang sah, dan tidak
ditetapkan dengan nyata di bawah peruntukan
Akta ini bahawa ianya batal.
KERELAAN BEBAS
S.13 AK 1950:
Dua orang atau lebih boleh dikatakan
berkerelaan apabila mereka bersetuju mengenai
satu perkara yang sama dalam pengertian yang
sama.
KERELAAN BEBAS
S.14 AK 1950: Kerelaan adalah dikatakan bebas
apabila tidak disebabkan oleh:
1. Paksaan
2. Pengaruh tidak berpatutan
3. Tipuan
4. Salahnyataan
5. khilaf
KERELAAN BEBAS
Paksaan
S.15 AK 1950: Paksaan ialah melakukan apa-apa
perbuatan, atau mengancam untuk melakukan
apa-apa perbuatan yang dilarang oleh Kanun
Keseksaan, atau menahan secara tidak sah atau
mengancam untuk menahan, apa-apa harta,
dengan memudaratkan sesiapa jua, dengan niat
menyebabkan seseorang untuk membuat suatu
perjanjian.
KERELAAN BEBAS
Paksaan (Kes Mahkamah)
Kesarmal a/l Letchumanan Das lwn Valiappa Chetiar (1954)
MLJ 119.
Fakta Kes
Ketika pendudukan Jepun di Semenanjung Malaysia dahulu,
satu pindah milik harta telah dilaksanakan atas perintah
Sultan dengan kehadiran dua tentera jepun. Perintah Sultan
itu dilakukan atas paksaan dua orang pegawai tentera
Jepun.
Keputusan Mahkamah: Kontrak batal kerana ketiadaan
kerelaan bebas
KERELAAN BEBAS
Paksaan (Kes Mahkamah)
Kes-kes lain:
1. Chin Nam Bee Development Sdn. Bhd lwn Tai Kim
Choo & 4 ors
2. Kaufman lwn Gerson
KERELAAN BEBAS
Pengaruh Tidak Berpatutan / Tidak Wajar
Seksyen 16(1) AK 1950:
• Satu pihak berada dalam kedudukan boleh menguasai
pihak yang lain dan

• Menggunakan kedudukan itu untuk memperolehi


kelebihan yang tidak adil
KERELAAN BEBAS
Bagaimana Membuktikan Kewujudan Unsur Pengaruh
Tidak Berpatutan?
• 2 komponen dalam S. 16(1) perlu dipenuhi:
1. “Dalam kedudukan menguasai”
2. “Menggunakan kedudukan itu”

• Sila rujuk huraian dalam S. 16(2) AK 1950


KERELAAN BEBAS
• Kes: Inche Noriah lwn Shaik Alice Omar (1929) AC 127
Fakta Kes:
Seorang wanita tua dan uzur telah dijaga dan
diuruskan oleh anak saudaranya. Segala urusan harta,
perbelanjaan dan kewangan diuruskan oleh oleh anak
saudaranya itu. Wanita itu telah membuat satu kontrak
penjualan tanah kepada anak saudaranya dengan
harga yang jauh lebih rendah dari harga pasaran.
Namun, pewaris wanita itu telah mengambil tindakan
mahkamah untuk membatalkan kontrak tersebut.
KERELAAN BEBAS
• Kes: Inche Noriah lwn Shaik Alice Omar (1929) AC 127
Keputusan Mahkamah:
Mahkamah menganggap fakta-fakta kes itu
menunjukkan wanita itu telah dipengaruhi secara tidak
wajar, maka kontrak tersebut adalah boleh batal atas
pilihan pewaris wanita itu.
KERELAAN BEBAS
Pengaruh Tidak Berpatutan / Tidak Wajar
Kes-Kes lain:
1. Chait Singh lwn Budin Bin Abdullah
2. Datuk Jaginder Singh & Ors lwn Tara Rajaratnam
3. Tate lwn Williamson
KERELAAN BEBAS
Tipuan (Fraud)
Seksyen 17 AK 1950 mendefinisikan fraud sebagai satu
pihak yang membuat kontrak dengan niat memperdayakan
pihak lain untuk membuat kontrak dengannya.
• Menyarankan sesuatu fakta /
• Menyembunyikan sesuatu fakta /
• Membuat janji tanpa niat untuk menepati janji /
• Melakukan mana-mana perbuatan memperdaya atau
penyembunyian yang ditetapkan oleh undang-undang
sebagai penipuan
KERELAAN BEBAS
Tipuan (Fraud) (Kes Mahkamah)
Lau Hee Teah lwn Hargill Engineering Sdn. Bhd & Anor
Perayu telah mendakwa bahawa satu salah nyataan tipu muslihat telah
dikenakan terhadapnya semasa dia memasuki perjanjian sewa beli dan
dia berhasrat untuk membatalkan perjanjian tersebut.

