Proses Pembelajaran-Pengamatan

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 48

PSIKOLOGI

Proses Pembelajaran

Pengamatan
Definisi Pengamatan
“Pengamatan merupakan suatu proses individu
mentafsir kederiaan rangsangan dan memberi
makna kepadanya. Ia juga adalah kesedaran dan
reaksi seseorang individu terhadap rangsangan-
rangsangan, iaitu yang bersifat peribadi.
Pengamatan juga merupakan pola-pola yang
bermakna. Sebenarnya ia tidak berlaku secara
automatik tetapi mengambil masa yanglama, iaitu
melalui pentafsiran dan pemahaman yang teratur.”
(Mohd. Salleh Lebar, 1995)
Definisi Pengamatan

• satu proses untuk mengenal maklumat


daripada tindak balas pancaindera atau
mekanisme yang mentafsirkan sesuatu
pergerakan pancaindera dengan kuasa intelek.
(Janet W. Learner (1971) -“ Children With Learning
Disabilities”
Definisi Kamus Dewan (1998)

• Proses pengamatan bermula daripada rangsangan luar


yang dikesan oleh organ deria (mata, telinga, hidung,
lidah dan kulit)
• Rangsangan yang dikesan menghasilkan impuls yang
dihantar ke otak melalui sistem saraf yang
menghubungkan organ deria tertentu dengan otak
• Otak berusaha mentafsir maklumat yang diterima dan
berdasarkan pengalaman, menginterpretasi dan
membentuk gambaran, bayangan, makna atau konsep
rangsangan tersebut
Definisi Kamus Dewan (1998)

• Pengawasan atau penelitian


• Sama maksud dengan persepsi-gambaran atau
bayangan dalam hati atau fikiran (tentang
sesuatu), pandangan (menerusi pancaindera)
atau tanggapan.
Apakah Pengamatan?

• Pengamatan ialah kefahaman terhadap sesuatu


perkara atau situasi melalui pancaindera setelah
berlakunya proses dalam mental.
• Pengamatan berkait rapat dengan pemikiran
manusia.
• Pengamatan merupakan satu proses yang
menimbulkan makna kepada tugas-tugas panca
indera dengan pertolongan pengalaman-
pengalaman lalu.
Apakah Pengamatan?

• Satu kemahiran yang boleh berkembang dan


dipelajari.
• Ia berkait rapat dengan darjah kecerdasan
seseorang kanak-kanak, tetapi ia boleh diajar
kepada kanak-kanak lemah supaya dapat
membantu mereka dalam pembelajaran.
PROSES PENGAMATAN

PENTAFSIRAN
RANGSANGAN + KONSEP
PENGALAMAN
LAMPAU

lihat

dengar
hidu
rasa
sentuh
Proses pengamatan melalui organ
deria(mata)
Kilat

Guruh

hujan

Organ deria
Rangsangan Otak Konsep
(mata)
PROSES PENGAMATAN
• Pengamatan melibatkan proses otak menerima maklumat dari deria,
menyusun semula maklumat tersebut dan menterjemahkannya kepada
pengalaman yang bermakna.
• Pengamatan bukan sahaja melibatkan deria lihat, tetapi juga deria dengar,
rasa, bau, kinestetik dan perasaan.
• Ia juga menjangkaui penggunaan deria dan merupakan proses kognitif.
Cthnya dalam proses melihat, cahaya dari objek itu masuk ke dalam mata
dan imej objek itu terbentuk di retina. Ia menghasilkan impuls (dorongan/
gerak hati) yang dihantar ke otak melalui saraf optik. Otak mentafsir
impuls itu dan menginterpretasikannya mengikut sifat-sifat objek itu,
misalnya dari segi bentuk dan warna. Objek itu dikira telahpun “dilihat”.
Contoh ini memperlihatkan pertalian di antara fungsi mata dengan mental
(otak) yang memproses maklumat.
JENIS PENGAMATAN
• Proses pengamatan membolehkan kita memahami apa yang
sedang berlaku di persekitaran.
• Setiap orang yang menyaksikan perkara yang sama mungkin
memberi tafsiran yang berbeza. Dengan demikian setiap orang
berperilaku secara berbeza.
• Penglihatan tidak berlaku dalam mata. Mata hanyalah suatu alat
yang membantu proses penglihatan. Kebanyakan orang tersalah
anggap tentang pengamatan.
• Pengamatan kepada mereka hanya melibatkan ‘apa yang dapat
dilihat dengan mata’.
• Sedangkan sebenarnya pengamatan melibatkan keseluruhan
pancaindera manusia.
Tiga Jenis Pengamatan

