Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 7

CHAPTER 7

PERUNDANGAN PERNIAGAAN
ISLAM

1-1
KEJUJURAN ASAS PERNIAGAAN ISLAM

• Dalam keadaan semasa dunia yang di dominasi kuasa Barat,


budaya korporat selalunya sinonim dengan budaya komersil
yang terlalu menitikberatkan keuntungan, margin keuntungan
dan pegangan pasaran.
• Dalam keadaan perniagaan yang sebegini, ketamakan menjadi
motivasi utama manakala kekayaan dan kuasa menjadi
matlamat utama.  
• Sebilangan peniaga dengan bangganya mengakui bahawa
mereka tidak akan menjadi kaya dan berjaya sekarang jika
dahulu mereka berlaku jujur.
• Sifat yang sedemikian mungkin menyebabkan manusia
menganggap perniagaan adalah pencurian yang dibenarkan.
Ada juga yang menganggap alam perniagaan adalah penipuan.
1-2
KEJUJURAN ASAS PERNIAGAAN ISLAM

• Dalam proses kesungguhan usaha mereka untuk


mengembangkan perniagaan, ada yang bersedia untuk
mengorbankan persaingan dan pasaran terbuka bebas.
• Kekayaan sahaja tidak mencukupi bagi sesetengah ahli
korporat kaya dan berusaha menggunakan kekayaan mereka
untuk mendapat kuasa dengan mencuba usaha berikut:
•  
• (1) menubuhkan keadaan monopolistik dengan memaksa
syarikat pesaing menutup perniagaan atau membeli syarikat-
syarikat persaing tersebut;
• (2) merasuah pegawai kerajaan untuk memastikan manipulasi
empayar perniagaan mereka tidak diketahui dan disiasat;
• (3) merasuah ahli-ahli politik untuk mendapatkan sokongan
mereka yang bermaksud pertolongan istimewa dari kerajaan.
1-3
KEJUJURAN ASAS PERNIAGAAN ISLAM

• Ahli perniagaan menjadi pakar mencari peluang dan


mengeksploitasi kekurangan undang-undang untuk
mencapai objektif yang penting diri sendiri. Bagi
mereka matlamat menghalalkan cara. Bagi mereka
‘matlamat’ adalah kekayaan dan banyak kuasa dan
‘cara’ ialah sebarang saluran yang membolehkan
mereka capai yang diingini. Semakin berharta
semakin mereka fikir yang mereka boleh melakukan
apa sahaja.
• Atas nama perniagaan and untung, bilangan ahli
korporat yang kaya terlibat dengan aktiviti tidak
beretika seluruh dunia seperti berikut:

1-4
KEJUJURAN ASAS PERNIAGAAN ISLAM

• (1) melakukan pemindahan harga pada skala besar untuk


memaksimakan untung dengan menidakkan hak negara tuan
rumah ke atas cukai-cukai yang sepatutnya diperolehi;
• (2)melambakkan barangan di negara tertentu yang mungkin
memberi impak negatif kepada pengeluar produk yang sama di
negara tersebut;
• (3)mengeksport produk dan teknologi yang telah lapuk dan
kadangkala merbahaya kepada kesihatan dan persekitaran;
• (4) terlibat dalam penipuan laluan sempdan;
• (5) memanipulasi dengan keterlaluan pasaran saham, kadar
tukaran wang, dll.

1-5
KEJUJURAN ASAS PERNIAGAAN ISLAM

• Kerajaan bukan sahaja memerlukan organisasi yang besar


untuk menangkap penjenayah tetapi juga untuk menghukum
mereka. Adalah sentiasa sukar untuk menangkap mereka dan
menghukum di mahkamah lebih sukar dari menangkap mereka.
Ini membuktikan kebolehan intelektual penjenayah korporat
berstatus tinggi.

• Tahap mementingkan diri sendiri dan ketidakjujuran yang


tinggi dalam praktis perniagaan selalunya melibatkan
sekumpulan ketua korporat yang kecil. Yang selebihnya masih
lagi mengamalkan perniagaan yang jujur.

1-6
KEJUJURAN ASAS PERNIAGAAN ISLAM

• Muhammad s.a.w. dilahirkan dan Al-Quran telah diturunkan


dalam persekitaran perdagangan yang maju. Bagaimanapun,
penduduk Mekah sebelum zaman Islam bukan sahaja terkenal
dengan kuas perniagaan mereka bahkan kegemaran mereka
yang suka “melebih-lebih dan juga berbohong bagi memenuhi
keperluan perniagaan”.
•  
• Rasulullah bersabda:
•  
• Tempat yang paling disukai Allah adalah masjid, dan tempat
yang paling tidak disukai Allah adalah pasar. (Abu Hurairah)

1-7

You might also like