Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 29

KULIAH 7

GEOMORFOLOGI LEMBANGAN SALIRAN II

1
PENGENALAN
Proses hakisan berlaku dalam sesebuah lembangan saliran – lebih
tertumpu kepada hakisan sungai

Sebenarnya – proses hakisan berlaku terlebih dahulu di atas


permukaan bumi atau di bahagian permukaan tanih – dikenali
hakisan tanih

Hakisan tanih berlaku – gangguan oleh manusia – penebangan


pokok, aktiviti menggali, membajak, pemotongan cerun dsb

Kepelbagaian aktiviti manusia – mendedahkan permukaan tanih


kepada agen2 iklim + cuaca – mampu bertindakbalas ke atas
permukaan yang terdedah.

2
PROSES HAKISAN TANIH
Melibatkan 2 tindakan yang berlaku secara
berturutan – i) peleraian kumin2 tanih; ii)
pengangkutan kumin2 tanih

Dibantu oleh 2 agen – i) titisan air hujan yang


meleraikan kumin2 tanih; ii) aliran air permukaan
yang mengangkut kumin-kumin tanih

Proses hakisan bermula dengan hakisan percikan;


hakisan permukaan; hakisan galir dan hakisan galur

3
4
Hakisan Percikan
Kejadian hakisan tanih paling awal berlaku
Melibatkan 5 mekanisma iaitu
i) peleraian kumin2 tanih
ii) pergerakan kumin2 tanih terlerai oleh agen
pengangkutan
iii) tenaga pada agen pengangkutan
iv) jenis pergerakan bahan
v) pemendapan

5
Setiap titisan air hujan yang jatuh ke permukaan
bumi – daya hidrostatik dalaman untuk
memeroikan tanih
Impak pertama titisan hujan ke atas permukaan
tanih dalam bentuk ‘krater mikro’ akibat tempiasan
air di sekeliling titisan tersebut
Tempiasan air – kumin2 tanih terpelanting dari
kedudukan asal ke bahagian di sekitar

6
Hakisan percikan – telah menanggalkan partikel tanih akibat hentaman air hujan
terus kepada partikel tanih atau permukaan tanah yang nipis
Berlakunya hujan, tanih dipercikkan dalam kuantiti yang banyak ke udara,
kebiasaannya pada satu partikel lebih dari sekali
Kawasan permukaan tanih yang terbiar tanpa penutup, adalah dijangkakan
sebanyak 200 Mg/ha tanih dipercikkan ke udara oleh hujan yang lebat
Perkaitan antara hakisan, momentum hujan, dan tenaga ditentukan oleh jumlah
titisan hujan, bentuk, kelajuan serta arah hujan
Kesan setitis air hujan yang jatuh ke permukaan tanah dapat dilihat pada rajah
yang diambil menggunakan kamera laju dan perhatikan pembentukan lubang oleh
hentaman air hujan tersebut

7
Impak titisan hujan dalam proses hakisan percikan akan
tamat apabila bahagian tanih permukaan telah digenangi
oleh sejumlah air yang mampu menjadi air larian
permukaan
Kesan hakisan percikan – kewujudan menara tanah – bukti
kumin2 tanih halus telah hilang daripada kedudukan asalnya
Ketinggian menara tanah – buktikan keberkesanan hakisan
percikan di bahagian permukaan tanih – semakin tinggi
menara tanah – semakin hebat kadar hakisan percikannya.

8
Faktor utama hakisan percikan – saiz titisan; halaju
terminal; jumlah hujan – dikaitkan dengan momentum +
penghasilan tenaga kinetik
Saiz titisan – perkiraan saiz titisan hujan mengambil kira
purata saiz titisan + purata titisan menjadi indeks untuk
mengkaji sebaran titisan
Saiz titisan hujan akan bertambah apabila intensiti hujan
tertambah – biasanya titisan hujan bergaris pusat antara 0.2
hingga 0.6 mm atau hujan ribut – mencapai ukuran 2.0 – 2.5
mm

9
Halaju terminal – kadar kejatuhan titisan hujan – dijelaskan sebagai jatuhan
percepat yang dialami oleh setitis air hujan yang jatuh secara bebas mengikut
kesan tarikan graviti
Jumlah hujan – intensiti dan jumlah air yang boleh menjadi aliran permukaan –
jumlah hujan yang banyak mampu menghasilkan intensiti hujan yang banyak
Jumlah hujan yang banyak akan meningkatkan keupayaan hakisan melalui
peningkatan tenaga kinetik
W/b/p – jumlah hujan yang banyak, berterusan – akan meningkatkan jumlah air
yang terkumpul di permukaan bumi – mengurangkan impak hakisan percikan

10
Hakisan Permukaan
Dikenali juga sebagai hakisan keping
Hakisan yang disebabkan oleh tindakan air yang paling
kerap + paling banyak berlaku
Berlaku di bahagian permukaan bumi + mengambil alih
selepas kejadian hakisan percikan
Hakisan permukaan bermula – apabila air yang terkumpul
di bahagian atas permukaan tanih mampu bergerak sebagai
air larian – mewujudkan aliran permukaan

