Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 5

FUNGSI BAHASA MELAYU

SEBAGAI BAHASA PERPADUAN

Kamus Dewan (1994) mendefinisikan perpaduan


sebagai penggabungan, pelaburan penyesuaian,
kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung
menjadi satu, sepakat dan sebagainya.
Oleh itu, dapatlah diertikan bahawa bahasa Melayu
sebagai bahasa perpaduan ialah bahasa yang menjadi
lambang penyatuan suara yang digunakan sebagai
alat perhubungan di dalam lingkungan satu kelompok
manusia yang berfungsi sebagai alat menyatupadukan
rakyat yang berbilang kaum dalam sesebuah negara.
 Fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa
perpaduan merupakan senjata paling ampuh
dalam merealisaikan konsep 1 Malaysia.
 Perpaduan atau solidariti dapat ditafsirkan
sebagai satu proses yang menyatupadukan
rakyat dan seluruh masyarakat dan negara
supaya setiap anggota masyarakat dapat
membentuk satu identiti dan nilai bersama
serta perasaan cinta dan bangga akan tanah
air.
 Menerusi cetusan idea Perdana Menteri Malaysia,
Gagasan 1 Malaysia ingin membentuk satu identiti
masyarakat Malaysia melalui budaya dan aspek
terpenting untuk membentuk satu budaya ialah
melalui satu bahasa dan satu suara.
 Sejarah membuktikan bahawa perpaduan amatlah
sukar dicapai oleh masyarakat pelbagai ras dan etnik
tetapi bukan mustahil. Semasa zaman kolonialisasi,
British mengamalkan dasar ‘pecah dan perintah’ yang
mewujudkan jurang ekonomi manakala dasar
‘laissez-faire’ dalam pendidikan menyebabkan
perkongsian pengetahuan dan keseragaman
perperiksaan tidak dapat dicapai.
 Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat
berbilang kaum di Malaysia ialah melalui penggunaan bahasa
kebangsaan.
 Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di
antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa
menimbulkan rasa curiga.
 Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa hormoni
antara kaum di negara ini.
 Oleh itu, Penyata Razak telah diperakui dan diluluskan menjadi
Ordinan Pelajaran pada tahun 1957. Ordinan ini mewajibkan
semua jenis sekolah menggunakan sukatan pelajaran yang
sama manakala Bahasa Melayu pula digunakan sebagai bahasa
pengantar di semua sekolah, khusus untuk membantu
perpaduan kebangsaan dan menjadi wahana berkesan untuk
komunikasi pelbagai kumpulan etnik dan masyarakat pelbagai
dialek atau bahasa.
 Gagasan 1 Malaysia sudah pastinya dapat
diwujudkan melalui pembentukan jati diri
bangsa Malaysia yang menggunakan bahasa
komunikasi yang mudah difahami.
 Penyatuan rakyat melalui bahasa Melayu
sebagai bahasa perpaduan boleh diwujudkan
melalui penerapan nilai-nilai murni seperti
yang tercatat dalam matlamat pendidikan
kebangsaan, iaitu pembentukan masyarakat
yang bersatu padu.

You might also like