Rumusan Kursus Permohonan Reman Dan Permohonan Pelbagai Kes Jenayah

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 34

KURSUS PERMOHONAN REMAN

DAN PERMOHONAN PELBAGAI


KES JENAYAH
ILKAP
21 - 22 JANUARI 2020
Dihadiri oleh:
Ahmad Saifullah Bin Ghazali
PERKARA YANG PERLU DIKEMUKAKAN
Seksyen 117(1) Kanun Tatacara Jenayah
(1) Whenever any person is arrested (laporan tangkapan) and
detained in custody and it appears that the investigation cannot be
completed within the period of (24) twenty-four hours (alasan-alasan
permohonan reman) fixed by Section 28 and there are grounds for
believing that the accusation or information is well founded (laporan
pengadu) the police officer making the investigation shall immediately
transmit to a Magistrate a copy of the entries in the diary (diari
siasatan) hereinafter prescribed relating to the case and shall at the
same time produce the accused before the Magistrate (pengemukaan
suspek).
2
KEPERLUAN REMAN / LANJUTAN REMAN

 Permohonan reman tidak semestinya dibenarkan.


Nabachandrar v. Manipur Administration AIR [1964] Man 39:
“There is impression among the police .... that the remand of an
arrested person should be done as a matter of course. The sooner
this impression is got rid of, the better it will be. I wish to impress on all
Magistrates as well as on the police that it is the duty of the police to
comply with the provision of S.167(1) of the CPC and that the
Magistrate should insist on such strict compliance and if the police
do not satisfy the Magistrate with the documents that the remand was
necessary for the purpose of investigation, the Magistrate may
release the accused.” 3
 Budi bicara untuk membenarkan permohonan reman perlu
dilaksanakan ‘judiciously’.

In Re The Detention of S. Sivarasa & Ors [1997] 1 CLJ 471:


“It will be noted that S.28 and 117 have been inserted into the CPC for
a good reason, so that the detention by the police of a person beyond
24 hours after his arrest is not as a result of an executive act but as a
result of a judicial decision in consonance with Art.5(4) of the Federal
Constitution.”

4
Perintah reman hanya boleh dibenarkan dalam keadaan:
(a) Siasatan tidak dapat dilengkapkan dalam tempoh 24 jam;
(b) Terdapat sebab munasabah untuk mempercayai bahawa dakwaan
atau maklumat tentang perlakuan jenayah adalah berasas;
(c) Salinan diari penyiasatan (ID) telah dikemukakan kepada Majistret;
(d) Terdapat sebab untuk menahan OYDS di dalam lokap sementara
pihak polis menjalankan siasatan
(Contoh: Terdapat sebab munasabah untuk OYDS melarikan diri,
memusnahkan bukti atau mengganggu saksi sekiranya tidak ditahan
reman)

5
FAKTOR-FAKTOR PERTIMBANGAN

(i) Diari penyiasatan (ID);


(ii) ‘Tujuan’ dan ‘alasan’ untuk reman;
(iii) Sambungan tempoh reman;
(iv) Tukar gari, ‘chain remand’ atau ‘road show’; dan
(v) Tahanan memerlukan perhatian istimewa.

6
Diari Penyiasatan (ID)

 Keperluan untuk Pegawai Penyiasat mengemukakan salinan ID


kepada Majistret semasa prosiding reman dinyatakan di dalam
Seksyen 117(1) Kanun Tatacara Jenayah. Keperluan menyediakan
ID dinyatakan di dalam Seksyen 119(1) Kanun Tatacara Jenayah.

 Mahkamah di dalam kes In Re The Detention of S. Sivarasa &


Ors. menekankan kepentingan ID dan memutuskan bahawa ID
adalah material yang penting untuk Majistret menentukan keperluan
perintah reman / lanjutan reman.
7
 Sekiranya ID gagal dikemukakan kepada Majistret semasa
prosiding reman, permohonan reman / lanjutan reman perlu ditolak.

