Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Kaedah dan Teknik

Pengajaran dan
Pengajaran Jawi :
- Kemahiran Literasi
Jawi

NUR HUSNA BT SHARIF ZULKIFLI


NOOR HASLINDA BT SUHAIMI
NOR FATIN UMAIRAH BT ROJISMEI
NURAFIQAH BT SAMSURI
SITI RAIHANAH BT ROSLI
KAEDAH PANDANG SEBUT
• Kaedah ini amat popular dalam pengajaran bacaan jawi.
• Ia melibatkan dua aktiviti iaitu membunyikan perkataan atau suku kata berdasarkan gambar
dan membunyikan ayat berdasarkan gambar yang ada cerita.
• Aktiviti ini adalah untuk membiasakan murid untuk mengecam perkataan atau ayat dan
tidak mengejanya.
• Melalui kaedah ini , murid akan dilatih bagaimana untuk mengenali sesuatu perkataan
tanpa mengejanya terlebih dahulu melalui latih tubi.
• Kaedah ini lebih praktikal kerana ianya memendekkan masa untuk mengeja perkataan
serta murid boleh memberikan tumpuan kepada perkataan atau ayat yang bermakna.
• Walaupun begitu kaedah ini tidak memfokuskan kepada pengajaran bunyi huruf .
CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN

i. Guru menunjukkan gambar dahulu kemudian murid akan menyebut perkataan yang ditulis
pada kad imbasan secara beramai-ramai dengan bimbingan guru.
ii. Langkah seterusnya diikuti dengan membaca perkataan atau ayat tersebut daripada buku
teks. Tiada cerakinan dibuat terhadap perkataan tersebut.
iii. Setelah murid-murid menguasai perkataan tersebut, barulah diperkenalkan kumpulan huruf
yang membentuk perkataan berkenaan dengan menggunakan kad-kad perkataan.
KAEDAH HURUF (ABJAD)
• Kaedah ini merupakan kaedah asas membaca yang paling tua yang paling digunakan
untuk mengajar membaca dalam kalangan kanak-kanak.
• Daripada cantuman huruf-huruf, murid akan diperkenalkan pula bunyi-bunyi atau suku kata
yang digabungkan menjadi perkataan.
• Pengajaran membaca wacana akan dimulakan setelah murid menguasai bunyi-bunyi
perkataan dalam ayat-ayat.
• Kaedah ini membolehkan mereka mengeja dan dapat membaca semua perkataan kerana
asas bacaan ialah bunyi setiap huruf yang membentuk perkataan tersebut.
• Kelemahan kaedah ini ialah akan melambatkan proses pemahaman kerana mereka
banyak menghabiskan masa untuk mengeja setiap perkataan.
CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN

i. Guru memperkenalkan kesemua huruf jawi sebanyak 37 huruf.


ii. Kemudian dikuti huruf-huruf vokal kemudian baru diikuti oleh huruf konsonan.
iii. iii) Kemudian digabung dengan huruf vokal untuk membentuk bunyi dalam suku
kata seterusnya digabung suku kata untuk menjadi perkataan.

You might also like