Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 23

oleh:

NOR AZIZI BIN HJ. MOHD. ISA


Munsyi Dewan
BAHASA MELAYU PEMAHAMAN (KOD: 011/021/031)
BIL PERKARA FORMAT MULAI TAHUN 2016
Objektif
1 Jenis Instrumen Subjektif
Objektif Aneka Pilihan
2 Jenis Item Objektif Pelbagai Bentuk
Respons Terhad
Bahagian A - 20 soalan
3 Bil. / Bhgn. Soalan Bahagian B - 5 soalan
Bahagian A - 20 markah
4 Jumlah Markah Bahagian B - 30 markah
Jumlah: 50 markah
5 Tempoh Ujian 1 jam 15 minit
 Pengetahuan dan Kefahaman Sistem Bahasa
6 Konstruk  Kemahiran Aplikasi Maklumat
 Kemahiran Kreatif dan Apresiasi Bahasa
 Dikotomus
7 Kaedah Penskoran  Analitikal
AGIHAN SOALAN OBJEKTIF
(ARAS 5:3:2)

Rendah 10 soalan
Sederhana 6 soalan
Tinggi 4 soalan
Jumlah 20 soalan
NOR AZIZI BIN HJ. MOHD. ISA
(Munsyi Dewan)
“A”?
16 Soalan KE ATAS

MUDAH 20% - 4 soalan

SEDERHANA 30% - 6 soalan

SUKAR (KBAT) 50% - 10 soalan

NOR AZIZI BIN HJ. MOHD. ISA


(Munsyi Dewan)
STANDARD PEMBELAJARAN
BIL. SP KEMAHIRAN
1
Membaca sesuatu bahan yang mengandungi
1 2.3.1 jenis ayat dan ragam ayat secara mekanis.
1
Membaca pelbagai bahan yang mengandungi
2 2.3.2 ayat tunggal dan ayat majmuk dengan
pelbagai keterangan secara mekanis.

Membina dan menulis jawapan secara kritis


3 3.3.3 dan kreatif dengan betul.

NOR AZIZI BIN HJ. MOHD. ISA


(Munsyi Dewan)
Soalan 17
Soalan MUDAH (bonus - jawaban ada dalam petikan)

Soalan 18
Soalan KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS,
KREATIF dan INOVATIF.
Soalan 19
Pernyataan BETUL / SALAH / BUKAN / KECUALI
/ BENAR / TIDAK BENAR / MELAINKAN

Soalan 20
Soalan TAFSIR KATA (sinonim, antonim, maksud
frasa atau maksud peribahasa)
1. Soalan PETIKAN
2. EMPAT soalan (10 minit)
3. Objektif ANEKA PILIHAN
4. PELBAGAI PETIKAN
5. SATU PETIKAN PANJANG atau
DUA PETIKAN PENDEK atau
EMPAT PETIKAN PENDEK
yang BERBEZA FORMATNYA
NOR AZIZI BIN HJ. MOHD. ISA
(Munsyi Dewan)
PELBAGAI bahan rangsangan;
RENCANA CERITA AUTOBIORAFI
BIOGRAFI PUISI JADUAL PETA
IKLAN UCAPAN SURAT TIDAK RASMI
SURAT CATATAN TEMU RAMAH
RASMI
LAPORAN SYARAHAN DIALOG E-MEL
NOR AZIZI BIN HJ. MOHD. ISA
NOR AZIZI(Munsyi
BIN HJ. MOHD. ISA
Dewan)
(Munsyi Dewan)
LATIHAN SOALAN PETIKAN
LAPORAN BENGKEL MEMBACA KELAB PUSAT SUMBER
SEKOLAH KEBANGSAAN SEPANG PUTRA

Tiga puluh orang murid yang terdiri daripada anggota Kelab Pusat
Sumber Sekolah Kebangsaan Sepang Putra telah menyertai “Bengkel
Membaca” pada 30 September 2016 sehingga 03 Oktober 2016 di
Pusat Kegiatan Guru, Sungai Rawang.
Bengkel ini dianjurkan oleh Pusat Kegiatan Guru Zon Sungai
Rawang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid
teknik membaca yang berkesan. Justeru, program ini diharapkan dapat
meningkatkan minat membaca dan seterusnya menjadikan membaca
sebagai budaya dan amalan sepanjang hayat.
Pada hari perasmian, Tuan Pegawai Pendidikan Daerah telah
menyampaikan ucapan dan kemudian menarik tirai menandakan
perasmian telah disempurnakan. Sebelum itu, beliau dibawa melawat ke
tapak pameran dan menyaksikan aktiviti kumpulan yang dijalankan.
Peserta didedahkan dengan ceramah mengenai teknik membaca,
kemahiran mengesan dan kemahiran mengumpul maklumat. Mereka
juga didedahkan kepada kegiatan berkumpulan dan perbincangan
sesuatu isu dalam kumpulan serta melaporkan hasil perbincangan itu.

