Jelaskan Konsep Negara Bangsa Dan Nyatakan Peranan Guru

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Jelaskan Konsep Negara Bangsa dan

Nyatakan Peranan Guru dalam bilik darjah


dalam pembinaan negara bangsa
Malaysia yang berdaulat.
TUGASAN 1

Disediakan oleh :Wan Amirul Amin Bin W.Hussin


KONSEP NEGARA BANGSA
Negara bangsa merupakan satu proses melahirkan bangsa baru,
yakni sebuah negara yang mempunyai kedaulatan di mana
semua rakyatnya disatukan oleh ikatan-ikatan seperti bahasa,
budaya, nilai-nilai dan lain-lain yang membentuk bangsanya.
Tujuan utama pembinaan bangsa itu adalah untuk melahirkan
perasaan taat setia dan perpaduan terhadap sesuatu
pertubuhan (bangsa) itu.

Chew Fong Peng .(2006). Pembentukan Negara Bangsa Melalui Pendidikan


Sastera. Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 17.Diambil daripada
http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/24071/Article_6.PDF
KONSEP NEGARA BANGSA
• Zulhilmi Paidi dan Rohani Abdul Ghani (2003: 35-36) pula
berpendapat bahawa negara bangsa merupakan gabungan
tiga komponen utama, iaitu negara, individu dan bangsa,
selain daripada tiga syarat utama.

• Pertama kehidupan masyarakat dalam negara tersebut


bersatu padu tanpa berlaku sebarang pemisahan atau
diskriminasi. Masyarakat tidak dibezakan atas dasar
perkauman atau sebab perbezaan kepercayaan, bahasa,
kebudayaan, jenis pekerjaan, penempatan atau apa jua sebab
yang boleh membawa kepada perpecahan dan huru hara.
Chew Fong Peng .(2006). Pembentukan Negara Bangsa Melalui Pendidikan
Sastera. Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 17.Diambil daripada
http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/24071/Article_6.PDF
KONSEP NEGARA BANGSA
• Kedua penduduk dan rakyat negara itu juga mestilah
berkongsi pegangan kepada suatu ideologi yang sama.

• Ketiga, penduduk juga haruslah mempunyai kepercayaan dan


keyakinan yang sepenuhnya terhadap sistem pemerintahan
dan undang-undang negara.

Chew Fong Peng .(2006). Pembentukan Negara Bangsa Melalui Pendidikan


Sastera. Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 17.Diambil daripada
http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/24071/Article_6.PDF
PERANAN GURU
• Selain berperanan menyampaikan ilmu pengetahuan am
kepada pelajar, guru juga mempunyai peluang untuk
mempengaruhi pelajar tentang kepentingan nilai, sikap dan
kepercayaan budaya antara kaum (Reynolds 2001). Ini boleh
dilaksanakan dengan baik melalui perancangan kurikulum
yang baik dan sesuai untuk menerapkan nilai perpaduan.
Contohnya pendidikan Sejarah bertujuan untuk memupuk
semangat warganegara yang setia kepada negara dan
berperasaan bangga pada diri sebagai rakyat Malaysia melalui
pengetahuan dan penghayatan sejarah tanah air.

Yong Hie Hie, Ku Hasnita Ku Samsu, Zatul Himmah Adnan, Mohd Daud Awang & Adlina Ab Halim. (2018).Peranan Guru Sebagai Agen
Sosialisasi dalam Membentuk Perpaduan Kaum di Sekolah.Akademika 88(2).Diambil daripada
http://journalarticle.ukm.my/12833/1/18914-81005-1-PB.pdf
PERANAN GURU
• Guru perlu menghayati salah satu elemen dari Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (Kementerian Pelajaran Malaysia
2012) yang berkaitan dengan perpaduan, iaitu “rakyat
Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”,
Sehubungan ini, guru diharapkan dapat menghayati dan
melaksanakan keperluan berdasarkan matlamat Falsafah
Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang bersifat
toleransi, bertimbang rasa, bersemangat kekitaan dan
hormat-menghormati.

Yong Hie Hie, Ku Hasnita Ku Samsu, Zatul Himmah Adnan, Mohd Daud Awang & Adlina Ab Halim. (2018).Peranan Guru Sebagai Agen
Sosialisasi dalam Membentuk Perpaduan Kaum di Sekolah.Akademika 88(2).Diambil daripada
http://journalarticle.ukm.my/12833/1/18914-81005-1-PB.pdf
PERANAN GURU
• Guru harus mendapat pendidikan dan latihan yang menjurus
kepada penguasaan pengetahuan dan kemahiran yang
relevan demi memastikan guru mampu menganalisis isu yang
berkaitan dengan kaum, budaya dan amalan kaum secara
kritikal. Guru juga perlu mengenal pasti pendekatan yang
paling berkesan untuk memberikan pengalaman yang
bermakna kepada pelajar (Noriati et al. 2011). Jika guru tidak
melengkapkan diri dengan perkembangan semasa yang
berkaitan tentang ilmu kebudayaan kaum lain, keliruan dan
pertembungan kebudayaan yang tidak sihat mungkin akan
berlaku

Yong Hie Hie, Ku Hasnita Ku Samsu, Zatul Himmah Adnan, Mohd Daud Awang & Adlina Ab Halim. (2018).Peranan Guru Sebagai Agen
Sosialisasi dalam Membentuk Perpaduan Kaum di Sekolah.Akademika 88(2).Diambil daripada
http://journalarticle.ukm.my/12833/1/18914-81005-1-PB.pdf
PERANAN GURU
• Guru berperanan sebagai agen perpaduan di sekolah dengan
cara melibatkan semua pelajar pelbagai kaum dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran untuk menyemaikan sikap
saling menghormati dan memahami kebudayaan kaum lain.
Manakala sifat dengki dan khianat terhadap kaum tertentu
akan terlebur jika semua anggota masyarakat memiliki sifat
saling menghormati dan memahami kebudayaan kaum lain
yang dipupuk sejak kecil lagi

Yong Hie Hie, Ku Hasnita Ku Samsu, Zatul Himmah Adnan, Mohd Daud Awang & Adlina Ab Halim. (2018).Peranan Guru Sebagai Agen
Sosialisasi dalam Membentuk Perpaduan Kaum di Sekolah.Akademika 88(2).Diambil daripada
http://journalarticle.ukm.my/12833/1/18914-81005-1-PB.pdf
KESIMPULAN
mendapat
pendidikan dan
latihan

mempengaruhi
menghayati
salah satu
Peranan pelajar tentang
kepentingan
nilai, sikap dan
elemen dari FPK
Guru kepercayaan
antara kaum

Agen perpaduan

You might also like