Haba

You might also like

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 75

SAINS TINGKATAN DUA

BAB 7 | HABA

1
FuiLin@SMK DC
7.1 Haba Sebagai Suatu Bentuk Tenaga

1. Haba ialah tenaga yang menyebabkan


kepanasan sesuatu objek.
2. Haba boleh bergerak melalui vakum.
3. Sumber utama tenaga haba ialah Matahari.
Haba boleh digunakan untuk melakukan kerja.
4. Tenaga haba juga dikenali sebagai tenaga terma.

2
FuiLin@SMK DC
5. Haba bergerak dari tempat yang panas
ke tempat yang lebih sejuk.
6. Haba diukur dalam unit Joule (J).

3
FuiLin@SMK DC
Cara-cara Menghasilkan Haba

Tenaga
Pembakaran
Kinetik

Geseran Cara haba objek


dihasilkan panas

Elektrik
Tindak balas kimia
Tenaga nuklear

4
FuiLin@SMK DC
Kegunaan tenaga haba dalam kehidupan harian
Kegunaan Penerangan
Untuk mengekalkan Di negara sejuk, radiator elektrik
kepanasan dan pembakaran arang batu
digunakan untuk memanaskan
rumah.
Untuk memasak Pembakar roti, cerek digunakan
untuk menghasilkan haba untuk
memasak.
Untuk menghasilkan Filamen di dalam mentol elektrik
cahaya menjadi panas, jadi mentol itu
mengeluarkan cahaya.
5
FuiLin@SMK DC
Kegunaan tenaga haba dalam kehidupan harian
Kegunaan Penerangan
Untuk pemanasan Penunu Bunsen di makmal sekolah
digunakan untuk membekalkan
haba bagi memanaskan bahan.
Untuk membasuh Air panas digunakan untuk mandi,
dan mencuci membasuh pakaian dan untuk
mencuci benda.
Untuk peleburan Haba digunakan untuk meleburkan
besi bagi acuan.

6
FuiLin@SMK DC
Kegunaan tenaga haba dalam kehidupan harian
Kegunaan Penerangan
Untuk membuat Haba diperlukan untuk membuat
bahan beberapa bahan seperti kaca dan
tembikar.
Untuk pensterilan Haba digunakan untuk
(membasmi mendidihkan air bagi mensterilkan
kuman/bakteria) picagari, gunting, forseps di
hospital.

7
FuiLin@SMK DC
Perbezaan antara Haba dan Suhu
Haba Suhu
Suatu bentuk tenaga Sukatan darjah kepanasan

Haba boleh Suhu tidak boleh


melakukan kerja. melakukan kerja.
Unit : Joule ( J ) Unit: Darjah Celsius ( oC )
atau Kelvin (K)
Mengalir dari bahan Bertambah apabila
yang panas ke bahan dipanaskan dan menurun
yang sejuk. apabila disejukkan.

8
FuiLin@SMK DC
Haba Suhu
Kuantiti haba dalam Suhu sesuatu bahan
sesuatu objek bergantung pada
bergantung kepada pergerakan zarah-zarah di
jenis bahan, kuantiti dalam bahan tersebut.
bahan, jisim dan Semakin cepat pergerakan
suhu. sesuatu zarah, semakin
tinggi suhu bahan itu.

9
FuiLin@SMK DC
Exp 1 | Haba sebagai suatu bentuk tenaga

Dua blok besi berlainan saiz


dipanaskan pada suhu yang sama
50 g blok besi dipindahkan ke bikar P. 100 g blok besi
dipindahkan ke bikar Q. Air dalam bikar Q lebih panas
daripada air dalam bikar P.
10
FuiLin@SMK DC
Kesimpulan
Dua blok besi mempunyai suhu yang
sama, tetapi mempunyai jumlah haba
yang berlainan. Ini adalah kerana
mereka mempunyai jisim yang berbeza.

11
FuiLin@SMK DC
7.2 Pengaliran haba dan Kesannya

1. Jirim akan berubah bentuk semasa dipanaskan


atau disejukkan.
2. Jirim mengembang apabila dipanaskan.
3. Jirim mengecut apabila disejukkan.

