ISL Tajuk 11 Kemahiran Menulis (Jenis2 Perenggan)

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

KEMAHIRAN MENULIS

JENIS-JENIS PERENGGAN
DESKRIPTIF

 Sesuai digunakan dalam penulisan pendahuluan


karangan

 Melibatkan dua kaedah iaitu:


- Kaedah induktif
- Kaedah deduktif
CONTOH PERENGGAN DESKRIPTIF

TAJUK: BUAH-BUAHAN
Kaedah Induktif
Setiap jenis buah yang ada di Malaysia mempunyai kebaikan dan khasiatnya
yang tersendiri. Kebanyakan buah yang ada di negara adalah buah tempatan dan
juga terdapat buah dari luar negara. Setiap daripada buah tersebut mempunyai
pelbagai kebaikan iaitu sebagai contoh buah tembikai mampu mencegah penyakit
asma serta penyakit kanser dalam diri setiap individu. Hal ini kerana, kandungan
vitamin C serta kandungan antioksidan yang tinggi di dalam buah tembikai
mampu melindungi kita serta mencegah daripada terkena penyakit tersebut.
CONTOH PERENGGAN DESKRIPTIF

TAJUK: BUAH-BUAHAN
Kaedah Deduktif
Malaysia mempunyai pelbagai jenis buah sama ada daripada tempatan mahupun
buah dari luar negara. Setiap jenis buah yang ada di Malaysia mempunyai kebaikan dan
khasiatnya tersendiri. Sebagai contoh, buah tembikai dapat mencegah penyakit asma
kerana adanya vitamin C di dalam buah tersebut yang mana dapat berfungsi untuk
mencegah daripada terkena penyakit asma. Tambahan pula, kandungan vitamin C dan
kandungan antioksidan yang tinggi di dalam buah tembikai ini juga dapat mencegah
daripada penyakit kanser.
NARATIF

o Perenggan yang menceritakan tentang


pengalaman, peristiwa, atau urutan
peristiwa.
o Dalam bentuk penceritaan.
o Menggunakan kaedah penulisan bebas dan
kaedah-kaedah yang lain untuk menjana
idea-idea tentang maklumat yang berkaitan
dengan tajuk penceritaan.
CONTOH PERENGGAN NARATIF

TAJUK: BERCUTI DI KAMPUNG


Pada cuti sekolah yang lalu, saya dan keluarga pulang ke kampung untuk bercuti
di sana. Di kampung, saya telah melakukan pelbagai aktiviti yang menarik dan
banyak pengalaman yang telah saya peroleh daripada aktiviti tersebut. Antara
aktiviti yang telah saya lakukan di kampung ialah saya telah mengikut atuk ke
dusunnya dan di sana terdapat pelbagai jenis buah tempatan seperti durian,
manggis, pisang, serta rambutan. Saya telah makan buah-buah tersebut dengan
sepuas-puasnya kerana bagi saya amat sukar untuk mencari buah-buah tempatan
apabila saya pulang ke bandar.
PROSES

Perenggan yang menerangkan


tentang cara untuk melakukan
sesuatu perkara.
Bersifat umum (proses membuat
apa sahaja sama ada benda,
makanan, dan sebagainya)
CONTOH PERENGGAN PROSES

TAJUK: CARA-CARA MEMBUAT JUS MANGGA

Cara-cara untuk membuat jus mangga ialah kita perlulah menyediakan dua
biji mangga yang telah siap dikupas serta dipotong dalam bentuk dadu.
Seterusnya, masukkan mangga tersebut ke dalam mesin pengisar beserta empat
sudu camca gula diletakkan ke dalam mesin tersbut. Kemudian, tuangkan
segelas air dan mula kisarkan. Akhir sekali, tuangkan jus mangga tersebut ke
dalam gelas dan siap untuk diminum. Selamat mencuba!
SEBAB AKIBAT

