Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

Perbincangan berlaitan dengan

kesukaran mewujudkan peluang


pendidikan
Cheong Pei Jie,Vivian Low Kah Yee
Kemiskinan merupakan masalah yang serius terutama dalam
kalangan isi rumah Melayu di kawasan luar bandar. Masalah ini
dipengaruhi oleh tahap pendidikan sesebuah keluarga. Kajian
dijalankan bagi menilai tahap kemiskinan isi rumah Melayu
luar bandar, tahap pencapaian pendidikan ketua isi rumah,
kesedaran ketua isi rumah tentang kepentingan pendidikan
dan mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh ketua isi
rumah Melayu miskin luar bandar dalam mendapatkan
pendidikan.
• Selain itu, kajian juga turut melihat prestasi pendidikan anak-
anak ketua isi rumah miskin. Gabungan kaedah kuantitatif
dan kualitatif digunakan untuk mengumpulkan data. Soal
selidik terhadap 230 orang responden telah dijalankan. Hasil
kajian mendapati, masyarakat Melayu luar bandar hidup
dalam keadaan kemiskinan yang serius. Tahap pendidikan
keluarga miskin yang rendah turut memberi kesan kepada
anak-anak dalam mendapatkan pendidikan yang sempurna.
• Walau bagaimanapun, majoriti daripada keseluruhan ketua
isi rumah Melayu di kawasan luar bandar ini sedar tentang
kepentingan pendidikan untuk masa depan anak-anak
mereka. Pelbagai cara seperti mendapatkan bantuan dari ahli
keluarga terdekat atau menghantar ke kelas tuisyen berbayar
adalah inisiatif yang diambil dalam menangani masalah
memberikan pendidikan kepada anak-anak. Kesimpulannya,
kajian ini menunjukkan ketidakupayaan individu mendapat
pendidikan yang sempurna menyebabkan mereka terus
terperangkap dalam kemiskinan.
• Oleh itu, cadangan seperti menekankan aspek
pendidikan sejak dari awal serta memberi peluang
latihan dan kemahiran dalam pelbagai bidang kepada
masyarakat Melayu di luar bandar mampu untuk
mengeluarkan golongan ini daripada belenggu
kemiskinan.
• Sejak Rancangan Malaysia Kedua (1971 hingga 1975),
Malaysia telah melaksanakan dasar pembangunan ke
arah pembasmian kemiskinan dan pengurangan
polarisasi sosio ekonomi khususnya dalam kalangan
masyarakat luar bandar dan bandar (Malaysia, 1971).
• Berdasarkan prinsip ini pelbagai usaha dijalankan untuk terus
mendidik masyarakat bukan sahaja secara formal untuk generasi
muda tetapi juga secara tidak formal dalam kalangan generasi
dewasa. Pendidikan membolehkan setiap individu menguasai ilmu
pengetahuan dan seterusnya mampu mengatasi ranjau dan rintangan-
rintangan kehidupan. Usaha kerajaan yang begitu gigih untuk
membantu rakyat meningkatkan taraf hidup dapat dilihat menerusi
pembentukan pelbagai agensi di peringkat persekutuan, wilayah dan
negeri bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan untuk
faedah rakyat. Tidak dapat disangkal kebenaran bahawa sebarang
kejayaan dalam pembangunan di kalangan masyarakat adalah hasil
daripada usaha-usaha kerajaan yang telah mempertingkatkan taraf
hidup rakyat melalui pencapaian dalam bidang pendidikan, kesihatan,
perindustrian, dan sebagainya.
• Buktinya, sepanjang tempoh dua setengah dekad semenjak
tahun 1970, Malaysia telah mencapai kemajuan yang
membanggakan dari segi pertumbuhan ekonomi sekaligus
dapat memenuhi objektif sosialnya (Malaysia, 1999:4-5).
• Salah satu objektif utama Rancangan Malaysia Pertama
(1966 hingga 1970) adalah untuk menggiat dan
memperluaskan pembangunan sumber manusia kepada
rakyat (Malaysia, 1965). Objektif program pendidikan adalah
untuk membaiki kualiti pendidikan dan peluang pendidikan
yang mana merupakan agenda penting bagi setiap strategi
pembangunan di Malaysia.
• Isu mengenai jurang pendidikan diperseimbangkan di antara
masyarakat luar bandar dan bandar. Berdasarkan objektif ini
aspek pendidikan merupakan instrumen yang terpenting
dalam mempertingkatkan kualiti hidup di Malaysia. Dalam
rangka Rancangan Jangka Panjang Malaysia Pertama 1971 –
1990 (RRJP1), akses pendidikan telah dikenalpasti sebagai
salah satu langkah utama yang berdaya tahan dan berkesan
dalam usaha mengurangkan jurang pendidikan dan
kemisikinan antara kawasan bandar dan luar bandar
(Malaysia, 2001:158).
• Dalam membincangkan aspek pendidikan ini, persoalan
mengenai kecemerlangan akademik seringkali dikaitkan
dengan prestasi dan enrolmen pelajar. Fenomena yang
berlaku di Malaysia pada masa kini lebih menjurus kepada
perbezaan kecemerlangan dalam kalangan pelajar luar
bandar dan bandar di mana enrolmen dan prestasi
kecemerlangan pelajar luar bandar dilihat agak mundur jika
dibandingkan dengan pelajar di bandar (Murad Mohd Noor,
1971;Behrman dan Schnieder, 1994). Ini merupakan isu
penting yang perlu diberi perhatian dan tindakan
sewajarnya.
Terima Kasih

You might also like