Ida 202 - Bab 2 - Kemasyarakatan Dalam Islam 29112012

You might also like

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 46

BAB DUA : Kemasyarakatan

Dalam Islam

Kandungan Bab Dua :

2.1 Konsep Masyarakat


2.2 Pembinaan Masyarakat Islam
2.3 Ciri-ciri Masyarakat Islam
2.4 Hak dan Tanggungjawab Anggota Masyarakat
2.5 Kesimpulan

IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam


Hasil Pembelajaran Bab Dua:

• Menerangkan konsep masyarakat Islam;

• Menghuraikan pembinaan masyarakat Islam


di Madinah;

• Menjelaskan ciri-ciri masyarakat Islam; dan,

• Menghuraikan hak dan tanggungjawab


anggota masyarakat.

IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam


2.1 Konsep Masyarakat
• Pandangan hidup Barat diasaskan kepada kepentingan nilai
humanisme (humanism) dan modernisme (modernism).

• Humanisme ialah konsep yang mengagungkan kemampuan


dan kewibawaan manusia, tanpa memerlukan panduan
(guidance) daripada Allah SWT.

• Manakala modernisme pula adalah penentangan hebat


kepada agama yang bermula di zaman European Renaissance
dan berkembang maju dalam abad ke-19 oleh Darwin, Marx dan
Freud.

• Sementara itu, “Limits to growth”, kajian oleh kumpulan Rome


(Club of Rome) telah menyarankan agar berubah dan kembali
kepada perjuangan-perjuangan yang bersifat “non-material”
serta perubahan yang mendorong manusia untuk berbuat
kebajikan (Shaharom TM Sulaiman, 1997).
3

Kemasyarakatan Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam


2.1 Konsep Masyarakat
• Sejajar dengan kehendak dan perubahan yang telah berlaku
dalam masyarakat Barat yang ingin kembali kepada fitrah
manusia, maka Islam telah lama memperjuangkan peri
pentingnya kemajuan dan pembangunan material
diseimbangkan dengan kemajuan dan pembangunan rohani
sebagaimana yang dijelaskan dalam surah al-Qasas ayat 77.

Kemasyarakatan Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam


2.1.1 Definisi Masyarakat

• Dari segi bahasa (epestimology), Drs. Sidi Gazalba (1976)


mengatakan bahawa perkataan masyarakat dipinjamkan
daripada perkataan Arab iaitu syarikat.

• Menurut Kamus al-Marbawi, syarikat berasal daripada


perkataan syarika, yasraku, syirkan atau syarikatan yang
membawa maksud bersekutu, berkongsi, berusaha sama
berniaga dan sebagainya (Muhammad Idris, 1970).

• Menurut Kamus Oxford, perkataan ‘society’ berasal daripada


perkataan ‘social’ yang membawa maksud masyarakat atau
organisasi. Perkataan ‘society’pula merujuk kepada masyarakat
atau organisasi yang hidup di negara atau wilayah tertentu dan
mempunyai adat, undang-undang dan organisasi yang dikongsi
bersama.
5

Kemasyarakatan Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam


samb…Definisi Masyarakat
• Perbincangan maksud masyarakat dari sudut istilah
(terminology) pula dibahagikan kepada dua pandangan
berdasarkan falsafah di sebalik maksud masyarakat menurut
sarjana konvensional dan sarjana Islam, iaitu; pandangan sarjana
konvensional; dan, pandangan sarjana Islam.

1. Pandangan Sarjana Konvensional

• Menurut Yahya Ibrahim (2009), masyarakat terdiri satu set ciri


yang merangkumi aspek sosiobudaya seperti nilai, norma dan
adat resam yang dikongsi bersama, hubungan bersemuka,
semangat dan amalan saling membantu seperti bergotong-
royong. Kesedaran tentang keterikatan nasib bersama identiti
yang dikongsi bersama serta kepercayaan dan amalan agama
yang sama. Hasil daripada proses integrasi itu mengakibatkan
terbentuknya masyarakat.
6

Kemasyarakatan Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam


samb…Definisi Masyarakat
• Menurut Baker Brownell (1950) dalam bukunya “The Human
Community” telah merumuskan tentang masyarakat seperti
berikut:
a. Masyarakat itu ialah satu kelompok jiran-jiran yang saling
mengenali antara sesama mereka.
b. Masyarakat ialah satu kelompok yang menyeluruh yang
dirangkumkan dalam kaedah umur, jantina, kemahiran, fungsi
dan pertolongan, sifat bergotong-royong antara mereka.
c. Ia terbendung dalam kelompok bekerjasama, terdapat
kebanyakan daripada aktiviti-aktiviti besar dalam
penghidupan harian dianjurkan bersama.
d. Mempunyai perasaan kasih mesra atau sense of belonging, di
samping mempunyai identiti kelompok (group identity) serta
kesepaduan dan perpaduan.
e. Ia juga adalah kelompok yang kecil seperti keluarga, desa
atau pekan kecil, yang membolehkan seseorang itu dapat
berkenalan rapat secara akrab sesama mereka. 7

Kemasyarakatan Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam


samb…Definisi Masyarakat

• Pandangan para sarjana konvensional dalam membincangkan


definisi masyarakat dari sudut terminologi banyak menekankan
aspek luaran individu yang dibentuk dan dikawal oleh
kebudayaan sesuatu masyarakat.

