Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 17

Makna Ayat

• Makna ayat terbahagi kepada tiga iaitu :


a) makna tersurat
b) makna terselindung
c) makna tersirat
Makna tersurat
• Makna yang diperoleh semata-mata daripada
makna yang tertulis atau makna diujurkan
sahaja.
• Sama ada bahasa bertulis atau bahasa lisan,
kita lebih bergantung pada kebiasaan.
• Contoh
 Para pelajar-pelajar yang dihormati
sekalian.
para
pelajar-pelajar
sekalian
 Semua perkataan di atas menunjukkan
ramai.
 Para pelajar yang dihormati.
• Contoh
 Saya mahu pergi ke pasar membeli dua
ekor kambing.
Saya mahu membeli kambing
dua ekor.
Saya mahu membeli ekor
kambing dua.
 Ayat di atas mengandungi dua makna.
Makna terselindung

• Makna yang terselindung dalam sesuatu ayat


kerana perkataannya tidak dihadirkan namun
masih boleh dikesan oleh pembaca dan
pendengar.
• Dikesan melalui struktur dalam, iaitu dalam
fikiran pendengar dan pembaca.
• Contoh
 Majlehah ke kedai Pak Munawer.

Ke kedai

 ayat tidak menghadirkan kata kerja.


 melalui pemahaman perbuatan
Majlehah ialah pergi.
Makna tersirat
• Makna yang diperoleh berbeza daripada
makna yang tertumis atau makna yang
diujurkan.
• Timbul keinginan dalam masyarakat Melayu
untuk menyatakan sesuatu dengan maksud
lain.
• Biasanya disebut sebagai peribahasa.
• Peribahasa ialah ayat yang khusus untuk
makna tertentu.
• Peribahasa dibahagikan kepada tujuh iaitu:
a) bentuk bidalan.
b) bentuk pepatah.
c) bentuk perbilangan.
d) bentuk lidah pendeta (kata hikmah).
e) bentuk cogan kata atau motto.
f) bentuk pemeo.
d) bentuk simpulan bahasa.
Kiasan
• Peribahasa yang mengiaskan sesuatu
maklumat dengan maklumat lain.
• Contoh ;
 seperti pinang dibelah dua.
menyamakan pasangan lelaki dan wanita
seperti pinang dibelah dua, iaitu sepadan
serba-serbinya.
Bidalan
• Peribahasa mengandungi nasihat atau
peringatan.
• Contoh ;
 Kurang duit boleh diberi, kurang akal habis
budi.
Seseorang itu penting dalam hidupnya
ialah pengetahuan atau ilmu agama.
Pengetahuan dan ilmu ini lebih utama
daripada wang.
Pepatah
• Peribahasa yang mengandungi ajaran orang-
orang tua yang berisi nasihat.
• Contoh ;
 keldai hendak dijadikan kuda (Za’ba 1966)
maksudnya ialah seseorang yang bodoh,
jika tidak mempunyai kemahuan, diajar
bagaimanapun akan sia-sia.
 Jelaslah bahawa peribahasa berbentuk
pepatah dicirikan oleh ayat selapis yang
padat dan irama yang seimbang.
Perbilangan
• Peribahasa yang mengandungi pedoman hidup.
• Contoh ;
 Bulat air kerana pembentung
bulat manusia kerana muafakat.
(Md. Said Haji Suleiman 1991)
Sesuatu pekerjaan atau masalah akan mudah
diselesaikan jika dikerjakan atau difikirkan
bersama- sama.
 Perbilangan dicirikan oleh oleh kelompok kata atau
ayat yang seolah-olah berbeza maknanya tetapi
sebenarnya mengandungi makna yang sama
sehingga antara satu dengan lain saling
memperkukuh.
Lidah pendeta
• Peribahasa yang dipilih daripada buku yang ditulis
oleh pemikir terkenal.
• Contoh ;
 Tidak ada kursus kilat untuk
menjadikan seseorang itu waras serta
cerdik sekelip mata.
( Hussein Onn. Seribu Satu Malam)
 Kalau diperturutkan malu, mahu
longgar ikat pinggang kerana lapar.
( HAMKA. Keadilan Ilahi)
Cogan Kata atau Motto
• Kata semboyan sesuatu organisasi sama ada
kerajaan atau swasta.
• Contoh ;
 Bersih, Cekap, dan Amanah
Kata semboyan Kerajaan Malaysia yang
diterajui oleh Dr. Mahathir Mohamad.
 Peribahasa bentuk cogan kata dicirikan oleh
kelompok kata yang singkat, tegas dan
mantap dengan maknanya yang luas dan
dalam.
Pomeo
• Perkataan yang popular disebut dengan tujuan
memberi semangat atau menyindir.
• Contoh ;
 Sekali merdeka tetap merdeka.
( J.S Badudu 1976)
 Lebih baik mati daripada dijajah.
memperkukuhkan dasar perjuangan bagi
membebaskan bangsa daripada dijajah
oleh bangsa asing.
 Dicirikan oleh ayat pendek dengan makna
langsung pada makna yang dimaksudkan.
Simpulan Bahasa
• Menggambarkan keadaan atau kelakuan
seseorang yang diungkapkan dengan kelompok
kata terbatas.
• Contoh;
 Tangkai jering = Kedekut
 Berhati jantan = Berani
 dicirikan oleh kelompok kata yang
mengungkapkan ayat lengkap atau
menyimpulkan ayat lengkap kepada
kelompok kata terhad.

You might also like