12
FuiLin@SMK DC
A. Pengembangan dan Pengecutan Jirim

Pengembangan
Apabila jirim dipanaskan, zarah-zarahnya
menerima tenaga haba dan bergerak dengan
lebih pantas (cepat).
Zarah-zarah bergetar dengan pantas dan
menjauhi satu sama lain.
Isi padu bertambah apabila pengembangan
berlaku.
Kadar pengembangan jirim:
Gas > Cecair > Pepejal

13
FuiLin@SMK DC
2. Pengecutan
 Apabila jirim disejukkan, zarah-zarah kehilangan
tenaga haba dan bergerak lebih perlahan.
 Zarah-zarah mendekati antara satu lain.
 Isi padu berkurangan apabila pengecutan
berlaku.
 Kadar pengecutan jirim:
Gas > Cecair > Pepejal

14
FuiLin@SMK DC
15
FuiLin@SMK DC
 Sebelum dipanaskan, bola logam boleh
melalui gelang tetapi selepas dipanaskan,
bola tidak boleh melaluinya kerana bola
logam mengembang.
 Apabila bola logam disejukkan, bola itu
boleh melalui gelang kerana bola telah
mengecut apabila disejukkan.

16
FuiLin@SMK DC
 Logam yang berlainan mengembang dan
mengecut pada kadar yang berlainan.
Contohnya loyang mengembang lebih
banyak daripada besi.

Loyang
Sebelum
Besi dipanaskan
Loyang
Selepas
Besi dipanaskan
Jalur dwilogam
17
FuiLin@SMK DC
Pengembangan dan pengecutan cecair

 Apabila kelalang yang berisi cecair


berwarna dipanaskan, aras air turun sedikit
dan kemudian naik dengan cepat.
 Sebab: Kelalang mengembang dahulu
diikuti dengan cecair berwarna.
 Apabila kelalang itu disejukkan, aras air
turun sehingga ke aras asal kerana air
berwarna mengecut apabila disejukkan.
 Cecair mengembang apabila dipanaskan
dan mengecut apabila disejukkan.
18
FuiLin@SMK DC
 Apabila air dipanaskan, zarah-zarah
menerima lebih banyak tenaga dan
bergerak lebih jauh di antara satu sama
lain dalam semua arah.
 Molekul air mengambil lebih banyak
ruang. Dengan itu, air itu mengembang.
 Cecair yang berlainan mengembang pada
kadar yang berlainan.
benzena> alkohol> minyak> air

19
FuiLin@SMK DC
Pengembangan dan pengecutan gas

Gas mengembang apabila dipanaskan


dan mengecut apabila disejukkan.
Contoh:
 Apabila kelalang yang berisi gas
dipanaskan, aras penunjuk berwarna
akan naik dengan cepat kerana gas
mengembang apabila dipanaskan.

20
FuiLin@SMK DC
 Apabila kelalang yang berisi gas disejukkan,
aras penunjuk berwarna akan menurun
dengan cepat kerana gas mengecut apabila
disejukkan.

21
FuiLin@SMK DC
Pemerhatian:
Belon akan mengembang / membesar
apabila kelalang dimasukkan dalam air
panas.
Belon akan mengecut / mengecil apabila
kelalang dimasukkan dalam air sejuk.

22
FuiLin@SMK DC
 Apabila udara dipanaskan, zarah-zarah
gas menerima lebih banyak tenaga
kinetik dan bergerak dengan sangat
cepat dalam semua arah.
 Gas boleh mengembang dengan sangat
cepat kerana terdapat:-
 Banyak ruang di antara zarah-zarah,
 Tiada sebarang daya tarikan di antara
zarah-zarah.

23
FuiLin@SMK DC
B. Pemindahan Haba
Haba boleh dipindahkan daripada
jasad yang panas ke jasad yang sejuk.

24
FuiLin@SMK DC
Pemindahan Haba
 Haba mengalir dari tempat yang bersuhu
tinggi ke tempat yang bersuhu rendah.
 Semakin besar perbezaan suhu, semakin
cepat pengaliran haba itu.
 Secawan kopi panas menjadi sejuk
selepas seketika kerana haba dipindahkan
dari cawan ke udara. Pemindahan haba
ini akan berlaku secara berterusan
sehingga cawan kopi dan udara berada
pada suhu yang sama.

25
FuiLin@SMK DC
Haba boleh dipindahkan melalui 3 cara
a)Konduksi (Conduction)
b)Perolakan (Convection)
c)Sinaran (Radiation)

26
FuiLin@SMK DC
A. Konduksi
Konduksi ialah pengaliran haba melalui jirim
daripada tempat yang bersuhu tinggi ke tempat
yang bersuhu rendah di sepanjang jirim.
Konduksi haba dalam pepejal berlaku melalui
getaran dan perlanggaran zarah-zarah.
Zarah-zarah yang bergetar lebih pantas akan
memindahkan tenaga kinetik kepada zarah-
zarah jirannya yang bertenaga rendah.
Logam ialah konduktor haba yang baik.