• Mereka menentukan nilai sesuatu perkara dan etika bergantung


kepada penilaian masyarakat, sesuatu itu dianggap baik dan
sempurna apabila keseluruhan masyarakat bersetuju tentang
baiknya perkara tersebut. Dalam menentukan buruknya sesuatu
perkara juga berdasarkan kepada pandangan dan penilaian
majoriti masyarakat.

• Penentuan peraturan kehidupan dan kemasyarakatan


berdasarkan kemampuan manusia. Sesuatu yang berlandaskan
wahyu dan bertentangan dengan kehendak majoriti masyarakat,
maka pendapat majoriti masyarakat akan diterima pakai.
8

Kemasyarakatan Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam


samb…Definisi Masyarakat
1. Pandangan Sarjana Islam

• Drs. Sidi Gazalba (1976) dalam mendefinisikan masyarakat dari


segi istilah mengutamakan dua perkara; pertama interaksi
manusia dengan manusia, hidup berkelompok dalam masyarakat
yang teratur; kedua pemeliharaan interaksi yang teratur dalam
kelompok.

• Manakala Hammudah Abdalati (1983) pula, mendefinisikan


masyarakat dari segi istilah sebagai seluru bentuk hubungan yang
diatur oleh keakraban yang tinggi dari seseorang dalam
pergaulannya dengan seseorang yang lain.

• Pendapat yang diberikan oleh beberapa orang tokoh Islam


lebih menjurus kepada pembangunan yang seimbang antara
tuntutan di dunia dan juga tuntutan di akhirat dengan
menekankan pembentukan kerohanian dan fizikal individu.
9

Kemasyarakatan Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam


2.1.2 Sepintas Lalu Masyarakat Dunia Sebelum
Kedatangan Islam
• Menyorot kepada sejarah kegemilangan beberapa tamadun
dunia pada zaman lampau, namun kegemilangan tersebut
semakin luntur dan terdapat juga beberapa tamadun yang telah
hilang sama sekali. Hal tersebut mengakibatkan masyarakat dunia
telah mengalami kepincangan dalam sistem sosial untuk
beberapa abad lamanya.

a. Masyarakat Eropah

• Latar belakang perkembangan pemikiran di Eropah dan zaman


peralihannya dari Abad Pertengahan (500 M - 1500 M) kepada
zaman Renaissance (Zaman Pencerahan) yang mula
berkembang pada abad ke-15 dan 16 Masihi (1400 dan 1500 M).
Masyarakat Eropah pada Abad Pertengahan berada dalam
kemunduran sistem sosial mahpun ilmu pengetahuan.
10

Kemasyarakatan Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam


a. Masyarakat Eropah

• Dalam pada itu, Victor Robinson (1943) telah menggambarkan


keadaan masyarakat Eropah secara perbandingan dengan
masyarakat Islam di Andalusia dalam bukunya “The Story of
Medicine”, beliau menegaskan :

“Eropah bergelap pada waktu malam sedangkan Cordova


bercahaya dengan lampu. Eropah kotor sedangkan Cordova
membina 1,000 tempat mandi. Eropah dipenuhi serangga
sedangkan penduduk Cordova menukar pakaian dalam mereka
setiap hari. Eropah dipenuhi selut sedangkan jalan-jalan di
Cordova bertar. Istana di Eropah dipenuhi lubang asap di
bumbung sedangkan bangunan-bangunan di Cordova
tersergam indah. Tokoh-tokoh Eropah tidak tahu
menandatangani nama sendiri sedangkan anak-anak di Cordova
sudah ke sekolah. Tokoh-tokoh agama di Eropah tidak tahu
membaca risalah Kristian sedangkan ulama Islam di Cordova
membina kutub khanah yang besar.”
11

Kemasyarakatan Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam


a. Masyarakat Eropah
• Pandangan Victor Robinson (1943) tentang keadaan
masyarakat Eropah semasa Zaman Kegelapan (Dark Ages) turut
diperakui oleh Bertrand Russell (1972) dalam bukunya yang
berjudul “The History of Western Philosophy”, beliau menyatakan
bahawa :

“Penggunaan istilah Zaman Kegelapan untuk menceritakan


keadaan yang berlaku antara tahun 699 hingga 1000 Masihi
menunjukkan bahawa kita terlampau memberi tumpuan kepada
dunia Eropah Barat.... Sebenarnya ketika itu, tamadun Islam yang
agung berkembang dengan pesatnya dari India ke Sepanyol.
Bagi kita tamadun hanya berada di Eropah Barat sedangkan
pandangan ini merupakan satu pandangan yang sempit.”