• Pengamatan Auditori
• Pengamatan Visual
• Pengamatan Kinestetik-Tactile
PENGAMATAN: Penglihatan

Kelemahan Pengamatan Penglihatan


• Diskriminasi penglihatan
• Penerimaan penglihatan
• Perhubungan penglihatan
• Ingatan visual (visual memory)
Masalah penglihatan warna

• Kecacatan penglihatan warna selalunya berkait rapat dengan


masalah pada sel-sel penerima retina.
• Kebanyakan penghidap masalah penglihatan warna tidak
sedar masalah ini kerana beranggapan orang lain juga melihat
warna sama sepertinya.
• Oleh itu, ujian penglihatan warna perlu dijalankan bagi
mengenal pasti setiap individu yang mempunyai masalah
rabun atau buta warna.
• Masalah penglihatan warna selalunya adalah penyakit
keturunan yang tidak boleh diubati, tetapi ada penyakit-
penyakit tertentu yang menyebabkan berlakunya rabun warna
seperti kencing manis.
Masalah penglihatan warna

Ujian Buku ujian yang mengandungi angka


Ishihara simbol tertentu yang digabungkan
dalam warna-warna tertentu.
Ujian Ujian penyusunan yang menglibatkan
Farnworth warna tertentu mengikut urutan yang
D – 15 ditetapkan.
Ujian Ujian menamakan atau memadankan
Latern warna tertentu yang dilihat.
Ujian penglihatan
• Ujian penglihatan cahaya - dilakukan dengan
menggunakan lampu suluh kecil yang
digerakkan beberapa kali dari mata bayi ketika
berumur dua atau tiga bulan. Selalunya bayi
akan mengikut dengan gerakan kepala ke
mana arah lampu digerakkan
Ujian penglihatan
Menggunakan mainan yang sederhana besar

• dilakukan ketika bayi berumur tiga hingga


empat bulan. Letakkan alat mainan (seelok-
eloknya yang mengeluarkan bunyi) tersebut di
hadapan bayi, Bayi akan cuba mencapai alat
mainan tersebut.
Ujian penglihatan
Mengunakan gula-gula manik
- dilakukan semasa bayi berumur 6 - 7 bulan.
Letakkan gula-gula manik yang berwarna-
warni pada tapak tangan anda di hadapan
bayi. Sekiranya penglihatan bayi normal, ia
akan cuba mengutipnya dan dimasukkan ke
dalam mulut. Cuba dengan beberapa saiz
gula-gula yang berbeza.
Ujian penglihatan
Memadankan gambar-gambar yang serupa
– dilakukan dengan menggunakan dua set
gambar yang serupa. Selalunya boleh diuji
pada kanak-kanak berumur 2-3 tahun pada
jarak yang agak jauh di hadapannya. Jika anak
sudah mula bercakap, suruh dia sebutkan
objek yang ditunjukkan atau padankan gambar
yang tunjukkan.
PENGAMATAN :
Pendengaran
Kelemahan Pengamatan Pendengaran

