Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

POLA-POLA AYAT DASAR

Pola-pola Ayat Dasar

FN + FN FN + FK FN + FA FN +FS
Pola Ayat 1
Frasa nama + Frasa nama
 Frasa nama + Frasa Nama ialah ayat yang subjek dan
predikatnya terdiri daripada frasa nama.
Subjek (FN) Predikat (FN)

1. Stevan seorang pelajar.

2. Buku tebal itu buku kesayangan saya.

3. Dia pengetua baru di sekolah itu.

4. Encik Karim peguam bela tersohor.


Pola Ayat 2
Frasa Nama + Frasa Kerja
 FN + FK ialah subjek terdiri daripada kata nama dan
predikat terdiri daripada kata kerja.

 Frasa kerja boleh disertai dengan kata bantu. Contoh: masih, belum,
sedang, telah dan mesti.
 Contoh:
SUBJEK (FN) PREDIKAT (FK)
1. Pengawai polis mengawal keamanan dalam negeri.

2. Dia mengarang sebuah cerita jenaka.

3. Pelajar universiti itu bertolak ke Ipoh.


AYAT POLA 3
FRASA NAMA + FRASA ADJEKTIF
 FN + FA ialah ayat yang subjeknya terdiri daripada frasa nama
manakala predikatnya terdiri daripada frasa adjektif.

 Frasa adjektif boleh disertai dengan kata penguat amat, sangat, nian
dan sungguh.
 Contoh:

SUBJEK (FN) PREDIKAT (FA)


1. Vincy sangat rajin.

2. Buah oren itu sanagt manis.

3. Buku “Michael Jackson” amat tebal.


POLA AYAT 4
FRASA NAMA + FRASA SENDI

 FN +FS ialah ayat yang subjeknya frasa nama dan predikatnya terdiri
daripada frasa sendi nama.

 Frasa sendi nama terbentuk daripada kata sendi nama seperti di, ke,
daripada, kepada dan dari.
 CONTOH:
SUBJEK (FN) PREDIKAT (FS)
1. Pokok rambutan itu di belakang rumah.

2. Bekalan itu untuk adik.

3. Bungkusan ini dari Korea.


Subjek

Apakah kiatan Bahagian ayat yang diterangkan.


ayat tunggal
dengan subjek
dengan predikat ?

Predikat

Bahagian ayat yang menerangkan


subjek.
Sususnan Ayat Tunggal

Susunan Ayat Tunggal

Susunan Ayat Susunan Ayat


Biasa Songsang
1. Sususnan Ayat Biasa
 Kedudukan konstituen subjeknya adalah di hadapan konstituen predikat.
 Contoh :

Subjek PREDIKAT
1. Mereka semua lama menetap di Malaysia.

2. Penyalahgunaan dadah dapat melemahkan tenaga pekerja


negara kita.
3. Semua pelajar kita Berjaya dalam peperiksaan tahun
lalu.
 Menggunakan kata penegas seperti –lah, -tah dan –kah. Konstituen yang
menerima kata penegas akan mengalami proses pendepanan.
 Contoh :
1. (a) Bapa saya dia.
(b) Dialah bapa saya.
2. (a) Adik kami datang semalam ?
(b) Datangkah adik kami semalam ?
3. (a) Daya kita apa ?
(b) Apatah daya kita ?
 Kata penekan yang biasa juga digunakan seperti pun-, jua-, juga, sahaja dan
lagi.
 Contoh :
1. Pengawai itu pun tidak melayan kita.
2. Orang itu tidak akan datang lagi.
3. Sepanjang hari dia mengalamun sahaja.
2. Sususnan Ayat Songsang
o Unsur-unsur dalam konstituen predikat biasanya hadir selepas subjek dipindahkan ke
hadapan subjek.
o Unsur yang dipindahkan ke hadapan mesti diberi penegasan, iaitu melalui proses
pendepanan.
o Contoh :

Ayat Biasa Ayat Songsang


1. Rasa buah itu enak sekali. Enak sekali rasa buah itu.
2. Perangainya sungguh baik. Sungguh baik perangainya.
3. Pengawai itu masih belum Masih belum sampai pengawai itu.
sampai.

o Terdapat dua proses pendepanan yang berlaku pada predikat:


a. Pendepanan seluruh predikat
b. Pendepanan sebahagian daripada predikat
a. Pendepanan Seluruh Predikat
 Seluruh predikat di dalam ayat biasa dibawa ke hadapan mendahului
subjek. Unsur-unsur predikat dalam ayat-ayat songsang dipindahkan
ke hadapan melalui subjek untuk memberikan penegasan kepadanya.
 Contoh :

AYAT BIASA AYAT SONGSANG


Pelajar perempuan itu sangat rajin. Sangat rajin pelajar perempuan itu.

Pekerja-pekerja kilang itu sudah Sudah pulang pekerja-pekerja kilang


pulang. itu?

Baju dan seluar saya belum bergosok. Belum bergosok baju dan seluar saya.
b. Pendepanan Sebahagian daripada
Predikat

 Sebahagian daripada predikat di dalam ayat biasa dibawakan ke hadapan


mendahului subjek.
 Terdapat tiga bahagian dalam predikat yang dapat didepankan dalam proses
ini :
a) Pendepanan frasa kerja
b) Pendepanan frasa adjektif
c) Pendepanan frasa sendi nama
AYAT BIASA AYAT SONGSANG
(a) Pendepanan Frasa Kerja
1. Budak kecil itu sedang menangis. Sedang menangis budak kecil itu.

2. Kanak-kanak itu berkejaran-kejaran di Berkerjaran-kerjaran kanak-kanak itu di


padang. padang.

3. Pak Abu menanam jagung tahun ini. Menanam jagung Pak Abu tahun ini.

(b) Pendepanan Frasa Adjektif


1. Dia terkejut apabila mendengar berita Terkejut dia apabila mendengar berita itu.
itu.
2. Pesakit itu sedang sakit tenat. Sedang sakit tenat pesakit itu.

3. Badannya lesu sepanjang hari. Lesu badannya sepanjang hari.


(c) Pendepanan Frasa Sendi Nama
1. Kami mengait buah itu dengan galah. Dengan galah kami mengait buah itu.

2. Barang-barang itu untuk ibu. Untuk ibu barang-barang itu.

3. Surat itu tentu daripada Karim. Tentu daripada Karin surat itu.

You might also like