• Masyarakat Eropah pada masa tersebut berpegang teguh


kepada sistem feudalisme. Kaum feudalis memiliki tanah beserta
hamba sahaya, hamba-hamba tersebut bekerja secara terus
menerus tanpa menerima apa-apa faedah dari usahanya atau
mendapat belas kasihan. 12

Kemasyarakatan Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam


a. Masyarakat Eropah

• Sehinggalah pada abad ke-17 iaitu setelah berlakunya revolusi


Perancis, masyarkat Eropah mula bangkit untuk membela
golongan hamba dan pekerja daripada penindasan yang
dilakukan oleh golongan bangsawan (Labib al-Sa’id, 1987).

• Terdapat banyak pendapat yang menyatakan sebab


berlakunya kebangkitan atau renaissance di Eropah. Namun
begitu kesemua pendapat tersebut boleh dibahagikan kepada
dua sahaja. Pendapat pertama menyatakan renaissance berlaku
disebabkan timbulnya kesedaran di kalangan masyarakat Eropah
akibat dari keadaan sosial yang amat menyukarkan, sistem
ekonomi yang menindas dan politik yang zalim pada masa
tersebut. Pendapat kedua menyatakan renaissance berlaku
disebabkan pengaruh dari kejayaan masyarakat Islam di
Andalusia dan Timur Tengah yang berkembang pesat sehingga
ke Eropah.
13

Kemasyarakatan Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam


b. Masyarakat India

• Tamadun India merupakan sebuah tamadun unggul yang


tertua di dunia dan mempunyai keunikannya yang tersendiri
seperti tradisi kebudayaan yang berterusan dan kekal tanpa
banyak berlaku perubahan sejak dahulu lagi (Azharudin Mohd
Dali, 2004).

• Mengamalkan sistem pembahagian kasta-kasta yang dikenali


sebagai Monoshaster. Menurut Monoshaster, masyarakat
dibahagikan kepada empat kasta, iaitu; Brahma, Kastria, Waisha
dan Sudra.

• Masyarakat India pada masa tersebut sangat patuh dengan


kedudukan kasta masing-masing. Mereka yang berada pada
kasta yang paling tinggi terlalu mengagungkan kedudukan
mereka sehingga sering berlakunya permusuhan dan
pertumpahan darah di kalangan mereka (Yunus Ali Al-Muhdhor,
1993). 14

Kemasyarakatan Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam


b. Masyarakat India

• Menurut Will Durant (1935), kedudukan wanita dalam


masyarakat India pada masa tersebut adalah sama seperti
pembantu rumah – boleh diperjudikanan. Apabila suami
meninggal dunia isterinya tidak mempunyai hak untuk berkahwin
dan mereka menjadi hamba perempuan di rumah suaminya.

• Walaupun demikian, masyarakat India juga mempunyai


kemahiran seperti pembinaan kapal laut sama ada besar
ataupun kecil yang digunakan dalam pelayaran ke rantau Asia
Tenggara. Mewujudkan pelabuhan atau pengkalan kapal,
dermaga, menara api, pejabat kastam dan bangunan yang
membuktikan terdapatnya perdagangan luar (antarabangsa).

• Selain itu, masyarakat India juga mahir dalam bidang


perubatan, seni bina, matematik, astronomi, pendidikan dan
kesusasteraan.
15

Kemasyarakatan Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam


c. Masyarakat Persia
• Kerajaan Persia lebih besar daripada Kerajaan Rome Timur baik
dari segi kekuasaannya, keluasan wilayahnya mahupun
kekayaannya. Kerajaan Tersebut didirikan oleh Kaisar Ardasyir
pada tahun 224 Masihi. Kekuasaan Kerajaan tersebut semakin
berkembang bermula pada abad ke-4 Masihi dan menakluki
beberapa wilayah di sekitarnya. Kekuasaan kerajaan tersebut
mencapai kemuncak dan kemajuannya pada abad ke-5 Masihi
(Yunus Ali Al-Muhdhor, 1993).

• Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Parsi merupakan


penyembah api dan ia merupakan ajaran yang menyimpang
dari ajaran Zarathusthra (Zoroaster) (Ahmad Shalaby, 1966).
Agama Zoroaster adalah peninggalan sisa-sisa agama Mazdak
iaitu agama Persia kuno.

• Fahaman Mazdak beranggapan bahawa harta dan wanita


adalah faktor-faktor utama yang menimbulkan perbezaan dan
menyebabkan kebencian maka Mazdak berpendirian bahawa
harta dan wanita itu haruslah menjadi kepunyaan bersama. 16

Kemasyarakatan Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam


c. Masyarakat Persia

• Mazdak telah menghalalkan semua wanita dan pengambilan


harta benda secara bebas. Wanita dijadikannya kepunyaan
bersama sebagaimana air, api dan rumput, yang dapat
dipergunakan bersama-sama.

• Ajaran Mazdak menyebabkan timbulnya masalah sosial dalam


masyarakat Persia. Sehingga mereka berani memasuki rumah
orang untuk merampas dan merompak serta memperkosa ahli
keluarga yang terdapat di dalam rumah tersebut.