In Re The Detention of S. Sivarasa & Ors. (Supra)


“There was thus in the instant case no copies of the entries in
the diary transmitted to the Magistrate, as it meant that the
Magistrate did not have the prescribed material, especially that
referred to in Section 119(1)(d), to act upon in her judicial enquiry
whether to order further remand. The Magistrate had no
jurisdiction to make the order of remand in question.”

8
 Majistret perlu dibekalkan dengan maklumat sepenuhnya sewaktu
permohonan reman dibuat.

Hashim Saud v. Yahaya Hashim [1977] 1 MLJ 259:


“….To enable the Magistrate to make the decision whether to detain or
not the police must supply the magistrate a copy of the investigation
diary; S.117(i) CPC. This copy of the investigation diary to be
transmitted to the Magistrate must contain all the particulars as required
under S.119 CPC, that is to say, the police must tell the Magistrate all
they know so far up to the time of application and not what they think
the Magistrate need only know….”
9
ID perlu menunjukkan:
(a) Masa arahan untuk menyiasat diterima; masa siasatan dimulakan
dan berakhir;
(b) Jika reman pertama, apa yang telah dilakukan sepanjang 24 jam
yang pertama;
(c) Jika sambung reman, tahap siasatan terkini, apakah siasatan yang
telah dijalankan dan akan dijalankan;
(d) Kewujudan saksi / bukti yang penting untuk siasatan dilengkapkan;
tempat yang dilawati dalam siasatan;
(e) Keperluan reman ke atas OYDS.
10
 Percanggahan di antara isi kandungan di dalam ID dengan
permohonan reman adalah antara asas penolakan permohonan
reman (Rujuk In Re Syed Mohammad Syed Isa & Ors. [2001]
1 LNS 248).
 OYDS / peguam tidak berhak untuk memeriksa ID (Seksyen
119(2) Kanun Tatacara Jenayah) tetapi berhak untuk
mengemukakan soalan kepada Majistret mengenai maklumat
yang terkandung di dalam ID. (Rujuk Lau Kong Peng & Ors v.
PP [1998] 4 CLJ Supp 156)

11
TUJUAN / ALASAN REMAN

Completion of investigation is
no ground for remand

12
In Re Syed Mohammad Syed Isa & Ors. [2001] 1 LNS 248
“….when hearing remand applications, Magistrates must consider not
only whether the accusation or information is shown to be well
founded, but also whether detention is necessary to ensure that the
arrested person does not interfere with the completion of the
investigation or abscond. As an example, if in making the remand
application the IO informs the magistrate, ‘kami perlukan masa
untuk jalankan siasatan’, this is not a valid reason under the law to
remand the arrested person. The Magistrate should dismiss the
application and release the person forthwith.”

13
 Antara ‘alasan’ reman yang biasa dimuatkan dalam permohonan
reman adalah:
(1) Menjalankan kawad cam;
(2) Merekod pernyataan saksi;
(3) Mengenal pasti barang kes;
(4) Membuat rakaman risikan (intelligent);
(5) Menunggu laporan cap jari;
(6) Mengemas kini kertas siasatan.
 Tidak semua ‘alasan’ reman yang dinyatakan dalam sesuatu
permohonan reman seperti contoh yang dikemukakan
memerlukan OYDS ditahan reman di lokap.
 Pegawai penyiasat tetap perlu menjalankan dan melengkapkan
14

