Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 36

Bahan Seramik - Pengenalan

 Seramik bukan bahan logam dan bukan bahan organik. Bahan ini
adalah sebatian antara unsur logam dan unsur bukan logam.
 Ikatan antara atom yang selalu wujud dalam bahan seramik ialah
sama ada ikatan ion atau kovalen atau campuran kedua-duanya.
 Struktur hablur bahan seramik terdiri dari cas-cas ion bukannya atom
seperti dalam logam. Iaitu cas positif atau kation dan cas negatif atau
anion.
 Ciri-ciri bahan seramik adalah keras, rapuh, mempunyai suhu lebur
yang tinggi, konduksi elektrik dan haba yang sangat rendah dan
mempunyai kekuatan mampatan yang tinggi.
 Antara penggunaan bahan seramik ialah dalam membuat batu bata,
kaca, perkakas mesin pemotong, jubin dan lain-lain. Contoh: jubin
yang digunakan untuk melindungi Space Shuttle adalah diperbuat
daripada silika, adalah bahan seramik.

1
Bahan Seramik - Pengenalan

Jadual menunjukkan peratus


ikatan ionik dalam bahan
seramik. Peratusan selebihnya
adalah ikatan kovalen.
Peratus ini ditentukan seperti
berikut:
%ionik= {1-exp[-(0.25)(XA -
XB)2]}x 100
XA dan XB nilai
kelektronegatifan unsur A dan
B
2
Bahan Seramik-Struktur Hablur
 Bahan seramik mempunyai struktur hablur yang terdiri dari sekurang-
kurangnya dua unsur atau lebih dalam bentuk ion.
 Ciri-ciri kedua-dua ion ini (kation dan anion) mempengaruhi bentuk struktur
hablur bahan seramik. Iaitu magnitud cas pada tiap-tiap ion bahan seramik
dan saiz relatif antara kedua-dua kation dan anion ini.
 Magnitud cas elektrik dalam komponen ion mesti sama untuk mendapatkan
cas neutral. Misalnya bahan Kalsium Flourida (CaF 2) - mempunyai 2 cas
positif dari kation kalsium (Ca2+) dan mempunyai satu cas negatif daripada
anion flourida. Oleh itu supaya neutral, bagi setiap ion kalsium mesti ada 2
ion flourin.
 Saiz kation adalah lebih kecil daripada anion jika jejari kation ialah r c dan
jejari anion ialah ra, maka nisbah rc/ra mesti kurang daripada nilai satu.
 Dalam susunan padat ion dalam hablur seramik, setiap ion cenderung
untuk mempunyai semaksimum mungkin ion terdekat yang terikat
dengannya. Iaitu Nombor koodinasi hablur.
 Oleh itu saiz dan cas memainkan peranan dalam menentukan nombor
3 koodinasi ini.
Bahan Seramik-Struktur hablur

a b c
 Rajah di atas menunjukkan susunan kation dan anion yang stabil dan tidak stabil
berdasarkan saiz kation.
 Rajah (a)- saiz bulatan merah (kation) dapat terikat dengan 4 anion, begitu juga
dengan Rajah (b), kation masih boleh terikat dengan 4 anion memberikan struktur
yang stabil tetapi lebih padat. Dalam rajah c) saiz kation yang terlalu kecil tidak
dapat terikat dengan stabil kepada 4 anion kerana saiz kation yang terlalu kecil
berbanding anion. Struktur hablur begini tidak stabil.
 Jadi bilangan ion yang boleh terikat dengan satu kation atau nombor koodinasi
sangat bergantung kepada saiz geometri kation dan anion dalam hablur sebatian
seramik berkenaan..
4
Bahan Seramik -
Struktur Hablur
lelurus
Dengan nisbah rc/ra <0.155,
ikatan susunan kation dan anion
Satah
hanya mungkin dalam susunan Segitiga
lelurus sahaja. Nombor koodinasi
= 2,
tetrahedron
Bagi 0.155 < rc/ra < 0.225; kation
dan anion terikat dalam susunan
pada satu satah tiga segi. No.
Koodinasi = 3 oktahedron