• Raja-raja Persia beranggapan bahawa mengalir darah


ketuhanan dalam diri mereka dan mereka memiliki anasir-anasir
keluhuran yang amat suci.

• Keadaan yang tidak menentu ini menyebabkan hilangnya


kestabilan ekonomi dan ketenangan.
17

Kemasyarakatan Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam


d. Masyarakat China

• Tamadun China juga merupakan salah sebuah tamadun yang


tertua dan memiliki sifat-sifat terbuka dalam interaksinya dengan
tamadun-tamadun dunia yang lain, integratif dan dinamik serta
mengalami perubahan-perubahan dalam proses perkembangan
yang panjang.

• Melalui penemuan arkeologi dan catatan sejarah purba negara


China yang begitu banyak menunjukkan terdapat suku-suku yang
berbilang kaum pada zaman Neolitik dan zaman purba yang
berikutnya.

• Di kalangan suku-suku ini mereka tiru-meniru, berkahwin campur,


bersengketa, berperang dan berintegrasi sehingga menjadi satu
suku bangsa yang kuat. Seterusnya, mereka memimpin suku-suku
kecil di sekitar wilayahnya dan mendirikan negara yang
berbentuk primitive.
18

Kemasyarakatan Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam


d. Masyarakat China

• Manusia dan binatang dijadikan korban semasa pemujaan


dijalankan dan dalam upacara tersebut pawang akan
mendapat tulang dewata (oracle bone). Ia merupakan lambang
yang diukir di atas tulang kerbau dan kulit kura-kura (Ahmad Zaki
Abd. Latiff et. al., 2009).

• Dalam aspek kemasyarakatan pula, sistem kekeluargaan


masyarakat Cina tradisional memusatkan kuasa bapa (patriachy)
dan nisbah bapa (patrilineal) tetap berkekalan sehingga
mendatangkan impak yang mendalam terhadap arah
perkembangan kebudayaan Cina dan pembawaan bangsa
Cina (Universiti Malaya, 2002).

• Masyarakat Cina merupakan sebuah masyarakat patriark yang


diorganisasi dan dikuasai oleh kaum lelaki. Anak perempuan
dianggap merugikan dan tiada nilainya dalam masyarakat Cina.
Hanya lelaki yang akan mewarisi segala harta dan meneruskan
tradisi patriark. 19

Kemasyarakatan Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam


e. Masyarakat Arab

• Masyarakat Arab Jahiliyyah sebelum kedatangan Islam telah


mempunyai tamadun dalam bidang kehidupan yang dikenali
dengan nama Arab Hadari di kawasan Hijaz.

• Jahiliyyah merujuk kepada kejahilan masyarakat Arab sebelum


Islam dalam bidang akhlak dan keagamaan kerana dalam
bidang-bidang lain mereka telah mencapai kemajuan seperti
perniagaan, binaan, kesusasteraan dan pertanian (Azhar Hj. Mad.
Aros, 2004).

• Menurut Jayaudin Jamaudin (1996) pula, ia merujuk kepada


kejahilaan dalam aspek aqidah dan hukum-hukum agama Allah
SWT dan bukanlah secara mutlak membawa maksud kejahilan
dalam soal-soal keduniaan.

• Masyarakat Arab hidup secara berpindah randah dan berpuak-


puak tetapi tetap wujud satu bentuk pemerintahan. 20

Kemasyarakatan Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam


e. Masyarakat Arab

• Menurut Muhamad Qutb (1981), ciri-ciri masyarakat adalah;


pertama, zaman yang tidak mempunyai nabi dan kitab suci
sebagai petunjuk kehidupan. Kedua, zaman yang tidak
mempunyai tamadun atau peradaban. Ketiga, zaman
masyarakatnya tidak berakhlak, angkuh dan bongkak. Keempat,
zaman yang masyarakatnya jahil kerana tidak boleh membaca
dan menulis.

21

Kemasyarakatan Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam


e. Masyarakat Arab

• Masyarakat Arab Jahiliyyah terkenal dengan permusuhan


antara kaum dan semangat asabiyah di kalangan mereka.
Mereka tertakluk kepada sistem kabilah yang berlandaskan
kepada pertalian darah dan keturunan, mereka memandang
mulia kabilah mereka dan memandang hina kepada kabilah
yang lain.

• Kaum wanita dapat diwariskan seperti harta dan binatang.


Bahkan dalam pemakanan ada yang hanya dikhususkan bagi
kaum lelaki sahaja. Kaum lelaki bebas untuk berkahwin dengan
banyak wanita tanpa batas. (Yunus Ali Al-Muhdhor, 1993).

• Kepercayaan tradisi dan tanggapan bahawa anak perempuan


akan menimbulkan masalah sosial, ekonomi dan nasib malang
mengakibatkan masyarakat Arab seperti Bani Tamin dan Asad
sanggup menanam hidup-hidup anak perempuan dan mereka
lebih suka mempunyai ramai anak lelaki. 22

Kemasyarakatan Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam


2.1.3 Masyarakat Islam

• Sejarah Islam bermula setelah runtuhnya empayar Yunani dan


iaitu dari permulaan tahun Hijrah (622M hingga runtuhnya
kerajaan Uthmaniyah pada tahun 1924).

