FIZIKAL

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

FIZIKAL

Definisi Fizikal
• Kemahiran fizikal sangat penting untuk mengaplikasi
nashkah lakon sama ada dengan dialog atau tidak.
• Ia tunjukkan dengan gerak yang terlihat (blocking yang
baik dan seimbang), gerak yang jelas (meyakinkan),
gerak diertikan (sesuai dengan hukum gerak dalam
kehidupan) dan gerak menghayati (sesuai dengan
tuntutan jiwa/naluri yang ditentukan dalam naskhah
lakon).
• Gerak yang terlihat menunjuk kepada kedudukan pelaku
di atas pentas. Keseimbangan sangat penting
berdasarkan komposisi berikut.
(a) Bahagian kanan lebih berat daripada kiri.
(b) Bahagian depan lebih berat daripada belakang
(c) Yang tinggi lebih berat daripada yang rendah
(d) Yang lebar lebih berat daripada yang sempit
(e) Yang terang lebih berat daripada yang gelap
(f) Menghadapi lebih berat daripada membelakangi

-Gerak yang jelas (meyakinkan) merujuk kepada aksi yang


berterusan dan terkurang atau berlebih-lebihan.
• Gerak yang dimengertikan merujuk kepada gerakasan
biasa yang sudah sebati dalam kehidupan.
• -Gerak menghayati atau menjiwai bererti intonasi
pengucapan harus dapat menimbulkan kesan gerak yang
sesuai dengan naskhah.
• -Kemahiran fizikal sangat penting dan memerlukan latihan
olah tubuh yang berterusan selain mengenali fizikal dari
hujung rambut hingga ke hujung kaki. Ini termaksuklah
pancaindera iaitu mata (fokus tanpa berkedip), telinga
(mendengar dan mengecam), hidung (ciuman dan
bauan), kulit (meraba sendiri dan benda di sekeliling) dan
lidah (merasa dengan menjilat, menjelir bahagian mulut
sendiri dan membayangkan sesuatu).
• Terdapat pelbagai gerak yang mesti diketahui dalam
kemahiran fizikal lakonan. Secara asasnya gerak
terbahagi kepad dua:

• .Gerak teaterikal
• -Merujuk kepada gerakan yang lahir daripada keinginan
bergerak yang sesuai dengan apa yang dituntut dalam
naskhah. Oleh itu ia terhad mengikut naskhah sahaja.
• Gerak non teaterikal
- Merujuk kepada gerak kita dalam kehidupan seharian. Ia
dipecahkan pula kepada 2 jenis iaitu gerak halus dan gerak
kasar.
• Gerak Halus
• Berkaitan dengan gerak pada raut wajah atau mimik
muka yang berkait rapat dengan ekspresi.
• Gerak Kasar
• Berkaitan dengan gerakan sebahagian atau seluruh
anggota tubuh kita. Gerakan kasar terbahagi kepada 4
iaitu :
• a) Business: Ia adalah gerakan spontan misalnya kaki
atau tangan akan bergerak jika mendengar irama muzik,
terkejut, digigit nyamuk dan sebagainya.
• b) Gestures: Ia adalah gerakan secara sedar dan
terancang. Misalnya membaca surat khabar, menulis,
mengambil air, menyiram bunga dan sebagainya.
Biasanya bergerak dengan props.
• C) Movement: Ia adalah gerakan perpindahan tubuh dari
tempat yang satu ke tempat yang lain sama ada secara
berjalan, berlari, bergulung-gulung, melompat dan
sebagainya.
• d) Guide: Ia adalah cara berjalan mengikut watak sama
ada sebagai orang tua, anak kecil, orang mabuk dan
sebagainya.
Latihan Gerakan dalam kemahiran Fizikal
• Kemahiran improvisasi sangat penting untuk melakukan
gerak yang bebas indah dan artistik.
• -Gerak dasar bawah: Posisinya dalam keadaan duduk
bersila. Di sini kita hanya boleh bergerak sebebasnya
sehingga pada bahagian kepala.
• Gerakan dasar tengah- Posisi dalam keadaan setengah
berdiri bermula daripada bawah hingga kepala.
• Latihan cermin:
Berpasangan dan mengikut/meniru gerak pasangannya
secara berganti.
-Latihan gerak dan tatap mata: Seperti latihan cermin tetapi
lebih berfokus kepada mata atau berpandangan.
• Latihan melenturkan tubuh: Seorang dalam keadaan tidak
sedarkan diri sambil berdiri. Tangannya akan diangkat
perlahan-lahan, di gerak, diputar dan kemudian dijatuhkan.
• Latihan gerak bersama- Merupakan gerakan serentak
mengikut ketua kelompok atau kumpulan.
• Latihan gerak mengalir: Sekumpulan/Sekelompok akan
bergandingan memegang tangan sama ada dalam bulatan
atau tidak. Mata di pejam dan gerakan mengikut rasa yang
dilakukan oleh ketua kelompok. Tangan jangan sampai
terlepas.
• Latihan peniruan gerak berdasarkan imaginasi dan
pengalaman: Ia meliputi gerak pelaku manusia dan bukan
manusia atau alam imaginasi. Latihan ini juga dikenali sebagai
observasi.
• Latihan ilusi dengan bercerita pengalaman.
• Latihan imaginasi lebih kepada membayangkan sesuatu
seperti benar-benar berlaku.

You might also like