Kebanyakan murid yang dipilih ialah murid tahun empat dan tahun
lima yang diharapkan dapat mencapai keputusan cemerlang dalam
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang akan dihadapi oleh
nanti.

Disediakan oleh, 15 OKTOBER 2016

Norazizah binti Mohamad Yusof


Setiausaha
Kelab Pusat Sumber Sekolah

NOR AZIZI BIN HJ. MOHD. ISA


(Munsyi Dewan)
17 Siapakah yang menyertai
A murid-murid dari Sekolah
“Bengkel M e m b a c a”
Kebangsaan Sepang Putra
seperti yang dilaporkan?
B murid-murid dari Sekolah
Tiga puluh orang murid yang Kebangsaan Sungai Rawang
terdiri daripada anggota Kelab
P u s a t S u m b e r Sekolah C anggota Kelab Pusat Sumber
Kebangsaan Sepang Putra telah Sekolah Kebangsaan Sepang
Putra
menyertai “Bengkel Membaca”
pada 30 S e p t e m b e r 2016
D anggota Kelab Pusat Sumber
sehingga 03 O k t o b e r 2016 Sekolah Kebangsaan Sungai
di Pusat K e g i a t a n G u r u, Rawang
Sungai Rawang.
NOR AZIZI BIN HJ. MOHD. ISA
(Munsyi Dewan)
18 Berapa harikah “Bengkel Membaca” diadakan?

A 3 hari
B 4 hari
C 5 hari
D 6 hari

“Bengkel Membaca” pada 30 September 2016


sehingga 03 Oktober 2016 di Pusat Kegiatan
Guru, Sungai Rawang.
NOR AZIZI BIN HJ. MOHD. ISA
(Munsyi Dewan)
19 Pernyataan manakah yang benar tentang aktiviti yang
dijalankan semasa bengkel itu?

A teknik menjawab soalan peperiksaan yang betul


B ceramah tentang kebaikan aktiviti secara kumpulan
C kemahiran menulis laporan aktiviti bermaklumat bengkel
D kemahiran membaca, mengesan dan mengumpul maklumat

Peserta didedahkan dengan ceramah mengenai teknik membaca,


kemahiran mengesan dan kemahiran mengumpul maklumat.
Mereka juga didedahkan kepada kegiatan berkumpulan dan
perbincangan sesuatu isu dalam kumpulan serta melaporkan hasil
perbincangan itu.
NOR AZIZI BIN HJ. MOHD. ISA
(Munsyi Dewan)
20 Maksud didedahkan dalam petikan ialah ...

A ditunjukkan
B dimaklumkan
C diberitahukan
D diperkenalkan

Peserta didedahkan dengan beberapa ceramah


mengenai teknik membaca, kemahiran mengesan
dan mengumpul maklumat.
NOR AZIZI BIN HJ. MOHD. ISA
(Munsyi Dewan)
PETIKAN CONTOH 1
SATU Petikan PANJANG
SATU Petikan - EMPAT Soalan

NOR AZIZI BIN HJ. MOHD. ISA


(Munsyi Dewan)
* SATU PETIKAN PANJANG (SATU petikan EMPAT soalan)
Soalan 17 hingga Soalan 20 17 Penyajak kini ialah seorang
Baca puisi di bawah, kemudian jawab soalan yang berikutnya .
A pendidik.
B ahli politik.
16 Mei
C ahli perniagaan.
Setiap kali memancar cahaya D murid cemerlang.
Sering kali bayanganmu menjelma
Dengan lenggok gaya mesra 18 Karya puisi tersebut merupakan
Oh, segalanya bagaikan baru bermula! A kisah benar pertemuan antara pengarang
dengan tokoh pada setiap 16 Mei.
Sopan-santunmu B khayalan pengarang terhadap tokoh setiap
Lembut menutur bicara kali menjelangnya tarikh 16 Mei.
Mengajarku mengenal aksara C kenangan pengarang terhadap tokoh
Membilang satu, dua, tiga setiap kali menjelangnya tarikh 16 Mei.
Memimpinku ke puncak jaya.
D keinginan pengarang untuk menemui insan
Sabar cekalnya dikau yang disanjungnya setiap kali tarikh 16 Mei
Mengharung segala duka menjelang.
Di ceruk belantara penuh
Demi anak bangsa tercinta. 19 Pernyataan yang benar tentang “tokoh” ialah
A tokoh sudah tiada.
Aku kini menuruti jejak murnimu B tokoh sudah pencen.
Menyusuri cabaran di ceruk desa C tokoh masih bekerja.
Lalu kusedari hakikat baktimu D tokoh sudah bertukar ke sekolah lain.
Biarpun ganjarannya sekelumit cuma.
20 Perkataan sering kali dalam petikan di atas
Menjelangnya 16 Mei ini
membawa maksud
Kutitipkan rasa rindu diri
A sekali. C sekali-kali.
Menyambung warisan bakti suci
B setiap kali. D sekali-sekali.
Meskipun dikau telah bersemadi
NOR AZIZI BIN HJ. MOHD. ISA
Seribu tahun namamu abadi.
(Munsyi Dewan)
PETIKAN CONTOH 2
DUA Petikan PENDEK
(Berbeza Format)

