M13katapenegas 111208203756 Phpapp02

You might also like

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 36

1

2
Kata penegas atau partikel ialah perkataan
yang digunakan sebagai penegas/pengasas
dalam sesuatu pernyataan.

Kata penegas atau partikel ialah perkataan


kecil yang tidak membawa makna penuh
atau lengkap kecuali hanya untuk menentu-
kan makna ayat.

Kata penegas terbahagi kepada dua jenis.

3
Kata penegas - yang hanya menegaskan
frasa predikat (cerita).

CONTOH BENTUK PARTIKEL

-kah -lah -tah pun

Kata penegas -kah, -lah, dan -tah ditulis


bercantum pada akhir perkataan.

4
-kah

Partikel -kah digunakan untuk menegas-


kan sesuatu pernyataan atau memberi
penekanan kepada sesuatu ayat tanya
dan ayat seruan.

1. Apakah yang kamu bawa di dalam beg


plastik itu?
2. Oh, alangkah bertuahnya kamu kerana
mempunyai keluarga yang bahagia!
5
-lah

Partikel -lah digunakan untuk menegas-


kan sesuatu suruhan, permintaan, doa
atau pernyataan.

1. Pak cik itulah yang telah menghantar


saya ke klinik semalam.
2. Buatlah seperti yang telah dirancang-
kan jika kamu ingin berjaya.
6
-tah

Partikel -tah digunakan untuk menegas-


kan sesuatu pernyataan, keadaan harian
dan situasi tidak sabar.

1. Siapatah yang suka membuang sampah


sarap di kawasan ini.
2. Bilatah agaknya dia akan melangsaikan
hutang-hutangnya itu.

7
pun

Partikel pun digunakan untuk menegas-


kan atau memberi penekanan kepada
ayat penyata.

1. Guru besar pun terlibat dalam gotong-


royong semalam.
2. Mazlan pun menutup televisyen setelah
disuruh oleh ayahnya.

8
9
Kata penegas - yang menegaskan kedua-
dua bahagian ayat, iaitu sama ada frasa
subjek atau frasa predikat.

CONTOH BENTUK KATA AKAR


cuma hanya jua juga

lagi memang sahaja yang


KATA PENEGAS
KATA PENEGAS -- BENTUK
BENTUK KATA
KATA AKAR
AKAR

10
cuma

INFO - cuma digunakan untuk menegas-


kan sesuatu pernyataan, menghuraikan
maksud predikat.

1. “Yang kekal cuma Allah,” kata Ustaz


Ishak kepada anak muridnya.
2. Peserta cuma dikehendaki membawa
wang saku sahaja.

11
hanya

INFO - hanya digunakan bagi menegas-


kan sesuatu pernyataan, menghuraikan
maksud predikat.

1. Sulaiman hanya berdiam diri sewaktu


diganggu oleh budak-budak nakal itu.
2. Mangsa kebakaran itu hanya tinggal
sehelai sepinggang.

12
jua

INFO - jua digunakan untuk menegaskan


sesuatu pernyataan, syarat, agakan, atau
ramalan.

1. Abang tetap jua dengan keputusannya


walaupun dilarang oleh ayah.
2. Jangan mengejek akan kecacatannya
kerana dia adikmu jua.

13
juga

INFO - juga digunakan untuk menegas-


kan sesuatu pernyataan, menghuraikan
maksud predikat.

1. Puan Siti Kalsom juga pandai menjahit


seperti adiknya.
2. Shahira pergi ke sekolah juga walaupun
dia sakit gigi.

14
lagi

INFO - lagi digunakan untuk menegas-


kan atau memberi penekanan kepada
ayat penyata atau ayat tanya.

1. Kita teruskan lagi usaha ini sehingga


benar-benar berjaya.
2. “Kamu masih belum mandi lagi?” tanya
emak kepada adik.

