Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

KONSEP TRANSFORMASI

GENERATIF
DISEDIAKAN OLEH:
AIMAN NURHAKEEM BIN JALAL
GHAITHIRI DEVI A/P CHANDRAN
MOHD ZULHAFIZ BIN ABDULLAH
PROSES PENERBITAN AYAT

Pengguguran Perluasan

Penyusunan semula
PROSES PENGGUGURAN Pengguguran
frasa nama
yang
mendahului
frasa relatif

Proses transformasi yang berlaku


Pengguguran
pada struktur ayat yang frasa
mengakibatkan pengguguran predikat
unsur-unsur tertentu daripada
binaan ayat itu.
Pengguguran frasa
nama sebagai subjek
PROSES PENYUSUNAN SEMULA
Penyusunan
semula
melalui ayat
songsang

Mengakibatkan berlakunya perubahan atau Penyusunan


semula
pengguguran pada kata-kata tertentu dan frasa nama
wujud penggantian atau penambahan kata- sebagai
objek
kata lain pada ayat yang berkenaan.
Penyusunan
semula frasa
nama sebagai
subjek
PENYUSUNAN SEMULA FRASA NAMA SEBAGAI SUBJEK

• Proses ini boleh berlaku melalui proses transformasi pasif.


• Dalam proses ini struktur ayat aktif berubah menjadi pasif manakala objek pula menjadi judul
ayat.
• Perubahan transformasi struktur juga berlaku . Imbuhan frasa kerja aktif dalam ayat aktif
transitif berubah bentuk menjadi imbuhan pasif dalam ayat pasif iaitu awalan meN- menjadi di-.
• Subjek asal dalam ayat aktif transitif dipindahkan ke bahagian belakang binaan predikat
sebagai keterangan dalam ayat pasif.
• Contohnya:
1. Ayah memandu kereta besar itu.
2. Kereta besar itu dipandu oleh ayah.

PENERANGAN: ayat (1) ialah ayat aktif iaitu subjek frasa nama ialah ayah dan objeknya kereta
besar itu. Sebaliknya, ayat (2) ialah ayat pasif. Frasa nama kereta besar itu berfungsi sebagai
objek dalam ayat aktif dikedepankan untuk menjadi subjek yang baharu. Imbuhan kata kerja juga
berubah iaitu me- digantikan dengan di- dan kata sendi nama oleh mendahului frasa nama Ayah
dalam ayat pasif.
• Contohnya:
1) Pengawal itu menjaga bangunan bank.
2) Bangunan bank dijaga oleh pengawal itu.

PENERANGAN: ayat (1) ialah ayat aktif iaitu subjek frasa nama ialah pengawal itu dan objeknya
bangunan bank. Sebaliknya, ayat (2) ialah ayat pasif. Frasa nama bangunan bank berfungsi
sebagai objek dalam ayat aktif dikedepankan untuk menjadi subjek yang baharu. Imbuhan kata
kerja juga berubah iaitu meN- digantikan dengan di- dan kata sendi nama oleh mendahului frasa
nama pengawal itu dalam ayat pasif.
Terdapat satu lagi ragam ayat pasif dalam Bahasa Melayu yang melibatkan penggunaan kata
ganti nama diri orang pertama dan kedua sebagai subjek dalam ayat aktif.
Contohnya:
1) Kami memujuk kanak-kanak yang menangis itu.
2) Kanak-kanak yang menangis itu kami pujuk.

PENERANGAN: Imbuhan me- pada kata kerja memujuk tidak boleh digantikan
dengan di- apabila ayat tersebut mengalami transformasi pasif seperti di atas.
PENYUSUNAN SEMULA FRASA NAMA SEBAGAI OBJEK

• Proses penyusunan semula frasa nama sebagai objek berlaku pada ayat-ayat yang
mengandungi dua jenis objek iaitu objek tepat dan objek sipi.
• Objek tepat ialah frasa nama yang berkedudukan selepas kata kerja.
• Objek sipi ialah frasa nama yang berkedudukan selepas objek tepat.
• Proses transformasi ini berlaku dengan memindahkan kedudukan objek tepat dalam ayat asal
ke bahagian akhir dengan didahului kata sendi nama serta meletakkan frasa nama objek sipi
pada kedudukan selepas kata kerja untuk menjadikannya objek tepat yang baharu.
• Kata kerja juga berubah bentuknya iaitu imbuhan –i digantikan dengan imbuhan –kan.
Contohnya:
1) Siti menghadiahi Aisyah sebuah buku.
2) Siti menghadiahkan sebuah buku kepada Aisyah.

Dalam ayat(1), Aisyah merupakan objek tepat manakala sebuah buku


merupakan objek sipi. Setelah mengalami proses transformasi, objek tepat
(Aisyah) dipindahkan pada bahagian akhir dalam ayat dengan mendahului
kata sendi nama kepada. Objek sipi (sebuah buku) pula diletakkan selepas
kata kerja dalam ayat. Imbuhan akhiran –i digantikan dengan imbuhan akhiran
–kan.
PENYUSUNAN SEMULA MELAUI AYAT SONGSANG

• Penyusunan semula melaui ayat songsang ialah proses menukar kedudukan subjek dan
predikat daripada susunan biasa kepada susunan songsang.
• Perubahan ini tidak mengubah status subjek dan predikat.
• Ayat yang mengandungi keterangan tempat, keterangan masa, keterangan syarat, keterangan
musabab dan sebagainya boleh disongsangkan.
• Aspek keterangan difokuskan dalam penyusunan ayat songsang:

Susunan biasa Aspek Susunan songsang

Mereka tiba di sini semalam. Keterangan masa Semalam mereka tiba di sini.

Orang tua itu pergi ke sungai. Keterangan tempat Ke sungai orang tua itu pergi.
• Kata kerja difokuskan dalam penyusunan ayat songsang:

Susunan biasa Aspek Susunan songsang

Orang tua itu pergi ke sungai. Kata kerja (pergi) Pergi ke sungai, orang tua itu.

Mereka tiba di sini semalam. Kata kerja (tiba) Tiba di sini, mereka semalam.
Peluasan frasa
nama sebagai

PROSES PELUASAN objek

Peluasan
melalui
Proses Peluasan frasa
Proses yang predikat
menambahkan unsur
baharu ke dalam ayat
komplementasi
peluasan

Peluasan
dengan kata
hubung

You might also like