Sejarah PBSM

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

Bulan Sabit Merah Malaysia

SEJARAH BSMM

• Pengasas Persatuan Palang Merah ialah seorang ahli


perniagaan bernama Jean Henry Dunant (1828-
1910)
SEJARAH BSMM
Idea penubuhan organisasi ini lahir daripada perasaan sedih
melihat mangsa perang antara Perancis dan Itali dengan
tentera Austria di Solferino ,Itali utara pada 24 Jun 1959.

Dalam perang tersebut, Lebih 40,000 tentera dan orang awal


cedera dan terkorban. Atas kesedaran ini, beliau telah
menulis sebuah buku kenangan yang berkisar kepada
pengalamannya semasa membantu mangsa perang.

Tajuk buku tersebut ialah:‘A Memory of Solferino'. Buku


tersebut telah dicetak dan dihadiahkan kepada semua ketua-
ketua negara di Eropah.

Hasilnya pada 1864 Jawatankuasa Palang Merah


Antarabangsa (ICRC) dibentuk.
SEJARAH PBSM DI MALAYSIA
• Kelahiran Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM)
mempunyai urutan sejarah sebelum merdeka. Palang Merah telah
pun wujud di Persekutuan Tanah Melayu di bawah penjajahan
British sebagai "a branch of the British Red Cross". Peperangan
Dunia Kedua dan waktu pemerintahan Jepun telah memusnahkan
beberapa kawasan di dalam negara kita dan ramai rakyatnya
hidup dalam kemiskinan dan penderitaan.
• Laporan tahunan Persatuan Palang Merah British bagi tahun 1945
dalam perenggan penutup dan mencatatkan:
• " Kerana akibat peperangan, Borneo Utara adalah kawasan yang
teruk dilanda kemusnahan di Tenggara Asia dan penduduknya
menanggung derita yang amat sangat semasa pemerintahan
Jepun. Oleh yang demikian,peluang bagi aktiviti-aktiviti palang
Merah adalah banyak dan sekarang oleh kerana asasnya telah
diwujudkan,adalah diharapkan bahawa ianya akan berkembang
dalam tahun-tahun akan datang ".
• Cawangan Sabah
• Bukti-bukti dokumen yang ada dalam arkib Persatuan Palang
Merah British menunjukkan bahawa cawangan pertama
Palang Merah adalah di Sabah iaitu ditubuhkan pada bulan
April 1948.

• Cawangan Sarawak
• Palang Merah pertama ditubuhkan dalam bulan April / Mei
tahun 1948,walaupun mengikut rekod satu permohonan rasmi
mewujudkan cawangan Palang Merah di Sarawak ialah dibuat
lebih awal iaitu pada bulan Februari 1948.

• Cawangan Semenanjung Malaysia


• Unit Palang Merah yang pertama ditubuhkan di Pulau Pinang
dalam tahun 1950,yang kemudiannya menjadi satu
cawangan.dalam bulan Februari 1951,Cawangan Persekutuan
Tanah Melayu telah ditubuhkan dengan bantuan Miss Jordan dan
Miss Johnson serta dua orang pegawai medan Palang Merah
British. Manakala Palang Merah Pahang telah ditubuhkan pada
tahun 1952.
JAWATANKUASA AWAL PALANG MERAH
7 PRINSIP ASAS
 Kemanusiaan  Sukarela
(Humanity) (Voluntary
Service)

 Kesaksamaan  Bersatu
(Impartiality) (Unity)

 Kesejagatan
 Berkecuali (Universality)
(Neutrality)

 Kebebasa
n )
PRINSIP-PRINSIP ASAS PERGERAKAN PALANG MERAH DAN BULAN SABIT
MERAH
• Pergerakan Palang Merah dan
Bulan Sabit Merah dilahirkan
dengan hasrat untuk memberi
pertolongan tanpa
diskriminasi kepada mereka
yang cedera di medan
pertempuran dan berusaha untuk
mencegah dan meringankan
KEMANUSIAA kesengsaraan di mana jua ianya
N wujud.
• Tujuannya adalah untuk
melindungi nyawa dan
kesihatan, serta hormat-
menghormati sesama manusia.
Ia memupuk kesefahaman,
persahabatan, kerjasama dan
kedamaian yang berkekalan di
kalangan manusia.
PRINSIP-PRINSIP ASAS PERGERAKAN PALANG MERAH DAN BULAN SABIT
MERAH

• Tidak membezakan bangsa, kaum,


agama, darjat atau fahaman politik dalam
kegiatannya. Tujuan asasnya ialah
KESAKSAMAAN • meringankan kesengsaraan individu dan
memberi keutamaan kepada kes-kes
kecemasan yang paling serius.

