Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

PERKARA 20 DAN PERKARA 18 DALAM

PERLEMBAGAAN
 Perjanjian M’sia yg dibuat pd tahun 1963 – satu persetujuan yang telah
disepakati antara pemimpin Tanah Melayu, Sabah, dan Sarawak.
 Tuntutan: Imigresen, Bahasa, Kewangan dan Hak Istimewa Bumiputera
Sabah dan Sarawak.
 Kedudukan Sabah dan Sarawak dalam perlembagaan dilindungi oleh
kuasa Yang di-Pertua Negeri berkenaan dan pindaan hanya boleh dibuat
sekiranya kedua-duanya memberikan persetujuan.
 Parlimen tidak boleh meminda kedudukan istimewa bumiputera Sabah
dan Sarawak iaitu menyamai peranan dan kuasa Majlis Raja-Raja
berhubung dengan kedudukan orang Melayu di Semenanjung.
Perjanjian 20 perkara dalam Perlembagaan

BIL PERKARA CATATAN

1. Agama Walaupun tiada bantahan terhadap agama Islam sebagai agama


kebangsaan Malaysia tetapi agama rasmi sepatutnya tidak akan
diadakan di Borneo Utara, dan segala perundangan mengenai
agama Islam yang terkandung di dalam Perlembagaan Malaya
tidak harus digunakan di Borneo Utara.
2. Bahasa  Bahasa Melayu harus dijadikan Bahasa Kebangsaan
Persekutuan.
 Penggunaan Bahasa Inggeris harus diteruskan untuk
tempoh sepuluh tahun selepas Hari Malaysia
 Bahasa Inggeris harus digunakan sebagai bahasa rasmi
Borneo Utara untuk semua tujuan berkaitan dengan negeri dan
persekutuan, tanpa had masa.
Perjanjian 20 perkara dalam Perlembagaan
BIL PERKARA CATATAN

3. Perlembagaan Walaupun Perlembagaan Persekutuan Malaya diterima


sebagai asas untuk membentuk Perlembagaan Malaysia, akan
tetapi Perlembagan Malaysia seharusnya dipersetujui oleh
pergabungan negeri-negeri bebas dan sepatutnya bukan
sesuatu susunan pindaan kepada sebuah perlembagaan yang
telah digubal dan dipersetujui oleh negeri-negeri yang
berasingan di dalam keadaan yang berlainan sekali. Sebuah
perlembagaan baru untuk Borneo Utara sewajarnya amat
diperlukan.
4. Ketua Ketua (Yang Di Pertua Negara) Borneo Utara tidak layak untuk
Persekutuan dipilih sebagai Ketua Persekutuan.
Perjanjian 20 perkara dalam Perlembagaan
BIL PERKARA CATATAN

5. Nama "Malaysia" bukan "Melayu Raya".


Persekutuan

6. Imigresen Kawalan ke atas penghijrahan dari luar ke mana-mana tempat di


Malaysia seharusnya terletak di bawah kuasa kerajaan Persekutuan
tetapi kemasukan ke Borneo Utara sepatutnya juga memerlukan
persetujuan Kerajaan Negeri.
Kerajaan Persekutuan tidak seharusnya berkuasa membatalkan
kemasukkan sesiapa pun ke dalam Borneo Utara jika ia berkaitan
dengan urusan kerajaan negeri kecuali atas sebab-sebab
keselamatan sahaja. Borneo Utara seharusnya mempunyai kuasa
yang tidak terhad ke atas pergerakan seseorang, kecuali mereka
yang bertugas di bawah kerajaan Persekutuan daripada tempat-
tempat lain Malaysia di Borneo Utara.
Perjanjian 20 perkara dalam Perlembagaan
BIL PERKARA CATATAN

7. Hak Menarik Hak untuk memisah atau menarik diri dari Persekutuan
Diri seharusnya tidak ada.
8. Borneonisasi Proses untuk melantik orang-orang tempatan ke dalam
perkhidmatan awam negeri Borneo Utara seharusnya
diwujudkan secepat mungkin.

9. Pegawai- Segala usaha harus dibuat untuk menggalakkan pegawai-


pegawai pegawai Birtish untuk meneruskan perkhidmatan mereka dalam
British perkhidmatan awam sehingga tempat mereka boleh diganti oleh
orang-orang tempatan yang berkelayakan.
Perjanjian 20 perkara dalam Perlembagaan
BIL PERKARA CATATAN

