Strategi PDP Pendidikan Islam

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 64

STRATEGI PDP PENDIDIKAN ISLAM

STRATEGI PENGAJARAN

• Kebijaksanaan guru dalam merancang pelaksanaan


dalam semua aspek PdP termasuk pemilihan:
 pendekatan
 kaedah
 teknik
 aktiviti
 bahan
 masa.
JENIS STRATEGI

 berpusatkan guru
 berpusatkan murid
 berpusatkan bahan
STRATEGI BERPUSATKAN GURU

 guru watak utama


 murid pasif (pendengar)
 kepimpinan autokratik
 mengutamakan pencapaian objektif pengajaran
 dan penyebaran ilmu
 kaedah demontrasi, syarahan/kuliah, bercerita dan
penerangan
STRATEGI BERPUSATKAN MURID

• murid watak utama


• guru sebagai pembimbing
• aktiviti murid
• isikandungan sesuai dgn murid
• kaedah : inkuiri penemuan, perbincangan,penyelesaian
masalah, bermain, simulasi, sumbangsaran, projek, main
peranan dan sebagainya.
STRATEGI BERPUSATKAN BAHAN

• Bahan menjadi peranan utama


• Guru sebagai fasilitator
• slaid, video. gambar, kaset, radio, model, komputer dsbg.
• ciri-ciri bahan :
 ketepatan
 kejelasan
 keluasan
 kepelbagaian
PERANCANGAN STRATEGI BERKESAN

• dapat meningkatkan PdP


• bersifat fleksible
• berpusatkan murid
• pengajaran bermakna, kreatif dan inovatif
• inkuiri penemuan dan penyelesaian masalah
• pengajaran secara individu dan berkumpulan
Definisi Pendekatan

• Cara guru mengurus isi pelajaran supaya objektif jangka


panjang dapat dicapai.
• Di dalam Pendekatan, mengandungi strategi, kaedah dan
teknik.
• Ciri-ciri Pendekatan ialah mampu mendalami ilmu,
mengukuhkan iman dan akidah, istiqomah dan ikhlas
menjalankan amalan soleh, berakhlak mulia dan
bermotivasi.
JENIS-JENIS PENDEKATAN

 Pendekatan Bersepadu
 Penggabungjalinan dan penyerapan (Bidang PI/Lain2)

 Pendekatan Induktif
 Khusus kepada Umum (Jenis-Jenis Air)

 Pendekatan Deduktif
 Umum kepada Khusus (Hukum halal/haram)
JENIS-JENIS PENDEKATAN

• Pendekatan Eklektif
 Induktif dan Deduktif

 Pendekatan Tematik
 Idea yang besar (Utama)
 Pecahan kepada komponen-komponen
 Pecahan kepada topik kecil bagi setiap komponen
 Tema Anggota Badan - Bidang Jawi- Topik KV+KV
JENIS-JENIS PENDEKATAN

• Pendekatan Qudwah Hasanah


 Guru sebagai Role-Model
 Pelajar mencontohi
DEFINISI KAEDAH

• Perancangan pengajaran secara teratur, kemas dan


sistematik
• tujuan untuk mencapai objektif PdP
• memilih kaedah yang sesuai untuk memenuhi keperluan
murid
TIPS PEMILIHAN KAEDAH PENGAJARAN

• Kenalpasti apa yang digunakan


• tentukan bahan mengikut peruntukan masa
• tetapkan langkah mengikut aktiviti
• susun langkah secara berperingkat
TEKNIK PENGAJARAN

• Kemahiran guru dalam mengelolakan kaedah dan cara


menjalankan pelbagai langkah dalam aktiviti pengajaran.
TIPS PENGGUNAAN TEKNIK PENGAJARAN

• murid aktif
• memberikan pengalaman
• amalan dan penghayatan
• sesuai dengan kebolehan dan kemampuan murid
• secara bersepadu
JENIS-JENIS KAEDAH PENGAJARAN

KAEDAH BACAAN
 Pembelajaran al-Quran dan Jawi

JAWI AL-QURAN
 huruf - talaqqi
 mengeja - musyafahah
 bunyi - tikrar
 pandang sebut
KAEDAH /TEKNIK PENGAJARAN AL-QURAN/JAWI