• Untuk terus mendapat kepercayaan orang


ramai terhadapnya, Persatuan tidak
KEBERKECUALIA menyebelahi mana-mana pihak yang
N bermusuhan dan tidak menyertai
pertikaian yang bercorak politik,
perkauman, agama atau ideologi.
• Walaupun berupa badan sokongan kepada pihak
yang berkuasa awam dan tertakluk kepada
KEBEBASAN undang-undang negara, Persatuan tetap
menjaga otonominya supaya ia boleh bertindak
mengikut prinsip pergerakan.

• Ia berupa badan sukarela yang tidak didorong oleh


KHIDMAT sebarang tujuan untuk mencari untung.
SUKARELA

• Hanya ada satu Persatuan Palang Merah atau


BERSATU Bulan Sabit Merah dalam sesebuah negara.
Persatuan ini hendaklah terbuka kepada semua
pihak dan aktivitinya meliputi seluruh negara.

• Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah


Antarabangsa meliputi seluruh dunia, di mana
KESEJAGATAN semua Persatuan mempunyai taraf dan
tanggungjawab yang sama serta saling bantu-
membantu di antara satu sama lain.
AKTA PERTUBUHAN
Apabila Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957,
tidaklah sesuai lagi Persatuan Palang Merah di Semenanjung
bertaraf cawangan sahaja dan ibupejabatnya jauh di London.

Satu Akta Parlimen telah digubal dan diluluskan pada tahun 1962
iaitu Federation of Malaya Red Cross Society (Incorporation) Act of
Patliment (Act No 4 of 1962) dan dikuatkuasakan pada 16 April
1962.
Apabila Malaya di tukarnama kepada Malaysia dan penggabungan
Sabah dan Sarawak di bawahnya telah diubah dan diluluskan
pada tahun 1965 iaitu Malaysian Red Cross Society (Incorporation)
atau Persatuan Palang Merah Malaysia (Perbadanan) (Law of
Malaysia Act 540) di seluruh Malaysia pada 1 Julai 1965.

Pada tahun 1975, satu pertukaran nama telah diluluskan iaitu


Malasian Red Crescent Society (Change Of Name) atau
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Pertukaran Nama) Akta ke-
162 tahun 1975 (Laws of Malaysia, Act 162).
LOGO PBSM
LAGU BSMM
BULAN SABIT MERAH DI MALAYSIA GIAT
BERJASA UNTUK NEGARA TIDAK KIRA
KAUM DAN AGAMA WAKTU AMAN ATAU
BAHAYA

DI MANA JUA ADANYA SENGSARA DI


SAMA ADA KITA
DI DARAT DAN LAUT KITA BERSEDIA
WALAUPUN DIANCAM BAHAYA

BULAN SABIT MERAH


GERAKAN SEDUNIA
MEMBANTU SEMUA YANG MENDERITA
BADAN SUKARELA BERKHIDMAT DENGAN
TABAH DAN BERSEMANGAT
PAKAIAN SERAGAM

PAKAIAN AKTIVITI PAKAIAN RASMI


Ikrar bulan sebit merah
BAHAWA KAMI,
ALHI BULAN SABIT MERAH MALAYSIA,
BELIA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA DENGAN INI BERJANJI,
AKAN TAAT TUHAN,
SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG & YANG DIPERTUAN,
NEGERI KAMI,
BERDASARKAN PRINSIP RUKUN NEGARA,
SERTA AKAN BERSAMA-SAMA MEREKA DI SELURUH DUNIA,
MEMBANTU MEREKA YANG SAKIT DAN MENDERITA,
BERDASARKAN KEPADA PRISIP PALANG MERAH,
BULAN SABIT MERAH SEPERTI BERIKUT;
• KEMANUSIAN
• KESAKSAMAAN
• KEBERKECUALIAN
• KEBEBASAN
• PERKHIDMATAN
• SUKARELA
• KETANGGALAN
• KESEJAGATAN

You might also like