Undang-Undang Tubuh Negeri Johor 1895

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

UNDANG-UNDANG TUBUH

NEGERI JOHOR 1895


AHLI KUMPULAN
AINUN SAADAH BINTI KAMARUZAMAN
NURUN SYAZWANI BINTI MD RADZI
LATAR BELAKANG PENUBUHAN UNDANG-UNDANG
NEGERI JOHOR 1895
• Digubal oleh Sultan Abu Bakar pada 14 April 1895.
• Dimasyurkan pada 14 September1895 oleh Sultan Ibrahim.
• Digubal bersama para pembesar Johor dengan tokoh utamanya yang terdiri
daripada Dato’ Seri Amar Diraja, Dato’ Abdul Rahman Andak dan Dato’ Jaafar
Muhammad.
• Dikarang oleh firma guaman iaitu Messrs Rodyk and Davidson dalam tulisan
Jawi.
• Undang-undang Tubuh Johor ini digubal berpandukan perlembagaan Barat.
• Johor merupakan negeri Pertama di Tanah Melayu yang memperkenalkan sistem
pemerintahan Raja Berperlembagaan melalui Undang-undang Tubuh Negeri
Johor
• Tujuan undang-undang ini diperkenalkan adalah untuk memodenkan dan
memantapkan sistem pentadbiran Johor supaya dapat menghalang British
daripada menguasai negeri tersebut.
KANDUNGAN UNDANG-UNDANG TUBUH
KERAJAAN JOHOR 1895
Peraturan dan
Perlantikan Sultan kewajipan Majlis Peruntukan berkaitan
dan bakal pengganti Mesyuarat Menteri- agama Islam
menteri dan Majlis
Mesyuarat Negeri

Asas hukuman Berkenaan perjanjian


undang-undang dengan negara-
dalam mahkamah negara asing
keadilan
Perlantikan Sultan dan bakal pengganti

Syarat kelayakkan untuk dilantik sebagai Sultan :

• Sultan hendaklah berbangsa Melayu


• Istilah raja dalam undang-undang • Mestilah lelaki
ini bermaksud Sultan Yang • Beragama Islam
Dipertuan Johor yang memerintah • Berketurunan pemerintah Johor
kerajaan negeri, segala jajahan • Jika tiada waris diserahkan kepada
dan daerah takluk. Majlis Mesyuarat Menteri-menteri dan
Majlis Mesyuarat Negeri untuk membuat
keputusan
PERANAN DAN BIDANG KUASA RAJA
1) Segala keputusan yang dibuat hendaklah secara bersama setelah
berbincang dan mendapat pandangan Ahli Mesyuarat Negeri.
2) Berperanan mengekang tindak-tanduk yang boleh menjejaskan kestabilan
politik dan pentadbiran negeri.
FASAL 15 : Raja menggalas sepenuhnya tanggungjawab dan amanah sebagai
pemerintah yang berperanan melindungi tanah, harta dan kepentingan rakyat.

3) Tindak-tanduk raja dikawal dalam beberapa perkara :


FASAL 25 :
Raja-raja Johor tidak dibenarkan
Raja juga tidak boleh mengurniakan
menggunakan perbelanjaan
pangkat atau darjah kebesaran
kewangan yang melebihi peruntukkan
tanpa sebab yang munasabah
yang ditetapkan berpatutan dengan
kedudukannya sebagai raja
Peraturan dan kewajipan Majlis Mesyuarat Menteri-menteri dan
Majlis Mesyuarat Negeri
Jemaah Menteri Majlis Mesyuarat Negeri
1. Jumlah Jemaah Menteri tidak kurang 8 orang 1. Dipengerusikan oleh Menteri Besar sebagai Yang
dan tidak lebih 12 orang Dipertua
2. Diketuai oleh Menteri Besar 2. Berfungsi membantu Raja dan Jemaah Menteri dalam
mentadbir negeri dan rakyat
3. Anggota Jemaah hendaklah berbangsa Melayu,
rakyat Johor dan beragama Islam
4. Mengangkat sumpah dan taat setia kepada
Raja dan Kerajaan.
5. Menteri Besar dilantik oleh Sultan manakala
Naik Menteri Besar dipilih oleh Jemaah Menteri
dengan perkenan Sultan.
6. Tugas Jemaah Menteri adalah menasihati Sultan
7. Jemaah Menteri wajib bersidang sebulan sekali
kecuali pada bulan Ramadhan.
Peruntukan berkaitan agama Islam

• Agama bagi negeri Johor adalah agama Islam.


• Agama lain boleh diamalkan dengan aman.
• Undang-undang ini berkuat kuasa ke atas seluruh lapisan masyarakat Johor.
• Kedudukan Islam diperkukuh dengan penubuhan Jabatan Agama.
• Peranan jabatan diperkukuh dengan mewujudkan pejabat Mufti dan Kadi
KADI BESAR :
PEJABAT MUFTI :
- Bertanggungjawab menjaga dan mentadbir hal
Bertanggungjawab mengeluarkan
yang berkaitan dengan agama di Johor dan
tauliah mengajar agama kepada
jajahan takluk untuk disampaikan kepada raja.
guru agama, mengeluarkan fatwa
- Berperanan membicara, mendakwa dan menghukum
dan memeriksa dan menilai orang
pesalah berdasar undang-undang jenayah yang
yang layak jadi kadi, naib kadi, guru
telah ditetapkan dalam perlembagaan negeri.
agama dan imam kampung
Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor telah mengalami empat kali
tambahan yang berlaku di sepanjang pemerintahan Sultan Ibrahim :

1. Perubahan pertama : 1 April 1908


2. Perubahan kedua : 17 September 1912
3. Perubahan ketiga : 12 Mei 1914
4. Perubahan keempat : 17 Julai 1918
KESIMPULAN
• Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 telah memainkan peranan yang
penting dalam kalangan masyarakat Melayu semasa menentang penubuhan
Malayan Union.
• Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor ini juga dijadikan sebagai model bagi
perlembagaan negeri-negeri Melayu yang lain dalam menjaga kedaulatan.
• Undang-undang ini juga digunapakai sebagai panduan dalam pembentukkan
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

You might also like