Keputusan Mahkamah
KM: Tidak timbul apa-apa kewajipan di pihak responden pertama
(peniaga) untuk memaklumkan kepada perayu tahun mesin tersebut
dibuat dan hakikat bahawa mesin tersebut telah terbabit dalam
kemalangan kecil sebelum ini. Tindakan responden pertama tidak
memberitahu perayu tidak dianggap sebagai cuba menipu perayu
ataupun mengakibatkan perayu memasuki perjanjian sewa beli
tersebut.
KERELAAN BEBAS
Salahnyataan
Seksyen 18 AK 1950 menyatakan bahawa salah nyata
adalah satu ketegasan positif, dengan cara yang tidak
dibenarkan tentang sesuatu perkara yang tidak benar.
Penyataan yang dibuat telah menyebabkan pihak lain
membuat kesilapan. Salahnyataan boleh jadi dalam 2
bentuk iaitu salahnyataan fraud dan salahnyataan
ikhlas yang mana ianya tidak mempunyai niat untuk
menipu.
KERELAAN BEBAS
Salahnyataan (Kes Mahkamah)
With lwn O’Flanagan
Seorang doktor berhasrat untuk menjual kliniknya
kepada seorang lain dengan menyatakan bahawa
pendapatan bulanan kliniknya adalah £2,000. Lima
bulan kemudian, pendapatan klinik tersebut merosot
tetapi maklumat ini tidak disampaikan kepada pembeli
firma tersebut.
KERELAAN BEBAS
Salahnyataan (Kes Mahkamah)
Keputusan Mahkamah:
Wujud salah nyataan ikhlas yang membolehkan
pembeli membatalkan kontrak tersebut disebabkan
kegagalan penjual memberitahu pembeli
pendapatannya yang sebenar.
KERELAAN BEBAS
Salahnyataan (Kes Mahkamah)
Bisset lwn Wilkinson
Bisset yang berhasrat untuk menjual ladangnya kepada
Wilkinson, telah menyatakan bahawa ladangnya itu mampu
menampung biri-biri sehingga 2,000 ekor. Kedua-duanya
tahu bahawa ladang itu tidak pernah digunakan untuk
menternak kambing biri-biri. Wilkinson membeli ladang
tersebut tetapi kemudiannya mendapati ladang itu tidak
boleh menampung sebanyak 2,000 ekor biri-biri seperti
yang telah dinyatakan oleh Bisset.
KERELAAN BEBAS
Salahnyataan (Kes Mahkamah)
Keputusan Mahkamah
• Kenyataan Bisset itu hanyalah pendapat beliau
sahaja dan ia tidak boleh menjadi salah nyata
walaupun pendapat yang diberikan itu adalah salah.
• Bisset bukannya seorang penternak biri-biri
KERELAAN BEBAS
Khilaf
Seksyen 21 AK1950 menyatakan apabila terdapat kesilapan
terhadap fakta-fakta penting yang dibuat oleh kedua-dua pihak
yang berkontrak, perjanjian adalah batal. Kesilapan-kesilapan
tersebut adalah:
• Silap fakta tentang pengenalan perkara pokok dalam kontrak
• Silap fakta tentang kewujudan perkara pokok dalam kontrak
• Silap fakta tentang pengenalan pihak yang satu lagi
• Silap fakta tentang perkara pokok
• Silap fakta tentang bentuk dokumen
KERELAAN BEBAS
Khilaf (Kes Mahkamah)
Raffles lwn Wichelhaus
Plaintif dan defendan memasuki kontrak jual beli muatan kapas dari
Bombay. Muatan tersebut akan dibawa oleh kapal ‘Peerless’. Tanpa
pengetahuan kedua-dua pihak, ada 2 kapal bernama ‘Peerless’ yang
akan belayar dari Bombay. Satu akan belayar pada bulan Oktober
manakala yang satu lagi akan belayar pada bulan Disember.
Defendan menyangka Plaintif mahu membeli kapas yang dibawa
oleh kapal yang belayar pada bulan Oktober, sedangkan plaintif
mahukan kapas yang dibawa dalam pelayaran bulan Disember.

