Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

TOKOH

NUSANTARA :
Pencatat Sejarah
Nusantara yang
pertama

RAJA ALI
HAJI
KARYA RAJA ALI HAJI
BIODATA TOKOH
• RAJA ALI HAJI bin Raja Ahmad
• dilahirkan dan dibesarkan di Pulau Penyengat, sebuah
pulau kecil di Riau
• pernah menjawat pelbagai jawatan penting dalam kerajaan
Riau-Johor.
• mempunyai pengetahuan yang luas tentang agama Islam
dan ilmu pentadbiran
• menjadi guru agama dan mengajar bahasa Arab.
• terdidik dengan ilmu bidang lain, dan telah menghasilkan
karya dalam pelbagai bidang, iaitu agama, bahasa, sastera,
sejarah, dan undang-undang.
• Dalam bidang bahasa, Raja Ali Haji telah menghasilkan dua
buah karya yang amat penting dalam perkembangan
bahasa Melayu, iaitu Kitab Bustanul-Katibin (1857)
dan Kitab Pengetahuan Bahasa (1859).
• Dalam bidang bahasa, Raja Ali Haji telah
menghasilkan dua buah karya yang amat
penting dalam perkembangan bahasa Melayu,
iaitu Kitab Bustanul-Katibin (1857) dan Kitab
Pengetahuan Bahasa (1859).
KARYA PERTAMA
• Buku tatabahasa bahasa Melayu karangannya yang
berjudul Bustanul-Katibina Lis Subyanil-
Mutaalamin diterjemahkan (secara harfiah) ke dalam bahasa
Melayu sebagai Kitab Perkebunan Jurutulis bagi Kanak-kanak
yang Hendak Menuntut Belajar Akan Dia, dan merupakan
buku pelajaran ejaan dan tatabahasa.
• dihasilkan dalam bentuk cap batu pada 20 Syaaban 1273H (15
April 1857) di Pulau Penyengat. terdiri daripada “mukadimah”
(pendahuluan), 31 fasal, dan “khatimah” (penutup).
• terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama ialah
penulisan tentang bahasa Melayu, sementara bahagian kedua
menghuraikan tatabahasa bahasa Arab.
• Pada umumnya buku ini merupakan buku tentang cara
menulis huruf Arab dalam bahasa Melayu dengan beberapa
penyesuaian istilah bahasa Arab.
SUMBANGAN
• Melalui kedua-dua buah karya itu, Raja Ali Haji telah
memulakan proses membina dan menjadikan bahasa Melayu-
Riau bahasa yang kukuh dan berupaya sebagai alat
pengungkapan ilmu pengetahuan.
• Raja Ali Haji memberikan sumbangan yang besar kepada
perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan
persuratan di Kepulauan Melayu.
• Dalam bidang sejarah, beliau dianggap sebagai “pencatat
sejarah Nusantara yang pertama” dengan buku Salasilah
Melayu dan Bugis dan Tuhfat al-Nafis, yang merupakan antara
sumber terpenting bagi sejarah Melayu.
• Buku Salasilah Melayu dan Bugis diterbitkan pada tahun 1911
di Singapura dalam bentuk litograf. Buku ini mengisahkan asal
usul keturunan raja-raja Bugis yang mengembara menuju ke
kerajaan Melayu seperti Johor, Lingga, dan Riau.
SUMBANGAN
• Buku sejarah yang lebih luas dan terperinci kandungannya
ialah Tuhfat al-Nafis yang mula ditulis pada tahun 1865.
• Kecintaan Raja Ali Haji terhadap kesusasteraan, khususnya
puisi terserlah melalui tulisan sejarahnya yang sering disulami
syair dan puisi, sehingga dalam Kitab Pengetahuan
Bahasa karangannya terdapat juga beberapa rangkap puisi.
• Kebanyakan karya sastera Raja Ali Haji terutamanya syair,
menghuraikan hal keagamaan, misalnya Syair Jatuhnya
Negeri Johor, Syair Gurindam Dua Belas, Syair Taman
Pertama, Syair Abdul Muluk, Syair Siti Sianah, dan Syair
Hukum Nikah.
• Di samping itu, Raja Ali Haji juga menghasilkan dua buah karya
undang-undang, iaitu Thamarat-al-Muhamed…ahli’l-
Mahkamah (1896) dan Mukaddimah fi Intizam al-Wazaif al-
Malik (1857).
SUMBANGAN DALAM BIDANG
PERKAMUSAN
• Kitab Pengetahuan Bahasa disusun pada tahun 1858 dan
dicetak di Singapura pada tahun 1929.
• Karya ini merupakan sebuah kamus; merupakan sejenis
ensiklopedia yang mengandungi pengetahuan umum,
pendapat dan pandangan pengarangnya tentang perkataan.
• Pengarang menyusun entri dengan tidak menurut susunan
abjad, sebaliknya menurut caranya tersendiri. Buku ini tidak
lengkap, dan berakhir setakat huruf ca ) ‫)چ‬sahaja.
• Sebanyak 32 halaman yang mengandungi huraian tentang
bahasa Arab yang diterapkan oleh pengarang ke dalam bahasa
Melayu.
• Walaupun terdapat beberapa kelemahan, terutamanya apabila
ditinjau dari kaca mata kini, buku ini tetap penting dan
merupakan usaha pertama orang Melayu dalam penyusunan
kamus
KESIMPULAN
Sesungguhnya, Raja Ali Haji merupakan tokoh
pengarang yang agung pada zaman pertengahan
abad ke-19. Dengan bakatnya yang besar dan
kecintaannya kepada ilmu, bahasa dan
persuratan, beliau muncul sebagai cendekiawan
Melayu yang serba boleh, yang telah
menghasilkan karya dalam pelbagai bidang.
Beliau dapat dianggap sebagai salah seorang
pemikir besar dalam dunia persuratan Melayu,
terutamanya dalam bidang agama, sejarah,
bahasa dan kesusasteraan.
RUJUKAN
http://klikweb.dbp.my/wordpress/?p=2262

Raja Masittah Raja Ariffin, “Raja Ali Haji


(1809-1870) dalam siri “Catatan
Dokumentasi”, Jurnal Dewan Bahasa, Jilid 24,
Bil. 1, 1990.

You might also like