Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

MPU3122 : HUBUNGAN ETNIK

ELYANA FARIDA ANAK JOSEPH


PISMP BAHASA IBAN JUN 2017
1. Sistem politik tradisional
2. Pembangunan dan permuafakatan politik
di :
a. Tanah Melayu
b. Sarawak
c. Sabah
Sistem politik tradisional
• Dalam menelusuri sejarah politik di Malaysia, pentadbiran Kesultanan
Melayu Melaka sering dijadikan titik permulaan dalam memahami
pentadbiran feudalisme di Tanah Melayu.

• Sultan Melaka yang memerintah dibantu oleh pembesar berempat,


iaitu Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Penghulu Bendahari.

• Kerajaan Melayu Melaka memiliki undang-undang kanun Melaka yang


membantu dalam memastikan keamanan pelabuhan Melaka dan
berjaya menjadi sebuah kerajaan termasyhur pada abad ke-15.
• Sistem politik tradisional tidak membenarkan persaingan kuasa secara
bebas.

• Sultan mempunyai kuasa mutlak dan kesetiaan rakyat dan kedaulatan


raja Melayu sentiasa dijunjung dan penderhakaan terhadap raja atau
sultan dianggap satu kesalahan besar.

• Kemasukan penjajah ke Tanah Melayu, terutama penjajah Inggeris


menghakiskan kuasa institusi kesultanan Melayu.
• Gullick (1978) menyatakan bahawa kuasa-kuasa sultan Melayu
menjadi lemah pada tahun 1870-an berikutan wujudnya campur
tangan pihak kolonial British dalam sistem pemerintahan di negeri-
negeri Melayu.

• Termeterainya Perjanjian Pangkor pada 1874 menandakan


bermulanya era campur tangan British dalam negeri- negeri Melayu
dengan pengenalan sistem residen.

• Sistem residen telah diperluas ke negeri-negeri Melayu yang


mempunyai kepentingan ekonomi kepada pihak British.
• Negeri-negeri yang kaya dengan bijih timah dan emas dipaksa
menerima residen atas dasar memberi nasihat pentadbiran kepada
Sultan.

• Sultan hanya mempunyai kuasa yang terhad, iaitu bertanggungjawab


terhadap soal kedudukan agama Islam dan hal ehwal berkaitan
dengan adat resam orang Melayu sahaja.

• Implikasinya kedudukan sultan dalam aspek pentadbiran terutama


melibatkan pungutan cukai semakin terhakis akibat daripada peranan
yang dimainkan oleh residen Inggeris.
• Usaha pihak British dalam menguasai negeri-negeri Melayu bermula
dengan menggabungkan negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan
Pahang dalam satu unit pentadbiran yang dikenali sebagai Negeri-
negeri Melayu Bersekutu (NNMB) pada 1896.

• Selepas itu, Inggeris berjaya memperoleh negeri-negeri Melayu yang


lain, iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu melalui Perjanjian
Bangkok pada tahun 1909 dan diletakkan dalam unit pentadbiran
yang dikenali sebagai Negeri- negeri Melayu Tidak Bersekutu
(NNMTB) bersama- sama dengan negeri Johor.
• Penguasaan kolonial British mencapai kemuncak apabila
memperkenalkan Malayan Union pada 1 April 1946 yang akhirnya
menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah negeri jajahan.

• Penubuhan Malayan Union membawa kepada penentangan orang


Melayu kerana kuasa sultan semakin dilenyapkan oleh pihak British.

• UMNO ditubuhkan dalam Kongres Melayu Se-Tanah Melayu di Kelab


Sultan Selangor, Kuala lumpur secara rasmi dalam persidangan pada
11 dan 12 Mei 1946 yang diterajui oleh Dato' Onn Jaafar sebagai
presiden pertama untuk menentang Malayan Union.
• Tentangan yang hebat oleh orang Melayu akhirnya Malayan Union
dimansuhkan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu pada
tahun 1948.