Dan seterusnya seperti pada


jadual sebelah nombor koodinasi
sangat bergantung pada saiz
geometri kation dan anion yang kiub
terikat dalam hablur.
5
Bahan Seramik - Struktur Hablur
 Struktur hablur jenis AX - Terdapat bahan seramik
dengan bilangan kation dan anion yang sama. Sebatian
seramik jenis ini dipanggil jenis AX. A mewakili kation
dan X mewakili anion.
 Terdapat beberapa bentuk struktur hablur daripada jenis
AX ini, yang dinamakan mengikut bahan berkenaan.
 Struktur Garam batu (Rock Salt Structure) - Struktur
hablur AX yang biasa ialah Natrium Klorida (NaCl).
Nombor koodinasi bagi kation dan anion ialah 6.
Oleh itu nisbah jejari kation-anion antara 0.414
hingga 0.732.
 Bentuk strukturnya ialah FCC dengan 2 ion dalam
satu kekisi. Dua susunan hablur FCC kation dan
anion seperti bertindan antara satu sama lain.
 Bahan-bahan lain yang menunjukkan struktur hablur
begini ialah: MgO, MnS, LiF dan FeO.

6
Bahan Seramik-Struktur Hablur
 Struktur Cesium Klorida - Struktur hablur ini
mempunyai anion pada hujung-hujung kiub dan satu
kation di tengah. Walaupun bentuk seperti struktur
BCC tetapi ia bukan struktur BCC kerana ion ditengah
adalah daripada atom berbeza.
 Nombor koodinasi bagi hablur ini ialah 8 bagi kedua-
dua kation dan anion.
 Struktur Zink blende - Mempunyai nombor koodinasi 4,
iaitu tersusun dalam bentuk tetrahedron.
 Ion sulfur berada pada semua penjuru kekisi dan pada
tengah permukaan (face centered) sementara zink
berada pada kedudukan dalaman tetrahedron.
 Satu ion zink terikat dengan 4 ion sulfur.
 Bahan lain yang mempunyai struktur demikian ialah
ZnTe (Zink Tellurida) dan SiC (silikon karbida)
7
Bahan Seramik-Struktur hablur
 Struktur Hablur Jenis AmXp - Apabila cas kation dan anion tidak
sama dan nilai m dan/atau p tidak sama dengan 1.
 Contoh: sebation AX2 iaitu CaF2 - mempunyai nisbah jejari kation-
anion 0.8. Oleh itu nombor koodinasinya ialah 8.
 Cuma terdapat separuh bilangan ion kalsium berbanding flourida
dalam satu kiub hablur. Dalam satu unit hablur ini terdapat 8 kiub.
Kation berada ditengah kiub dan anion berada dipenjuru.
 Bahan lain dengan struktur ini ialah UO2(Uranium dioksida), PuO2
(plutonium dioksida) dan ThO2 (thorium dioksida).
 Struktur hablur jenis AmBnXp - Sebatian seramik boleh
mengandungi lebih daripada satu kation. Dua kation berkenaan
diwakili oleh A dan B.
 Contoh: sebatian ABX3 : antaranya ialah Barium Titanate (BiTiO 3)
yang mempunyai kation Ba2+ dan Ti4+.
 Struktur hablur ini termasuk dalam jenis perovskite.
 Jenis lain ialah: AB2X4 struktur spinel - contoh: MgAl2O4 dan
8 FeAl2O4.
Bahan Seramik - Struktur Hablur

Jadual di atas menunjukkan ringkasan jenis-jenis struktur hablur bahan


seramik yang telah dibincangkan.