15
memang

INFO - memang digunakan untuk mene-


gaskan atau memberi penekanan kepada
ayat penyata.

1. Makan ulam-ulaman kampung memang


baik untuk kesihatan.
2. Hubungan Khairil dengan Seelan Wong
memang akrab, bagai isi dengan kuku.

16
sahaja

INFO - sahaja digunakan untuk mene-


gaskan atau memberi penekanan kepada
ayat penyata atau ayat perintah.

1. Emak sempat menggoreng ikan sahaja


pada tengah hari itu.
2. Buatlah apa sahaja yang engkau suka
asalkan tidak menyusahkan aku.

17
yang

INFO - yang digunakan untuk menegas-


kan atau memberi penekanan kepada
ayat penyata.

1. Yang diidam-idamkan olehnya bukanlah


wang ringgit tetapi kasih sayang.
2. Yang menjadi masalah dalam hal ini
bukan bapanya tetapi ibunya.

18
19
Uji Minda Anda : Jawab kesemua
5 soalan yang disediakan.

Pilihan jawapan ada disediakan pada


paparan slaid di sebelah. Sila pilih
jawapan yang paling tepat.

20
1. Setelah majlis kenduru itu selesai, mereka
______ minta diri untuk pulang.

PILIHAN JAWAPAN

A pun C jua
B lagi D sahaja

pun

21
2. Fikirkan ______ perkara itu masak-masak
sebelum membuat keputusan.

PILIHAN JAWAPAN

A kah C jua
B lah D tah

lah

22
3. “Bila ______ dia akan berkunjung ke sini
lagi, aku sendiri tak pasti,” kata Rosnah.

PILIHAN JAWAPAN

A kah C jua
B lah D tah

tah

23
4. “______ nama bangunan yang tinggi itu?”
tanya adiknya.

PILIHAN JAWAPAN

A Apalah C Siapatah
B Apakah D Siapakah

Apakah

24
5. Emak ______ pandai menganyam tikar dan
bakul mengkuang seperti nenek.

PILIHAN JAWAPAN

A kah C juga
B jua D lagi

juga

25
Uji Minda Anda : Jawab kesemua
10 soalan yang disediakan.

Pilihan jawapan ada disediakan pada


paparan slaid di sebelah. Sila pilih
jawapan yang paling tepat.

26
SOALAN 1
Apabila persembahan itu bermula, para
penonton ______ ketawa terbahak-bahak.

A kan

B lah

C tah

D pun
27
SOALAN 2
Wanita itu cantik ______ tetapi tidaklah
secantik kakaknya.

A jua

B juga

C cuma

D hanya
28
SOALAN 3
“Apa _____ yang awak cari itu?” tanya
Cikgu Harisun kepada Jamalul.

A tah

B pun

C lah

D kah
29
SOALAN 4
Ayuh, kita bertolak sekarang _____, nanti
terlewat pula kita sampai.

A juga

B hanya

C sahaja

D memang
30
SOALAN 5
Apa _____ yang diminta oleh Nur Zaidah,
dibelikan oleh ibunya.

A lah

B kah

C jua

D cuma
31
SOALAN 6
Makanan yang bergoreng dan berminyak
______ kurang elok untuk kesihatan.

A cuma

B hanya

C sahaja

D memang
32
SOALAN 7
“Makanlah apa ______ yang terhidang di
atas meja itu,” kata emak kepada adik.

A pun

B lagi

C cuma

D sahaja
33
SOALAN 8
Kamu masih belum menyiapkan latihan
tatabahasa itu ______?

A kah

B pun

C lagi

D sahaja
34
SOALAN 9
Encik Karim ______ memantau projek itu
atas arahan majikannya.

A cuma

B yang

C lagi

D juga
35
SOALAN 10
“Sudah ______ basah kuyup, kotor pula
pakaian awak”. Kata ibu memarahi adik.

A kah

B pun

C lah

D tah
36

You might also like