27
FuiLin@SMK DC
Konduksi

28
FuiLin@SMK DC
B. Perolakan
Perolakan adalah suatu kaedah
pemindahan haba dari satu tempat yang
panas ke satu tempat yang sejuk melalui
bendalir (cecair atau gas) yang bergerak.

Cecair panas
yang kurang
Cecair tumpat akan
sejuk yang bergerak ke
lebih atas.
tumpat
akan
bergerak
ke bawah.
29
FuiLin@SMK DC
Udara panas
bergerak ke atas
Udara sejuk
bergerak ke bawah

FuiLin@SMK DC
C. Sinaran
 Sinaran adalah cara pemindahan haba
dari sumber haba ke kawasan sekitarnya
TANPA melalui sebarang medium.
 Sinaran boleh berlaku di ruang vakum.
 Zarah-zarah tidak diperlukan kerana ia
tidak memindahkan tenaga dari suatu
tempat ke suatu tempat yang lain.
 Sinaran dapat menembusi ruang udara
dan vakum serta berbentuk gelombang
yang bergerak mengikut garis lurus.

31
FuiLin@SMK DC
Pemerhatian: Gelembung
udara akan kelihatan selepas
beberapa minit.
Soalan:
Haba dari penunu
Bunsen dipindahkan melalui
kaedah konduksi, perolakan
atau sinaran?

Jawapan: Sinaran

32
FuiLin@SMK DC
C. Sinaran

Soalan:
Apa akan berlaku apabila nyalaan
penunu Bunsen diletakkan di sisi
kelalang yang berisi air?
Suhu air meningkat selepas seketika
kerana haba dipindahkan secara sinaran.

33
FuiLin@SMK DC
Perbezaan antara Konduksi, Perolakan dan Sinaran
Konduksi Perolakan Sinaran

Medium Pepejal Cecair atau Tidak


untuk gas memerlukan
proses medium
berlaku perantaraan

Boleh Tidak Tidak Boleh


berlaku
dalam
vakum

34
FuiLin@SMK DC
Konduksi Perolakan Sinaran

Kelajuan Lambat Cepat Sangat


proses cepat -
Kelajuan
cahaya
Cara Haba Haba Haba
pemindahan dipindahkan dipindahkan dipindahkan
haba melalui oleh zarah- dalam
getaran zarah panas bentuk
zarah-zarah yang gelombang
bergerak ke dalam satu
atas garis lurus
35
FuiLin@SMK DC
Pemindahan haba dalam
Fenomena Semulajadi
1. Bayu darat
 Pada waktu malam,
darat menjadi sejuk
lebih cepat daripada
laut.
 Udara panas di
permukaan laut naik
dan digantikan oleh
udara sejuk yang
bertiup dari darat dan
membentuk bayu darat.
36
FuiLin@SMK DC
2. Bayu laut
 Pada waktu siang,
darat menjadi panas
dahulu daripada laut.
 Udara panas di darat
yang naik ke atas
dan tempatnya
digantikan oleh udara
sejuk yang bertiup
dari laut, membentuk
bayu laut.

37
FuiLin@SMK DC
3. Pemanasan bumi oleh matahari
 Haba dari matahari dipindahkan ke
bumi secara sinaran melalui suatu
ruang vakum.
 Haba yang diserap memanaskan bumi.

38
FuiLin@SMK DC
Kegunaan konduktor haba dan
penebat haba dalam kehidupan
1. Perkakas dapur
Perkakas dapur seperti cerek
dan kuali diperbuat daripada
keluli dan aluminium iaitu
konduktor haba yang baik
supaya makanan cepat masak.

Pemegang perkakas dapur


diperbuat daripada getah atau
plastik buatan yang merupakan
penebat haba mengelakkan
tangan daripada terkena haba .
39
FuiLin@SMK DC
2. Radiator kereta
 Radiator kereta diperbuat daripada logam
supaya haba dapat disingkirkan daripada
kereta secara konduksi ke udara
sekelilingnya dengan cepat. Dengan itu,
enjin kereta tidak menjadi terlalu panas
dan terbakar.

40
FuiLin@SMK DC
3. Termometer
Logam boleh mengalirkan haba dengan
baik.
Merkuri adalah logam dalam bentuk cecair.
Merkuri dalam termometer mengembang
dan mengecut dengan cepat.