• Perjalanan sejarah Islam lebih 1300 tahun menyumbang banyak


kesan kepada peradaban manusia. Peradaban Islam lahir ketika
peradaban Eropah dan lainnya berada dalam kecelaruan sosial.

• Masyarakat Islam dapat diertikan sebagai masyarakat


antarabangsa yang bebas daripada unsur-unsur perkauman,
kedudukan pangkat dan sebagainya. Masyarakat yang bersifat
terbuka kepada seluruh manusia sejagat tanpa mengira
keturunan atau warna kulit.

• Masyarakat Islam hidup bersama-sama dengan masyarakat


bukan Islam dalam sesuatu kelompok masyarakat dan
masyarakat ini melaksanakan kehidupan berlandaskan nilai-nilai
Islam. 23

Kemasyarakatan Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam


2.2 Pembinaan Masyarakat Islam Madinah
• Nabi Muhammad SAW telah mengambil beberapa langkah
yang perlu bagi menjayakan pembentukan sebuah Masyarakat
Islam, iaitu; mendirikan masjid sebagai tempat pertemuan kaum
Muslimin, persaudaraan di antara kaum Muslimin; dan
pembentukan piagam Madinah.

Pembentukan Piagam
Madinah

Pembinaan
Mendirikan
masjid
Masyarakat Persaudaraan
Islam

24

Kemasyarakatan Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam


2.2.1 Pembinaan Institusi Masjid

• Masjid pertama yang dibina dalam sejarah masyarakat Islam


adalah Masjid Quba’, ia merupakan tempat persinggahan
Rasulullah SAW dan para sahabat dalam penghijrahan yang
dilakukan oleh Baginda SAW dari Mekah ke Madinah.

• Manakala Masjid Nabawi yang dibina di Madinah merupakan


masjid kedua dalam sejarah Islam. Pembinaan masjid ini
mengambil masa selama lebih kurang tujuh bulan dan
merupakan pusat pemerintahan kepada Negara Islam .

• Pembinaan masjid ini bukanlah hanya untuk menyediakan


tempat untuk beribadah, sebab Islam telah menjadikan bumi ini
seluruhnya merupakan masjid bagi umat Islam (Ibn Khaldun, 1995
dan Ahmad Shalaby, 1996). Tujuan utama pembinaan masjid
adalah untuk menyediakan tempat pertemuan, pusat kegiatan
Islam, kegiatan sosial, ekonomi dan lain-lain aktiviti umat Islam.
25

Kemasyarakatan Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam


2.2.1 Pembinaan Institusi Masjid

• Masjid pada zaman awal Islam menjadi Pusat Pembinaan


Akidah, Pusat Pembangunan Sumber Manusia, Pusat
Pemahaman dan Pelaksanaan Dasar-dasar Kemasyarakatan dan
Kenegaraan serta Pusat Pembinaan Tamadun Islam.

• Dalam era Khulafa’ al-Rasyidin dan pengikut para sahabat,


mereka menjadikan masjid sebagai pusat peradaban Islam.
Buktinya dapat dilihat sebagaimana berikut (Lokman Ab. Rahman
dan Musa Ahmad, 1996):

1. Bai’ah penerimaan jawatan khalifah Abu Bakar al-Siddiq r.a. dan bai’ah
kesetiaan muslimin terhadap Saidina Abu Bakar r.a. disempurnakan di Masjid
Nabawi.
2. Masjid Nabawi menjadi pusat rasmi perlantikan dan bai’ah khalifah-khalifah
Islam yang empat selepas kewafatan Rasulullah SAW.
3. Khalifah Umar al-Khattab r.a. menugaskan gabenor Abu Musa al-As’ari supaya
menjalankan kepimpinannya berpusat di masjid. Demikian juga arahan Umar
al-Khattab kepada Sa’ad bin Abi Waqas gabenor Kufah dan gabenor Mesir
ketika itu. 26

Kemasyarakatan Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam


2.2.2 Persaudaraan Penduduk Madinah

• Nabi Muhammad SAW meletakkan satu dasar yang menjadi


pengikat antara masyarakat iaitu persaudaraan dalam Islam
(Ukhuwah Islamiah) sebagai kesatuan yang kukuh dan kuat.

• Persaudaraan tersebut menjadikan mereka sebagai saudara


kembar, seperti Rasulullah SAW sendiri bersaudara dengan Ali bin
Abi Talib, bapa saudara baginda SAW iaitu Saidina Hamzah
bersaudara dengan Zaid bin Harith (Abdul Qadir Djaelani, 2001).
Persaudaraan tersebut diteruskan pula antara masyarakat
Madinah (Che Bakar Che Mat et. al., 2007).

