NORMALISASI oPrinsip ini memberi peluang kepada mereka yang berkeperluan khas merasa kehadiran mereka hampir senormal mungkin. oMemberi hak dan peluang kepada mereka yang berkeperluan khas untuk menikmati peluang pendidikan dan kehidupan sesempurna mungkin. oPerkara yang perlu diberi perhatian ialah: Persekitaran sebenar kanak-kanak. Persamaan dan perbezaan dalam kalangan berbagai kumpulan dalam masyarakat. Pengetahuan tentang pertumbuhan dan perkembangan, keperluan, kehendak, kekuatan dan ketidakupayaan kanak-kanak. KEADILAN oPrinsip keadilan berlandaskan ‘due process’ yang mengkehendaki setiap tindakan memfokuskan kepada kebajikan kanak-kanak. o‘Due process’ – satu set prosedur untuk memastikan keadilan dalam membuat keputusan yang berkaitan pendidikan murid dan tanggungjawab dipikul bersama-sama oleh pihak professional dan ibu bapa. oContoh tindakan yang tidak adil ialah: Enggan mencuba pengurusan tingkah laku secara sistematik. Menempatkan murid secara sebarangan tanpa usaha untuk membantu. Ketidaksediaan guru menyediakan perkhidmatan yang diperlukan. PENGHORMATAN oPrinsip penghormatan menjelaskan tentang hak seseorang untuk dilayan sebagai manusia yang bermaruah. oContoh tindakan yang salah ialah: Hukuman fizikal (tampar, ketuk-ketampi). Hukuman psikologi (menyindir, memarahi, memberi gelaran). Pengabaian (menyekat kanak-kanak daripada peluang untuk berjaya). Pemisahan (salah penempatan di kelas khas). Pengasingan (penggunaan ‘timeout’ secara tidak konsisten dan lama). Pengubatan (salah guna ubat kawalan). Hukuman kejam (sekatan, renjatan elektrik).