10. Kewarga- Tertakluk kepada pindaan berikut, Perenggan 148(k) cadangan


negaraan dalam Laporan Cobbold seharusnya menentukan hak
kewarganegaraan penduduk Borneo Utara di dalam Persekutuan :
 Perenggan kecil (I) seharusnya tidak mengandungi syarat
mengenai penetapan selama 5 tahun
 Untuk diselaraskan dengan undang-undang kami, perenggan
kecil (II) sepatutnya menyatakan "7 daripada 10 tahun" dan
bukan "8 daripada 10 tahun"
 Perenggan kecil (II) tidak sepatutnya mengandungi sekatan
berkenaan dengan kewarganegaraan ibu bapa seseorang yang
dilahirkan di Borneo Utara selepas Hari Malaysia semestinya
menjadi warganegara persekutuan.
Perjanjian 20 perkara dalam Perlembagaan
BIL PERKARA CATATAN

11. Cukai dan Borneo Utara seharusnya mempunyai kuasa ke atas kewangan,
kewangan tabung pembangunan, dan cukai sendiri.
12. Kedudukan Pada prinsipnya bangsa asli Borneo Utara seharusnya menikmati
khas hak keistimewaan seperti yang diberikan kepada bangsa Melayu
bangsa asli/ di Malaya, tetapi formula yang dipraktikkan di Malaya tidak
bumiputera semestinya digunapakai oleh Borneo Utara.
Borneo
Utara
13. Kerajaan Ketua Menteri harus dipilih oleh ahli-ahli tidak rasmi Majlis
Negeri Perundangan. Borneo Utara seharusnya mempunyai suatu
sistem kementerian yang sesuai.
Perjanjian 20 perkara dalam Perlembagaan
BIL PERKARA CATATAN

14. Jangkamasa Sepatutnya tujuh tahun dan dalam masa ini kuasa
Peralihan perundangan mesti diberikan kepada Kerajaan Borneo Utara
mengikut perlembagaan dan tidak dipengaruhi oleh kerajaan
persekutuan.
15. Pelajaran Sistem pelajaran Borneo Utara yang wujud sekarang harus
diteruskan dan dengan itu ia harus diletakkan di bawah
kawalan kerajaan negeri.
16. Perlindungan Tidak ada sebarang pindaan, perubahan atau pembatalan
kepada dapat dilakukan oleh Kerajaan Pusat kepada perlindungan-
Perlembagaan perlindungan yang diberikan khas kepada Borneo Utara tanpa
persetujuan kerajaan Borneo Utara. Kuasa ini adalah hak
mutlak penduduk negeri ini.
Perjanjian 20 perkara dalam Perlembagaan
BIL PERKARA CATATAN

17. Perwakilan Ini sepatutnya bukan hanya bergantung kepada jumlah


dalam penduduk Borneo Utara tetapi juga kepada keluasan dan
Parlimen keupayaannya, dan dalam mana-mana perkara ia sepatutnya
Persekutuan tidak kurang dari jumlah perwakilan dari Singapura.
18. Nama Ketua Yang Di Pertua Negara.
Negeri

19. Nama Negeri Sabah.

20. Tanah, hutan, Perkara dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai kuasa


kerajaan Majlis Tanah Persekutuan tidak harus melibatkan Borneo Utara.
tempatan dan Seperti itu juga, Majlis Kebangsaan Kerajaan Tempatan tidak
lain-lain harus melibatkan Borneo Utara.
Perjanjian 18 perkara dalam Perlembagaan

BIL PERKARA CATATAN


1 AGAMA Islam agama rasmi persekutuan sementara Sarawak
hendaklah tidak mempunyai sebarang agama rasmi.
Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dipakai di Sarawak.
2 BAHASA Bahasa Melayu hendaklah dijadikan bahasa rasmi di
Persekutuan. Bahasa Inggeris hendaklah digunakan dalam
tempoh sepuluh tahun selepas Hari Kemerdekaan Malaysia.
3 PERLEMBAGAAN Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang sedia ada
diterima sebagai asas Perlembagaan Malaysia.
Perlembagaan Malaysia hendaklah merupakan satu
dokumen yang baru sama sekali. Sebuah perlembagaan
negeri adalah perlu bagi Sarawak.
Perjanjian 18 perkara dalam Perlembagaan
BIL PERKARA CATATAN
4 KETUA Ketua bagi Sarawak tidak berhak atau tidak layak untuk
PERSEKUTUAN dipilih menjadi ketua persekutuan.
5 NAMA Nama persekutuan ialah Malaysia, bukan Melayu raya.
PERSEKUTUAN
6 KUASA Kawalan ke atas imegresen ke mana-mana bahagian
IMEGRESEN malaysia daripada luar hendaklah berada dalam kuasa
kerajaan persekutuan tetapi kemasukan ke Sarawak
hendaklah juga mendapat kebenaran daripada kerajaan
negeri. Kerajaan persekutuan tidak boleh membatalkan
kemasukan sesiapa ke Sarawak untuk tujuan kerajaan
negeri kecuali atas alasan keselamatan yang kukuh.
Sarawak hendaklah mempunyai kawalan yang tidak
terbatas terhadap pergerakan manusia, kecuali kakitangan
kerajaan persekutuan.
Perjanjian 18 perkara dalam Perlembagaan