KAEDAH/TEKNIK HURUF
 Tunjuk bahan bantu mengajar
 Sebut huruf berulang (Ind/kump)
 Perkenal huruf vokal dan gabungannya
 Membina suku kata, perkataan dan rangkaikata
 Aktiviti latih-tubi
 Menulis perkataan-perkataan yang dibentuk
KAEDAH /TEKNIK PENGAJARAN AL-QURAN/JAWI

KAEDAH/TEKNIK MENGEJA
 Tunjuk kad huruf (b a jim waw)
 Murid mengeja / membunyikan huruf (Ind/Kump/Kelas)
 Murid mengeja gabungan suku kata (ba+ju)
 Murid menulis perkataan yang dibentuk
 Murid mengeja sambil menulis ba+ju
KAEDAH /TEKNIK PENGAJARAN AL-QURAN/JAWI

KAEDAH/TEKNIK BUNYI
 Tunjuk suku kata pertama dan murid membunyikan
tanpa mengeja
 membunyikan suku kata berulang (Ind/kump/kelas)
 Tunjuk suku kata kedua dan murid membunyikan suku
kata tersebut.
 Cantum 2 suku kata dan meminta murid
membunyikannya serta membentuk perkataan
 bina suku kata yang sama bunyi dan kemudia suku kata
yang berlainan bunyi
KAEDAH/TEKNIK PENGAJARAN AL-QURAN/JAWI

• KAEDAH /TEKNIK PANDANG SEBUT


 Tunjuk gambar-gambar (perkataan yang akan diajar)
 Murid menyatakan gambar yang ditunjukkan
 Tunjuk perkataan bagi gambar dan meminta murid
menyebut
 Murid mengecam perkataan-perkataan dan menyebut
berulangkali
 Murid diminta menyebut perkataan beserta gambar
KAEDAJ/TEKNIK PENGAJARAN AL-QURAN/JAWI

• KAEDAH TALAQQI
 Murid mendengar bacaan guru/ perhati gerak mulut guru
 Murid mengikuti bacaan guru secara beramai-ramai.
 Guru menilai bacaan murid
KAEDAH /TEKNIK PENGAJARAN AL-QURAN/JAWI

• KAEDAH MUSYAFAHAH
 Guru memberi contoh bacaan kepada murid
 Murid mengikuti bacaan guru secara individu
 Guru membuat penilaian
KAEDAH/TEKNIK PENGAJARAN AL-QURAN/JAWI

KAEDAH TIKRAR (LATIH TUBI)


• Guru memperdengarkan bacaan berulang-kali
• Murid mengulangi sebutan dan bacaan
• Murid membaca secara individu/kumpulan/kelas
• Murid mengikut bacaan guru
• Murid mengikut bacaan murid yang lain secara
ind/kump/kelas
KAEDAH/TEKNIK PENGAJARAN AL-QURAN/JAWI

KAEDAH HAFALAN
• Melibatkan ingatan secara langsung
• Mengajar ayat hafazan atau dalil.
• Antara teknik yang boleh diaplikasi ialah:
i- Kaedah/Teknik Cuba Jaya
ii- Kaedah/Teknik Sambung Bacaan
iii- Kaedah/TeknikTasmik
ii- Kaedah/Teknik Sambung Bacaan

• membaca satu ayat dan meminta menyambung secara


hafaz
• Guru --> Murid
• Murid --> Murid
iii- Kaedah/TeknikTasmik

• Murid diberi tugas menghafaz ayat tertentu (di luar)


• Murid memperdengarkan hafazan (Tasmik)
• Peranan Guru Tasmik:
 mendengar dengan teliti
 memperbetulkan bacaan murid
 mencatat pencapaian murid
 meminta murid yang belum hafaz menghafaz semula
 wajib menambah ilmu tentang kaedah/teknik menghafaz
4- Kaedah Syarahan Atau Kuliah

• pendekatan berpusatkan guru


• guru memberikan huraian, penjelasan serta penerangan
• guru menguasai teknik berkomunikasi secara berkesan
• guru mahir mengatur kedudukan pelajar dalam kelas
4- Kaedah Syarahan Atau Kuliah

• Ciri-Ciri kaedah ini ialah:


• i- Untuk memperkenalkan topik baru.
• ii- Penguraian mudah dan jelas.
• iii- Kawalan kelas berkesan.
• iv- Suara guru penting.
• v- Menyoal murid untuk perhatian.
• vi- Latihan mendengar dan menulis( dengar & catat).
• vii- Kawal masa.
5- Kaedah Soal Jawab

• guru tanya murid jawab.