SATU Petikan - DUA Soalan


NOR AZIZI BIN HJ. MOHD. ISA
(Munsyi Dewan)
* DUA PETIKAN PENDEK (SATU petikan DUA soalan)
Soalan 17 hingga Soalan 18
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Tanpa berfikir panjang, Yaakob segera melompat pagar buluh yang separas pinggangnya itu. Dia segera meluru ke arah kerbau jantan yang sedang naik angin
itu. Dia begitu nekad dengan tindakannya. Dia mesti menyelamatkan nyawa Pak Hamid. Pak Hamid kelihatan mengerang menahan kesakitan. Darah
membasahi pahanya. Dia tidak terdaya lagi untuk bangun menyelamatkan dirinya. "Aku perlu menarik perhatian Si Balau ini," bisik hati Yaakob.
Yaakob cuba mengacah-acah Si Balau dengan menggunakan ranting senduduk. Perbuatannya itu menyebabkan Si Balau mengalih pandangannya
kepada Yaakob. Kerbau jantan itu menundukkan kepala sambil menguis-nguiskan kakinya ke tanah untuk menyerang Yaakob pula. Namun begitu, Yaakob
yang sudah bersedia sempat mengelak daripada terkena tandukannya.
Tiba-tiba, kedengaran beberapa das tembakan. Kepala kerbau jantan yang terkena tembakan itu berlumuran darah lalu meronta-ronta dan akhirnya
tersungkur menyembah tanah. Tembakan daripada beberapa orang pasukan Rela tepat mengenai sasarannya. Yaakob dengan dibantu oleh orang-orang
kampung segera memberikan bantuan kepada Pak Hamid. Beberapa orang penduduk Kampung Permatang segera membawa Pak Hamid ke hospital untuk
mendapatkan rawatan memandangkan lukanya yang agak parah.
17 Siapakah Pak Hamid berdasarkan petikan di atas? 18 Perkataan meluru dalam petikan bermaksud …
A Ayah Yaakob A menerpa
B Jiran Yaakob B memburu
C Sahabat Yaakob C mengelak
D Ahli pasukan Rela D menghalau

Soalan 19 hingga Soalan 20


Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya.
Yang Berusaha Encik Adam bin Majid, Guru Besar, yang saya hormati guru-guru, serta rakan sekalian.Terima kasih atas kesudian hadir dalam Majlis Ramah
Mesra ini sempena pengambilan ahli kelab baru. Penubuhan kelab ini pada tahun 2016 adalah hasil usaha Cikgu Mahani dan Cikgu Kamarul.Mereka bercita-
cita tinggi untuk melahirkan remaja yang kreatif. Penubuhan kelab ini diharap dapat merapatkan remaja dengan kesenian warisan bangsa.
Kelab ini telah mengadakan mesyuaratnya yang pertama pada 5 Januari 2016. Dalam mesyuarat tersebut, anggota-anggota jawatankuasa telah dilantik.
Saya dan semua anggota jawatankuasa telah merangka beberapa kegiatan. Antara kegiatan termasuklah menganjurkan pameran kebudayaan bersempena
dengan Majlis Anugerah Cemerlang, pertunjukan kesenian sempena Hari Guru, Pesta Tanglung dan Malam Kebudayaan 2016.

19 Pada pendapat anda, apakah yang ditekankan dalam ucapan tersebut? 20 Yang berikut adalah kebaikan menyertai Kelab Kesenian, kecuali...
A Pentingnya disiplin anggota kelab A Dapat mengeratkan hubungan dalam kalangan murid
B Kegiatan yang akan dianjurkan oleh Kelab Kesenian B Meningkatkan kecergasan rohani dan jasmani
C Manfaat yang akan diperoleh oleh anggota Kelab Kesenian C Dapat mengharumkan nama sekolah
D Masalah yang mungkin dihadapi oleh anggota Kelab Kesenian D Memupuk semangat bersatu
PETIKAN CONTOH 3
EMPAT Petikan PENDEK
(Berbeza Format)

SATU Petikan - SATU Soalan


NOR AZIZI BIN HJ. MOHD. ISA
(Munsyi Dewan)
* EMPAT PETIKAN PENDEK (EMPAT petikan EMPAT soalan)
Soalan 17 hingga Soalan 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan yang berikutnya.

