Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 40

B A B 4

KUALITI GURU

EDUP 3083
ASAS KEPEMIMPINAN DAN
PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU
Hasil Pembelajaran
Setelah mempelajari bab ini, pelajar dapat :
• Menjelaskan konsep standard dan kualiti untuk dikaitkan dengan
standard kualiti guru
• Membincangkan rasional penggubalan dokumen standard kualiti guru
dan standard kualiti pendidikan
• Menganalisis ciri-ciri instrumen Standard Kualiti Pendidikan Malaysia
gelombang 2 (SKPMg2) dan proses pelaksanaannya
• Menghuraikan faktor-faktor kepuasan kerja dalam profesioan
keguruan
Kualiti Guru

Standard Kualiti Guru Standard Kualiti Kepuasan Kerja


Pendidikan Malaysia

Standard Guru Malaysia Instrumen SKPMg2 Konsep Kepuasan


Kerja

Proses Pelaksanaan Teori Kepuasan Kerja


Standard Prestasi
Pegawai Perkhidmatan SKPMg2
Pendidikan
Kepuasan Kerja Guru

Implikasi kepada
Kualiti Guru
4.0 Pengenalan
• Guru merupakan nadi kepada sekolah dan profesionalismenya ialah
kunci kepada pendidikan berkualiti.
• Guru yang kompeten dan berkualiti merupakan faktor penentu
kepada keberhasilan murid.
• Kajian terhadap kualiti guru dan pencapaian murid pada pertengahan
tahun 1990-an di Amerika Syarikat dan United Kingdom menunjukkan
bahawa secara relatif guru berprestasi tinggi dapat meningkatkan
pencapaian murid sebanyak 50 peratus dalam tempoh tiga tahun
berbanding dengan guru yang berprestasi rendah (dalam PPPM 2013-
2025, KPM 2013).
4.1 Standard Kualiti Guru
• Suatu penyertaan yang didokumentasikan secara rasmi untuk
menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru
dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan
perguruan demi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang
ditetapkan (KPM, 2009).
4.1.1 Standard Guru Malaysia (SGM)

• diertikan sebagai perincian pernyataan prestasi yang patut dicapai oleh
seseorang guru Malaysia (standard), dan perincian aspek yang patut
disediakan dan dilaksanakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan
(keperluan) demi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang
ditetapkan (KPM, 2009).
• dibangunkan bersama oleh BPG dan IPGM sebagai peneraju utama
latihan perguruan di KPM.
• menjadi panduan dan rujukan kepada warga pendidik guru di semua
peringkat demi memastikan guru keluaran latihan perguruan berkualiti
dari segi profesionalisme, kompetensi dan mempunyai keberkesanan
mengajar.
Komponen standard menekankan
tiga standard kualiti guru :
1. Amalan nilai profesionalisme keguruan yang melihat domain diri,
profesion dan sosial seorang guru.
2. Pengetahuan dan kefahaman yang bertumpu pada subjek
pengkhususan, ilmu pendidikan, kurikulum , kokurikulum yang patut
ada pada seseorang guru.
3. Kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang menekankan
kebolehan guru membuat perancangan, pelaksanaan dan penilaian
pengajaran dan pembelajaran akademik dan kokurikulum.
S1: Amalan Nilai Profesionalisme
Keguruan
STANDARD
S2 : Pengetahuan dan Kefahaman
S3 : Kemahiran PdP

- Misi Nasional
ASAS - FPK
PENENTUAN - Modal
FPG Guru
STANDARD & - Insan
Tatasusila Profesion Keguruan Kompeten
KEPERLUAN - Unggul
Etika Kerja KPM

K1 - Kelayakan Masuk Program


Latihan Perguruan
K2 - Latihan, Pentaksiran dan
KEPERLUAN Penilaian
K3 - Kolaborasi
K4 - Infrastuktur & Infostruktur
K5 - Jaminan Kualiti

Rajah 4 .1 Kerangka Standard Guru Malaysia (KPM,2009)