9
Bahan Seramik - Struktur Hablur

Jadual di atas menunjukkan kumpulan-kumpulan bahan seramik


berdasarkan penggunaannya.
10
Jenis-Jenis Seramik
 Seramik Oksida (Oxide Ceramic): alumina (aluminium
oksida - Al2O3), Zirconia (zirconium oksida - ZrO2)
 Seramik karbida (carbides ceramic): tungsten karbida,
Satu unit tetrahedron titanium karbida
 Seramik nitrida (nitrides ceramic) - cubic boron nitride
(CBN), titanium nitride (TiN) dan silicon nitride (Si3N4).
 Seramik Silikat: bahan seramik yang terdiri dari atom
silikon dan oksigen, dua unsur yang paling banyak di
permukaan Bumi. Bahan seramik ini boleh dalam
pelbagai susunan struktur bergantung pada
bagaimana unit-unit tetrahedron SiO44- bergabung
sama ada dalam satu, dua atau tiga dimensi.
 Silika (SiO2) - atau silikon dioksida rangkaian
Kristobalit-atom oksigen hablur 3 dimensi bentuk tetrahedron. Terdapat
pada sudut dalam unit
tetrahedron dikongsi dengan
dalam 3 bentuk polimorf iaitu kuarza (quartz),
unit tetrahedron lain. kristobalit (cristobalite) dan tridaimit (tridymite).
11
Jenis-Jenis Seramik
 Kaca Silika - akan dibincang bawah tajuk bahan kaca.
 Sebatian silikat (Silicates) - Apabila satu, dua atau tiga atom oksigen pada
sudut hablur dikongsi bersama oleh unit-unit tetrahedron lain akan
membentuk struktur yang lebih kompleks. Sebahagiannya seperti yang
ditunjukkan dalam rajah I (struktur kompleks) dan Rajah II (struktur lapisan)

Rajah I

Rajah II

Struktur lapisan silikat 2-


12 dimensi dengan unit (Si2O5)2-
Jenis-Jenis Seramik

KARBON Struktur Hablur Grafit

 Karbon - Bahan polimorf, wujud dalam struktur hablur yang berlainan dan juga
dalam bentuk amorfus. Tidak tergolong dalam mana-mana kumpulan bahan
seperti logam, seramik, atau polimer kecuali grafit (graphite) digolongkan ke
dalam seramik dan intan (diamond) yang mempunyai struktur hablur zink blende.
 Grafit adalah salah satu polimorf karbon mempunyai struktur hablur berbeza
dengan intan. Iaitu terdiri dari lapisan karbon tersusun secara heksagon. Dalam
setiap lapisan, atom karbon diikat dengan 3 atom lain secara kovalen.
 Ikatan antara lapisan grafit ialah ikatan Van der Waals.
 Bahan ini rapuh, mempunyai konduktiviti elektrik dan haba yang baik dan
rintangan terhadap kejutan haba (thermal shock) yang baik. Menyerap gas
dengan baik dan mempunyai pekali perkembangan terma yang rendah.
 Antara kegunaannya ialah sebagai gentian untuk bahan komposit, elektrod
13 kimpalan, acuan untuk logam dan seramik, bahan refraktori.
Jenis-Jenis Seramik
Struktur hablur kiub
intan