• Menerangkan mengenai sebab kejadian sesuatu


perkara.
• Juga menerangkan mengenai kesan/akibat daripada
perkara tersebut.
• Memberikan maklumat yang banyak kerana pada
setiap penulisan disenaraikan sebab dan akibat bagi
sesuatu perkara itu dengan lebih terperinci.
CONTOH PERENGGAN SEBAB AKIBAT
TAJUK: KEBAIKAN BUAH-BUAHAN TEMPATAN
DARIPADA BUAH-BUAHAN LUAR NEGARA
Sebab:
• Buah-buahan tempatan adalah lebih baik berbanding buah-buahan dari luar negara
kerana penghasilan buah-buahan tempatan lebih berkualiti serta mempunyai mutu
yang tinggi. Hal ini demikian kerana, cara penjagaan pokok buah-buahan tempatan
kebanyakannya menggunakan kaedah tradisional iaitu menggunakan tenaga manusia
sendiri bagi menanam pokok tersebut serta menggunakan baja organik. Selain itu,
buah-buahan tempatan ini mempunyai khasiat yang terbaik untuk badan manusia
disebabkan buah yang dihasilkan masih belum tercemar dengan bahan-bahan kimia
kerana kebanyakan buah dari luar Negara itu menggunakan bahan kimia untuk
mengekalkan kesegaran buah tersebut pada jangka masa yang lama.

Kesan/ Akibat:
• Pokok buah-buahan tempatan dapat hidup dengan lebih subur dan mengeluarkan
buah yang bermutu tinggi kerana pokok buah-buahan tempatan ini menggunakan
baja yang organik. Oleh sebab itu, penghasilan buah akan menjadi lebih berkualiti
serta mempunyai khasiat yang sangat baik kepada badan manusia. Badan manusia
akan mendapat nutrient dan mineral yang secukupnya daripada buah tersebut serta
dapat mencegah atau mengawal daripada terkena penyakit seperti kanser, diabetes,
atau tekanan darah tinggi. Tambahan pula, masyarakat akan menjadi lebih sihat jika
mengamalkan pemakanan buah tempatan.
BANDING BEZA

Menerangkan tentang persamaan atau


perbezaan dalam suatu perkara.

Tetapi ditulis dalam perenggan yang


berasingan
CONTOH PERENGGAN BANDING BEZA
Pendahuluan :
Malaysia sememangnya sudah terkenal dengan kepelbagaian jenis buah-buahan iaitu sama ada
buah-buahan tempatan mahupun buah-buahan dari luar negara. Setiap daripadanya sudah pasti
mempunyai khasiat serta kebaikan yang mampu dijadikan sebagai rawatan atau pencegah bagi setiap
penyakit. Namun, setiap khasiat yang ada dalam buah tempatan mahupun buah dari luar negara pasti
mempunyai persamaan dan perbezaannya kerana setiap buah semestinya mempunyai kandungan yang
berbeza dan memberi kesan yang berbeza kepada setiap individu. Antara contoh buah tempatan ialah
rambutan, durian, manakala contoh buah dari luar negara pula ialah epal, anggur, serta oren.
Persamaan:
Persamaan yang dapat kita lihat antara buah tempatan mahupun buah dari luar negara ialah
daripada aspek khasiatnya yang mampu mencegah beberapa jenis penyakit. Sebagai contoh, buah pisang
dan buah lemon dapat mencegah daripada penyakit darah tinggi. Hal ini kerana, buah pisang dan lemon
dapat membantu melembutkan salur darah serta menjadi lebih fleksibel sehingga dapat menurunkan
tekanan darah tinggi.
Perbezaan:
Manakala, perbezaan antara buah tempatan mahupun buah dari luar Negara ialah buah tempatan
sememangnya lebih berkualiti dan lebih berkhasiat kerana cara penjagaan buah tempatan ini hanya
menggunakan kaedah semula jadi dan sebagai contoh, negara kita hanya menggunakan baja organic
manakala, kebanyakan di negara luar mereka menggunakan baja kimia. Hal ini jelas menunjukkan bahawa
buah yang akan dihasilkan di negara kita akan menjadi lebih berkualiti kerana tidak dicampuri dengan
kandungan bahan kimia yang ada dalam baja tersebut, manakala buah yang dihasilkan di negara luar ini
mungkin kurang berkualiti disebabkan baja yang digunakan itu telah dicampuri dengan bahan kimia maka
khasiat buah yang dihasilkan di negara kita akan memberi kesan yang sangat efektif kepada badan kita
berbanding buah yang dihasilkan di negara luar.
SEKIAN,
TERIMA
KASIH

You might also like