siasatan sama ada OYDS berada di dalam reman atau


 Dalam kes In Re Syed Mohammad Syed Isa & Ors, ‘alasan’ yang
dikemukakan untuk penahanan reman adalah:
(1) “Siasatan tidak dapat diselesaikan dalam tempoh
24 jam”
(2) “Untuk mengkaji latar belakang saspek”
(3) “Mengesan rakan saspek dan barang kes”
(4) “Untuk menyiapkan kertas siasatan”
 Mahkamah merujuk kepada ‘alasan’ yang dikemukakan dan memutuskan
bahawa permohonan reman tidak sepatutnya dibenarkan oleh Majistret
kerana ‘alasan’ dalam nombor (1) hingga (4) bukanlah ‘alasan’ untuk
reman dan boleh dijalankan oleh pihak polis tanpa keperluan untuk
OYDS direman.
15
‘Alasan’ Untuk Reman
 Antara ‘alasan’ yang biasa dinyatakan di dalam permohonan
reman adalah:
a) “Kes yang serius”;
b) “Pegawai penyiasat sibuk dengan beban tugas lain”;
c) “Pegawai penyiasat sedang bercuti”;
d) “Menjalankan ujian saringan air kencing terhadap OYDS”;
e) “Untuk merujuk kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa
Raya”;
f) “Menunggu arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya”.
 Berdasarkan kes-kes yang telah diputuskan, ini bukanlah ‘alasan’
16

yang sepatutnya diterima oleh Majistret.


 Alasan yang diterima menurut undang-undang sebagai sebagai
‘alasan’ untuk reman adalah:
(i) Terdapat bukti mencukupi menunjukkan OYDS akan melarikan
diri;
(ii) Terdapat bukti mencukupi bahawa OYDS akan memusnahkan
atau menyembunyikan bahan bukti atau membantu saspek lain
yang masih belum ditangkap melarikan diri.

17
‘TUKAR GARI’, ‘CHAIN REMAND’
ATAU ‘ROAD SHOW’
 Biasa berlaku dalam kes jenayah yang mempunyai modus operandi
yang sama atau hampir sama seperti kes pecah rumah, curi
kenderaan bermotor, ragut dan samun berkumpulan / bersenjata).
 Dilakukan dalam kontinjen polis yang sama dan kadang kala
merentasi negeri.
 Adalah penting untuk mengelakkan perkara ini berleluasa kerana
ianya bertentangan dengan peruntukan undang-undang.
 Oleh itu, adalah penting untuk ID dikemukakan kepada Majistret
dan diteliti sebelum sebarang perintah dibuat (Sekyen 117(1) Kanun
Tatacara Jenayah) 18
TAHANAN MEMERLUKAN PERHATIAN
ISTIMEWA
Kanak-Kanak / Bawah Umur
 Memastikan umur sebenar tahanan kanak-kanak.
 Sekiranya seorang kanak-kanak, peruntukan Sekyen 87 Akta Kanak-Kanak
perlu dipatuhi di mana pihak yang menjalankan tangkapan hendaklah
dengan seberapa segera memaklumkannya kepada pegawai akhlak dan ibu
/ bapa / penjaga.
 Memastikan tahanan kanak-kanak tidak digari sepanjang prosiding reman.
 Memerintahkan supaya tahanan kanak-kanak ditahan di dalam sel khas /
berasingan daripada tahanan dewasa.

19
Wanita
 Ditahan di sel khas / berasingan daripada tahanan lelaki.
 Sekiranya ditahan bersama bayi, arahkan supaya perhatian khas dan
keperluan bayi disediakan. Alternatifnya, perintah bersesuaian untuk
permohonan reman dibuat setelah mengambil kira ‘tujuan’ dan
‘alasan’ permohonan.

Warganegara Asing / Imigran / Pelarian / Suaka


Politik
 Arahkan supaya pihak berkaitan seperti kedutaan dan UNHCR
dimaklumkan.
 Menangguhkan pendengaran permohonan reman
20 sementara
kehadiran jurubahasa.
Bermasalah Kesihatan
 Sekiranya memerlukan rawatan perubatan, perintah wajar diberikan
serta direkodkan.
 Ubat-ubatan (sekiranya diketahui jenis penyakit dan ubatan) perlu
diarah untuk disediakan. Sekiranya tidak, arahkan untuk
pemeriksaan perubatan dijalankan ke atas tahanan.
 Imbangi antara keperluan dan kehendak tahanan.
 Masalah / tahap kesihatan OYDS direkodkan dalam minit reman.