Foto elektronmikroskop
lapisan nipis intan
 Intan (diamond) - polimorf karbon yang mempunyai struktur hablur seperti zinc blende kecuali
pada semua kedudukan kekisi atomnya terdiri dari atom karbon.
 Setiap atom karbon terikat kepada 4 atom karbon yang lain dengan ikatan kovalen. Struktur
hablur ini dipanggil struktur kiub intan (diamond cubic crystal).
 Merupakan bahan yang paling keras dan mempunyai konduktiviti elektrik yang rendah
disebabkan ikatan atom kovalen.
 Sifat kerasnya menyebabkan ia digunakan sebagai bahan alat pemotong dan sebagai
pelelas (abrasives) dalam roda pengisar untuk mengisar bahan keras.
 Intan sintetik atau “industrial diamond” yang mula dibuat pada 1955 dilakukan dengan
mengenakan tekanan hidrostatik setinggi 14GPa pada suhu 3000oC, digunakan secara
meluas dalam industri.
 Intan sintetik sama seperti intan semulajadi malah mempunyai sifat yang lebih baik kerana
14 kurang bahan bendasing di dalamnya dan ada dibuat dalam bentuk lapisan nipis.
Jenis-Jenis Seramik
 Fullerness - Suatu polimorf karbon Molekul heksagon
yang ditemui pada 1985. Molekul pentagon
Berbentuk hablur sfera gumpalan
daripada 60 atom karbon yang
merupakan cantuman kumpulan
molekul karbon heksagon dan
pentagon.
 Karbon ini merupakan penebat
elektrik. Tetapi dengan
memasukkan bendasing, bahan ini
boleh dijadikan separa-pengalir
(semikonduktor).
Struktur molekul sebuah
molekul C60 dipanggil
buckminsterfullerene
15
Jenis-Jenis Seramik
 Tiub Nano Karbon - Hasil kajian terbaru ini terdiri daripada satu lapisan grafit
yang digulungkan menjadi tiub dan hujung-hujungnya ditutup dgn. Karbon-
fullerness (C60)
 Sifat mekanik nya - kekuatan tegangan - antara 50 - 200 GPa. Lebih kuat
daripada gentian karbon. Modulus Young ~ 103 GPa. Terikan ketika putus
sekitar 5% - 20%.
 Jangkaan penggunaannya sebagai gentian dalam bahan komposit. Dan bahan
paparan warna bagi TV dan komputer.

16
Jenis-Jenis Seramik - KACA
 Kaca - Bahan ini adalah bahan seramik jenis silikat tidak berhablur yang
mengandungi jenis oksida seperti CaO, Na2O, K2O dan Al2O3.
 Merupakan kumpulan bahan seramik yang banyak digunakan seperti
cermin tingkap, kanta mata, gentian kaca dan lain-lain.
 Terdapat lebih dari 750 jenis kaca di pasaran.

17
Jenis-Jenis Seramik - Kaca
 Kaca adalah pepejal amorfus yang tidak
mempunyai struktur hablur dan tidak
mempunyai suhu lebur atau suhu beku
yang tertentu. Oleh itu kelakuannya
sama seperti polimer amorfus.
 Apabila suhu diturunkan ia tidak
membeku seperti pepejal berhablur
yang berlaku pada satu suhu tetapi
beransur menjadi bertambah likat atau
kental. Dan menjadi kaca apabila
mencapai suatu suhu yang dipanggil
suhu peralihan kaca (glass transition Perbezaan antara kaca dan
temperature) (Tg) tanpa pengurangan bahan berhablur apabila
isipadu yang banyak dengan mendadak. disejukkan
 Semua jenis kaca mengandungi paling
sedikit 50% silika (SiO2) yang dikenali
18 juga sebagai “glass former”
Jenis-Jenis Seramik- KACA
 Antara sifat kejuruteraan bagi bahan kaca yang penting
ialah hubungan antara suhu dan kelikatannya. Sifat ini
bergantung pada komposisi dan jenis oksida yang
dicampurkan seperti dalam Rajah.
 Sifat ini penting dalam kerja pemprosesan dan fabrikasi
kaca. Takat-takat penting bagi kaca ialah:
 Takat lebur: suhu apabila kelikatan mencapai 100 P.
Kaca dalam bentuk cecair.
 Takat kerja: suhu apabila kelikatan mencapai 104 P.
Kaca mudah diubah bentuk pada suhu ini.
 Takat melembut: suhu apabila kelikatan mencapai
4x107 P. Suhu maksimum bagi kaca boleh dikendalikan
tanpa mengalami perubahan dimensi yang signifikan.
 Takat sepuhlindap (annealing): suhu apabila kelikatan
Takat-takat penting kaca 1013 P. Ketika ini resapan atom boleh berlaku
cepat dan boleh mengurangkan tegasan baki.
bagi kaca
 Takat Tegasan: suhu bagi kaca dengan kelikatan
3x1014 P. Kaca pecah tanpa mengalami ubah bentuk.
19
Pemprosesan Produk Kaca
 Pemprosesan produk kaca boleh dilakukan
dalam 4 kaedah: Penekanan (pressing), Tiupan
(Blowing), semperitan (drawing), pembentukan
gentian (fibre forming) pada suhu tinggi.
 Rajah sebelah (atas) ialah pembentukan botol
dari suatu bongkah kaca yang dimasukkan ke
dalam acuan dan dikenakan proses penekanan
dan tiupan.
 Rajah sebelah (bawah) ialah pembentukan
kepingan nipis kaca.
 Gentian kaca dibuat dengan melakukan
semperitan kaca melalui lubang-lubang halus
(small orifice) dalam suatu ruang pemanasan
platinum.
 Produk kaca yang telah sejuk biasanya
dikenakan rawatan haba- memanaskan ke takat
20 sepuhlindap.