4.1.2 Standard Prestasi Pegawai
Perkhidmatan
Pendidikan
• Dalam PPPM (2013-2025) anjakan keempat, iaitu transformasi profesion
keguruan sebagai profesion pilihan, beberapa langkah telah diambil untuk
memastikan kualiti guru mencapai standard yang tinggi, iaitu setaraf
dengan peringkat antarabangsa.
• Standard tersebut menumpukan kompetensi dan prestasi guru melalui
laluan kerjaya guru yang fleksibel.
• Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)
diperkenalkan kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)
mulai tahun 2015 bertujuan memperkasa kualiti guru yang menggunakan
konsep berasaskan tugas dan tempat bertugas (job-based and work-based)
sebagai penetapan kompetensi dan standard prestasi PPP.
4.1.2 Standard Prestasi Pegawai
Perkhidmatan
Pendidikan
• PBPPP memfokuskan elemen pembangunan kompetensi dan keberhasilan
PPP berasaskan gred dan jawatan dengan mengambil kira pilihan tiga
laluan kerjaya guru, iaitu laluan PdP, laluan kepimpinan dan laluan
kepakaran pendidikan (KPM, 2016).
• Penilaian Bersepadu ialah kaedah penilaian yang menilai kompetensi dan
prestasi PPP.
• Dokumentasi Awal Deskripsi Tugas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
(Laluan Pengajaran & Pembelajaran dan Kepimpinan) disediakan supaya
setiap PPP jelas tentang peranan, tugas dan tanggungjawab mereka serta
mencapai kompetensi dan standard prestasi yang diharapkan (KPM,
2016b).
4.1.2 Standard Prestasi Pegawai
Perkhidmatan
Pendidikan
• Deskripsi Tugas menerangkan peranan dan tugas PPP mengikut gred
yang disandang.
• PBPPP dibangunkan berasaskan standard prestasi yang merupakan
tahap piawaian prestasi individu berdasarkan tugas dan tanggungjawab
yang telah ditetapkan ke arah pencapaian sasaran kerja berkualiti.
• Kompetensi dibangunkan berteraskan kepada pengetahuan, kemahiran
dan nilai profesional keguruan.
• Kompetensi merujuk keupayaan seseorang menguasai dan
membudayakan pengetahuan, kemahiran dan nilai profesional demi
melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan berkesan.
4.1.2 Standard Prestasi Pegawai
Perkhidmatan
Pendidikan
• Prinsip asas kompetensi beroperasi dengan mengandaikan bahawa
prestasi kerja seseorang PPP akan meningkat sekiranya beliau
menguasai kompetensi yang diperlukan untuk melaksananakan peranan
dan tanggungjawab dengan efisien berdasarkan tugas dan tempat
bertugas.
• Standard prestasi merupakan dokumen piawai keberhasilan,
kompetensi teras (umum) dan profesional (khusus) yang perlu dicapai
oleh PPP berdasarkan deskripsi tugas yang ditetapkan.
• Piawaian ini menunjukkan tahap pencapaian prestasi PPP apabila
prestasi semasa dinilai berdasarkan ketetapan sasaran pada awal tahun.
4.1.2 Standard Prestasi Pegawai
Perkhidmatan
Pendidikan
• Standard prestasi dapat memandu pegawai penilai untuk membuat
penilaian prestasi PPP secara objektif, adil dan telus.
• Standard prestasi juga dapat membantu pegawai yang dinilai iaitu
PPP, mengenal pasti tahap pencapaian yang diharapkan.
• Pematuhan kepada standard prestasi diharap dapat menjamin kualiti
kerja dan profesionalisme PPP (KPM, 2016c).
Jadual 4.1 menujukkan Enam Domain Kompetensi Umum dalam Standard Prestasi PPP
Laluan Kerjaya pegawai perkhidmatan pendidikan
Domain
PdP Kepimpinan Kepakaran Pendidikan
Domain 1 :
Pengetahuan Profesional √ √ √

