Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

BAB 5 :

PERMUAFAKATAN
POLITIK DALAM
KONTEKS HUBUNGAN
ETNIK
DI MALAYSIA
HASIL
PEMBELAJARAN:
Selepas mempelajari bab ini, pelajar
dapat:
1.Mengetahui perkembangan parti
politik di Malaysia.

2. Menghuraikan usaha yang diambil


untuk mengukuhkan kesepaduan
sosial melalui politik.

3. Mengenal pasti cabaran yang


PEMBANGUNAN
POLITIK
• Pembinaan negara bangsa merupakan
matlamat utama pembangunan politik

• Pembinaan negara bangsa dapat dicapai


melalui pelbagai pendekatan

• Penerapan dasar awam yang digubal oleh


kerajaan dan pemupukan semangat
nasionalisme

• Usaha mewujudkan negara bangsa bukan


PEMUPUKAN HUBUNGAN
ETNIK SECARA FORMAL
DALAM POLITIK
• Semasa pelaksanaan Malayan Union pada tahun
1946, secara tersirat memperlihatkan pihak
British ingin memperkenalkan corak
pemerintahan unitary yang berasaskan
penguasaan majoriti oleh pihak British dan rakyat
pula ditadbir sebagai satu bangsa.

• Sejak menjelang kemerdekaan lagi, Parti


Perikatan mengamalkan konsep perkongsian
kuasa atau pakatan politik.

• Pada tahun 1960-an, satu lagi parti berbilang


etnik yang wujud ialah National Convention Party
PEMUPUKAN HUBUNGAN
ETNIK SECARA FORMAL
DALAM POLITIK (SAMB)
• Pada tahun 1972, Perikatan telah bertambah
besar dengan penyertaan Parti Islam Se-Malaysia
(PAS) dan Gerakan dari Semenanjung dan parti
politik lain dari Sabah dan Sarawak.

• Pengabungan ini bagi kestabilan politik bagi


mengelak tragedi 13 mei berulang kembali.

• Pada Julai 1963, Perjanjian Malaysia


ditandatangani sebagai tanda persetujuan
antara pemimpin Persekutuan Tanah Melayu,
Sabah, Sarawak dan Singapura.
DEMOGRAFI DAN
POLITIK
 Bilangan pengundi merupakan faktor
penting dalam politik dan pilihan raya.

“ Peranan dan kedudukan etnik Melayu dalam


politik negara adalah jelas. Di Semenanjung,
Sabah dan Sarawak, etnik Melayu atau
Bumiputera mempunyai 125 kerusi, iaitu etnik
Melayu merupakan pengundi majoriti di kawasan
parlimen berkenaan. Di Sabah dan Sarawak pula
terdapat 31 kerusi majoriti peribumi. Secara
keseluruhan, kerusi Melayu atau bumiputera
dalam politik negara adalah 156 atau bersamaan
71.2 peratus kerusi”

 (Analisa Pilihan raya 1995, 1999 dan


DEMOGRAFI DAN
POLITIK (SAMB)
• Kejayaan BN di Semenanjung, Sabah dan
Sarawak untuk terus mengekalkan kuasa
membuktikan kejayaan konsep dan
amalan pakatan serta kerjasama politik
antara pelbagai etnik.

• Formula perkongsian kuasa membolehkan


pemimpin yang mewakili pelbagai etnik
bekerjasama menentukan dasar dan hala
tuju dan masa depan negara.
PAKATAN POLITIK DI
SABAH DAN SARAWAK
• Di Sabah dan Sarawak terdapat banyak parti
politik yang mewakili etnik masing-masing,
terutamanya menjelang pembentukan
Persekutuan Malaysia.

• Politik Sabah dan Sarawak lebih kompleks


daripada di Semenanjung.

• Gabungan sedemikian penting untuk menjamin


kestabilan dan memastikan suara semua etnik
diwakili.
PAKATAN POLITIK DI
SABAH
• Di Sabah, tidak terdapat kelompok dominan dari
segi saiz penduduk.

• Perkembangan politik di Sabah dan Sarawak


memperlihatkan pola yang hampir sama.

• Dengan mengambil ilham daripada model


kerjasama UMNO-MCA-MIC, UNKO, USNO dan
SCA di Sabah bergabung untuk menubuhkan
parti Perikatan.

• Selepas pilihan raya negeri 1967, Perikatan


Sabah terdiri daripada USNO dan SCA setelah
UPKO dibubarkan dan majoriti ahlinya menyertai
USNO.
PAKATAN POLITIK DI
SABAH (SAMB)
• Parti Berjaya yang memerintah Sabah dari tahun
1976 sehingga tahun 1985 merupakan sebuah
parti berbilang etnik dianggotai oleh bumiputera
Islam dan bukan Islam yang ditubuhkan pada
Julai 1975 meskipun pucuk pimpinannya
dimonopoli oleh bumiputera Islam.

• Ketika Sabah berada dalam genggaman PBS,


krisis dan ketegangan berlaku antara kerajaan
negeri dengan kerajaan pusat.