Rawatan Haba - Kaca
Sepuhlindap (Annealing) - Produk kaca yang disejukkan selepas pemprosesan
mengalami tegasan terma (thermal stress) , iaitu kesan perbezaan kadar
penyejukkan dan kadar pengecutan antara bahagian permukaan dan dalaman
kaca.
 Bagi bahan rapuh seperti kaca, tegasan terma melemahkan kaca. Bagi
mengelakkannya, proses penyejukkan produk kaca perlu dilakukan pada kadar
yang sangat perlahan. Jika telah berlaku tegasan terma ini, produk perlu
dikenakan proses sepuhlindap, dengan memanaskan produk dan menyejukkan
nya pada kadar yang sangat perlahan.
 Pembajaan Kaca (Glass Tempering): Kekuatan kaca boleh ditambah dengan
mengenakan tegasan baki mampatan permukaan (compressive residual surface
stresses).
 Teknik yang dipanggil pembajaan terma ini dilakukan dengan memanaskan
kaca sehingga ke suhu di atas kawasan suhu peralihan kaca (glass transition
temperature). Kemudian kaca disejukkan ke suhu bilik dengan jet air atau
larutan minyak. Tegasan baki wujud disebabkan perbezaan kadar penyejukkan
antara permukaan luar dan bahagian dalaman. Tegasan mampatan di
21 permukaan dan tegasan tegangan di bahagian dalaman.
Rawatan haba - Kaca
 Rajah sebelah menunjukkan taburan
tegasan baki pada keratan rentas
sekeping kaca yang telah dikenakan
proses pembajaan kaca.
 Kaca akan pecah apabila tegasan
tegangan dikenakan pada permukaan
yang ada rekahan. Tetapi apabila di
permukaan wujud tegasan mampatan
baki, tegasan tegangan yang lebih
tinggi diperlukan untuk kaca pecah.
 Kaca yang diproses melalui
pembajaan ini digunakan untuk
aplikasi yang memerlukan kekuatan
yang lebih tinggi seperti cermin kereta,
pintu, kanta mata dan lain-lain.
22
Kaca Seramik
 Kaca Seramik (Glass Ceramics) - adalah salah satu teknik
pembentukan bahan seramik daripada serbuk seramik yang tidak
berhablur (amorfus) kepada bentuk berhablur dengan rawatan haba
pada suhu tinggi.
 Proses ini dipanggil devitrification, yang menghasilkan bahan kaca
polihablur dipanggil kaca seramik.
 Agen pengnukleasan (nucleating agent-biasanya titanium oksida)
digunakan untuk mendorong berlakunya proses ini.
 Ciri-ciri kaca seramik yang baik ialah mempunyai pekali
perkembangan terma yang rendah dan kekuatan mekanikal yang
tinggi.
 Oleh itu kaca jenis ini tahan haba. Dalam pasaran kaca ini
dikeluarkan dengan jenama Corningware, Vision, dan lain-lain yang
biasanya tahan untuk digunakan dalam pemanasan.
23
Produk Tanah Liat
 Bahan mentah seramik yang paling banyak digunakan kerana
murah dan boleh didapati dengan banyak.
 Dengan kadar campuran tanah liat dan air yang sesuai, bahan ini
boleh dibuat supaya menjadi bahan mudah dibentuk kepada
pelbagai bentuk.
 Sifat tanah liat yang apabila dicampurkan air pada kadar tertentu
menjadi mudah dibentuk dipanggil keplastikanhidro
(hydroplasticity).
 Produk yang telah dibentuk dikeringkan dan dibakar pada suhu
tinggi bagi menambah kekuatannya.
 Terdapat dua kategori utama produk tanah liat, iaitu: (a) produk
struktur tanah liat. Seperti batu bata, jubin, paip hasil buangan
dan lain-lain, (b) produk whitewares, seperti bekas-bekas
24 tembikar dan sebagainya.
Seramik Tahan Panas (Refractory Ceramics)
 Bahan seramik ini digunakan dalam kuantiti yang banyak. Antara sifat
yang penting ialah tahan suhu tinggi tanpa melebur atau terhurai.
 Bahan ini tidak bertindakbalas (lengai) apabila terdedah dalam
persekitaran yang teruk dan agresif (severe envirnment).
 Bahan ini juga mampu memberi penebatan terma.
 Contoh penggunaannya ialah sebagai bahan pelapik (lining) relau seperti
yang dalam proses pembuatan kaca, rawatan haba dan peleburan logam.

