Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

Reka Bentuk Pengajaran

• Menurut Dick dan Reiser (1988), reka bentuk pengajaran ialah satu
proses untuk mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai
pengajaran yang dilakukan sescara sistematik dan terancang.
• Reka bentuk pengajaran boleh dikaitkan dengan pembinaan
pengajaran.
• Konsep reka bentuk pengajaran ialah sebagai satu proses untuk
membina bahan pengajaran dan bahan multimedia.
• Richey (1986) telah menggariskan enam perkara asas dalam model
Reka Bentuk Pengajaran:
1. Menentukan keperluan murid
2. Menentukan matlamat dan objektif
3. Membina prosedur penilaian
4. Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian
5. Mencuba sistem pengajaran
6. Menilai keseluruhan sistem

• Model reka bentuk terbahagi kepada tiga kategori iaitu:


i. Model berorentasikan bilik darjah
ii. Model orentasi produk
iii. Model orentasi sistem
Model reka bentuk pengajaran berfokuskan produk membuat andaian
bahawa bahan sesuatu produk pengajaran sentiasa diperlukan, bahan
yang dihasilkan tidak memerlukan proses pengubahsuaian, produk
yang dihasilkan boleh digunakan oleh pelbagai pihak dan penekanan
diberikan kepada percubaan. Antara model reka bentuk produk ialah
VaPatten (1989), Lesih, Pollock dan Reigeluth (1990).
Model Addie
• Model ADDIE diasaskan oleh Rosset pada tahun 1987.
• Model ADDIE merupakan model reka bentuk yang berfungsi sebagai garis
panduan ke arah pembinaan perisian dan bahan pengajaran-pembelajaran
berdasarkan keperluan.
• Model ini merupakan antara model pengajaran yang sering menjadi asas
kepada model-model reka bentuk pengajaran yang lain.
• Model ADDIE merupakan proses generik yang perlu diubah suai sebelum
dapat digunakan.
• Tujuan model ini direka bentuk adalah untuk menghasilkan rancangan
pengajaran dan bahan pembelajaran agar penyampaian sesuatu
pengajaran itu akan menjadi lebih efektif dan efisien.
• Model Pengajaran ADDIE
mengandungi lima peringkat, iaitu
analisis (Analysis), reka bentuk
(Design), perkembangan (Develop),
pelaksanaan (Implementation) dan
penilaian (Evaluation).
• Satu ciri yang baik tentang model ini
ialah penambahbaikan yang
berterusan berasaskan maklum balas
pada peringkat proses pembentukan.
Hal ini dapat menjimatkan masa
memandangkan masalah dapat
diatasi sebaik sahaja dikenal pasti.
Analysis
• Analysis (Analisis) ialah fasa yang menyelesaikan dan mengenalpasti
masalah secara keseluruhannya.
• Masalah boleh dikenal pasti melalui temu bual, pemerhatian,
tinjauan, soal-selidik dan sebagainya.
• Setelah sesuatu masalah dapat dikenalpasti proses analisis akan
dilaksanakan bagi mencari apakah punca atau faktor yang berkaitan
atau yang menimbul masalah tersebut.
• Proses analisis ini melibatkan pelbagai aspek antaranya:
i. analisis terhadap pengguna,
ii. analisis terhadap persekitaraan pembelajaran,
iii. Kenal pasti matlamat pengajaran.
• Terdapat beberapa soalan yang boleh diajukan semasa proses analisis
iaitu :
a) Siapakah pengguna dan apakah sifat-sifatnya?
b) Menentukan sikap baru yang akan dipamerkan?
c) Apakah jenis halangan pembelajaran yang wujud?
d) Apakah pilihan bentuk penyampaian pembelajaran?
e) Apakah tempoh masa yang diperlukan untuk menyiapkan projek
tersebut?
• Kesemua analisis ini, dilakukan bagi memastikan reka bentuk
pengajaran bersistem yang dihasilkan menepati atau memenuhi
keperluan pengguna yang sebenarnya.
Fasa Reka bentuk (Design)
• Peringkat ini dilaksanakan selepas proses analisis keperluan
selesai. Ia menjelaskan pandangan keseluruhan mengenai rupa
bentuk, struktur, pendekatan teori, jenis media dan teknologi
yang akan digunakan. Antara lain ia juga melibatkan proses:

i. Pembentukan objektif yang khusus untuk pengajaran.


ii. Pembinaan item-item untuk ujian.
iii. Pemilihan strategi pengajaran.
• Fasa ini penting untuk merancang strategi dalam
membangunkan pengajaran serta menggariskan cara
bagaimana mencapai matlamat pengajaran.

