Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

ETIKA

PEMENTORAN
SEKSYEN A:
PERHUBUNGAN
PEMENTORAN
EP1: Tiada Diskriminasi
Mentor mestilah menghormati kepelbagaian individu
dan tidak mendiskriminasi menti atas sebab-sebab
seperti umur, warna kulit, ketidakupayaan, budaya,
etnik,jantina, bangsa, orientasi seks, status
perkahwinan atau status sosioekonomi.

EP2: Maklumat Menti


Mentor mesti memaklumkan kepada menti maklumat
secukupnya berhubung proses dan perhubungan
pementoran.
EP3: Perhubungan Peribadi
Mentor mesti berusaha untuk mengelakkan perhubungan
mesra yang berlebihan dengan menti sehingga
melemahkan pertimbangan profesional atau
meningkatkan risiko atau bahaya kepada menti. Apabila
perhubungan ini tidak dapat dielakkan, maka mentor
mesti mengambil langkah-langkah yang bersesuaian
supaya pertimbangan yang dibuat tidak terjejas dan
mewujudkan eksploitasi terhadap menti.

EP4: Perhubungan Intim


Mentor tidak boleh terlibat di dalam sebarang jenis
perhubungan intim dengan menti.
EP5: Perhubungan Di Luar
Mentor tidak boleh terlibat dalam perhubungan mesra
di luar bidang tugas mereka individu (menti) yang di
bawah penyeliaan, penilaian dan kawalan mereka

EP6: Ketidakupayaan Membantu Menti


Mentor mesti mengelak daripada memulakan atau
menamatkan perhubungan pementoran secepat
mungkin sekiranya mereka .
SEKSYEN B:
KERAHSIAAN
EP7: Keperluan Kerahsiaan
Mentor mestilah menyimpan semua maklumat yang
berkaitan dengan pementoran kecuali pendedahan untuk
kebaikan mentimdan keperluan perkhidmatan. Apabila
pendedahan perlu, hanya maklumat berkaitan diberikan
dan menti dimaklumkan dengan pendedahan tersebut

EP8: Di Kalangan Pegawai


Mentor perlu memastikan bahawa keperibadian dan
kerahsiaan menti dikekalkan di kalangan pegawai di
kementerian/jabatan.
EP9: Kerahsiaan Di Kalangan Urus Setia Program
Pengupayaan Kendiri
Mentor perlu memastikan maklumat pementoran
hanya diberikan kepada urus niaga Program
Pengupayaan Kendiri tanpa mendedahkan kepada
pihak lain.
SEKSYEN C:
TANGGUNGJAWAB
PROFESIONAL
EP10: Batasan Kecekapan
Mentor mesti mempraktikkan pementoran dalam batas
kecekapan mereka sahaja.

EP11: Peningkatan Pengetahuan


Mentor mesti meningkatkan tahap kecekapan dan pengetahuan
mereka bagi mengekalkan tahap profesionalisme.

EP12: Ketidakupayan Profesional


Mentor mesti mengelakkan diri daripada perkhidmatan apabila
beliau mengalami permasalah peribadi atau konflik yang boleh
merosakkan menti.
EP13: Gangguan Seksual
Mentor tidak boleh terlibat di dalam melakukan
gangguan seksual terhadap menti.

• EP14: Bayaran Perkhidmatan


Mentor tidak boleh mengenakan atau menerima
sebarang bayaran bagi khidmat pementoran yang
mereka jalankan.
SEKSYEN D:
MENGAJAR, MELATIH DAN
MENYELIA
EP15: Persiapan Untuk Pementoran
Mentor yang terlibat dalam pementoran mestilah terlatih dan
bersedia dengan teknik dan kaedah pementoran yang betul.

EP16: Batasan Keupayaan Menti


Mentor mestilah membantu menti di dalam memberikan
khidmat nasihat, bimbingan dan tunjuk ajar yang sewajarnya
sesuai dengan keupayaan dan keperluan menti.

 EP17: Pengalaman Kendiri


Mentor tidak boleh menggunakan pengalaman kendiri dalam
menilai, melatih, mengajar dan menyelia menti kecuali
pengalaman yang boleh dijadikan panduan dan teladan baik
kepada menti.
SEKSYEN E:
LAPORAN PEMENTORAN
EP18: Penilaian Mentor
Mentor mesti melakukan penilaian pementoran ke
atas menti menggunakan format borang yang
disediakan. Penilaian haruslah berdasarkan
pertimbangan profesional dan tidak terikat kepada
konflik peribadi.

EP19: Laporan Kepada Urus Setia Program


Pengupayaan Kendiri
Mentor mesti menggunakan laporan penilaian ke atas
menti setelah tempoh pementoran tamat kepada urus
setia Program Pengupayaan Kendiri.
SEKSYEN F:
ISU ETIKA
EP20: Kerjasama Dengan Jawatankuasa Etika
Mentor mesti bekerjasama di dalam penyiasatan,
prosiding dan memenuhi syarat yang dikehendaki
oleh Jawatankuasa Etika atau jawatankuasa lain yang
dilantik atau badan yang mempunyai kuasa ke atas
dakwaan melanggar undang-undang .

• EP21: Peningkatan Pengetahuan


Mana-mana mentor yang didapati melanggar Etika
Pementoran mestilah dilucutkan tugas sebagai mentor
dan menti dirujuk kepada mentor yang bersesuaian. .

You might also like