Apirasi

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

EDUP 3013

Falsafah & Pendidikan di


Malaysia
Nama pensyarah: Encik Ahmad bin Ahmad Rusdi
Nama ahli kumpulan: Sophia Law Hui Hui
Clement Chong Kiet Siew
Sim Yi Tang
Fong Jia En
Huraikan lima aspirasi sistem pendidikan
negara masa kini berdasarkan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025
1. Akses
100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada
prasekolah hingga menengah atas menjelang tahun 2020
• Setiap kanak-kanak warganegara Malaysia berhak mendapat
kesamarataan peluang pendidikan bagi membolehkan mereka
mencapai potensi masing-masing.
• Kementerian berhasrat memastikan kadar akses sejagat dalam
kalangan kanak-kanak dari peringkat prasekolah hingga ke
peringkat menengah atas (Tingkatan 5) menjelang 2020.
2. Kualiti
Negara dalam kelompok satu pertiga teratas dalam pentaksiran
antarabangsa seperti TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun
• Semua kanak-kanak akan berpeluang mendapat pendidikan cemerlang
berdasarkan keunikan sistem pendidikan di Malaysia, dan setanding
dengan sistem pendidikan antarabangsa.
• Aspirasi sistem pendidikan negara adalah untuk meletakkan Malaysia
dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa
mengikut pengukuran TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun yang akan
datang (TIMSS dan PISA menguji Bacaan, Matematik dan Sains sahaja).
• Pentaksiran tambahan yang menangani dimensi kualiti lain yang relevan
dengan konteks Malaysia boleh dimasukkan apabila dimensi itu
dibangunkan dan diterima di peringkat antarabangsa.
3. Ekuiti
50% pengurangan dalam jurang pencapaian (Bandar/luar
bandar, sosioekonomi, gender) menjelang tahun 2020
• Sistem pendidikan berprestasi tinggi menyediakan pendidikan
yang terbaik kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira
kedudukan geografi, gender atau latar belakang sosioekonomi.
• Kementerian berhasrat untuk merapatkan lagi jurang
pencapaian antara murid bandar dengan luar bandar, tahap
sosioekonomi dan pencapaian antara gender sehingga 50%
menjelang 2020.
4. Perpaduan
Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan
nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian
• Murid yang berusia antara 7 hingga 17 tahun menghabiskan lebih satu
perempat daripada masa mereka di sekolah.
• Melalui interaksi bersama murid lain daripada pelbagai latar belakang
sosioekonomi, agama dan etnik, murid belajar memahami, menerima dan
menghayati perbezaan.
• Keadaan ini mewujudkan suatu perkongsian pengalaman dan aspirasi bagi
membina masa hadapan Malaysia.
• Kementerian berhasrat menjana suatu sistem pendidikan yang memberi
peluang kepada murid berkongsi pengalaman dan aspirasi demi membentuk
dan memperkukuhkan lagi asas perpaduan rakyat Malaysia.
5. Kecekapan
Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut
peruntukan sedia ada
• Sistem pendidikan Malaysia telah menerima peruntukan yang
tinggi, namun peningkatan keberhasilan murid masih tidak
sepadan dengan sumber yang telah disalurkan ke dalam sistem.
• Walaupun Kerajaan akan terus mengekalkan tahap pelaburan
semasa, Kementerian berhasrat untuk memaksimumkan
keberhasilan murid mengikut tahap peruntukan semasa.
Terima Kasih

You might also like