• disepadukan dengan kaedah perbincangan
• guru perlulah mempelbagaikan soalan penyoalan
5- Kaedah Soal Jawab

• Teknik dalam penyoalan:


a- Soalan perlu jelas dan ringkas
b- Beri masa pelajar berfikir
c- Kemuka kan soalan kepada kelas
d- Mulakan dengan soalan tahap rendah
e- Pastikan pelajar mengangkat tangan
f- Jangan terus menerima jawapan, walaupun betul
5- Kaedah Soal Jawab

• Teknik dalam penyoalan:


g- Kemukakan soalan sebelum menyebut nama
h- Kemukakan soalan susulan (kata kunci)
i- Berikan pujian yang berpatutan
j- Elakkan daripada berbohong
5- Kaedah Perbincangan

• perbualan, mengeluarkan pendapat, bertukar fikiran


• berkongsi maklumat mengenai sesuatu isu
• tujuan mencari penyelesaian.
• kaedah perbincangan ini terbahagi kepada dua:
- perbincangan formal
- perbincangan Tidak Formal
a) Perbincangan Formal

• Aktiviti perbahasan, forum, bentang kertas kerja dsb


• Ciri-ciri perbincangan formal adalah seperti berikut:
 Penentuan penglibatan pelajar (Ahli Panel/Pencatat/Penjaga masa)
 Beri masa yang mencukupi
 Penglibatan keseluruhan pelajar
 Aktiviti susulan
 Ulasan guru.
a) Perbincangan Tidak Formal

• Guru selaku pengerusi.


• Kawalan Kelas.
• Pembahagian Kumpulan (bcg. sesuatu sub topik)
Contoh Kaedah Perbincangan

1. Permulaan Pengajaran
• mengaitkan isu semasa berpunca dari akhlak
• memastikan pengetahuan sedia ada pelajar tentang isu
Contoh Kaedah Perbincangan
2. Sesi Perbincangan

Lantik Pengerusi, pencatat dan pelapor


Pastikan pelajar tahu cara perbincangan dijalankan
Galakkan pelajar mencatat idea yang disarankan
Fokus perbincangan kepada tajuk
Kemukakan persoalan perbincangan
Minta murid mengemukakan hasil perbincangan
Membuat rumusan idea-idea perbincang
Contoh Kaedah Perbincangan

• 3. Penutup

Guru memberikan aktiviti lanjutan untuk murid


Guru membuat pemerhatian susulan (kesan)
Contoh Kaedah Perbincangan

• Perlaksanaan Sesi Perbincangan


• Sebelum
Guru beri penjelasan tentang tugasan dan peraturan
perbincangan
Agih tugas kepada ahli kumpulan
Guru bimbing perlantikan pengerusi dan pencatat
Bantu murid tentukan hala aktiviti perbincangan
Contoh Kaedah Perbincangan

• Selepas
Guru boleh tamatkan perbincangan setelah setiap
kumpulan mempunyai bahan yang mencukupi
Hasil perbincangan boleh disusun, disunting dan
dicetak untuk diedarkan kepada semua murid
Beri ulasan dan rumusan
Teknik Perbincangan:

• sesi buzz,
• sumbangsaran
• seminar
• forum
• Perbahasan
6) Kaedah Tunjuk Cara Dan Demonstrasi

• melibatkan aktiviti penerangan dan demonstrasi guru


• aktiviti pendengaran dan penglihatan,amali serta
percubaan pelajar.
• tajuk yang sesuai:
 cara menyucikan najis - mandi wajib
 solat - wudhu
 tayammum
 haji
6) Kaedah Tunjuk Cara Dan Demonstrasi

• Ciri-ciri kaedah tunjuk cara ialah:

- Melihat Kemahiran
- Penglibatan Murid
- Peluang untuk mendengar dan melihat
- Perkaitan antara teori dan praktik
7) Kaedah Simulasi

• Diwujudkan sama dengan situasi sebenar.