11
Pengumpulan air pada permukaan tanih – kesan
daripada kegagalan proses infiltrasi air –wujud
lapisan tidak telap air di bahagian bawah
permukaan tanih – byk hujan + percepatkan kadar
hakisan permukaan
Aliran air permukaan akan mengumpil keluar
kumin tanih + bersama hasil hakisan percikan –
bergerak sebagai jisim menuruni permukaan cerun
Berlaku perubahan warna pada tanah – lebih
cerah kerana telah menghakis bahagian atas
permukaan tanih yang kaya dgn bahan organik

12
Proses pengangkutan jisim bemula – hujan
turun membtk pengumpulan air di
permukaan tanih melebihi kadar infiltrasi
Pengaliran membawa jisim tanih yg telah
dileraikan melalui proses hakisan percikan +
mengalir sebagai lapisan nipis di sepanjang
permukaan tanih
Kumin2 tanih diangkut melalui proses
loncatan, golekan + ampaian

13
Hakisan Galir
Proses hakisan yang memindahkan tanih dalam alur-alur kecil di
permukaan tanih
Pemindahan disebabkan oleh pengangkutan oleh aliran air permukaan
alur2 kecil/galir wujud pada permukaan tanih apabila terdapat
penumpuan aliran permukaan
Galir terbentuk apabila halaju pengaliran air bertambah dan
pengaliran air semakin deras + kecuraman cerun + intensiti hujan
Bilangan galir akan bertambah – kadar halaju aliran air permukaan
meningkat + wujud ketaksamaan permukaan tanih

14
Peleraian + pengangkutan kumin2 tanih dalam proses hakisan galir
lebih banyak
Pertambahan halaju aliran air secara bertumpu di dalam galir
Aliran air dlm galir dlm kelajuan deras mampu mengorek dasar galir
lebih dalam + pada masa yang sama tebing kiri-kanan galir mulai runtuh

15
Hakisan Galur
Hakisan yang menghakis ke bahagian dalam alur secara
mendalam sehingga permukaan tanih sukar diratakan semula
Hakisan galur dibantu oleh peningkatan dalam isipadu dan
halaju air yang mampu memotong tanah – goresan tanih secara
mendalam
Aliran air menggores bahagian dasar dan dinding alur sambil
mengikis kumin2 tanih
Alur semakin membesar akan wujud semacam air terjun di hulu
galur menyebabkan hakisan ke belakang berlaku

16
Hakisan akan memanjangkan lagi saiz galur –
dinding galur jadi curam + alam runtuhan +
kelebaran galur semakin besar
Keratan rentas – galur berbentuk V – satu
bahagian lapisan tanih di bawah mempunyai
kemampatan yang padu – galur bentuk U – lapisan
bawah dan lapisan atas tanih senang dihakis –
kurang mampat

17
FAKTOR-FAKTOR UTAMA HAKISAN
TANIH
Penentuan faktor2 yang telibat banyak dihasilkan melalui
kajian + plot eksprimen di lapangan
Terhasil satu formula atau persamaan – Universal Soil Loss
Equation (USLE) – 4 faktor utama yang menyebabkan
hakisan tanih
Faktor iklim (penekanan kepada pengaruh hujan); Faktor
tanih (ciri-ciri tanih); Faktor topografi (cerun); Faktor
tumbuhan (ciri liputan + amalan guna tanah)

18
Samb…
 A = RKLSCP

A = kadar kehilangan tanih per unit kawasan


R = faktor erosiviti hujan
K = faktor erodibiliti tanih
L = faktor panjang cerun (topografi)
S = faktor kecuraman cerun (topografi)
C = faktor litupan tumbuhan
P = faktor amalan guna tanah

19
Faktor Erosiviti Hujan
Air hujan – melerai + mengangkut tanih

Melalui titisan air hujan dan aliran air permukaan,


permukaan tanih mampu dihakis walapun tenaga
hujan akan hilang apabila bergeser dengan
permukaan bumi

Faktor hujan berdasarkan kepada beberapa


indeks seperti jumlah hujan pada satu kejadian;
intensiti purata hujan pada satu kejadian; jumlah
tenaga kinetik (Wischmeier, et al., 1985)

20
Faktor Erodibiliti Tanih
Berkait dengan ketahanan tanih untuk dipisah dan diangkut oleh tindakan air
Empat ciri – tekstur; struktur; kandungan organan; ketelapan
Tekstur – susunan kandungan komponen tanih – pasir, kelodak + liat
Struktur – tanih diklasifikasikan berdasarkan bentuk, saiz + gred
Bahan organan – bahan organik yang menyungkupi permukaan tanih + mikro
organisma
Ketelapan – ketumpatan tanih