41
FuiLin@SMK DC
Soalan KBAT
Mengapakah paip di belakang
peti sejuk adalah diperbuat
daripada logam kuprum?

Jawapan
Supaya haba dapat disebar
daripada peti sejuk dengan
cepat.

42
FuiLin@SMK DC
4. Kepingan asbestos / jubin
 Kepingan asbestos atau jubin ialah
penebat haba digunakan untuk
mengelakkan meja daripada terbakar.

43
FuiLin@SMK DC
5. Selimut
 Digunakan sebagai penebat haba untuk
mengekalkan kepanasan badan.

44
FuiLin@SMK DC
6. Beg tidur
 Beg tidur diperbuat daripada kapas tebal
untuk mengekalkan kepanasan badan
- Penebat haba yang baik.

45
FuiLin@SMK DC
7. Rod kaca
Kaca adalah bukan logam.
Kaca adalah penebat haba yang baik.
Rod kaca digunakan untuk mengacau
cecair.

46
FuiLin@SMK DC
8. Bekas makanan
 Penebat haba untuk mengekalkan
kepanasan makanan.

47
FuiLin@SMK DC
9. Iglu
 Orang eskimo tinggal di dalam
rumah yang berbentuk kubah yang
diperbuat daripada ketulan salji
yang keras.
 Haba dalam iglu dapat dikekalkan
sebab ais adalah penebat haba
yang baik.

48
FuiLin@SMK DC
Aplikasi Prinsip Perolakan dalam kehidupan
1. Pengudaraan dalam bangunan
 Bangunan biasanya
mempunyai lubang
pengudaraan di bahagian
atas atau bawah.
 Udara panas akan keluar
melalui lubang
pengudaraan di bahagian
atas. Udara sejuk
memasuki bangunan
melalui lubang di
bahagian bawah.
49
FuiLin@SMK DC
2. Radiator kereta
 Radiator kereta
yang berisi air
menyerap haba dari
enjin apabila
kenderaan
bergerak.
 Air panas naik dan
air sejuk turun
menggantikan
tempat yang
ditinggalkan air
panas.
50
FuiLin@SMK DC
3. Peti sejuk
 Udara yang panas di
ruang peti sejuk dingin
naik dan diserap keluar
dari peti sejuk.
 Udara sejuk dari peti
ais turun menggantikan
kawasan ditinggalkan
udara panas.
 Ini berulangan
sehingga seluruh peti
sejuk menyejuk.

51
FuiLin@SMK DC
4. Cerek elektrik
 Air pada bahagian bawah cerek
dipanaskan dan bergerak ke atas.
 Air sejuk pada permukaan bergerak
ke bawah untuk dipanaskan.

52
FuiLin@SMK DC
Aplikasi Prinsip Sinaran dalam kehidupan
1. Unggun api
Pada waktu malam yang
sejuk, unggun api dapat
memanaskan badan
melalui sinaran.

53
FuiLin@SMK DC
2. Mengeringkan pakaian
 Pada waktu siang, haba dari
matahari dapat mengeringkan
pakaian basah kerana air tersejat.

54
FuiLin@SMK DC
3. Matahari
 Haba dari matahari boleh sampai ke
bumi keraba haba dapat
dipindahkan melalui sinaran.

55
FuiLin@SMK DC
7.4 Aplikasi Prinsip Pengembangan dan
Pengecutan Jirim
1. Termometer merkuri
 Termometer merkuri mengukur suhu mengikut
pengembangan dan pengecutan cecair
merkuri di dalamnya.
 Apabila suhu meningkat, cecair merkuri akan
mengembang. Ini akan meningkatkan isipadu
cecair merkuri. Akibatnya aras merkuri di dalam
kapilari termometer akan naik.
 Apabila suhu menurun, isi padu merkuri akan
berkurang kerana cecair merkuri mengecut. Ini
disebabkan oleh aras merkuri di dalam kapilari
termometer menurun. 56
FuiLin@SMK DC
2. Penggera kebakaran
 Terdiri daripada satu jalur dwilogam yang
disambung ke loceng elektrik.
 Apabila berlaku kebakaran, suhu yang
tinggi akan menyebabkan jalur dwilogam
mengembang dan tertolak ke bawah. Litar
dilengkapkan dan loceng berbunyi.

57
FuiLin@SMK DC
3. Landasan Keretapi
 Mempunyai celah-celah yang
membenarkan landasan mengembang
semasa cuaca panas dan mengecut
semasa cuaca sejuk.
 Susunan ini perlu untuk mengelakkan
landasan daripada menjadi herot.

