Perjanjian Versailles Meninggalkan Kesan Yang Mendalam Terhadap Kedaulatan Negara Jerman - Bincangkan

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

DISEDIAKAN OLEH :

 DAYAH
PENGENALAN  Perjanjian Versailles juga dikenali sebagai Triti Versailles merupakan satu daripada
lima perjanjian yang ditandatangani semasa Persidangan Damai Paris yang bermula
pada 12 Januari 1919.
 Perjanjian Versailles merupakan perjanjian yang paling penting kerana berjaya
menamatkan Perang Dunia Pertama.
 Perundingan ini diketuai oleh lima kuasa besar yang berjaya menewaskan Kuasa
Paksi iaitu Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Itali dan Jepun.
 Tokoh-tokoh yang utama yang terlibat di dalam perundingan ini termasuklah Georges
Clemenceau (Perancis) David Lloyd George (Britain), Vittorio Orlando (Itali) dan
Woodrow Wilson (Amerika Syarikat).
 Perjanjian ini dimeterai di Istana Versailles, Perancis pada 28 Jun 1919 selepas
berunding selama 6 bulan.

PENEGASAN  Perjanjian Versailles telah meninggalkan kesan yang amat mendalam dan penting
KEHENDAK kepada Jerman.
SOALAN
FAKTA RAKYAT DAN PEMIMPIN JERMAN BERASA TIDAK PUAS HATI
HURAIAN  Pemeteraian perjanjian Versailles telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam
kalangan rakyat dan pemimpin Jerman.
 Hal ini dikatakan demikian kerana rakyat Jerman tidak puas hati dengan perjanjian Versailles
yang berat sebelah.
 Syarat – syarat yang ditetapkan dalam perjanjian ini menimbulkan perasaan tidak puas hati
dalam kalangan rakyat danpemimpin Jerman.
 Pada masa perjanjian Versailles ditandatangani, pemimpin Jerman tidak diberi peluang untuk
menyuarakan pandangannya.
 Perjanjian Versailles ini juga dianggap tidak adil kerana menjejaskan maruah dan kedaulatan
Jerman sebagai sebuah negara yang kuat kepada negara yang kecil.dengan alatan dan
tentera peperangan yang diminimumkan oleh negara – negara seperti Amerika,Jepun dan
Perancis melalui perjanjian tersebut
 Perjanjian Jerman juga telah menyebabkan Jerman menyerahkan 12% daripada jumlah
pendudukdan menyerahkan 13% daripada daerahnya termasuk hasil besi dan arang batu.
 Hal ini sangat merugikan Jerman kerana mereka terpaksa membayar ganti rugi peperangan
dan penyerahkan segelintir rakyat Jerman dan hasil negaranya lagi memburukkan keadaan.
CONTOH  Perdana Menteri Jerman, Philip Scheldemann telah meletak jawatannya sebagai tanda protes .
 Jerman ialah menyerahkan 12% daripada jumlah penduduknya, menyerahkan 13% daripada
daerahnya termasuk ¾ hasil besi dan 1/5 hasil arang batu serta membayar ganti rugi dan
pemapasan perang yang tinggi

PENEGASAN Jelaslah bahawa,perjanjian Versailles menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan
pemimpindan rakyat Jerman.
FAKTA KEKUTAN TENTERA JERMAN DILUMPUHKAN

HURAIAN  Perjanjian Versailles melarang Jerman meningkatkan kekuatan pasukan tenteranya.


 Hal ini dikatakan demikian kerana matlamat perjanjian ini adalah untuk melumpuhkan
Jerman sebagai satu kuasa besar.
 Jerman dilarang daripada membuat kapal perang atau kapal terbang.
 Selain itu, Jerman juga dilarang membeli senjata,meriam besar serta kapal perang.
 Angkatan tentera laut pula hanya dibenarkan memiliki 6 buah kapal perang kecil
 Kekuatan angkatan tentera jerman juga telah di hadkan melalui syarat yang terkandung di
dalam perjanjian Versailles ini.
 Alatan dan tentera peperangan telah diminimumkan oleh negara–negara seperti
Amerika,Jepun dan Perancis melalui perjanjian tersebut
 Semua sekatan ini dikenakan kerana kuasa – kuasa lain sedar bahawa Jerman merupakan
kuasa yang hebat. Sekatan tersebut juga dikenakan kerana mereka takut bahawa Jerman
akan bangkit balik.
 Sektan ini juga sangat penting dalam Perjanjian Versailles untuk memastikan Jerman tidak
mempunyai alatan peperangan yang cukup untuk mencetuskan peperangan atau berperang
dengan negara – negara lain.