GOMBAK, 8 Februari - Dua orang kanak-kanak rentung manakala seorang lagi cedera parah dalam tragedi ngeri awal pagi kelmarin. Kejadian tersebut
berlaku di sebuah rumah papan di Kampung Batu Sembilan, Sungai Cincin, bersebelahan sebuah bengkel baik pulih kereta. Ketika itu, mangsa dikatakan
sedang tidur di dalam sebuah bilik yang terletak berhampiran dengan dapur.
Mangsa dikenali sebagai Salam dan Salim bin Budiman, 6 tahun, manakala Marina binti Mahmud, 18, melecur di seluruh tubuh dan diberitakan kritikal.

17 Salam dan Salim ialah pasangan __________.


A kembar Siam B sahabat setia C kaum keluarga D abang dan adik

18 Menurut Sejarah, Sultan Mansor Syah hendak menjalinkan hubungan dengan negara China. Oleh yang demikian, baginda menghantar Tun Perpatih Putih
sebagai utusannya dengan membawa sepucuk surat untuk Maharaja Yongle. Tun Perpatih Putih berjaya menarik hati Maharaja China dengan
kemasyhuran Kesultanan Melaka. Maharaja China menghadiahkan puterinya, Li Po untuk dijadikan isteri kepada Sultan Mansor Syah.

Bagaimanakah Sultan Mansor Syah menjalinkan hubungan dengan China?


A Dengan mengahwini Puteri Li Po B Melalui pengiring-pengiring Puteri Li Po
C Dengan kemasyhuran Kesultanan Melaka D Melalui sepucuk surat kepada Maharaja Yongle

19 Kakanda Saidi Nazman yang disayangi,


Apa khabar kakanda sekarang? Bagaimana dengan pengajian kakanda di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)? Adinda berharap semuanya berjalan
dengan baik dan lancar. Adinda, bonda dan ayahanda semuanya dalam keadaan sihat.
Tujuan adinda menulis surat ini adalah untuk bertanya khabar tentang kakanda. Selain itu, adinda juga ingin memaklumkan khabar tentang kejayaan
adinda dalam Pertandingan Pidato Diraja, Peringkat Daerah Kinta Utara yang telah adinda sertai. Pertandingan ini diadakan bersempena dengan Minggu
Bahasa Melayu. Pertandingan ini juga bertujuan untuk memilih wakil daerah ke peringkat negeri. Kini, adinda sibuk membuat latihan dan persiapan untuk
menghadapi pertandingan peringkat negeri yang akan dijalankan dua bulan dari sekarang.

Pilih pernyataan yang benar tentang petikan surat di atas.


A Penulis menghubungi abangnya melalui telefon bimbit. B Penulis sedang menuntut di UNIMAS.
C Penulis mewakili sekolah ke pertandingan pidato peringkat negeri. D Penulis akan menyertai pertandingan Pidato Diraja peringkat negeri.

20 Tanpa berfikir panjang, Yaakob segera melompat pagar buluh yang separas pinggangnya itu. Dia segera meluru ke arah kerbau jantan yang sedang naik
angin itu. Dia begitu nekad dengan tindakannya. Dia mesti menyelamatkan nyawa Pak Hamid. Pak Hamid kelihatan mengerang menahan kesakitan.
Darah membasahi pahanya. Dia tidak terdaya lagi untuk bangun menyelamatkan dirinya. "Aku perlu menarik perhatian Si Balau ini," bisik hati Yaakob.

Perkataan meluru dalam petikan bermaksud …


A menerpa B memburu C mengelak D menghalau
Soalan 17
Soalan MUDAH

Soalan 18
Soalan KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS,
KREATIF dan INOVATIF.
Soalan 19
Pernyataan BETUL / SALAH / BUKAN / KECUALI
/ TIDAK BENAR / MELAINKAN

Soalan 20
Soalan PERBENDAHARAAN KATA (sinonim, antonim,
maksud frasa atau maksud peribahasa)
TEKNIK JAWAB SOALAN PETIKAN
- Baca soalan dahulu
- Baca petikan dan fahami isi petikan
- Ingat fakta penting (watak / peristiwa
/ masa / kesan)
- Tandakan klu, baris demi baris
(garisi / bulati)
- Baca soalan dengan teliti
(hati-hati dengan soalan perangkap)
- PiIih jawaban yang terbaik.
- Tandakan jawaban
- Gunakan penunjuk ketika membaca.
(jari / pensel)
- Pilih jawaban yang menepati kehendak
soalan

- Pilih jawaban kosa kata berdasarkan


konteks dalam ayat

- Untuk isi tersirat, pilih jawaban yang


paling tepat dan logik
NOR AZIZI BIN HJ. MOHD. ISA
(Munsyi Dewan)

You might also like