Domain 2 :
Kemahiran Profesional √ √ √

Domain 3 :
Nilai Profesional √ √ √

Domain 4 :
Kreativiti dan Inovasi √ √ √

Domain 5 :
Permuafakatan Strategik √ √ √

Domain 6 :
Komunikasi √ √ √

Domain 7 Pengurusan/Kelas/Aktiviti/ Hala Tuju Pendidikan Pakar Rujuk Dalam


Program Bidang Pengkhususnya

Domain 8 Pengurusan Sumber Kepimpinan Instruktional Kajian/Penyelidikan/


Pendidikan Penulisan Ilmiah
Domain 9 Pembelajaran Profesional
Rajah 4.4 menunjukkan komponen-komponen dalam dokumen Standard Prestasi dan penjelasan ringkas bagi setiap
komponen tersebut

Ruang liputan bidang tugas yang perlu dicapai Keterangan pengukuran elemen yang digunakan
untuk tahap prestasi kerja dalam mementukan tahap kualiti yang perlu dicapai

GURU/PENSYARAH
DOMAIN PENYATAAN DOMAIN ELEMEN PETUNJUK PRESTASI
D1 PENGETAHUAN Guru/Pensyarah meningkatkan 1.1 Peningkatan 1.1.1 Meningkatkan
PROFESIONAL pengetahuan terkini dan secara pengetahuan dalam pengetahuan dengan
berterusan berkaitan mata mata pelajaran/kursus meluas dan terkini
pelajaran/kursus dalam mata pelajaran

1.2 Peningkatan 1.2.1 Meningkatkan


pengetahuan dalam pengetahuan terhadap
pedagogi/andragogi strategi, pendekatan,
mata pelajaran/kursus kaedah dan teknik
pengajaran dan
pembelajaran yang
tepat dan berkesan

Menjelaskan domain yang berkaitan


Unsur atau aspek
dengan matlamat dan kualiti yang
dalam domain
diperlukan untuk tahap prestasi kerja
4.2 Standard Kualiti Pendidikan
Malaysia
• SKPM ialah instrumen penilaian yang digunakan untuk menilai kualiti
pendidikan secara berterusan ke arah pencapaian yang bertahap tinggi.
• Berbeza dengan PBPPP yang menilai standard prestasi PPP sebagai
individu, Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) menilai kualiti
sekolah secara menyeluruh.
• Usaha transformasikan pendidikan dengan pelaksanaan PPPM 2013-2025
menyebabkan SKPM disemak semula untuk disesuaikan dengan
perkembangan pendidikan semasa.
• Hasil daripada semakan itu, instrumen penilaian Standard Kualiti
Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) dibangunkan (KPM, 2017).
4.2.1 Instrumen Standard Kualiti
Pendidikan Malaysia Gelombang 2
(SKPMg2)
• Instrumen SKPMg2 merupakan instrumen bercirikan format penilaian kendiri yang
berorientasikan tindakan, menitikberatkan kualiti dan nerasakan evidens untuk
peningkatan kualiti.
• SKPMg2 memandu sekolah ke arah proses kerja yang betul serta meningkatkan
akauntabiliti sekolah kepada pemegang taruhnya.
• Penilaian menggunakan instrumen ini dilaksanakan sepanjang tahun dan melibatkan
warga sekolah secara menyeluruh dalam Penilaian Kendiri Sekolah (PKS-SKPM).
• Instrumen ini menekankan peranan dan penglibatan menyeluruh :
1. Pengetua/guru besar (PGB) sebagai peneraju, pembimbing dan pendorong dalam
melaksanakan tugas kepemimpinan sekolah.
2. Guru sebagai pemudah cara dalam proses PdP.
4.2.1 Instrumen Standard Kualiti
Pendidikan Malaysia Gelombang 2
(SKPMg2)
• Jemaah Nazir dari Jaminan Kualiti, KPM pula bertanggungjawab
melaksanakan pemantauan, penyeliaan dan bimbingan berdasarkan
instrumen tersebut.
• Penilaian sekolah menggunakan instrumen SKPMg2 dilaksanakan
secara menyeluruh dan bersepadu kerana setiap standard mempunyai
hubung kait antara satu sama lain dan saling melengkapi (KPM,2017).
Instrumen SKPMg2 terdiri daripada lima standard seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.2

