Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 35

FRASA KERJA (FK)

Frasa Kerja (FK)

Binaan  satu perkataan @ lebih. Kata intinya


ialah kata kerja (KK).

Kata kerja  KK transitif atau KK tak transitif.

KK tak transitif  hadir bersendirian @ diikuti


satu/sederetan perkataan.

KK transitif mesti diikuti oleh objek & unsur-


unsur lain.
KKTT dan KKT

Contoh
KKTT
(a) Ali menang.
(b) Padi sedang menguning.
(c) Hujan turun dengan lebatnya.
(d) Mereka menyanyi di atas pentas.

KKT
(a) Syakina membeli sebuah buku.
(b) Aini membelikan adik sebuah buku.
(c) Kakak menjahit sepasang baju untuk ibu.
Binaan Frasa Kerja
Terdiri daripada dua (2) jenis:

(1) Frasa kerja yang tidak mengandungi objek untuk


melengkapkannya kata kerjanya. FK jenis ini
mengandungi kata kerja tak transitif.

Contoh:
(a) Pokok besar itu telah tumbang.
(b) Padi sedang menguning di sawah.

* kata bantu & adverba (keterangan) boleh hadir.


Binaan Frasa Kerja (samb.)

(ii) Frasa kerja yang mengandungi objek – mesti disambut


oleh objek untuk melengkapkan kata kerja. FK jenis ini
mengandungi kata kerja transitif.

Contoh:

(a) Halimah sedang membasuh kain.


(b) Azilah menjahit baju di ruang tamu.

* kata bantu & unsur keterangan juga boleh hadir dalam frasa
kerja dengan objek tersebut.
Binaan Frasa Kerja Tanpa Objek
Frasa kerja yang mengandungi frasa nama sebagai
objek terdiri daripada satu jenis kata kerja sebagai
intinya, yang disebut KK tak transitif. Jenis-jenisnya:

(i) KK tak transitif yang tidak diberi unsur pelengkap.

(ii) KK tak transitif yang dapat diberi pelengkap


sesudahnya.

(iii) KK tak transitif yang dapat diikuti oleh kata nama


sebagai penerang.
Frasa Kerja Tak Transitif
(i) Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap
Kata kerja tak transitif jenis tidak memerlukan
apa-apa unsur sebagai pelengkap.

Contoh:
(a) Semua penonton bangun.
(b) Mereka asyik berbual.
(c) Bangunan tinggi itu telah runtuh.

- KK mempunyai makna yang sempurna.


Binaan Frasa Tak Transitif Berpelengkap
Makna KK tidak lengkap sekiranya tidak diikuti oleh unsur
pelengkap.

** Unsur itu bukan objek kerana ayatnya tidak boleh dipasifkan.

beransur, tinggal, menjadi, berbuat, ada, berbantalkan,


bertilamkan, dsb.

(a) Keadaannya menjadi genting.


(b) Ekonomi negara beransur kukuh.
(c) Mereka masih tinggal miskin.
(d) Mereka berada di Kuala Lumpur.
(e) Dia berbantalkan lengan.
(f) Pengemis itu bertilamkan rumput.
Frasa Kerja dengan Objek
Frasa kerja dengan frasa nama sebagai objek
boleh dibahagikan kepada dua jenis:

(i) Frasa kerja yang mengandungi satu objek.


(ii) Frasa kerja yang mengandungi dua objek.

Objek FN bagi frasa kerja boleh terdiri daripada


objek langsung atau objek tak langsung/objek
sipi.
Binaan Frasa Kerja

Frasa Kerja dengan Satu Objek

Objek FN yang mengikuti frasa kerja disebut


sebagai objek langsung.

(a) Kami mendekati bangunan itu.


(Obj langsung (OL))

(b) Sebatang kayu melintangi jalan itu.


(Obj langsung (OL))
Binaan Frasa Kerja
Terdapat sejumlah perkatan berbentuk kata kerja
tetapi membawa maksud adjektif.

Perkataan ini boleh menerima kata penguat, dan


frasa nama yang mengikutinya boleh digugurkan.

(i) Kejadian itu amat menyedihkan (kami).