21
Faktor Topografi
Mengambil kira aspek panjang cerun (L) dan kecuraman
cerun (S)
Panjang cerun adalah jarak dari titik asal aliran
permukaan ke titik berlaku mendapan – biasanya berada
pada kaki cerun
Kecuraman cerun – berasaskan ukuran dalam unit peratus
Cerun yang panjang – galak hakisan tanih – galir + galur

22
Pertambahan panjang cerun berkait terus dengan
pertambahan intensiti hakisan

Kehilangan tanih bertambah dengan kecuraman


cerun – semakin curam cerun maka semakin tinggi
kadar kehilangan tanih

Cerun curam meningkatkan halaju aliran air +


menyebabkan lebih banyak permukaan tanih
terhakis

23
Faktor Tumbuhan
Melibatkan ciri litupan tumbuhan (C) dan amalan guna tanah (P)
Faktor liputan – nisbah kehilangan tanih yang diukur di bawah
pengurusan tertentu dengan kehilangan tanih yang dicerapi
daripada kawasan terdedah
Liputan berfungsi sbg pelindung utama hakisan
Lindungan merujuk melindungi tanih daripada impak titisan
hujan, mengurangkan jumlah larian permukaan, membaiki
keupayaan ketelapan air + mengurangkan halaju aliran

24
Amalan guna tanah – amalan pemuliharaan tanih dalam aktiviti pertanian –
nisbah kehilangan tanih pada sesuatu keadaan permukaan tanih yang biasa
diamalkan di mana cara amalan dalam pemuliharaan tanih akan menentuksn
jumlah + halaju air permukaan
Amalan menanam bijiran kekacang – membaiki struktur tanih, kandungan
nitrogen, menambah kandungan bahan organan
Amalan kawalan hakisan – penanaman tutup bumi, tanaman berkontur,
berjalur, berteres – mengurangkan halaju air
Amalan pemuliharaan kawasan terhakis – gabungan kedua-duanya

25
Kesan hakisan tanah
◦ Kesan Fizikal :

◦ Tanah runtuh
◦ Populasi haiwan dan tumbuhan dalam hutan terancam
◦ Sungai menjadi cetek
◦ Populasi hudupan akuati musnah

◦ Kesan ke atas manusia


◦ Penempatan terganggu
◦ Berlaku krisis bekalan air
◦ Kegiatan pertanian tidak dpt dijalankan
◦ Aktiviti pelancongan dan rekreasi terjejas

26
Langkah-Langkah mengurangkan hakisan
1)Perhutanan semula
penanaman benih-benih pokok hutan yang cepat membesar-perhutanan
semula . litupan bumi juga bertindak sebagai span kerana akar-akar pokok
menyerap air hujan.Ini secara tidak langsungakar pokok menyerap air
hujan.Ini secara tidak langsungmengurangkan air larian
permukaan.mengurangkan air larian permukaan
2)Pembinaan teres di lereng bukit
cerun-cerun bukit atau gunung yang telah ditarah tujuan pembinaan
seperti jalan raya,lereng-lereng diteres mengikut garis kontur .
Pada setiap teres, tumbuhan tutup bumi ditanam untuk mengurangkan
kesan air larian.

27
3) Pembinaan longkang dan parit
Air larian permukaan yang berlebihan ini sekiranya dapat
mengalir dalam system parit dan longkang maka kadar
resapan air dalam tanah dapat dikurangkan.

4) Penyimenan permukaan cerun atau permukaan bukit


Mengatasi proses hakisan oleh air larian permukaan.

5) Pembinaan benteng konkrit


Ditebing sungai hakisan tebing boleh diatasi dengan
membina benteng konkrit
Benteng dapat mengawal cara2 hakisan terutamanya hidrol
dan hakisan jenis melebar

28
KESIMPULAN
Agen-agen hakisan seperti air, angin dan glasier sangat efektif mengukir
dan mengubah lanskap sesuatu kawasan .Hakisan tanih – empat proses
utama – percikan, permukaan, galir + galur
Keberkesanan hakisan tanih bergantung kepada 4 faktor utama – iklim,
tanih, topografi + tumbuhan
Ada 5 klasifikasi hakisan tanih (Zachor, 1982) – hakisan lemah, hakisan
sederhana, hakisan serius, hakisan kuat + hakisan bencana
Faktor manusia yang semakin dominan dalam lembangan saliran –
mengalakkan lagi proses hakisan tanih
Di negara kita, apa yang kita lihat di kawasan tanah tinggi, kaki bukit,
tebing tinggi di sepanjang jalan raya dan lebuh raya telah diteres dan
juga ditanam dengan rumput semata-mata mengurangkan kadar
hakisan. Pembinaan empangan telah berjaya menahan arus sungai
daripada menghakis tebing sungai, kawalan kerajaan terhadap aktiviti
pembalakan dan kempen bumi hijau telah berjaya mengurangkan kadar
hakisan.

29

You might also like