KM: Kontrak antara mereka adalah batal kerana kedua-duanya telah


silap fakta tentang kapal berkenaan.
OBJEK YANG DIBENARKAN OLEH
UNDANG-UNDANG
Kontrak itu tidak dibenarkan oleh undang-undang
jika kontrak itu:
• Dilarang oleh undang-undang
• Akan mengecewakan peruntukan mana-mana
undang-undang
• Merupakan fraud
• Mendatangkan bencana kepada diri atau harta
orang lain
• Tidak bermoral atau bertentangan dengan polisi
awam
FORMALITI
• Cara bagaimana kontrak itu dipersetujui oleh
pihak yang berkontrak.
• Jika ada peruntukan undang-undang yang
mengkehendaki sesuatu kontrak dilakukan secara
bertulis, maka ianya mestilah diwujudkan dalam
bentuk tulisan untuk menjadikan ianya kontrak
yang sah.
• Contohnya kontrak sewa beli, kontrak pembinaan
dan lain-lain yang telah ditetapkan oleh undang-
undang.
DBF 2143 UNDANG-UNDANG
PERNIAGAAN
KONTRAK BOLEH BATAL,
BATAL DAN MENYALAHI
UNDANG-UNDANG
Maksud Kontrak Boleh Batal
• Kontrak yang pada asasnya sah tetapi boleh
dibatalkan oleh pihak yang berkontrak jika
pihak tersebut dapat membuktikan ketiadaan
kerelaan bebas ketika pihak itu memberi
persetujuan dalam kontrak tersebut.
Faktor yang boleh membatalkan
kontrak
Sesuatu kontrak yang sah boleh dibatalkan oleh
pihak yang terlibat jika dia dapat membuktikan
kepada mahkamah terdapat unsur-unsur berikut
semasa kontrak dilakukan:
1. Paksaan
2. Pengaruh tidak berpatutan
3. Tipuan (Fraud)
4. Salahnyataan (Misrepresentation)
5. Khilaf (Mistakes)
Maksud Kontrak Batal
• Kontrak batal ditakrifkan sebagai kontrak yang
tidak sah mengikut undang-undang . Kontrak
ini tidak boleh diteruskan dan mesti
dibatalkan. Seksyen 2(g) AK 1950 menyebut
bahawa satu perjanjian yang tidak boleh
dikuatkuasakan oleh undang-undang adalah
terbatal.
• Sebab batal – tidak cukup elemen kontrak /
menyalahi undang-undang / tidak bermoral
DBF 2143 UNDANG-UNDANG
PERNIAGAAN
KANDUNGAN DAN TERMA
KONTRAK
L’Estrange lwn Graucob Ltd (1934)
L’Estrange, berkontrak untuk membeli mesin slot rokok daripada
defendan, Graucob, dan dalam perjanjian itu terdapat klausa yang
menyatakan ‘Saya bersetuju membeli mesin slot yang dinyatakan
di atas mengikut terma dan syarat yang dinyatakan. Mana-mana
syarat dan waranti tersirat atau peraturan yang tidak dinyatakan
di sini adalah tidak termasuk dalam perjanjian ini’. Mesin slot
tersebut tidak berfungsi seperti yang sepatutnya dan plaintif
mendakwa defendan telah melanggar Akta Jualan Barang dengan
menjual barang yang tidak mempunyai kualiti boleh niaga.
Defendan berhujah yang statut tersebut tidak lagi relevan kerana
ianya telah dinyatakan dalam kontrak. Plaintif mendakwa yang dia
telah terlepas pandang klausa tersebut kerana tidak membaca
syarat tersebut dengan berhati-hati