Standard 1 Kepimpinan
Standard 2 Pengurusan Organisasi
3.1 Pengurusan Kurikulum
Standard
Pengoperasian Standard 3 3.2 Pengurusan Kokurikulum
3.3 Pengurusan Hal Ehwal Murid
Standard 4 Pembelajaran dan Pemudahcaraan

5.1 Kemenjadian Akademik


Standard 5.2 Kemenjadian Kokurikulum
Standard 5
Kemenjadian
5.3 Kemenjadian Sahsiah

Setiap standard mempunyai aspek-aspek penentuan standard yang tersendiri.


Jadual 4.3 menunjukkan Lima standard dan Aspek-aspek Berkaitan dalam SKPMg2
Standard Aspek
Standard 1 : Kepimpinan 1.1 PGB sebagai Peneraju
1.2 PGB sebagai Pembimbing
1.3 PGB sebagai Pendorong
Standard 2 : Pengurusan Organisasi 2.1 Pengurusan Sumber Manusia
2.2 Pengurusan Aset
2.3 Pengurusan Kewangan
2.4 Pengurusan Sumber Pendidikan
2.5 Iklim
2.6 Pengurusan Perpaduan
2.7 Permuafakatan Strategik
Standard 3 : Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan
Hal Ehwal Murid
3.1 : Pengurusan Kurikulum 3.1.1 Ketetapan Pelaksanaan Kurikulum
3.1.2 Pengurusan Mata Pelajaran
3.1.3 Pengurusan Masa Instruksional
3.1.4 Pengurusan Penilaian Murid
sambungan …Jadual 4.3 menunjukkan Lima standard dan Aspek-aspek Berkaitan dalam
SKPMg2
Standard Aspek
3.2 : Pengurusan Kokurikulum 3.2.1 Ketetapan Pelaksanaan Kokurikulum
3.2.2 Pengurusan Kelab/Persatuan
3.2.3 Pengurusan Badan Uniform
3.2.4 Pengurusan Sukan/Permainan
3.2.5 Pengurusan Program Kecemerlangan Kokurikulum
3.2.6 Pengurusan Sukan untuk Semua
3.2.7 Pengurusan Pentaksiran Kokurikulum
3.3 : Pengurusan Hal Ehwal Murid 3.3.1 Ketetapan Pelaksanaan Hal Ehwal Murid
3.3.2 Pengurusan Disiplin Murid
3.3.3 Pengurusan Keselamatan Murid
3.3.4 Pengurusan Kesihatan Murid
3.3.5 Pengurusan Bantuan Pelajaran Murid
3.3.6 Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
sambungan … Jadual 4.3 menunjukkan Lima standard dan Aspek-aspek Berkaitan dalam
SKPMg2
Standard Sebagai Perancang
Standard 4 : Pembelajaran dan 4.1 Guru sebagai Perancang
Pemudahcaraan (PdPc)
4.2 Guru sebagai Pengawal
4.3 Guru sebagai Pembimbing
4.4 Guru sebagai Pendorong
4.5 Guru sebagai Penilai
4.6 Murid sebagai Pembelajar Aktif
Standard 5 : Kemenjadian Murid 5.1 Kemenjadian Murid dalam Akademik
5.2 Kemenjadian Murid dalam Kokurikulum
5.3 Kemenjadian Sahsiah Murid
4.2.1 Instrumen Standard Kualiti
Pendidikan Malaysia Gelombang 2
(SKPMg2)
• Instrumen SKPMg2 telah disediakan oleh Pasukan Petugas (Task
Force) SKPMg2, Jemaah Nazir Jaminan Kualiti, KPM (KPM,2017).
Format instrumen SKPMg2 terdiri daripada kandungan yang berikut :
(a) Pernyataan standard
(b) Aspek dalam standard
(c) Tindakan untuk mencapai standard (TUMS)
(d) Rubrik
Jadual 4.4 : Contoh
instrumen SKPMg2 untuk
Standard 4 : Pembelajaran
dan Pemudahcaraan
Komponen-komponen dalam format
instrumen SKPMg2
• Slaid berikut, Jadual 4.5 menunjukkan penjelasan ringkas mengenai
komponen-komponen dalam format instrumen SKPMg2