• Persaudaraan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW di kalangan


orang Islam tersebut tidak hanya di antara orang Muhajirin dan
orang Ansar sahaja, persaudaraan dilakukan di antara orang
Muhajirin dengan orang Muhajirin, orang Ansar dengan orang
Ansar dan juga antara orang Muhajirin dengan orang Ansar.
27

Kemasyarakatan Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam


2.2.2 Persaudaraan Penduduk Madinah

• Pada akhirnya di Madinah hanya terdapat dua golongan, iaitu :


golongan “Umat Islam” dan golongan “bukan Umat Islam”.
Golongan kedua ini kebanyakannya adalah orang-orang Yahudi
(Ahmad Shalaby, 1996).

• Persaudaraan dapat melahirkan hubungan yang tulen dan


sejati sehingga menjadi satu keluarga Islam yang terlepas dari
ikatan-ikatan asal bersifat keturunan, kesukuan dan kebangsaan.

• Ikatan tersebut telah berjaya melahirkan masyarakat muslim


yang mempunyai hubungan yang kukuh, hidup bersatu padu,
tolong menolong, bantu membantu dan saling memperteguhkan
antara satu dengan yang lain (Che Bakar Che Mat et. al., 2007).

28

Kemasyarakatan Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam


2.2.2 Persaudaraan Penduduk Madinah

• Persaudaraan tersebut bukan sebagaimana yang kita fahami


selama ini, tetapi ia melibatkan segala aspek kehidupan seperti
tolong menolong dalam pembangunan ekonomi.

• Ekonomi Madinah pada asalnya dikuasai oleh orang Yahudi


yang mengamalkan riba, cukai yang melampau, monopoli,
penindasan dan penipuan (Sami’ al-Misri, 1993:3).

• Bagi mengatasi sistem ekonomi yang zalim dan menindas


tersebut Nabi Muhammad telah mengarah agar dibuka pasar
bagi menghapuskan sistem yang menindas dari Yahudi.

• Natijahnya, masyarakat Madinah telah bertolak ansur dalam


ekonomi dengan memajukan pasar tersebut sehingga
mengakibatkan perniagaan orang Yahudi merosot (Sami’ al-Misri,
1993:3-5). Kesannya orang Yahudi telah mewujudkan pakatan
dengan pihak luar untuk menyerang Negara Islam Madinah. 29

Kemasyarakatan Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam


2.2.3 Pembentukan Piagam Madinah

• Perlembagaan Madinah digubal dengan tujuan untuk memberi


tanggungjawab kepada semua penduduk Madinah yang terdiri
daripada umat Islam dan bukan Islam dalam usaha menjamin
keselamatan Madinah dan serangan dari luar.

• Perjanjian yang diadakan oleh Rasulullah SAW tersebut termasuk


perjanjian yang teramat indah dalam perjanjian-perjanjian
kenegaraan dan patut dihargai oleh seluruh umat manusia,
walaupun berlainan agama.

• Piagam yang mengandungi 47 fasal tersebut diiktiraf sebagai


model bertulis yang pertama wujud dalam dunia (Hamidullah,
Muhammad, 1975).

• Piagam tersebut mengandungi dua bahagian (Universiti Malaya,


2002), iaitu 23 fasal daripadanya menekankan tentang hubungan
sesama umat Islam iaitu yang melibatkan golongan Ansar dan
Muhajirin. 30

Kemasyarakatan Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam


2.2.3 Pembentukan Piagam Madinah

• Manakala 24 fasal lagi menyentuh tentang hubungan orang


Islam dengan orang Yahudi.

• Antara perkara utama yang terkandung dalam piagam


tersebut adalah :
1. Nabi Muhammad SAW diiktiraf sebagai ketua negara untuk
semua penduduk Madinah dan segala pertelingkaran
hendaklah merujuk kepada baginda SAW.
2. Semua penduduk Madinah ditegah bermusuhan atau
menanam hasad dengki sesama sendiri, sebaliknya mereka
hendaklah bersatu dalam satu bangsa iaitu bangsa Madinah.
3. Semua penduduk Madinah bebas mengamal adat istiadat
upacara keagamaan masing-masing.
4. Semua penduduk Madinah hendaklah bekerjasama dalam
masalah ekonomi dan mempertahankan Madinah dari
serangan musuh. 31

IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam


2.2.3 Pembentukan Piagam Madinah
• Kandungan Piagam Madinah seterusnya berkenaan dengan
hubungan orang Islam dan orang Yahudi. Ringkasan 24 fasal
tersebut adalah seperti berikut (Sidi Gazalba, 1976):

1. Orang Yahudi hendaklah hidup berdamai dengan orang Islam; kedua


belah pihak bebas mengamalkan ajaran masing-masing.
2. Orang Islam dan Yahudi wajib mempertahankan Madinah dari
serangan musuh dan bekerjasama melawan sesiapa sahaja yang
memerangi mereka.
3. Perdamaian dengan pihak lain hendaklah mendapat persetujuan
kedua-dua belah pihak.
4. Sesiapa yang tinggal di luar Madinah akan dilindungi kecuali orang
yang zalim dan bersalah.
5. Sekiranya timbul perselisihan antara orang Yahudi dan orang Islam
maka penyelesaiannya hendaklah dirujuk kepada Allah (al-Kitab) dan
Rasul di mana Rasulullah SAW adalah pemimpin umum penduduk
Madinah.
6. Keselamatan orang Yahudi adalah terjamin selagi mereka taat
kepada perjanjian yang tercatat dalam piagam tersebut.
32

IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam


2.2.3 Pembentukan Piagam Madinah

• Secara ringkasnya, pembentukan Piagam Madinah menjadi


asas kepada pembentukan sebuah masyarakat Islam
sebagaimana yang digambarkan seperti berikut.