Isu Perundangan:
• Adakah klausa yang memansuhkan syarat dan
waranti tersirat yang ditetapkan oleh undang-
undang (statut) sah dan mengikat?

• Adakah defendan telah melanggar AJB?

Keputusan Mahkamah
Klausa tersebut sah dan mengikat dan defendan
tidak dianggap melanggar syarat tersirat dalam Akta
Jualan Barang
Soalan
Ali telah menawarkan kepada Abu untuk menjual
rumahnya dengan harga RM 100,000. Abu meminta
supaya harga tersebut dikurangkan kepada RM
85,000. Ali tidak memberi apa-apa jawapan. Pada
keesokan harinya, Abu menyatakan persetujuan
untuk membeli rumah tersebut pada harga yang
diminta oleh Ali iaitu RM 100,000 tetapi dia
mendapati Ali telah menjual rumah tersebut
kepada Aki. Abu kemudiannya mengambil tindakan
mahkamah terhadap Ali kerana beliau mendakwa
Ali telah memungkiri kontrak yang telah
dipersetujui. Nasihati Ali
Kandungan Jawapan
1. Mengenal pasti isu perundangan
2. Menyatakan & menghuraikan peruntukan
undang-undang yang berkaitan dengan kes
3. Menyatakan & menghuraikan kes mahkamah
yang berkaitan dengan kes yang diberi
4. Menghuraikan penyelesaian kes yang diberi
Jawapan
Isu Perundangan
1. Adakah wujud kontrak yang sah di antara Ali
dan Abu?
2. Adakah berlaku perlanggaran kontrak oleh Ali
dalam kes ini?
3. Adakah penerimaan yang dibuat oleh Abu
merupakan penerimaan yang sah?
Jawapan
Huraian Statut (Peruntukan Perundangan)
1. Penamatan tawaran – S.6(c) AK 1950
“Sesuatu cadangan adalah dibatalkan atas
kemungkiran penerima untuk memenuhi
syarat terdahulu mengenai penerimaan”

2. Syarat penerimaan – S.7(a) AK 1950


“Untuk menjadikan suatu cadangan itu
suatu janji, maka penerimaan itu mesti
mutlak dan tidak bersyarat”
Jawapan
Kes Mahkamah: Hyde Lwn Wrench (1940)
Pada 6 Jun, defendan membuat tawaran kepada plaintif
untuk menjual tanahnya dengan harga £1,000. Pada 27 Jun,
plaintif bersetuju membeli tetapi dengan harga £950.
Defendan telah menolaknya. Pada 29 Jun, plaintif
menyatakan persetujuan membeli tanah itu pada harga asal
iaitu £1,000. Defendan enggan menjualkannya kepada
plaintif. Plaintif bertindak mengambil tindakan mahkamah
terhadap defendan atas dasar pelanggaran kontrak
Keputusan Mahkamah
Tiada kontrak yang sah wujud di antara plaintif dan defendan
kerana plaintif telah membuat tawaran balas yang
menamatkan tawaran asal.
Jawapan
Huraian jawapan kepada kes
1. Tiada kontrak wujud antara Ali dan Abu
2. Tawaran Ali tamat apabila Abu membuat
tawaran balas dengan mengemukakan harga
lain iaitu RM 85,000
3. Tindakan Ali berdiam diri bukan penerimaan
yang sah kepada tawaran
4. Penerimaan Abu tidak sah kerana telah
melanggar syarat tawaran

You might also like