25 Komposisi bahan seramik tahan panas yang biasa digunakan


Produk Seramik
 Seramik pelelas (abrasive ceramics): Digunakan untuk mengisar atau
memotong bahan yang lebih lembut.
 Sifat bahan untuk kegunaan ini mestilah kekerasan tinggi dan
kerintangan terhadap haus tinggi. Walaupun intan (semulajadi atau
sintetik) mempunyai sifat ini tetapi ianya mahal, jadi bahan seramik
pelelas adalah pengganti yang baik.
 Contoh bahan pelelas ialah seperti silikon karbida, tungsten karbida
(WC), aluminium oksida (corundum) dan pasir silika yang di salutkan
kepada mata pemotong atau pengisar.
 Bahan ini dilekatkan/salut pada mata pemotong dengan resin atau
kaca seramik. Bahan ini juga dilekatkan pada kain atau kertas untuk
kegunaan sebagai bahan pelelas.

26
Produk Seramik
 Simen: mempunyai sifat penting yang apabila dicampurkan dengan air
akan mengalami proses penghidratan (hydration) menghasilkan bahan
berkekuatan mampatan tinggi trikalsium silikat dan dikalsium silikat.
Kekuatan tegangannya amat rendah.
 Simen dibuat daripada tanah liat dan kapur pada perkadaran tertentu,
dikisarkan dan panaskan ke suhu sekitar 1400oC sehingga campuran itu
berubah ciri-ciri fizikal dan kimia menjadi butiran-butiran klinker. Proses
ini dipanggil calcination. Butiran-butiran ini dikisar menjadi serbuk simen
dan dicampurkan dengan gipsum bagi mengelakkan ianya mengeras.
 Antara jenis-jenis simen ialah simen Portland - iaitu jenis simen hidraulik,
yang mengeras dengan tindakbalas dengan air.
 Simen lain ialah - simen putih, simen alumina