Piagam
Madinah

Perdamaian penduduk Membela golongan


Madinah minoriti yang terdapat
di Madinah.

Menjamin hak asasi


manusia Agama dan bangsa

33

IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam


2.3 Ciri-Ciri Masyarakat Islam

Berakidah

Ciri-Ciri
Berukhuwwah Masyarakat Berakhlak
Islam

Mementingkan Bertoleransi
Ilmu
Pengetahuan
34

IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam


2.4 Hak Dan Tanggungjawab Anggota
Masyarakat
• Dasar utama Islam adalah untuk memelihara dan memulihkan
serta menghormati hak asasi manusia yang telah dianugerahkan
oleh Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya di dunia ini,
termasuklah lain-lain makhluk ciptaan-Nya.

• Dasar ini ditentukan, didorong dan didukung oleh beberapa


aspek penting iaitu; memelihara jiwa atau nyawa atau hak-hak
hidup; memelihara akal fikiran; memelihara kehormatan dan
keturunan; memelihara harta benda; dan memelihara hak dan
kebebasan (Universiti Malaya, 2002).

• Prinsip persamaan menurut Islam menjamin manusia seperti


mengharamkan perbuatan membunuh dan mencederakan diri,
mengharamkan perbuatan menceroboh dan merosakkan harta,
mengharamkan perbuatan menjatuhkan maruah serta menjamin
kebebasan.
35

IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam


2.4.1 Hak Asasi Manusia (Individu)

• Konsep keadilan, kebebasan, persamaan hak dan darjat


manusia merupakan sesuatu yang sinonim dengan Islam. Hak-hak
tersebut bukan sahaja merupakan sebahagian rangka teori Islam,
malahan ia merupakan amalan yang diwajibkan ke atas setiap
umat Islam (Muhammad Al-Buraey, 1992).

• Oleh yang demikian, Islam telah menggariskan had dan


larangan kepada manusia amnya dan kepada umat Islam
khususnya agar tidak melanggar peraturan atau syariah yang
telah ditetapkan demi menjaga kepentingan individu. Antara hak
individu yang dijamin oleh Islam adalah: hak beragama, bersuara,
memiliki harta, bergerak dan menuntut ilmu.

36

IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam


2.4.1 Hak Asasi Manusia (Individu)

Kebebasan
Beragama
Hak Asasi
Manusia
Kebebasan (Individu)
Bersuara

Kebebasan
Memiliki Harta

Kebebasan
Menuntut Ilmu

Kebebasan
Bekerja

Kebebasan
Untuk Hidup
37

IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam


2.4.1.1 Kebebasan Beragama

• Syariah Islam mengiktiraf kebebasan beragama bukan sahaja


secara teori, malahan juga sebagai prinsip kehidupan yang
praktis. Untuk melindungi kebebasan ini, syariah Islam merumuskan
dua garis panduan, iaitu;

a. Pertama; manusia hendaklah sedia menghormati kebebasan


orang lain untuk mengatur apa jua kepercayaan atau agama
yang dipilihnya. Tiada siapa yang boleh memaksa orang lain
untuk menerima anutannya atau menukar kepercayaannya.

b. Kedua; manusia cenderung untuk mempertahankan


pegangan agama dan tidak akan membenarkan sesiapapun
menceroboh dan mengganggunya. Walau bagaimanapun,
jika mereka gagal mempertahankan agama mereka
disebabkan oleh pemerintah yang zalim atau alasan-alasan
yang lain, mereka hendaklah berhijrah ke tempat lain yang
pegangan mereka akan dihormati. 38

IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam


2.4.1.2 Kebebasan Bersuara

• Undang-undang Islam menyatakan dengan jelas kebenaran


bagi kebebasan menyuarakan pendapat untuk penduduk di
negara Islam, sama ada mereka beragama Islam ataupun tidak.

• Hak dan tanggungjawab ini hanya boleh dilaksanakan dengan


memberi kebebasan kepada mereka untuk mengeluarkan
pendapat mengikut keadaan dan keperluan dengan beberapa
syarat seperti :

a. Nasihat harus sesuai dengan pedoman al-Quran dan as-


Sunnah.
b. Nasihat harus didasarkan kepada kepastian dan bukan
kepada spekulasi, perkiraan dan prasangka.
c. Nasihat harus diberikan dalam bentuk yang sebaiknya dan
sesuai dengan kesempatan, waktu dan tempat.
d. Nasihat tidak boleh digunakan untuk membuka kelemahan
dan rahsia orang. 39

IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam


2.4.1.2 Kebebasan Memiliki Harta

• Islam memberi kebebasan kepada setiap individu untuk memiliki


harta kekayaan, pada masa yang sama Islam memberi jaminan
keselamatan terhadap hak ini dengan membuat beberapa
suruhan dan larangan serta hukuman terhadap kesalahan
jenayah ke atas hak tersebut.