• Tujuan kaedah simulasi:
pelajar mengaplikasikan konsep menyelesaikan maslah.
Menilai pendapat atau pandangan orang lain
Membolehkan interaksi untuk menyelesaikan masalah
Melatih murid berkomunikasi secara berkesan
PRINSIP-PRINSIP SIMULASI
• a) Teknik Main Peranan:
 Lakonan spontan tanpa skrip
 Murid-murid diarahkan membayangkan situasi yang
dikehendaki dan melakonkannya
 Tempoh lakonan pendek (5-6 minit) untuk satu masalah
 Penutup: penilaian prestasi pelakon dan rumusan cara
penyelesaian masalah.
 Tajuk Haji, Sembelihan/Aqiqah, hakim menjatuhkan
hukuman, perkahwinan dan jenis-jenis solat.
Bidang Akhlak :menghormati ibubapa & guru dsb.
PRINSIP-PRINSIP SIMULASI

a) Teknik Main Peranan:

Kepentingan kaedah ini ialah melatih murid-murid


• Kemahiran komunikasi dan bersosial
• Mengubah sikap negatif dan membina sikap positif,
• Kemahiran berfikiran secara kritis dan kreatif
• Perkaitan isi pelajaran dengan aspek afektif (emosi)
PRINSIP-PRINSIP SIMULASI
b) Sosiodrama
 Aktiviti lakonan berdasarkan cerita yang mengambarkan
situasi atau isu berkonflik
Skrip disediakan, murid-murid dipilih untuk berlakon, dan
membuat persediaan
Selepas lakonan, diadakan aktiviti perbincangan untuk
dianalisis watak-watak lakonan dan dibuat rumusan
8) Kaedah Bermain

 Baik untuk melatih murid sebagai seorang manusia


 Mempelajari sesuatu sesuai dengan minat, tujuan dan
berfaedah.
 Contoh permainan sambil belajar:
 Memancing ikan (kad huruf/kalimah)
 Kotak Beracun
 Memecah Belon
 Stesen 1-3
 Mencari Harta Karun
9) Kaedah Bercerita

• Guru menyampaikan isi pelajaran dalam suasana


menghiburkan.
• Cerita yang dipilih hendaklah mempunyai unsur didikan
dan pengajaran.
• Ada unsur dakwah bertujuan mendidik murid supaya
berakhlak mulia dan bertakwa kepada Allah swt.
9) Kaedah Bercerita

• Langkah-langkah Pengajaran :
Cerita mempunyai tema yang sesuai dengan umur,
latarbelakang dan pengalaman murid
Menggunakan bahasa sesuai, mudah, tepat dan jelas
Plotnya hendaklah disusun atur
Penyampaian menarik, jelas dengan intonasi yang sesuai
Gerak badan dan ekspresi wajah mesti sesuai dengan
suasana dan mood cerita.
10) Kaedah Projek

• Murid menjalankan sesuatu aktiviti atau kegiatan dalam


situasi yang sebenar.
• Penyelidikan atau kajian yang dilakukan oleh murid di
dalam atau di luar bilik darjah.
10) Kaedah Projek

• Tiga jenis iaitu:


• i- Projek pengeluaran: membina atau melahirkan
sesuatu HP yang boleh digunakan. (replika kaabah).
• ii- Projek pengguna: pelajar menghasilkan sesuatu
aktiviti yang akan dapat ditonton atau dinikmati(tawaf).
• iii- Projek latih tubi: projek mempelajari sesuatu
kemahiran yang memerlukan beberapa latihan
(tarannum)
11) Kaedah Lawatan

• Melakukan kunjungan sambil belajar di luar kelas biasa.