CONTOH  Jerman mengurangkan tenteranya daripada 400 000 orang kepada 200 000 menjelang 30
september 1919 dan 100 000 menjelang 13 mac 1920.

PENEGASAN Oleh itu, kekuatan tentera Jerman telah terjejas disebabkan oleh Perjanjian Versailles.
FAKTA JERMAN KEHILANGAN WILAYAH
HURAIAN Perjanjian Versailles juga telah menyebabkan jerman kehilangan
sebahagian wilayah dan jajahan takluknya.
Mereka terpaksa menyerahkan wilayah mereka kepada Perancis dan
merelakan pemisahan beberapa kawasan.

CONTOH  Jerman terpaksa menyerah wilayah Alsace dan Loraine kepada


Perancis, wilayah Memel kepada Poland dan wilayah Saar kepada
Perancis sebagai pampasan untuk ganti rugi perang yang telah
tercetus.
 Jerman juga dikehendaki menyerahkan tanah jajahannya di
seberang laut kepada Pihak Berikat seperti Shantung di China.
Britain, Perancis dan Jepun pula mendapat Afrika dan rantau Pasifik.
 Selain itu, wilayah Samoa diserah kepada New Zealand manakala
Yogoland dan Cameroon diserah kepada Britain dan Perancis.

PENEGASAN Ringkasnya, kehilangan wilayah melalui Perjanjian Versailles telah memberikan kesan yang
mendalam kepada Jerman
FAKTA EKONOMI JERMAN MERUNDUM
HURAIAN  Perjanjian itu bukan sahaja menyebabkan kuasa ketenteraan Jerman menjadi
lemah, tetapi juga menyebabkan ekonomi mereka merudum.
 Jerman dikehendaki membayar pampasan berjumlah kira – kira 33 billion USD
(132 billion Gold Mark) kepada Pihak Berikat akibat kekalahan dalam perang
dunia pertama.
 Pembayaran ganti rugi tersebut hanya diselesaikan sepenuhnya pada Oktober
2010.
 Nilai matawang Mark jatuh teruk dan inflasi yang meningkat menyebabkan harga
barang naik melambung.
 Keadaan ekonomi yang menekan mendorong rakyat untuk bangkit menentang
pemerintah sedia ada dan membentuk kepimpinan mereka sendiri.
 Orang awam menubuhkan parti politik dengan inisiatif sendiri yang berasaskan
ideologi Nasionalisme, Sosialisme dan juga Komunisme.

CONTOH  Marxist mengambil tempat di Berlin dan Munich. Begitu juga dengan parti seperti (DDP),
Kommunistische Partei Deutschland (KPD), Sozialdemokratische Partei Deutschlands (SPD),
Zentrumspartei dan Bolsheviks Nasional.

PENEGASAN Jelaslah, kejatuhan ekonomi Jerman merupakan kesan daripada Perjanjian Versailles
KESIMPULAN Perjanjian Versailles merupakan satu tamparan yang cukup hebat kepada
rakyat Jerman yang bangga akan kegemilangan mereka yang lampau.
perjanjian versailles tidak memusnahkan negara jerman namun hanya
dilemahkan sementara waktu sahaja. Adolf hitler melalui parti sosialis
berjaya mengatasi masalah pengganguran dan memulihkan keadaan
ekonomi yang teruk pada masa itu . Beliau juaga meulihkan semangat
rakyat jerman dengan menghapuskan syarat-syarat perjanjian versailles.
Rakyat jerman menyokong adolf hitler. Itali jugak tidak menyokong dan
tidak berpuas hati dengan perjanjian versailles.
Walaubagaimanapun,syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian
tersebut telah menjadi faktor utama kepada tercetusnya Perang Dunia
Kedua.

PENEGASAN
Oleh itu, perjanjian Versailles sememangnya telah
memberikan kesan yang mendalam kepada
Jerman.

You might also like