58
FuiLin@SMK DC
4. Penggolek jambatan
 Dipasangkan pada jambatan keluli untuk
mengelakkan jambatan daripada
membengkok pada cuaca panas.
 Sedikit ruang kosong disediakan untuk
membolehkan jambatan mengembang
pada hari panas dan mengecut pada hari
sejuk.

59
FuiLin@SMK DC
5. Paip air panas
Kebiasaannya berbentuk gelung.
Paipnya tidak lurus untuk membenarkan
pengembangan apabila air panas
melaluinya dan pengecutan apabila air
sejuk melaluinya.

60
FuiLin@SMK DC
6. Kabel elektrik dan dawai telefon
Dipasang kendur sedikit antara dua
tiang penyokong untuk membenarkan
pengecutannya pada hari sejuk.

61
FuiLin@SMK DC
Soalan KBAT
Bagaimanakah anda boleh membuka
penutup logam yang ketat pada suatu
botol kaca dengan mudah?

Jawapan
Merendamkan bahagian penutup
logam dalam air panas selama
beberapa minit.
Penutup logam akan mengembang,
jadi ia dapat dibuka dengan senang.

62
FuiLin@SMK DC
Soalan KBAT
Apakah cara untuk membolehkan bola ping
pong yang kemik menjadi bulat semula ?
Jawapan
Rendamkan bola ping pong itu ke dalam air
panas untuk seketika. Udara di dalam akan
mengembang apabila dipanaskan lalu
menolak bahagian yang kemik dan bola
berubah menjadi bulat semula.

63
FuiLin@SMK DC
7.5 Penyerap dan Pembebas /
Pemancar Haba yang Baik
 Semua benda boleh menyerap dan
membebaskan haba.
 Kadar penyerapan dan pemancaran haba
bagi sesuatu jasad adalah bergantung
pada suhu persekitaran dan keadaan
permukaan jasad.

64
FuiLin@SMK DC
Sifat-sifat permukaan bahan
Permukaan gelap dan Permukaan putih
kusam berkilat
Penyerap haba yang Penyerap haba yang
baik tidak baik

Pemancar haba yang Pemancar haba yang


baik tidak baik

Pemantul haba yang Pemantul haba yang baik


tidak baik

65
FuiLin@SMK DC
Objek yang mempunyai permukaan
gelap dan kusam menyerap haba
lebih cepat berbanding dengan objek
yang mempunyai permukaan putih
berkilat. Hal ini menyebabkan belon
mengembang di bekas P yang panas.

66
FuiLin@SMK DC
Objek yang mempunyai permukaan
gelap dan kusam akan lebih cepat
mencapai 83oC berbanding dengan
objek yang mempunyai permukaan
putih berkilat.

67
FuiLin@SMK DC
Permukaan gelap dan kusam
sebagai pembebas / pemancar haba
lebih baik daripada permukaan putih
bergilap

68
FuiLin@SMK DC
7.6 Aplikasi Penyerap Haba dan
Pembebas Haba dalam kehidupan
1. Kuali leper
 Kuali leper dicat hitam untuk menyerap
haba dengan cepat supaya makanan
dapat dimasak dengan lebih cepat.

69
FuiLin@SMK DC
2. Rumah-rumah / objek dicatkan
warna putih untuk
mengurangkan penyerapan
haba.

70
FuiLin@SMK DC
3. Teko dan alat perkakas
Teko dan peralatan dapur disalut dengan
permukaan berkilat untuk mengelakkan
haba terpancar dari minuman atau
makanan.

71
FuiLin@SMK DC
4. Tangki minyak lori
 Tangki minyak lori dicat dengan cat
aluminium berkilat yang merupakan
penyerap haba yang lemah tetapi pemantul
haba yang baik.

72
FuiLin@SMK DC
Aliran Haba dalam kehidupan harian
1. Alat pengedar udara diletakkan di
bumbung rumah untuk meningkatkan
peredaran haba melalui perolakan.

73
FuiLin@SMK DC
2. Rumah-rumah dibina dengan jendela untuk
meningkatkan peredaran udara.
3. Lubang pengaliran udara dalam rumah
membolehkan udara panas keluar dan
udara sejuk masuk.

74
FuiLin@SMK DC
4. Kelalang termos
 Gabus / plastik
mengurangkan
kehilangan haba melalui
konduksi.
Permukaan berkilat
mengurangkan
kehilangan haba melalui
sinaran.
Vakum mengurangkan
kehilangan haba melalui
konduksi dan perolakan.

75
FuiLin@SMK DC

You might also like