Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

PENGENALAN GHAZAL

Ghazal merupakan satu kesenian tradisional masyarakat Melayu Negeri Johor yang popular.
Pada peringkat permulaannya, seni muzik ghazal ini disebut sebagai Qamat yang bererti nyanyian dan beriuh
rendah dikatakan berasal dari Tanah Arab.
Pada akhir abad ke-19, kerajaan Johor menjalin hubungan yang erat dengan kerajaan Riau-Lingga. Beberapa
orang dari golongan bangsawan Johor sering berulang-alik ke Riau.
Mereka sering dihiburkan dengan permainan ghazal.
Ada di antara mereka itu telah mempelajari kesenian ini dan memperkenalkan kesenian ini di istana Sultan Johor.
Di istana, kesenian muzik ghazal ini telah mendapat perhatian daripada sultan, pembesar-pembesar negeri dan
lain-lain golongan istana.
Justeru itu, perkembangan ghazal ke peringkat rakyat jelata menjadi cepat dan pesat.
Sehingga kini, muzik ghazal sering dimainkan di pelbagai acara atau keramaian yang diadakan di negeri Johor
Darul Ta’zim.
• Muzik tradisional ini sering dimainkan di majlis-majlis perkahwinan
golongan bangsawan (pada masa dahulu), acara-acara keramaian
yang dihadiri oleh Sultan Johor atau kerabat Diraja Johor, dan juga
majlis-majlis rasmi yang diadakan di negeri Johor.
• Antara penyanyi-penyanyi terkenal yang telah mempopularkan irama
ghazal Johor adalah Fadzil Ahmad, Datuk Sharifah Aini, Ramlah Ram,
Rosiah Chik, Allahyarhamah Datin Rafeah Buang, Datin Orchid
Abdullah dan ramai lagi.                                
TOKOH-TOKOH GHAZAL
• 1. Datuk Bentara Luar, Mohd. Salleh Bin Perang.
• - Beliau memperkenalkan dan memainkan seni muzik ghazal kepada penduduk
semasa pembukaan daerah-daerah baru.
• 2. Ungku Ahmad Bin Mohd. Khalid (Ungku Chik).
• 3. Ungku Mohammed Bin Mohd. Khalid.
• 4. Ungku Sulaimen Bin Daud.
• 5. Ungku Abdul Aziz Bin Abdul Majid.
• 6. Encik Dapat.
• 7. Haji Musa Bin Yusof (Pak Lomak). Cucu kepada Datuk Bentara Luar dan digelar
sebagai Bapa Ghazal Johor.
PERALATAN GHAZAL
Peti Harmonium - alat muzik tradisional yang
berasal dari India ini penting bagi Ghazal Melayu
Johor.
 Violin - alat muzik ini kecil sedikit daripada biola ,
tetapi biasanya disebut oleh orang-orang Melayu
dengan sebutan biola sahaja.
Alat jenis bertali ini adalah salah satu alat muzik
dalam permainan Ghazal Melayu Johor.
Gambus - alat muzik yang berasal dari Timur
Tengah ini merupakan alat muzik bertali yang
perlu ada dalam Ghazal Johor.
Satu Set Alat Tabla atau Do(Gendang) - juga
merupakan alat muzik yang berasal dari India .
Yang kecil dinamakan Din dan yang besar
dinamakan Bam.
Tamborin - alat muzik perkusi yang
menggantikan alat keroncong diperlukan
sebagai alat tempo dan rentak.
Marakas - sejenis alat perkusi yang diperlukan
sebagai alat rentak dan tempo.

You might also like