• Parti Bersatu Sabah yang merupakan sebuah


parti pelbagai etnik dimonopoli bumiputera
bukan Islam dari segi kepemimpinan.
PAKATAN POLITIK DI SABAH
(SAMB)

Kejatuhan PBS membawa perubahan besar


seperti berikut dalam politik di Sabah:


1.UMNO berjanji sekiranya parti tersebut
berjaya merampas pemerintahan negeri,
jawatan Ketua Menteri akan mengikut
giliran

2. UMNO berjaya menyatukan pelbagai


etnik

3. Lahirkan beberapa buah parti baharu


PAKATAN POLITIK DI
SERAWAK
• Di Sarawak, komposisi penduduk turut
memperlihatkan wujudnya pluraliti, malah lebih
kompleks daripada di Semenanjung dengan
jumlah sekitar 30 suku kaumnya.

• Di Sarawak, pelbagai parti politik ditubuhkan


menjelang penubuhan Persekutuan Malaysia
pada tahun 1963.

• Kewujudan SUPP menjadi inspirasi kepada etnik


bumiputera untuk turut menubuhkan parti
masing-masing yang dapat memperjuangkan
kepentingan, kebajikan dan aspirasi bumiputera.

• Cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia


turut menggerakkan penubuhan beberapa parti
etnik
PAKATAN POLITIK DI
SERAWAK
• Dalam konteks etnik Cina pula, SUPP telah
diundang menyertai kerajaan campuran BN
selepas pilihan raya umum pada tahun 1969
hingga tahun 1971.

• Selama lebih 30 tahun selepas penubuhan Parti


Bumiputera, kemunculan beberapa parti baharu
Melayu dan Melanau tidak berjaya menggugat
kedudukan politik Melayu dan Melanau.

• Sebelum tahun 1963, etnik Dayak sering


berpecah antara SNAP dan Pesaka sebelum
penubuhan Malaysia, namun kini etnik terbabit
menyertai semua parti politik, sama ada BN atau
parti pembangkang.

• Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan SNAP mengalami


TSUNAMI POLITIK: POLITIK
PERKAUMAN
SEMAKIN MENGENDUR
• Pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008
disertai lebih daripada 20 parti politik yang
menyaksikan BN gagal mengekalkan majoriti
dua pertiga di Dewan Rakyat.

• Dalam pilihan raya tahun 2008, BN hanya


menguasai 140 atau memperoleh 63 peratus
kerusi termasuk lapan kerusi dimenangi tanpa
dicabar, manakala pembangkang memenangi 82
kerusi bersamaan 37 peratus daripada 222
kerusi Parlimen yang dipertandingkan.

• Dalam pilihan raya 2004, BN memperoleh 24


daripada 25 kerusi manakala di Sarawak 27
daripada 28 kerusi.
PERUBAHAN TREND DAN
CORAK PENGUNDIAN
• Keputusan pilihan raya 2008
memperlihatkan trend dan corak
pengundian yang berbeza daripada
pilihan raya sebelumnya, iaitu BN
menguasai majoriti kerusi tanpa banyak
cabaran, kecuali bagi pilihan raya 1969.

• Terdapat pemimpin dan parti politik yang


memanipulasi isu perkauman untuk
meraih undi kerana strategi sedemikian
mudah memancing emosi pengundi kaum
terbabit, apatah lagi jika yang disentuh itu
PERUBAHAN TREND DAN
CORAK PENGUNDIAN
(SAMB)
•Pengundi lebih berminat dengan isu yang
lebih besar dan utama membabitkan tadbir
urus yang baik, ketelusan, akauntabiliti,
kebebasan bersuara, keadilan dan
seumpamanya

Perubahan
• tersebut sedikit sebanyak
menggambarkan perubahan dari segi
kematangan demokrasi dan berpolitik dalam
kalangan rakyat
MASYARAKAT PELBAGAI
ETNIK BERALIH ANGIN
• Dalam pilihan raya 2008, di luar daripada
jangkaan ramai, rakyat lebih memihak kepada
pembangkang dan menolak BN yang disifatkan
sebagai tsunami politik.

• Untuk pertama kali BN kehilangan sokongan


masyarakat pelbagai kaum.

• Persaingan sengit begitu ketara bagi kawasan


bercampur, yang satu-satu etnik bukan majoriti
menyaksikan calon BN mengalami kekalahan
sedangkan sebelumnya kawasan sedemikian
merupakan kubu kuat BN.
KESIMPULAN
• Pengalaman lalu membuktikan bahawa negara kita
berjaya mengukir kejayaan dalam pelbagai bidang
dan mencapai perpaduan kerana rakyat pelbagai
kaum bersedia untuk menjalin kerjasama,
berkongsi kuasa dan permuafakatan dari segi
politik.

• Parti politik yang mewakili pelbagai kaum


membentuk kesepakatan, baik di pihak parti
kerajaan mahupun pembangkang.

• Prinsip perkongsian kuasa dan permuafakatan serta


akomodasi antara kaum dan pelbagai parti politik
merupakan tonggak keutuhan dan survival negara
ini.

You might also like