Komponen-Komponen Gaya Hidup Sihat

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

TA JU K 3: K OMP ONEN-

K OM P ONEN
GA YA HID U P S IHA T
KUMPULAN: NADIAH DAN TOH LI MOI
FIZIKAL
• Mempunyai tahap ketahanan tinggi terhadap sebarang serangan
penyakit yang boleh menjejaskan fungsi tubuh.
• Organ tubuhnya berfungsi dengan baik.
• Mempunyai tahap kecergasan yang optima dan berkemampuan
melakukan kegiatan seharian dengan baik dan berkesan.
• Deria tubuh mempunyai ketajaman untuk bertindak balas dengan
baik.
• Menjaga kebersihan dan kesihatan tubuh badan, persekitaran dan
alam sekitar.
– Melakukan aktiviti senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
– Makan makanan seimbang dan berkhasiat.
– Kemampuan tubuh menghindari diri daripada penyalahgunaan bahan
terlarang seperti dadah dan alkohol.
MENTAL
• Merujuk kepada tingkat keupayaan intelektual seseorang
individu.
• Berupaya untuk belajar dan berfikir secara rasional.
• Kebolehan untuk mengenal pasti realiti kehidupan serta
menangani masalah dengan bijak.
• Mengawal stres dan ketegangan yang melibatkan aspek
ketenangan jiwa, perasaan dan fikiran.
• Mendapat rehat yang cukup.
• Berfikiran positif.
EMOSI

• Merujuk kepada kebolehan dan keupayaan seseorang


individu untuk mengawal emosinya.
• Berkeupayaan menghalang dan menghadapi pelbagai
tekanan hidup dengan tenang dan bersahaja.
• Mempamerkan emosi yang stabil dan positif melalui
cara yang betul dan bukannya konstruktif.
ROHANI

• Dikaitkan dengan aspek-aspek kerohanian seperti


falsafah kehidupan, kepercayaan, dan keyakinan diri.
• Mempunyai kesedaran dan sentiasa mengamalkan
prinsip-prinsip yang positif.
• Menitikberatkan nilai, moral dan etika.
• Patuh kepada ajaran agama.
SOSIAL
• Merujuk kepada kebolehan seseorang individu untuk
memenuhi interaksi interpersonal.
• Merujuk kepada kualiti sesuatu perhubungan sama ada
di antara ahli keluarga, rakan, guru dan lain-lain.
• Memastikan keharmonian hubungan antara satu sama
lain serta mempunyai tujuan dan hala tuju.
• Menjalinkan hubungan baik dengan jiran dan rakan-
rakan.
• Berkebolehan untuk menghadapi fenomena-fenomena
sosial yang ditempuhi dalam kehidupan sehariannya.
PERSEKITARAN

• Menjelaskan seseorang individu yang berjaya mencapai


tahap kesihatan persekitaran mempunyai apresiasi yang baik
terhadap persekitaran sekelilingnya.
• Berkeupayaan untyuk memainkan peranan yang terpuji dan
berkesan untuk melindungi serta mempertingkatkan suasana
persekitarannya.
• Memastikan persekitaran yang bersih untuk kesejahteraan
bersama.
TERIMA KASIH

You might also like