Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

PERLEMBAGAAN

MALAYSIA:
PENYERTAAN SABAH
DAN SARAWAK
Perkara 18 Sarawak dan Perkara 20 Sabah

Disediakan oleh: Mohd Fadhlie Hafiz Pensyarah: Encik Nor Anuwar Bin Hamat
Airie Jimson Anak Iha
Muhammad Zulhazmi bin Sharun
ISI KANDUNGAN
• Proses Pembentukan
Perlembagaan Malaysia: Kes
Sabah dan Sarawak
• Perkara 18 dan 20
• Integrasi etnik Sabah dan
Sarawak
Proses "Tanah Melayu sebagai sebuah negara sedar bahawa ia
Pembentukan laun ia patut mengadakan persefahaman dengan Britain
tidak dapat berdiri seorang diri dan berasingan. Lambat

Perlembagaan Sarawak dan Brunei. Adalah terlalu awal untuk saya


dan rakyat di wilayah-wilayah Singapura, Borneo Utara,

Malaysia: Kes menyatakan bagaimana persefahaman yang lebih rapat


Sabah dan patut melihat ke hadapan terhadap matlamat ini dan .....
ini dapat diusahakan, tetapi tidak dapat dielak lagi kita

Sarawak sebuah rancangan yang mana wilayahwilayah ini dapat


dibawakan dalam kerjasama politik dan ekonomi
- Tunku Abdul Rahman
27 Mei 1961, Hotel Adelphi, Singapura.
Sarawak
• Cadangan penubuhan Malaysia telah menjadi isu yang
diperkatakan oleh berbagai pertubuhan politik yang
sedia ada di Sarawak seperti Sarawak United People‟s
Party (SUPP) dan Parti Negara Sarawak (PANAS)
• PANAS misalnya merasakan bahawa gabungan dengan
Tanah Melayu merupakan perkembangan penting
kepada orang Melayu di Sarawak, namun menegaskan
bahawa wilayah-wilayah di Borneo adalah wajar untuk
bergabung sebagai satu entiti dan bukannya tiga entiti
yang terpisah dan konsep Malaysia boleh dilaksanakan
selepas wilayah-wilayah di Borneo mencapai kerajaan
sendiri serta membentuk Persekutuan Borneo.
• Meskipun demikian, PANAS dilihat lebih pro-Malaysia
berbanding menentang cadangan ini.
Sabah • Di North Borneo pula, antara suara yang paling lantang
menyuarakan pandangan mengenai Malaysia adalah Donald
Stephens.
• Beliau merasakan bahawa North Borneo masih tidak bersedia
untuk menyertai Malaysia dan menyertai Malaysia bermakna
menukar status North Borneo daripada sebagai „koloni British‟
kepada „koloni Tanah Melayu‟. Suara-suara negative mengenai
cadangan Malaysia terhasil kesan daripada sifat diversity atau
kepelbagaian di Borneo sama ada dari sudut politik, masyarakat
mahupun pembangunan ekonomi serta perbezaan-perbezaan
antara wilayah-wilayah berkaitan dengan Tanah Melayu dan
Singapura.
• Perbezaan serta sifat diversiti ini dibimbangi akan menyebabkan
wilayah-wilayah berkaitan hanya akan tenggelam, „dimakan‟
oleh Kuala Lumpur.
• Pemimpin North Borneo dan Sarawak merasakan gabungan yang
dilakukan perlu untuk menepati kehendak dan keperluan mereka
serta memastikan kepentingan North Borneo dan Sarawak tidak
diketepikan.
PERKARA 14: TEMPOH PERALIHAN
• Tempoh peralihan hendaklah diserahkan pada Negeri
Borneo Utara oleh Perlembagaan dan tidak sekadar
diamanahkan kepada Kerajaan Negeri oleh Kerajaan
Persekutuan.
PERKARA 15: PELAJARAN
• Sistem pendidikan yang ada di Borneo Utara sekarang
hendaklah dikekalkan dan diletakkan di bawah bidang
kuasa Kerajaan Negeri.
PERKARA 16: PERLINDUNGAN PERLEMBAGAAN
• Kerajaan Pusat tidak boleh membuat sebarang
pindaan, mengubahsuai atau menarik balik mana-
mana perlindungan khas yang telah diberikan kepada
Borneo Utara tanpa persetujuan Kerajaan Borneo
Utara. Kuasa meminda Perlembagaan Negeri Borneo
Utara adalah hak mutlak rakyat negeri itu.
PERKARA 17 : PERWAILAN DALAM PARLIMEN
PERSEKUTUAN
• Ini hendaklah mengambil kira bukan sahaja jumlah
penduduk Borneo Utara tetapi juga saiz dan potensinya
dan dalam apa keadaan pun tidak harus kurang daripada
Singapura.
PERKARA 18: GELARAN KETUA NEGARA
• Yang Di Pertua Negara
PERKARA 19 : NAMA NEGARA
• Sabah
PERKARA 20 : TANAH, HUTAN, KERAJAAN TEMPATAN
DAN LAIN-LAIN
• Peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung
dengan kuasa Majlis Tanah Negara tidak harus
merangkumi Borneo Utara. Majlis Kebangsaan bagi
Kerajaan Tempatan juga tidak harus merangkumi Borneo
Utara.
INTEGRASI
ETNIK
SABAH DAN
SARAWAK

You might also like