2.4.1.2 Kebebasan Menuntut Ilmu

• Islam menggalakkan penggunaan ilmu dengan mengamalkan


perkongsian ilmu yang diperolehi sama ada di kalangan muslim
atau bukan muslim.

• Sejarah membuktikan sifat keterbukaan dalam penggunaan


ilmu dipraktikkan di Cordova dan Sicily iaitu pada zaman
Kerajaan Islam Andalusia. Orang Eropah datang ke Negara Islam
untuk mempelajari dan meneliti ilmu pengetahuan terutama
daripada sarjana-sarjana Islam. Kedatangan mereka tidak
dihalang, malah diberikan penghormatan. 40

IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam


2.4.1.2 Kebebasan Untuk Bekerja

• Menurut Islam, “kerja” merupakan suatu kegiatan manusia


yang disuruh dan dituntut sekuat-kuatnya. Di dalam al-Quran
terdapat banyak ayat yang menyuruh manusia bekerja, kerana
kerja merupakan sumber rezeki untuk menanggung diri sendiri,
kaum keluarga dan membantu orang lain.

2.4.1.2 Kebebasan Untuk Hidup


• Allah SWT telah mengurniakan kepada setiap makhluk termasuk
manusia tentang kehidupan. Oleh kerana kehidupan manusia
merupakan hak Allah SWT dan tanpa kebenaran daripada Allah
SWT, maka tidak ada sesiapa berhak untuk mencabar hak ini.

• Perbincangan mengenai hak untuk hidup boleh dilihat dari dua


aspek (Che Bakar Che Mat et. al., 2007), iaitu:

a. Membunuh individu lain.


b. Membunuh diri sendiri. 41

IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam


2.4.2 Tanggungjawab Individu Terhadap Masyarakat

Taaruf (Saling
Mengenali)
Tafahum
(Persefahaman)

Tanggungjawab
Mahabbah
Individu (Berkasih
Terhadap Sayang)
Masyarakat

Ukhuwwah
(Persaudaraan)
Takaful (Saling
Menjamin)

42

IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam


2.4.2 Tanggungjawab Individu Terhadap Masyarakat

• Kebebasan merupakan sesuatu yang amat penting dalam


kehidupan masnusia. Kebebasan tersebut bukanlah bermaksud
kebebasan secara mutlak sehingga kita dibenarkan untuk
melakukan perkara keji dan mungkar dalam masyarakat.

• Oleh itu, terdapat beberapa tanggungjawab individu yang


menjadi asas kepada kehidupan bermasyarakat dalam Islam,
iaitu :

a. Taaruf (Saling Mengenali)


Perkenalan sesama masyarakat bukan sekadar tahu nama
atau tempat tinggal tetapi lebih jauh dari itu seperti mengenali
latar belakang kedudukan seseorang, kebudayaan mereka,
kekeluargaan, pemikiran, jiwa, kelebihan, kekurangan dan
sebagainya. Perkenalan yang jujur memerlukan kita
mengetahui kedudukan sebenar corak kehidupan sahabat
tersebut (Che Bakar Che Mat et. al., 2007).
43

IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam


2.4.2 Tanggungjawab Individu Terhadap Masyarakat

b. Tafahum (Persefahaman)
Tafahum ialah saling faham memahami serta mempunyai sikap
bermuafakat antara satu sama lain di kalangan anggota
masyarakat ke arah kebajikan dan kebaikan yang berasaskan
hukum syarak.

c. Ta’awun (Tolong Menolong)


Islam menggesa umatnya hidup dalam sebuah masyarakat
yang saling bantu-membantu antara satu sama lain. Bentuk
kerjasama yang dikehendaki dalam Islam ialah kerjasama
yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam dan membawa
kepada kebaikan serta tidak menjurus ke arah kemusnahan.

d. Ukhuwwah (Persaudaraan)

44

IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam


2.4.2 Tanggungjawab Individu Terhadap Masyarakat

e. Mahabbah (Berkasih Sayang)


Kasih sayang itu dibina atas dasaar cinta kerana Allah SWT dan
Rasul-Nya. Rasa kasih sayang dan cinta menyebabkan
seseorang individu itu lebih mementingkan orang lain daripada
dirinya sendiri.

f. Takaful (Saling Menjamin)


Takaful atau saling menjamin adalah sikap sentiasa bersedia
untuk saling melindungi antara satu dengan yang lain. Sikap ini
lahir hasil daripada persaudaraan yang erat antara golongan
masyarakat di mana setiap mereka merasa
bertanggungjawab untuk saling membantu sekiranya terdapat
pihak yang kesusahan atau memerlukan pertolongan.

45

IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam


KESIMPULAN

46

IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam

You might also like