• Diskriminasi pendengaran
• Penerimaan pendengaran (auditori reception)
• Perhubungan pendengaran (auditori
association)
• Rumusan / melengkap pendengaran
• Cantuman bunyi atau percantuman
pendengaran
• Ingatan pendengaran (auditori memory)
PENGAMATAN: Pendengaran
KURANG PENDENGARAN
Apakah dia kurang pendengaran?
• Pendengaran yang tidak jelas atau tidak dapat
mendengar dengan sepenuhnya disebabkan
kerosakan satu atau kedua belah telinga.
• Kurang pendengaran mungkin berlaku ke atas
kanak-kanak di dalam pelbagai situasi.
• Kadangkala kekurangan ini dapat dikesan oleh
ibu-bapa atau guru pendidik.
PENGAMATAN: Pendengaran
Apakah tahap-tahap dan jenis-jenis kurang
pendengaran?
• Terbahagi kepada 5 tahap keterukkan
(bergantung kepada ujian pendengaran);
– Gangguan pendengaran
– Hilang pendengaran yang sederhana
– Hilang pendengaran yang sederhana dan serius
– Hilang pendengaran yang serius
– Hampir pekak
PENGAMATAN: Pendengaran
Ada 3 jenis hilang pendengaran :

• Hilang pendengaran konduktif


• Hilang pendengaran sensorineural
• Hilang pendengaran kombinasi konduktif dan
sensorineural
PENGAMATAN: Pendengaran
Apakah sebab hilang pendengaran ?
• Sebab-sebab keturunan semasa kehamilan (gejala-gejala
yang telah dikenalpasti yang mempunyai kaitan dengan
kehilangan pendengaran adalah ‘Waardenburg s syndrome,
• Alport’s syndrome, Klippel-Feil syndrome, Usher’s
syndrome). Pesakit dilahirkan di
dalam keadaan ketiadaan saluran telinga.
• Sebab-sebab semasa kehamilan (insiden berlaku sebelum
dan semasa kelahiran) seperti jaundis yang teruk,
pramatang yang teruk dan terlalu kecil sewaktu dilahirkan.
PENGAMATAN: Pendengaran
Apakah sebab hilang pendengaran ?
• Jangkitan yang berlaku semasa kehamilan seperti campak,
jangkitan telinga tengah
• yang berulang kali dan jangkitan di otak.
• Kecederaan pada kepala
• Kesan ubat-ubatan terhadap pendengaran seperti
(kanamycin, gentamycin,
• streptomycin)
• Terdedah pada bunyi bising yang kuat dan berpanjangan
• Bocor/pecah pada gegendang telinga
PENGAMATAN: Pendengaran
Bilakah masanya hilang pendengaran patut disyaki?

• Tidak bertindak balas samada kepada bunyi perlahan atau pun


kuat
• Menunjukkan masalah perilaku yang berubah sebagai contoh:
tidak menurut perintah disebabkan tidak mendengar arahan
atau pun bebal, meragam dan kencing malam.
• Tidak dapat bertutur mengikut peringkat umur
• Gagal bertutur dengan normal
• Lembab dalam pembelajaran (tidak berupaya untuk belajar)
• Pencapaian yang tidak memuaskan
PENGAMATAN: Pendengaran
Bagaimanakah hilang pendengaran dirawat
• Semua kanak-kanak perlu menjalani ujian saringan pendengaran.
• Rawatan adalah bergantung kepada jenis, punca jangkitan dan
tahap hilang pendengaran. Rawatan secara perubatan atau
pembedahan.
• Pendekatan perubatan melibatkan:
– Sesi terapi pertuturan.
– Memakai alat bantuan pendengaran.
– Menggunakan bahasa isyarat bagi pekak yang kekal (yang tidak
dapat dirawat dengan
– cara perubatan atau pembedahan )
– Pendekatan pembedahan melibatkan:
• Implan Koklea (bagi mereka yang gagal bertindak balas
PENGAMATAN: Pendengaran
Bagaimanakah menolong memulihkan kanak-
kanak yang kurang pendengaran?
• Kanak-kanak ini perlu didaftarkan sebagai
kanak-kanak yang berkeperluan khas dengan
Jabatan Kebajikan dan Jabatan Pendidikan
untuk:-
– Sekolah Khas
– Penempatan persekolahan – kelas khas
– Terapi pertuturan dengan pakar pertuturan
PENGAMATAN: Pendengaran
Apakah yang dapat dilakukan bagi mengelak hilang
pendengaran
• Langkah pencegahan termasuk
– Memberi immunisasi bagi mengelak penyakit haemophilus
meningitis dan jangkitan campak.
– Melakukan saringan ujian pendengaran untuk semua kanak-kanak.
– Amalkan gaya hidup sihat bagi mengelak jangkitan telinga berulang.
– Lakukan pemeriksaan telinga secara berkala.
– Guna pencair kahak bagi batuk, selsema dan hidung berhingus
– Elakkan dari menggunakan putik kapas untuk mengeluarkan tahi
telinga.
Pengamatan : Taktil

Taktil bermaksud rabaan atau sentuhan.