• Ciri-ciri:
 Mempelajari sesuatu yang tidak boleh dipindahkan ke
bilik darjah
Menumpukan kepada situasi atau masalah yang
memerlukan kajian
Gambaran yang sebenar tentang amalan dan tindakan
operasi kerja secara realistik
Menghubungkan teori dengan praktikal
12) Kaedah Lakonan

• pengajaran berbentuk drama pendek atau sketsa


• pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan
(kemahiran lisan, membuat nota dan catatan, menulis dan mengarang serta
membuat keputusan)
• Cara pengelolaan:
 Pelakon hendaklah memahami situasi
 Penjelasan kepada penonton
 Pelakon yang sesuai
 Lakonan secara bebas, tidak perlu terikat dengan skrip.
 Guru membimbing supaya tidak tersasar.
 Perbincangan selepas lakonan
PRINSIP PERKEMBANGAN ISI PELAJARAN DALAM
SEMUA BIDANG PENDIDIKAN ISLAM
Definisi isi pelajaran

• Kandungan pelajaran (SP dan HSP)


• SP dan HP hendaklah dirujuk oleh guru-guru.
• Kurikulum yang digubal oleh KPM berteraskan FPN
• Buku Panduan Guru - panduan isi pelajaran dan
penyampaian guru.
• Buku teks dan buku kerja murid sebagai memantapkan
lagi isi pelajaran.
Cara Menyusun Isi Pelajaran

• Objektif pelajaran
Sukatan pelajaran mengikut tajuk
Peruntukan masa
Urutan bagi mencapai objektif
Minat dan kebolehan murid
Kefahaman murid
Aras yang dirancang
Kriteria-kriteria pemilihan isi pelajaran
 Objektif yang ditentukan
 Pengetahuan sedia ada
 Murid berpeluang melibatkan diri
 Bersifat mencabar
 Bersepadu
 Tahap pencapaian murid
 Murid berpeluang menggunakan pengalaman mereka
 Mengambil kira kemahiran yang berkaitan
 Berdasarkan fakta yang sahih
 Daripada bahan yang pelbagai
Prinsip-prinsip Perkembangan Isi Pelajaran dalam Pendidikan Islam

• Mudah difahami oleh murid serta mencapai objektif yang


dirancang.
 Mudah kepada susah
 Perkara yang diketahui kepada perkara yang belum diketahui
 Maujud kepada mujarrad
 Khusus kepada umum
 Dekat kepada jauh.
a) Mudah kepada susah

• Contoh 1: Bidang Asuhan Tilawah al-Quran


• Potongan kalimah dengan makhraj yang betul kepada
membaca ayat dengan fasih dan bertajwid
b) Perkara yang diketahui kepada perkara yang belum diketahui

• Memanipulasikan pengetahuan sedia ada murid untuk


dikaitkan dengan ilmu baharu.
• Contoh 1: Bidang Ulum Syariah: Ibadah.
• Murid telah pun tahu apakah erti wudhu’ atau cara
berwudhu’ (meniru perbuatan ibu bapa mereka)
c) Maujud kepada Mujarrad

• Menjelaskan sesuatu yang abstrak dengan berfokuskan


kepada benda yang wujud.
• Contoh: Bidang Ulum Syariah: Akidah.
• Guru mengajar bahawa Allah SWT itu wujud dan tanda
wujudnya Allah ialah dengan wujudnya alam ini
d) Dari Khusus kepada Umum

• Memberi beberapa contoh untuk dibuat generalisasi.


• Contoh: Bidang Ulum Syariah: Ibadah.
• Tajuk : hadas kecil atau hadas besar
menjelaskan ciri-ciri khusus hadas kecil atau hadas besar
sebelum membuat satu pengertian umum.
e) Dari dekat kepada jauh

• Memberi contoh yang hampir sama dengan perkara yang


diberi.
• Contoh: Bidang Adab dan Akhlak Islamiah.
• Adab terhadap ibu bapa dikaitkan dengan adab kepada
pemimpin
RUMUSAN

• Guru yang profesional perlu sentiasa meningkatkan ilmu


pedagogi, isikandungan pelajaran, psikologi dan daya
kepimpinan agar dapat mengurus dan mengelola PdP
dengan lebih berkesan.

You might also like