21
 Penagih Dadah
 Pesakit Mental
 Orang Kurang Upaya (OKU)
 Transeksual / Homoseksual

- Perintah tahanan reman di sel khas / berasingan daripada tahanan


biasa agar tidak dicederakan / mencederakan tahanan lain,
sekiranya perlu.
- Keperluan perubatan / rawatan doktor.
- Kehadiran jurubahasa isyarat / asing.
22
KATEGORI
TAHANAN REMAN
PENJARA

23
PERATURAN-PERATURAN PENJARA 2000
PU(A) 325/2000

34. Kategori banduan


(1) Dengan tujuan untuk memudahkan latihan banduan dan mengurangkan bahaya pencemaran,
banduan hendaklah dikategorikan, dengan mengambil kira umur, jantina, perwatakan, personaliti,
sejarah terdahulu mereka dan faktor-faktor lain yang ditentukan oleh Pegawai yang Menjaga,
mengikut peruntukan yang berikut:
(a) kategori yang disabitkan, yang hendaklah terdiri daripada semua banduan yang disabitkan dan
dihukum oleh mahkamah dan yang pada masa ini sedang menjalani hukuman di penjara;
(b) kategori yang belum disabitkan, yang hendaklah terdiri daripada semua penghutang, orang
yang ditahan reman atau yang menunggu perbicaraan, orang yang ditahan untuk jagaan
selamat atau kerana tiada penjamin, yang belum disabitkan;
(c) kategori banduan muda, yang hendaklah terdiri daripada semua banduan yang disabitkan di
bawah umur (21) dua puluh satu tahun; 24
(d) kategori pesalah kali pertama, yang hendaklah dibezakan daripada banduan
yang lain dengan memakai nombor penjara berwarna merah di kiri kemeja
mereka;
(e) kategori pengulang laku jenayah, yang hendaklah dibezakan daripada
banduan yang lain dengan memakai nombor penjara berwarna hitam di kiri
kemeja mereka; dan
(f) kategori banduan yang lari, yang hendaklah terdiri daripada semua banduan
yang pernah melarikan diri daripada penjara atau pihak berkuasa yang lain
yang pada masa ini sedang menjalani hukuman dan hendaklah dibezakan
daripada banduan yang lain, dengan memakai jalur tambahan yang berwarna
sebagaimana yang ditentukan oleh Komisioner Jeneral.
[(f) Pindaan Am. PU(A) 62/2016:Peraturan 2]

25
(2) Seseorang banduan boleh dikeluarkan daripada mana-mana kategori jika, pada pendapat
Pegawai yang Menjaga, dia tidak layak bercampur dengan banduan-banduan dalam kategori itu.
(3) Perkiraan hendaklah dibuat di mana banduan-banduan dalam setiap kategori hendaklah
diasingkan, setakat yang boleh, dan dibenarkan oleh keadaan, di kedua-dua tempat kerja dan
penempatan.
(4) Anggota Angkatan Tentera atau Pasukan Polis yang disabitkan kerana pelanggaran
perkhidmatan atau tatatertib polis sahaja setakat yang praktik dengan mengambil kira
penempatan penjara dan hal keadaan kes, hendaklah ditempatkan berasingan dan dibezakan
daripada banduan yang disabitkan dengan kesalahan-kesalahan bersifat tidak bermoral, tidak
jujur, memalukan atau jenayah.
(5) Perkiraan hendaklah dibuat di semua penjara tempatan untuk memperuntukkan, setakat yang
praktik, pengasingan yang berkesan pada setiap masa kelima-lima kategori banduan yang
disabitkan itu.
26
PERMOHONAN JAMINAN BAGI
TERTUDUH
 Rujuk seksyen 387 dan seksyen 388 KTJ berkenaan kes boleh
jamin(bailable) dan tidak boleh jamin (non-bailable)

 Terdapat juga kes yang tidak boleh dijamin langsung (unbailable) seperti
kes di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Senjata Api (Penalti
Lebih Berat) 1971

