Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

TOKOH USAHAWAN MALAYSIA 2019

BIODATA
Nama sebenar beliau adalah Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman.
Beliau dilahirkan pada 03 April 1987 di Felda Kechau ,Kuala Lipis,
Pahang.
 Beliau merupakan pengasas kepada produk kosmetik, D’Herbs Healthy
Sdn. Bhd.
Beliau juga merupakan bapa kepada 3 orang anak serta suami kepada
Datin Nur Shahida Mohd Rashid.
 Selain itu, Dato’ Aliff Syukri juga merupakan anak kedua kepada
pengasas produk kosmetik Sendayu Tinggi, Rozita Ibrahim.
 Beliau mendapat gelaran Dato’ seawal usia 23 tahun.
ALAM PERSEKOLAH

Bermula di Teluk Gadong, Klang.


Dia kemudiannya dimasukkan ke sekolah pondok di Pasir Tumbuh, Kelantan bagi
mendalami ilmu agama pada usia 14 hingga 16 tahun.
 Selepas ibunya berjaya menjadi usahawan, beliau dimasukkan ke sekolah swasta
Integrasi As-Syakirin di Seksyen 13, Shah Alam.
Kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Taylor College tetapi kecundang ditengah
jalan.
15 tahun 13 tahun
Beliau mula berniaga sejak berusia tujuh tahun lagi sewaktu tinggal
bersama neneknya di Sabak Bernam, Selangor.
Semangat dan kecekalan untuk memperolehi duit saku bermula dengan
menjual jeruk mempelam dan jambu sejak disekolah lagi. Kesungguhan
beliau jelas dilihat apabila beliau sendiri memanjat pokok mempelam dan
pokok jambu bagi mendapatkan buah untuk dijadikan jeruk.
CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN BELIAU

1. Berwawasan (Perceptiveness)
2. Berpandangan Jauh (Foresight)
3. Mempunyai Inisiatif (Initiative)
4. Berkebolehan (Versatility)
5. Pembuat Keputusan (Decisive)
1. Berwawasan (Perceptiveness)
Ciri wawasan dapat dibuktikan apabila beliau meletakkan visi utama
D’Herbs adalah untuk menjadi sebuah syarikat single level yang
mengeluarkan produk kecantikan dan kesihatan dengan konsep terbuka
yang lebih mudah dan ringkas sekaligus mempunyai sistem yang terbaik
dari segi pengurusan, keberkesanan, kualiti serta harga berpatutan yang
mampu dimiliki.
Menjana idea pendapatan serta keuntungan bagi kedua – dua
pihak iaitu pengeluar dan peniaga dengan membantu mereka
menjana pendapatan yang lebih lumayan dengan menjual
produk daripada D'Herbs
Beliau juga menetapkan wawasan syarikat sejajar dengan
wawasan kerajaan dengan misi yang telah ditetapkan dalam
syarikatnya iaitu membantu golongan wanita dan lelaki yang
mengalami masalah kesihatan dalaman dan luaran.
2. Berpandangan Jauh (Foresight)
Pada awalnya, beliau bercita-cita untuk mencipta dan menjual produk
ciptaanya sendiri dan bukan hanya bergantung kepada produk lain
walaupun beliau tahu mencipta satu jenama baru bukanlah mudah.
Ramai yang menghadiri mensyuarat yang dianjurkan oleh beliau
semuanya berminat dan yakin akan kewibawaan beliau untuk mencipta
satu jenama tersendiri.
 Hasil daripada ciri yang berpandanganjauh yang ditonjolkan oleh beliau
maka terhasillah satu jenama produk yang kini mendapat sambutan yang
hangat di pasaran iaitu D’Herbs.
3. Mempunyai Inisiatif (Initiative)
Beliau seorang usahawan yang sentiasa mempunyai semangat
dalam melaksanakan sesuatu perkara seperti apabila beliau ingin
mendapatkan modal bagi mencipta produknya sendiri.
 Walaupun kertas kerja yang dibuat oleh beliau tidak diterima
dan diluluskan oleh pihak bank, itu tidak bererti beliau akan putus
asa dalam mendapatkan modal.
Dengan semangat inisiatif tinggi yang ada dalam dirinya,
beliau dapat meyakinkan rakan-rakan serta pelanggan dalam
memberikan beliau modal dalam perniagaannya.
Modal tersebut dijadikan pelaburan dan hasilnya, syarikat
D’Herbs sampai ketahap yang membanggakan pada hari ini.
4. Berkebolehan (Versatility)
Beliau mempromosikan produknya di pasaran dengan sendiri walaupun menerima
pelbagai kritikan dan pandangan buruk orang ramai terhadap cara mempromosikan
produknya tetapi tidak mematahkan semangatnya untuk terus mempromosi produk
tersebut.
Beliau juga mengatakan, seseorang usahawan perlulah berfikiran positif dan
menolak semua tanggapan negatif orang ramai.
 Ciri berkebolehan serta sikap optimistik terhadap perniagaan yang beliau jalankan
menyebabkan produk D’Herbs terkenal dengan tagline ‘terlajak laris’ dan sering
diperkatakan.
Produk D'Herbs juga telah berjaya diiklankan di majalah dan akhbar serta kaca
televisyen yang terlaris di Malaysia.
5. Pembuat Keputusan
(Decisive)
Dato’Aliff Syukri telah membuat keputusan ingin bernaung di bawah Label
Syarikat Sendirian Berhad pada tahun 2012. Hal ini demikian, Seseorang
usahawan perlu bijak membuat keputusan bagi memastikan masalah yang
timbul dapat diselesaikan.
Beliau telah mengembangkan perniagaannya dengan berpindah ke
bangunan 4 tingkat milik syarikat yang lebih strategik dan selesa
Dengan perpindahan ini, syarikat mampu menyakinkan semua stokis dan
pengedar untuk menjual dan memasarkan produk D’ herbs dengan lebih
meluas dan berkembang maju.
Dato’ Aliff Syukri juga telah membuka beberapa anak syarikat
iaitu Megah Perawan Sdn.Bhd yang menghasilkan dan menjual
produk kosmetik dan sedikit kelainan konsep di mana Megah
Perawan Sdn.Bhd hanya berurusan dengan seorang stokis
tunggal yang dilantik dan bertanggungjawab memasarkan di
seluruh Malaysia.
D’Herbs juga telah membuka sebuah syarikat yang dinamakan
Aliff Herbs Manufacturing Sdn.Bhd di mana syarikat ini khusus
untuk pengilangan produk kesihatan dan kecantikan seterusnya
membuka ruang kepada syarikat-syarikat lain yang berminat
untuk menghasilkan produk di bawah syarikat ini.

You might also like