Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

Konsep Rukun Negara

Rukun negara menggariskan 5 prinsip yang lahir


daripada aspirasi masyarakat dan negara
Malaysia, dibentuk mengikut acuan Malaysia
dan dimiliki bersama-sama oleh rakyat Malaysia
yang berbilang kaum dan agama
 
IDEOLOGI, WAWASAN DAN DASAR
PEMBANGUNAN
RUKUN NEGARA
• Pengubalan Rukun Negara pada 1970 adalah
bersandarkan kepada keperluan menimbulkan semangat
dan identiti yang sama bagi semua rakyat Malaysia.
Digubal selepas berlaku peristiwa rusuhan kaum 13
Mei 1969
Hasil perbincangan yang diadakan oleh Majlis
Perundingan Negara (MPN)
Diistiharkan Yang Dipertuan Agong pada 31 Ogos
1970
• Konsep Rukun Negara
Rukun negara menggariskan 5 prinsip yang lahir daripada
aspirasi masyarakat dan negara Malaysia, dibentuk
mengikut acuan Malaysia dan dimiliki bersama-sama oleh
rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama
 
Bagaimana Rukun Negara dapat mengeratkan perpaduan
rakyat Malaysia.
• Fikiran yang sama + Perasaan yang sama +Nilai-nilai
yang sama = MENGERATKAN PERPADUAN RAKYAT
Objektif dan Matlamat Rukun Negara
• Untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan
seluruh masyarakat
• Untuk memelihara cara hidup demokratik
• Untuk mencipta satu masyarakat yang adil supaya
kemakmuran negara dapat dinikmati secara adil dan saksama
• Untuk membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi
kebudayaan yang kaya dan pelbagai corak
• untuk membina sebuah masyarakat progresif dengan
menggunakan sains dan teknologi moden
•  
PRINSIP RUKUN NEGRA
Kepercayaan kepada Tuhan
• Kepentingan:
• Sebagai unsur penting dlm membentuk rohani masyarakat dan asas membina
keharmonian dan perpaduan
• Perlembagaan Malaysia menetapkan bahawa Islam adalah agama rasmi
Persekutuan dan kepercayaan atau agama lain boleh diamalkan dengan bebas
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
• Kepentingan:
• Mampu membentuk satu bangsa Malaysia yang patriotik dan bersatu padu
kerana Raja adalah "payung negara" yang menaungi seluruh rakyat di negara
ini.
• Negara kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan Raja
berperlembagaan
Keluhuran Perlembagaan
• Kepentingan:
• sebagai asas penting untuk menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan,
dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan
Negeri
• Keluhuran perlembagaan Malaysia terletak pada kedudukannya sebagai
undang-undang tertinggi yang menjadi punca kepada semua undang-
undang
•  
Kedaulatan Undang-undang
• Kepentingan:
•  Setiap rakyat adalah sama tarafnya disisi undang-undang negara tanpa
sebarang diskriminasi kaum, gender mahupun kedudukan (status sosial)
• Setiap negara mempunyai undang-undang untuk mengawal dan
mewujudkan satu masyarakat yang aman, tenteram, stabil dan makmur.
Kesopanan dan Kesusilaan
• Kepentingan:
• Menjadi panduan kepada seluruh anggota masyarakat
supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan
berkembang sesuai dengan kemajuan dan
pembangunan tamadun negara yang berasaskan
keperibadian bangsa dan nilai murni
• setiap warganegara perlu menghormati orang lain
dengan mengawal diri daripada membangkitkan
persoalan sensitif kepada sesuatu kaum berkaitan
kewarganegaraannya, asal keturunannya, bahasa,
kebudayaan serta kepercayaan dan agama yang
dianutinya.
• Bagaimana anda dapat memanifestasikan prinsip kedua Rukun Negara, iaitu
kesetiaan kepada Raja dan Negara dalam kehidupan anda.

• Kita hendaklah Mengutamakan kepentingan Negara berbanding


kepentingan peribadi
• Contoh: melalui sukan, pekerjaan dan peglibatan dalam ekonomi
• Kita hendaklah Mengelakkan penyebaran maklumat yang menjejaskan
imej Negara
• Contoh: Memburukkan Negara
• Kita hendaklah Menghormati lambang-lambang Negara
• Bendera, jata Negara dan lagu kebangsaan
• Kita hendaklah Menghormati institusi beraja
• Raja Berpelembagaan
•  
• Contoh soalan:
• Prinsip Rukun Negara ke lima iaitu Kesopanan dan
Kesusilaan semakin sukar untuk mencapai matlamatnya. Oleh
itu, kerajaan perlu melaksanakan program tertentu agar
prinsip ini menjadi amalan generasi muda. Bincangkan
• Bagaimana Rukun Negara dapat mengeratkan perpaduan
dalam kalangan semua rakyat Malaysia.
• Rukun Negara dijadikan ideologi negara untuk melahirkan
rakyat yang tahu tanggungjawabnya kepada negara.
• Namun kini prinsip Rukun Negara makin terpinggir dan
seolah-olah dilupakan. Bincangkan.
•  

You might also like