Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Soalan 3

Murid berkeperluan khas mempunyai hak dan keadilan


yang sama dalam keperluan asas pembelajaran di
sekolah seperti murid lain. Walau bagaimanapun,
kurikulum dan kaedah pengajaran bagi murid
berkeperluan khas ini perlu diubah suai agar potensi Ahli Kumpulan:
mereka dapat direalisasikan. C1 Jacky Cheng
C2 Low Jia Yi
a. Terangkan dua ciri-ciri guru yang berkesan dalam kelas inklusif C3 Ong Sheue Wei
bagi memastikan murid berkeperluan khas ini mendapat hak C4 Low Ing Chien
dan keadilan yang sama.
b. Perincikan bagaimana strategi pengurusan bilik darjah boleh
diubahsuaikan bagi bilik darjah inklusif yang melibatkan murid
dengan masalah pendengaran.
Bahagian A
Murid berkeperluan khas mempunyai hak yang sama dengan murid biasa iaitu mereka
juga berhak menerima pendidikan. Oleh itu, guru-guru perlu memiliki ciri-ciri yang berkesan
untuk membantu murid berkeperluan khas untuk mendapatkan hak dan keadilan mereka.
(Pendahuluan)

Antara ciri yang harus dimiliki oleh guru termasuk guru perlu bersifat penyabar. Hal ini
kerana kebanyakan murid berkeperluan khas bersifat pasif dalam kelas. Oleh itu, guru perlu
mahir memimpin mereka supaya aktif dalam kelas. Misalnya, semasa guru menanya soalan
kepada murid bekeperluan khas, mereka akan memberi jawapan dalam ayat yang berputus-
putus dan mengambil masa yang panjang untuk menjawab soalan. Guru perlu bersabar
menunggu jawapan mereka. Jika mereka tidak dapat menjawab, guru harus memimpin
mereka untuk mencari jawapan dengan memberi tips dan hints. Guru juga perlu memimpin
mereka supaya menjawab dalam ayat yang sempurna. Hal ini penting supaya mereka dapat
menerima input PdP guru yang merupakan satu hak mereka untuk belajar.
Bahagian A (sambungan)
Selain itu, guru juga perlu mempunyai ciri-ciri keprihatinan. Hal ini kerana
kebanyakan murid bekeperluan khas tidak berani untuk mengucapkan
ketidakselesaan mereka kepada guru. Oleh itu, guru perlu sentiasa peka terhadap
keadaan dan tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid bekeperluan khas . Contohnya,
guru yang peka terhadap murid bekeperluan khas akan menempatkan tempat duduk
hadapan bagi murid bermasalah penglihatan dan pendengaran serta murid yang
rendah badannya. Hal ini penting kerana mereka berhak belajar dalam persekitaran
pembelajaran yang kondusif.

Kesimpulannya, guru perlu bersifat penyabar dan prihatin terhadap keadaan


murid semasa dalam bilik darjah. Hal ini amat signifikan supaya murid bekeperluan
khas dapat menikmati hak mendapat pendidikan mereka dengan sepenuhnya.
(Penutup)

You might also like