27
Produk Seramik
 Seramik termaju (advanced Ceramics): Terdapat produk bahan
seramik terbaru yang dicipta khusus untuk aplikasi tertentu dipanggil
bahan seramik termaju.
 Antara aplikasi bahan ini ialah dalam enjin pembakaran dalam (enjin
kereta) kerana kemampuannya tahan pada suhu tinggi, rintangan
haus, rintangan terhadap kakisan, kehilangan efisiensi kerana
geseran rendah dan lebih ringan. Enjin yang masih diperingkat kajian
ini menggunakan seramik - silikon nitrida, silikon karbida, zirconia.
 Digunakan juga sebagai perisai seramik dalam kelengkapan
ketenteraan. Dalam perisai seramik ini bahan yang digunakan ialah
alumina (Al2O3), Boron karbida (B4C), silikon karbida (SiC) dan
titanium diborida (TiB2).
 Dalam pakej semikonduktor, bahan seramik digunakan sebagai
tempat melekapkan IC (litar bersepadu).
28
Penekanan Serbuk (Powder Pressing)
 Penekanan serbuk adalah kaedah pemprosesan bahan seramik yang
digunakan untuk fabrikasi bahan tanah liat dan bukan tanah liat
termasuk seramik elektronik dan magnetik.
 Jisim serbuk dalam proses ini yang mengandungi sedikit air atau
bahan ikatan lain, dipadatkan dengan tekanan dalam bentuk tertentu.
Fungsi air atau bahan ikatan ialah menjadi pelincir kepada zarah-
zarah yang bergerak dalam proses pemadatan dilakukan.
 Tahap pemadatan yang dilakukan adalah dimaksimumkan dan kadar
lompang yang wujud diminimumkan dengan mengabungkan saiz
serbuk kasar dan halus pada perkadaran yang sesuai.
 Ketika pemadatan dijalankan tiada berlaku ubah bentuk plastik
terhadap zarah-zarah serbuk seramik.
 Selepas bahan seramik dipadatkan, perlu pula dibakar (firing) dalam
proses yang dipanggil pensinteran (sintering).
29
Penekanan Serbuk (Powder Pressing)
 Dalam proses pensinteran ini zarah-zarah
yang telah dipadatkan (rajah a), akan
bercantum dan terbentuk leher pada
sempadan antara zarah-zarah (rajah b).
 Sempadan ini akan menjadi sempadan ira
apabila cantuman rapat dan ruang antara
zarah akan mengecil menjadi liang (pore)
(rajah c).
 Semakin lama proses pensinteran ini
dilakukan liang akan menjadi lebih kecil
dan lebih berbentuk sfera.
 Dalam proses ini tiada melibatkan fasa
cecair kerana dilakukan pada suhu jauh
dibawah suhu lebur bahan berkenaan.
30
Bukan Logam 2
 Jubin Seramik

Jenis bercorak

Kepingan marmar

31
Bukan Logam 2
 Jubin Seramik

pemasangan dengan menggunakan polimer lateks, akrilik
yang dicampurkan dengan simen dan pasir atau
menggunakan perekat / glu atau mortar. Ruang antara
jubin diletakkan dengan bahan pengnyah air (sealant) atau
grout daripada pasir halus, simen, kapur dan air.
Konkrit

Jubin Seramik

Sealant

Mortar /glu

32
 Susunan Jubin
Bukan Logam 2

Susunan Biasa Susunan Anyaman

Susunan Serong Susunan Tulang Ikan


33
Bukan Logam 2
 Terrazzo

ialah suatu bentuk konkrit, dengan bahan-bahan simen,
pasir, air dan agregat daripada kepingan halus marmar atau
kuarza. Simen boleh juga digantikan dengan grout resin
sintetik seperti poliester, epoksi, polikrilat.

Boleh dipasang secara insitu atau pratuang.

Bahan ini tidak tahan untuk asid dan alkali kuat.

Simen yang digunakan boleh simen Portland atau simen
putih bergantung pada corak yang diperlukan.

Selepas dipasang atau terazzo keras, permukaan dikisar
dan digilapkan.

34
Bukan Logam 2
 Terrazzo
Kepingan sudut
diikat ke lantai

Kemasan
Terrazzo

Perekat
polimer

Lantai konkrit
Terazzo dipasang pada lantai konkrit
Kepingan Pembahagi
drpd plastik atau zink
Terrazzo
Lapisan
pengukuh bawah
Tetulang

Lapisan anti
Lantai gelincir
Terrazzo dipasang pada lantai kayu papan

35
Bukan Logam 2
 Terrazzo

36

You might also like