• Pada awal tahun 1950-an, parti UMNO telah menyaksikan satu


peristiwa penting dalam konteks permuafakatan politik negara.

• Pertama kali dalam sejarah, UMNO dan MCA telah bergabung dengan
mewujudkan parti Perikatan yang mengamalkan konsep perkongsian
kuasa atau pakatan politik walaupun memperjuangkan kepentingan
mengikut etnik.

• MCA dipimpin oleh Tan Cheng Lock sebagai presiden dibentuk pada
Februari 1949.
• Perkembangan seterusnya menyaksikan Malaysia mempunyai
pelbagai parti politik yang pada dasarnya mewakili pelbagai etnik.

• Faktor etnik merupakan elemen utama yang mempengaruhi


penubuhan parti politik dan perkembangan politik, terutama sebelum
dan pada awal kemerdekaan negara sama ada di Semenanjung Tanah
Melayu ataupun di Sabah dan Sarawak.

• Dasar dan tindakan politik menjadikan faktor etnik sebagai persoalan


penting bagi membendung konflik terbuka, sementara demokrasi
permuafakatan dianggap sebagai pendekatan terbaik.
• Permuafakatan berteraskan prinsip tolak ansur, tawar-menawar,
akomodasi dan konsensus dalam kalangan pelbagai parti politik yang
menyertai gabungan membolehkan parti-parti membentuk kerajaan
dan mengekalkan kuasa.

• Parti politik di Malaysia hakikatnya bergerak di atas landasan


perkauman.

• Asas kerjasama parti pemimpin politik pelbagai etnik adalah menjurus


kepada aspek permuafakatan sehingga boleh membentuk gabungan
politik. Gabungan berkenaan mencerminkan keinginan untuk
berkongsi kuasa kerana menyedari bahawa tidak mungkin bagi satu-
satu kaum mendominasi kuasa dan memerintah di negara ini.
• Perkongsian kuasa dapat memberi kepuasan kepada pelbagai etnik.

• Parti politik yang mewakili pelbagai etnik dapat bekerjasama untuk


menjalankan pentadbiran negara dan membawa pembangunan.

• Asas sistem politik Malaysia ialah permuafakatan, kerjasama dan tolak


ansur bagi memastikan wujudnya kestabilan.

• Konflik kepentingan kaum ditangani melalui permuafakatan dalam


kalangan pemimpin elit yang mewakili pelbagai etnik dalam gabungan
berkenaan.
• Pembinaan negara bangsa pula dapat dicapai melalui pelbagai
pendekatan, termasuk penerapan dasar awam yang digubal oleh
kerajaan dan pemupukan semangat nasionalisme melalui simbol dan
ritual negara seperti lagu kebangsaan, bendera kebangsaan dan
perayaan hari kemerdekaan.

• Usaha mewujudkan negara bangsa bukan suatu yang mudah kerana


terdapat pelbagai faktor perlu diambil kira. Antaranya merangkumi
aspek kesan penjajahan, kepelbagaian suku etnik, gabungan wilayah
dan gabungan kerajaan.
Pembangunan dan
permuafakatan politik di :
a.Tanah Melayu
b.Sarawak
c.Sabah
Tanah Melayu
Sarawak
Sabah
• Tiada etnik dominan di Sabah dari segi saiz penduduk.

• Kemunculan parti politik adalah reaksi kepada pembentukan


Malaysia.

• Pelbagai etnik di Sabah terpisah berdasarkan etnik dan agama iaitu


Islam dan bukan Islam.

• Parti-parti ini berusaha untuk mendapatkan sokongan daripada etnik


tertentu sama ada yang beragama Islam atau Kristian.
• Donald Stephan menubuhkan UNKO (1961) untuk menyatukan
masyarakat Kadazandusun dan bumiputera bukan Islam.

• Dato Mustapha Harun menubuhkan USNO (Disember 1961) untuk


menyatukan entik Bajau, Suluk dan lain-lain.

• Kaum Cina bernaung di bawah

You might also like