(ii) Saya percaya peristiwa semalam sangat
menakutkan (anda).
Binaan Frasa Kerja (samb.)
Frasa Kerja dengan Dua Objek

Objek-objek mempunyai fungsi yang berbeza – objek


langsung (OL) (tepat) dan objek tak langsung (OTL) (sipi).

Objek langsung seringkali disebut objek sahaja. Objek tak


langsung merujuk kepada orang/haiwan.

Dia membelikan isterinya barang perhiasan.


(OTL) (OL)

Dia membeli barang perhiasan untuk isterinya.


(OL) (OTL)
Frasa Kerja dengan Dua Objek (samb.)
Tatabahasa Dewan

Objek tepat/objek langsung  objek yang menjadi penyambut secara


langsung kepada kata kerja.

Objek SIPI/objek tak langsung  tidak menjadi penyambut secara


langsung kepada kata kerjanya.

(i) Ahmad menghadiahi Hartini sebuah buku.


(OL) (OTL)

(ii) Ahmad menghadiahkan buku kepada Ali.


(OL) (OTL)
Frasa Kerja dengan Ayat Komplemen
Frasa kerja transitif atau tak transitif boleh
menerima ayat komplemen  membentuk ayat
majmuk.

(a) Orang itu menafikan bahawa barang-


barangnya telah hilang.

(b) Penduduk kampung itu tahu bahawa


penghulu mereka sudah pergi.
Penanda Frasa Kerja
Terdapat beberapa penanda untuk menentukan
justifikasi kita tentang frasa kerja:

1. Kata keterangan (adv) (di belakang kata kerja)


2. kata bantu (di depan kata kerja
3. yang di hadapan kata kerja
4. frasa sendi nama di belakang KK

(a) Azman berlari pantas ke arah bapanya.


(b) Murid-murid sudah keluar.
(c) Lokman yang membunuh ular itu.
(d) Mereka sedang berlatih di padang.
Rajah Pohon Frasa Kerja

FK FK

KK FN KK FN

KN FSN
(OL)
KN SN FN

KN
(OTL)

makan nasi menjahit baju untuk adik


Frasa Adjektif
Susunan yang mengandungi kata adjektif (sifat) sebagai
intinya.

Berfungsi sebagai:
(i) predikat
(ii) unsur keterangan (adv)
(iii) unsur penerang dalam predikat.

Sebagai unsur keterangan  hadir sesudah kata kerja


Sebagai unsur penerang  hadir sesudah kata nama.
Frasa Adjektif

(a) Orang muda itu baik sungguh.


(subjek) (Predikat)

(b) Mereka pulang segera.


(subjek) FK (Keterangan/adv)

(c) Harimau binatang liar


(subjek) FN (Penerang)
Binaan Frasa Adjektif
Binaan Satu Perkataan
(a) Kawan-kawan Ahmad cerdik.
(b) Mukanya pucat.

Binaan Dua Perkataan


(a) Riang gembira (keserasian makna)
(b) Pahit manis (berlawanan)
(c) Tinggi lampai (unsur rima, keindahan bunyi)
(d) Merah jambu (keserupaan)
(e) Besar kepala (kiasan)
Binaan Frasa Adjektif
Penguat dalam frasa adjektif
Penguat boleh menyertai sesuatu frasa adjektif. Jenis-jenis
penguat:

(i) Penguat hadapan – terletak di hadapan kata adjektif:


(a) Anak kecil itu terlalu nakal.
(b) Masakan ibunya paling sedap.

(ii) Penguat belakang – terletak di belakang kata adjektif:


(a) Kereta api itu lambat benar.
(b) Istana di atas bukit itu indah nian.
Binaan Frasa Adjektif
(iii) Penguat bebas – di belakang atau di
hadapan:

(a) Pemandangan di pantai itu amat indah.


(b) Pemandangan di pantai itu indah amat.
&
(c) Pahlawan itu sungguh berani.
(d) Pahlawan itu berani sungguh.
Frasa Sendi Nama
Satu binaan dalam ayat yg terdiri daripada satu kata
sendi nama dan satu frasa nama yang menjadi
pelengkap kepada kata sendi nama itu.