• Terdapat beberapa soalan yang boleh diajukan semasa proses


reka bentuk iaitu :
a) Apakah objektif?
b) Bagaimanakan mengukur pencapaian objektif?
c) Apakah strategi pengajaran untuk mencapai objektif?
d) Apakah media dan kaedah yang paling berkesan?
Fasa Pembangunan (Development)
• Peringkat ini melibatkan membina sistem sebenar dengan
menggunakan semua elemen media dan teknologi yang
terpilih berdasarkan keperluan.
• Dibina berdasarkan fasa analisis dan reka bentuk. Tujuan fasa
ini ialah untuk menghasilkan rancangan pengajaran dan
bahan pembelajaran.
• Semasa fasa ini akan dibangunkan, langkah pengajaran
serta media yang bakal digunakan dalam pengajaran dan
dokumen lain yang diperlukan.
• Setiap perkembangan akan diuji agar ia konsisten dan dapat beroperasi dengan
berkesan. Hasil maklum balas daripada ujian dan percubaan ini akan digunakan
untuk menjadikan bahan program/projek lebih baik.
• Terdapat beberapa soalan yang boleh diajukan semasa proses perkembangan
iaitu :
Bahan
a) Apakah kandungan bahan media?
b) Bagaimanakan bentuk media?

Penilaian
a) Adakah menepati standard?
b) Adakah pembelajaran berlaku?
c) Bagaimanakan hendak menjadikannya lebih baik?
Fasa Pelaksanaan (Implementation)
 Fasa untuk menguji keberkesanan serta masalah-masalah yang
mungkin berlaku dalam fasa reka bentuk dan pembangunan.

Prosedur latihan terbentuk termasuk memahami :


• kurikulum
• hasil pembelajaran
• penggunaan media
• cara penyampaian
• proses penilaian bagi pengajar

Kesemua alatan hendaklah dipastikan boleh guna dan berfungsi.


Pelaksanaan (Implementation) dalam modul ini bertujuan untuk penambahbaikan bahan-bahan
modul yang disediakan setelah diukur, diuji dan dilaksanakan.

Persediaan tenaga pengajar dalam proses pengajaran


dan pembelajaran iaitu objektif, hasil pembelajaran,
kaedah penyampaian, aktiviti dan tugasan.

Persediaan dan latar belakang pelajar dengan bahan-bahan


pengajaran dan pembelajaran yang disediakan dalam modul ini
Elemen-elemen
yang merangkumi empat kemahiran iaitu kemahiran membaca,
yang diuji kemahiran menulis, kemahiran mendengar dan kemahiran
bertutur. Ia juga merangkumi pengetahuan pelajar dalam
menggunakan teknologi.

Keadaan persekitaran kelas yang merangkumi bilangan


pelajar, tahun pembelajaran, alat bantu mengajar,
kelengkapan perkakasan untuk aktiviti dan tugasan.
Perkara-perkara lain yang perlu diambil kira :
• pendaftaran pelajar
• penggunaan media
• penyediaan alat
• buku
• sumber lain yang sesuai
Fasa Penilaian (Evaluation)

Penilaian( Evaluation ) adalah satu tahap di mana bahan


yang telah disediakan diproses untuk mengukur dan
mendapatkan maklum balas pengguna modul terhadap
keseluruhan rangka kursus. Ia meliputi keempat-empat tahap
dalam model ADDIE iaitu analisis, reka bentuk,
pembangunan dan pelaksanaan.
 Untuk mendapatkan maklum balas pengguna terhadap
keseluruhan perisian dan mentaksirkan keberkesanan
keseluruhan pengajaran.
Penilaian
Formatif

Penilaian
Aktiviti Sumatif
dalam fasa
penilaian Refleksi
Kendiri

Maklum
balas kendiri
Penilaian

Formatif
- Dilaksana sepanjang semester untuk Sumatif
setiap tajuk modul. - berlaku pada hujung semesterang
merangkumi keseluruhan tajuk bagi
- Untuk mendapatkan keberkesanan memastikan modul tersebut berkesan.
reka bentuk dan pembangunan
modul. - melibatkan reka bentuk pengujian yang
spesifik sahaja yang memerlukan maklum
balas pengguna seperti isi kandungan,
strategi dan elemen multimedia melalui
kaedah temu bual, soal selidik, penyeliaan
dan pengujian.
• Kebolehan pelajar dalam menjawab dan
membuat latihan-latihan yang disediakan
Refleksi dalam proses reka bentuk modul.

Kendiri

• Melalui soal selidik, soal jawab secara


langsung atau tidak langsung yang
Maklum balas disediakan semasa reka bentuk dan
pembangunan modul dilakukan.
pelajar

You might also like