 Permohonan boleh dibuat kepada pihak polis atau mahkamah bergantung


kepada pada tahap mana saspek / tertuduh ditahan
27
 Jika dilihat peruntukan undang-undang seksyen 387 dan 388,
secara amnya seseorang itu hendaklah dilepaskan dengan
jaminan. S. 387 adalah bagi kes-kes dimana jaminan hendaklah
diberikan ‘as of right’.
 S. 388 adalah bagi kes-kes dimana Mahkamah mempunyai budi
bicara sama ada untuk membenarkan atau tidak.
 Tujuan jaminan adalah untuk memastikan kehadiran tertuduh di
mahkamah. …
 Tertuduh dikehendaki memasuki satu bon sama ada dengan
penjamin (sureties) atau tidak.
 Mahkamah boleh menetapkan jumlah bon yang munasabah bagi
memastikan kehadiran tertuduh.

28
 Praktis di mahkamah Malaysia – jumlah bon diberikan dengan cagaran.

 Mahkamah boleh memberikan syarat tambahan kepada jaminan tersebut.

 Mahkamah juga boleh menarik balik jaminan, menaikkan jumlah jaminan


atau merampas wang jaminan tersebut apabila berlaku perlanggaran
syarat jaminan.

 Perintah Mahkamah terhadap jaminan boleh dirayu ke Mahkamah Tinggi


(seksyen 394 KTJ)

29
MENGURUS DAN MEMPROSES
JAMIN DAN BON JAMIN
 Penjamin adalah seorang yang berusia 18 tahun ke atas

 Seorang Warganegara Malaysia

 Bukan seorang yang diisytiharkan bankrap

 Memberi jumlah jaminan yang mencukupi seperti yang telah ditetapkan oleh
Mahkamah
 Jumlah jamin hendaklah dikemukakan sama ada dalam bentuk Buku Simpanan
(tanpa Kad ATM), Geran Tanah dan Resit Simpanan Tetap (Fixed Deposit)

30
 Tertuduh dan penjamin hendaklah diterangkan syarat-
syarat jaminan dan faham tentang syarat jaminan.

 Pihak-pihak hendaklah menandatangani bon jaminan di


hadapan Pendaftar / Majistret / Hakim.

 Penjamin dan tertuduh hendaklah memberikan alamat


tetap mereka beserta dengan nombor telefon.

31
PERMOHONAN PELUCUTHAKKAN BON
 Apabila berlaku perlanggaran bon, bon boleh dilucuthak dan penalty hendaklah
dibayar

 Rujuk seksyen 404 KTJ bagi proses pelucuhakkan bon dan pembayaran penalty

 Misalan – apabila tertuduh gagal menghadirkan diri, mahkamah boleh membuat


perintah agar bon dilucuthakkan

 Notis kepada penjamin diberikan untuk menunjuk sebab mengapa penalty tidak
perlu dibayar

32
 Notis tersebut hendaklah diserahkan kepada penjamin di dalam mahkamah jika penjamin hadir.

 Notis boleh diserahkan oleh polis atau orang lain (s.34 (2) KTJ).

 Notis juga boleh diserahkan melalui kediri, orang dewasa yang ada dipremis tersebut atau melalui
tampalan (rujuk seksyen 34 -36 KTJ).

 Setelah afidavit atau ID polis dimasukkan tentang penyerahan notis tersebut dan penjamin tidak hadir,
wang tersebut hendaklah diperintahkan dibayar kepada Kerajaan Malaysia.

 Ia boleh dilakukan dengan menulis surat kepada bank dimana cagaran dimasukkan.

33
PERMOHONAN PELUCUTHAKKAN BON
 Jika penjamin hadir prosiding tunjuk sebab perlu
dijalankan.
 Mesti buktikan bahawa:
 Bon telah dimasuki oleh penjamin;
 Tertuduh gagal hadir ke mahkamah.
 Jika penjamin gagal tunjukkan alasan yang
mencukupi, (sufficient cause) Mahkamah akan
arahkan jumlah penalti dibayar.
 Jumlah penalti adalah budi bicara Mahkamah.

34

You might also like