Antara kata sendi nama yang sering digunakan:

di ke dari
pada kepada daripada
bagi akan untuk
hingga oleh dengan
tentang sampai dll.
Binaan Frasa Sendi Nama

(i) Kata Sendi Nama + Frasa Nama

(ii) Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) +


Frasa Nama

(iii) Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) +


Frasa Nama + (Frasa Keterangan)
Binaan Frasa Sendi Nama
(i) Kata Sendi Nama + Frasa Nama

di jambatan, tentang negara maju, kepada


Fatihah, sampai subuh, sejak zaman dahulu

(ii) Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa


Nama

di (belakang) rumah , dari (dalam) hatinya


dengan (belakang) parang
Binaan Frasa Sendi Nama

(iii) Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) +


Frasa Nama + (Frasa Keterangan)

ke (utara) Negeri Jepun (pada tahun lalu)


dari (selatan) Johor (dengan bapanya)
di (atas) pangkuan ibunya (setiap waktu)
Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat

1. Frasa Sendi Nama Sebagai Predikat

(a) Faridah ke bandar.


FN FSN
Subj Pred

(b) Pelajar perempuan itu dari Korea.


FN FSN
Subj Pred
Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat
2. Frasa Sendi Nama sebagai Keterangan

(i) FSN sebagai keterangan FK

(a) Dia berbicara tentang perkara itu.


FN FK FSN (Ktrgn (Adv))

Subj Pred

(b) Saya datang dengan kawan.


FN FK FSN (Ktrgn (Adv))

Subj Pred
Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat
(ii) FSN keterangan frasa adjektif.

(a) Rumah itu cantik seperti mahligai.


FN FA FSN (Ktrgn/Adv)

Subj Pred

(b) Mereka bingung pada mulanya.


FN FA FSN (Ktrgn/Adv)

Subj Pred
Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat
(iii) Frasa sendi nama keterangan frasa nama

(a) Kain daripada sutera mahal harganya.


FN FSN (Ktrgn) FA FN

Subj Pred

(b) Panggilan telefon itu untuk ayah.


KN KN Tjk SN KN

FN FSN
Subj Pred
Penanda Frasa Adjektif
Terdapat beberapa penanda untuk menentukan justifikasi
tentang frasa adjektif

(i) mengikuti/menerangkan kata nama.


(ii) kata penguat yang boleh terletak di hadapan dan di
belakang suatu kata adjektif.
(iii) didahului oleh ‘yang’.

(a) Dia memakai baju merah.


(b) Mukanya amat pucat.
(c) Murid lelaki itu rajin sekali.
(d) Budak yang sakit itu telah meninggal dunia.
Penanda Frasa Adjektif
Penanda Frasa Adjektif (Unsur Keterangan/adv)

(i) Adverba/keterangan cara.


(a) Lukanya baik dengan sendirinya.
(b) Pokok itu segar dengan cepatnya.

(ii) Adverba/keterangan bandingan.


(a) Buahnya manis ibarat gula.
(b) Suaranya merdu seperti buluh perindu.
Penanda Frasa Adjektif

(iii) Adverba hal atau keadaan.


(a) Pegawai itu selalu sibuk dengan tugasnya.
(b) Budak itu pandai dalam semua mata
pelajaran.

(iv) Adverba tujuan.


(a) Kita mersti rajin untuk berjaya.
(b) Rumah kita mesti bersih demi kesihatan
hidup kita.
Penanda Frasa Adjektif
(v) Adverba kekerapan.
(a) Murid itu sering lewat.
(b) Bayi itu sakit selalu.

(vi) Adverba terhadap.


(a) Raja itu sungguh kasih akan rakyatnya.
(b) Kita harus cinta akan tanah air.

(vii) Adverba musabab.


(a) Dia malas oleh sebab keletihan.
(b) Makanan itu sedap kerana cukup bahan-bahannya.
Penanda Frasa Adjektif
(viii) Adverba waktu.
(a) Mempelam masam ketika masih muda.
(b) Dia telah mahir dalam masa dua minggu
sahaja.

(ix) Adverba tempat.


(a) Wanita itu sakit pada bahagian perutnya.
(b) Bentuknya tirus pada bahagian atasnya.
~ Sekian ~

You might also like