Rujuk SKPMg2
Jadual 4.5

• Satu pernyataan bagi setiap standard dalam SKPMg2


• Menyatakan maklumat keseluruhan standard
berkenaan

Penerangan kepada aspek

Peluasan penerangan Peluasan penerangan


kepada kriteria kritikal kepada standard kualiti
4.2.2 Proses Pelaksanaan SKPMg2
• Proses pelaksanaan SKPMg2 merupakan tanggungjawab untuk
memenuhi keperluan dan kepentingan sekolah sendiri dalam
memelihara standard kualitinya.
• Proses pelaksanaannya adalah menyeluruh serta melibatkan
prosedur-prosedur yang tertentu. (Rujuk Buku AKdPPG edisi kedua
Oxford Fajar, ms 91-92)
• Di akhir topik ini, adakah anda faham cara mengira Skor Pencerapan
PdP ?
• Lakar dan jelaskan 3 peringkat pelaksanaan pencerapan dan penilaian
SKPMg2 untuk mengukuhkan kefahaman anda.
4.3 Definisi Kepuasan Kerja
• Orientasi afektif individu terhadap tugas kerja yang sedang dihadapi
mereka (Vector, 1960)
• Perasaan seseorang tentang pekerjaan dan aspek-aspek yang
dikaitkan dengan pekerjaan tersebut (Spector, 1997)
• Cara seseorang melihat dan menghargai kerja yang beliau lakukan
(Locke dan Latham, 1990)
• Sikap seseorang terhadap persekitaran kerja serta nilai-nilai dan
jangkaan yang dipegang seseorang terhadap kerja tersebut (Balzar et
al., 1997)
4.3.1 Konsep Kepuasan Kerja
Pendekatan paling umum untuk menjelaskan kepuasan kerja :
1. dimensi tindak balas emosi (afektif)
2. dimensi tafsiran “suka – tidak suka” (kognitif)
4.3.2 Teori Kepuasan Kerja
• Menurut Hoppock (1935), pekerja yang memaparkan tahap kepuasan
kerja yang tinggi berkecenderungan mempamerkan produktiviti kerja
yang tinggi juga.

• Herzberg et al. (1957) telah mencipta Teori Dua-faktor atau Two-


factor Theory yang terdiri daripada dua konstruk motivasi iaitu
a) Faktor intrinsik yang dipanggil motivator
b) Faktor ekstrinsik yang dipanggil hygiene
sambungan Teori Kepuasan Kerja …
Menurut Herzberg et al. (1975) terdapat lima motivator dalam faktor
intrinsik :
1. Rasa pencapaian
2. Pengiktirafan
3. Kerja yang menarik
4. Peluang untuk kemajuan
5. Pembangunan peribadi dan profesional
sambungan Teori Kepuasan Kerja …
Lapan sumber hygiene dikenal pasti dan cenderung ditemui di persekitaran kerja
atau merupakan faktor ekstrinsik :
1. Dasar syarikat dan pentadbiran
2. Pengawasan, supervision
3. Hubungan dengan pegawai atasan, rakan sekerja dan orang bawahan
4. Keadaan kerja
5. Gaji dan faedah
6. Kehidupan peribadi
7. Status
8. Keselamatan pekerjaan
Kepuasan kerja Neutral
Ada faktor motivator