Murid seperti ini penyerapan hasil pendidikannya
melaui alat sentuhan iaitu tangan atau kulit.

Contoh aktiviti disukai: mengatur ruang


pembelajaran, menentukan buah-buahan yang rusak
(busuk)
Taktil
• Belajar dengan cara menggerakkan, dan meraba.
• paling baik belajar melalui pendekatan dengan
sentuhan.
• Mereka mungkin dianggap hiperaktif,
• Dalam pembelajaran, mereka membaca sepintas lalu
untuk mengetahui isi kandungan sebelum duduk untuk
membacanya dengan lebih lanjut.
• Suka melakukan sesuatu dengan tangan mereka.
Characteristics of Tactile
• Remember what was done, not what was
seen or talked about.
• Don't hear things well.
• Touch and movement are important.
• Attack things physically (fight, hit, pound).
• Learn by imitation and practice.
• Touches things to get a sense of them.
• Likes to talk about feelings.
SIFAT PENGAMATAN

1. Pengamatan sering berubah-ubah bergantung


kepada perubahan keadaan sekitaran.
– Pengamatan berkadar terus dengan perubahan masa
(jam, hari, minggu, tahun dan abad). Apa yang dilihat
sekarang sebagai canggih, sepuluh tahun akan datang
mungkin sudah ketinggalan. Model-model kereta
Mercedes Benz pada masa ini contohnya, akan hanya
menjadi klasik pada seratus tahun akan datang (tahun
2103).
– Pengamatan tidak berubah dalam semua situasi (agama
dan nilai sejagat akan terus dipertahankan, walaupun
masa berubah).
2. Pengamatan bersifat personal

• Pengamatan memang bersifat personal, sesuai dengan


sifat ‘kelainan ragam’manusia itu sendiri ia sangat
mempengaruhi apa yang kita lihat. Apa yang A rasa
tentang makanan XYZ, mungkin tidak sama dengan B,
C, D, E, F dan sebagainya.
• Faktor personal adalah faktor psikologi seseorang yang
boleh mempengaruhi hasil daripada pengamatannya.
3. Pengamatan berkesinambungan
• Pengamatan bersambung-sambung dan ia
mengambil tempoh yang lama. Misalnya
pengamatan kita terhadap dadah boleh
diumpamakan sebagai ‘najis’. Maka sampai
bila pun, kita akan terus melabelkan (mental
set) dadah itu sebagai ‘najis’ yang jijik dan
menjijikkan.
4. Pengamatan amat selektif
• Manusia itu sendiri sifatnya memilih. Justeru,
pengamatan juga hanya memilih apa yang
dekat dan sesuai dengan kehendak kita.
Walaupun apa yang kita lihat itu merupakan
entiti penting dalam sesuatu komponen,
tetapi jika kita merasakan ia tidak bertepatan
dengan kita, maka kita akan menolaknya.
Jenis Organisasi Pengamatan

1. Persepsi Ruang
• Mengandungi ruang dua dimensi dan tiga
dimensi.
• Cth; gambar, gambarajah, imej, foto, lukisan
• Cth persepsi rangsangan tiga dimensi – benda
konkrit di persekitaran (sisi panjang, lebar dan
tinggi)
Jenis Organisasi Pengamatan
2. Persepsi gerakan
• Dihasilkan daripada rangsangan bergerak dibiaskan pada retina
melalui mata (burung berterbangan di langit, kereta bergerak di
jalan raya)
3. Persepsi masa
• Bersifat subjektif dan berbeza kerana individu, perkara masa
atau tempat yang berlainan
• Cth; situasi sibuk berkerja dan malas berkerja, sibuk menjawab
soalan dalam peperiksaan dan tidak tahu menjawab, seronok
atau bosan
• Wujud persepsi ‘masa berlalu cepat’, masa berlalu lambat
walaupun kadar masa adalah sama.
Jenis Organisasi Pengamatan