BIL PERKARA CATATAN


7 HAK UNTUK Sarawak tidak mempunyai hak untuk berpisah daripada
BERPISAH Malaysia.
8 BORNEONISASI Pegawai Borneo yang dilantik merupakan penduduk
Tempatan.
9 PEGAWAI- Segala usaha hendaklah dibuat untuk menggalakkan
PEGAWAI pegawai british kekal dalam perkhidmatan awam
BRITISH sehinggalah tempat mereka diambil alih oleh mereka yang
layak dan sesuai dari kalangan rakyat negeri berkaitan.
Perjanjian 18 perkara dalam Perlembagaan
BIL PERKARA CATATAN
10 KEWARGANE- Cadangan dalam perenggan 148 (K) dalam Lapoeran
GARAAN Suruhanjaya Cobbold hendaklah mentadbir hak-hak
kewarganegaraan dalam negeri Sarawak tertaluk kepada
pindaan-pindaan berikut :
a) Sub- perenggan (i) hendaklah tidak mengandungi peruntukan
sehinggalah pemastautin lima tahun.
b) Dalam usaha hendak menyelaraskan dengan undang-undang
kita , sub-perenggan (ii) (a) hendaklah dibaca “tujuh daripada
sepuluh tahun” dan bukannya “lapan daripada dua belas
tahun”.
c) Sub-perenggan (iii) hendaklah tidak mengandungi sekatan
yang terikat dengan kewarganegaraan ibu bapa bagi yang
lahir di Borneo utara selepas Malaysia, mesti menjadi rakyat
persekutuan.
11 TARIF DAN Sarawak hendaklah mengawal kewangan, tabung-tabung,
KEWANGAN pembangunan dan tarifnya sendiri.
Perjanjian 18 perkara dalam Perlembagaan
BIL PERKARA CATATAN
12 KERAJAAN (a)Ketua menteri hendaklah dipilih oleh ahli-ahli tidak rasmi
NEGERI Dewan Perundangan,
(b)Hendaklah diwujudkan satu sistem kementerian sebenar
di Sarawak oleh kerajaan Persekutuan.
13 TEMPOH Selama tujuh tahun kuasa perundangan hendaklah
PERALIHAN dipegang oleh kerajaan Sarawak melalui perlembagaan
bukan diwakili kepada kerajaan negeri oleh kerajaan
persekutuan (tempoh itu sudah tamat).
14 PENDIDIKAN Sistem pendidikan yang sedia ada di Sarawak hendaklah
dikekalkan dan untuk tujuan itu hendaklah diletakkan di
bawah kerajaan negeri (sistem pendidikan Sarawak , Dewan
Undangan Negeri Sarawak telah mengintegrasikan
pendidikan kedalam sistem kebangsaan pada 6 julai 1976).
Perjanjian 18 perkara dalam Perlembagaan
BIL PERKARA CATATAN
15 JAMINAN Tidak ada pindaan, perubahan, penarikan sebarang
PERLEMBAGAAN jaminan istimewa yang diberi kepada Sarawak oleh
kerajaan Persekutuan tanpa persetujuan positif kerajaan
negeri yang berkaitan.
16 PERWAKILAN DI Ianya perlu mengambil kira populasi penduduk Sarawak,
PARLIMEN saiz dan potensinya. Dalam apa keadaan sekalipun ianya
hendaklah tidak kurang daripada perwakilan Singapura.
17 GELARAN KETUA Gelaran Ketua Negeri bagi Sarawak ialah yang Dipertuan
NEGERI Negara.
18 TANAH, Peruntukan dalam kerajaan Persekutuan bersangkutan
PERHUTANAN, dengan Kuasa Majlis Tanah Negara tidak boleh diguna
KERAJAAN pakai bagi Sarawak. Begitu juga dengan Majlis Kerajaan
TEMPATAN DAN Tempatan Negara hendaklah tidak boleh diguna pakai di
LAIN-LAIN Sarawak.
RUMUSAN
• Kita perlu mengambil iktibar dari pengorbanan yang telah
ditunjukkan oleh generasi terdahulu dalam menghayati erti sedia
berkorban, toleransi dan rela berkongsi kuasa.
• Permuafakatan sosial atau social contract ini perlu diterima oleh
semua rakyat Malaysia tanpa perlu mempersoalkannya lagi.
• Melalui pembudayaan sikap ini, secara langsung ia dapat
menghindarkan negara Malaysia daripada berada dalam keadaan
tidak stabil yang boleh merosakkan perpaduan yang sudah sedia
terjalin.
PERBINCANGAN
SEBAB-SEBAB UNSUR-UNSUR
TRADISI DIPERLUKAN DALAM
KONTEKS HUBUNGAN ETNIK
HARI INI.

You might also like