Neutral Ketidakpuasan kerja


Tiada faktor hygiene

Rajah menunjukkan faktor motivator dan faktor hygiene yang tidak bersandaran

Teori Herzberg et al. (1957) berkait rapat dengan motivasi sebagai pemangkin kepada
kepuasan kerja mempunyai limitasi dalam kajian tersebut. Antara limitasi teori ini ialah
faktor yang sama mungkin tidak menggerakkan pekerja kepada tindak balas yang sama
kerana kepuasan dan ketidakpuasan kerja tidak berada pada satu kontinum.
Teori Ekuiti Adam (1963)
• Tahap kepuasan kerja mempunyai hubungan dengan persepsi pekerja.
• Persepsi yang dimaksudkan ialah ganjaran yang diterimanya adalah sepadan
dengan pekerja jawatan yang sama juga melaksanakan kerja yang sama.
• Jika hasilnya adalah sama, maka kepuasan kerja dan motivasi untuk bekerja
adalah tinggi.
• Mereka juga membandingkan sama ada ganjaran setimpal dengan usaha
yang dihulurkan.
• Jika pekerja mempunyai persepsi bahawa gajinya cukup tinggi, dia akan
bermotivasi untuk berusaha dengan lebih kuat dan memperoleh kepuasan
kerja yang tinggi.
Teori Jangkaan Vroom(1964)
• Penggerak kepada motivasi untuk pekerja menghasilkan sesuatu
tindak balas adalah apabila jangkaan terhadap tindakannya akan
menghasilkan ganjaran yang memberi kepuasan kepadanya.
• Individu akan melaksanakan tugas dengan sempurna apabila jangkaan
ganjaran yang diterimanya adalah sepadan dengan usaha yang
dihulurkan.
Teori Matlamat Locke (1969)
• Keinginan seseorang pekerja untuk mencapai matlamat yang
mencabar akan mendorongnya untuk berusaha dengan gigih dan
komited.
• Sesebuah organisasi yang melibatkan pekerja dalam penentuan
matlamat organisasi akan menghasilkan kepuasan kerja yang lebih
tinggi jika dibandingkan dengan matlamat yang hanya ditetapkan oleh
pihak organisasi.
4.3.3 Kepuasan Kerja Guru
• Penting untuk meneliti dapatan penyelidikan dan penulisan pakar supaya isu
kepuasan dan ketidakpuasan kerja guru difahami dan seterusnya dirungkai
dengan sebaiknya.
• Kepuasan dan ketidakpuasan guru bergantung pada kebolehan guru
menangani dan menyesuaikan diri terhadap faktor-faktor berikut :
 Tugas Pengajaran
 Amalan Taulan Sekerja (Collegiality)
 Peluang untuk Pembangunan Profesional
 Keadaan Tempat Kerja
 Gaji
4.4 Rumusan
• Guru yang berkualiti merupakan faktor penentu kepada keberhasilan murid.
• Antara inisiatif KPM dalam meningkatkan kualiti profesionalisme keguruan
adalah membangunkan konsep Standard Guru Malaysia (SGM), Standard
Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM), memperkemaskan laluan kerjaya
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, memperkenalkan Penilaian Bersepadu
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) serta menggalakkan
Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB).
• Instrumen SKPMg2 boleh dikatakan satu mekanisme yang objektif dalam
menilai prestasi kualiti pendidikan negara kita.
• Isu-isu yang berkaitan dengan kepuasan dan ketidakpuasan kerja guru
dikenal pasti dan difahami supaya tindakan yang sewajarnya dapat diambil
agar guru berkualiti tinggi terus berkekalan dalam sistem pendidikan kita.
Tutorial :
• Pada pandangan anda, sejauh mana inisiatif-inisiatif
yang diambil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia berjaya
meningkatkan kualiti guru-guru di Malaysia?
uk
Ruj com
t ml5. toh
• Huraikan perkaitan Standard 4 SKPMg2 dengan kerangka /fliph ai con
/
ttps : sebag
konsep PA21. h
Beri cadangan terhadap tahap tindakan guru berdasarkan
kepada aspek dalam standard yang anda pilih.

• Bincangkan implikasi kepada sistem pendidikan negara


sekiranya guru-guru kurang meminati profesion mereka
akibat daripada ketidakpuasan kerja.

You might also like