4. Persepsi Ilusi - merangkumi 3 kategori


• Bentuk imej dengan saiz yang berbeza

Ilusi Miller-Lyer
(Persepsi ilusi B > A, tetapi sebenarnya
B=A

Ilusi perbandingan saiz


(Persepsi ilusi P < Q, tetapi sebenarnya
P=Q
Jenis Organisasi Pengamatan

• Ilusi kerana kadar Iluminasi

Petak bahagian putih berwarna


kelabu, tetapi semua bahagian
putih mempunyai warna yang sama
Jenis Organisasi Pengamatan

• Ilusi Fenomena Fizik


FAKTOR MEMPENGARUHI RANGSANGAN
PENGAMATAN

• Keupayaan pengamatan sangat bergantung pada


faktor-faktor psikologi, biologi (yang berkaitan
dengan pancaindera dan keupayaan otak
memproses maklumat) dan sosiobudaya seseorang.
• Antara faktor penting ialah
– faktor Pembezaan (kontras)
o melibatkan apa jua yang dapat dibezakan secara kontras oleh
deria manusia.
o Benda yang besar lebih mudah dilihat berbanding yang kecil;
warna yang garang lebih menarik perhatian berbanding warna
yang lembut dan sebagainya
FAKTOR MEMPENGARUHI RANGSANGAN
PENGAMATAN

– faktor penumpuan
o Ada ahli-ahli psikologi yang menekankan bahawa selagi
tidak ada penumpuan, tidak akan
o terbentuk pengamatan. Semasa manusia membuat
pengamatan, manusia tidak melayan semua
rangsangan yang diterimanya tetapi hanya memilih
rangsangan yang tertentu sahaja. Dengan cara ini
barulah kita dapat membentuk pengamatan terhadap
rangsangan tersebut.
FAKTOR MEMPENGARUHI RANGSANGAN
PENGAMATAN

– faktor penumpuan
o Apabila kita memilih satu-satu rangsangan, bermakna
bahawa kita menumpukan perhatian kepada rangsangan
tersebut. Ini menunjukkan bahawa selepas ada penumpuan
barulah terbentuk pengamatan. Penumpuan berlaku apabila
pancaindera seseorang itu ditumpukan kepada sesuatu
rangsangan pada kadar masa yang membolehkan seseorang
itu mengetahui apakah objek atau benda yang
dipersepsikan. Tumpuan amat penting bagi orang yang baru
pertama kali menerima sesuatu rangsangan. Katakan
sebelum ini, ia tidak pernah melihat ‘basikal solar’ sudah
tentu masa yang lama amat diperlukan untuk membina dan
membentuk satu siri maklumat baru tentang ‘kereta solar’.
Cara Meningkatkan Kemahiran Pengamatan

1. Meningkatkan kepekaan murid terhadap pancaindera.


– Murid bekeperluan khas diberi rawatan
– Duduk di bahagian depan kelas
2. Beri peluang kepada murid menggunakan pancaindera sendiri.
– Menggunakan pelbagai BBB
3. Memeringkatkan isi pelajaran daripada mudah kepada susah,
dekat kepada jauh, tahu kepada belum tahu
4. Latih murid menumpukan perhatian terhadap rangsangan di
persekitaran
– Gunakan set induksi yang menarik, soalan yang mencabar
– Beri masa yang cukup bagi murid memerhati rangsangan
Cara Meningkatkan Kemahiran Pengamatan

5. Gunakan kaedah inkuiri penemuan supaya murid dapat


menggunakan organ deria untuk membuat
pengamatan
6. Mulakan pelajaran dengan memberi jangkaan kepada
murid untuk meningkatkan pengamatan secara spontan
7. Kaitkan pengalaman sedia ada dengan pelajaran baru –
selaras dengan prinsip pengalaman dalam proses
pengamatan
8. Gunakan ilustrasi dan demonstrasi berdasarkan prinsip
pengamatan

You might also like