Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

SBLM 4023

LANGUAGE IN SOCIAL CULTURAL CONTEXT


 
BAHASA DAN VARIASI BAHASA DALAM
MASYARAKAT MALAYSIA
ANALISIS KOMSAS TINGKATAN 1
‘KUINGIN BERTERIMA KASIH’
 
PROVIDED FOR :
DR. MELOR FAUZITA MAT YUSOF
 
PROVIDED BY :
NORHAFIZAH BINTI AZIZAN (826147)
 
PENGENALAN

>Bahasa ialah alat komunikasi yang digunakan oleh manusia dalam masyarakat kehidupannya sehari-
hari untuk bekerjsama dan berhubungan bagi melestarikan kebudayaannya serta menyebarkan dan
mengembangkan pemikirannya dalam kalangan para anggota masyarakatnya serta generasi penerusnya.
Beberapa orang tokoh bahasa memperincikan pengertian bahasa kepada beberapa definisi iaitu menurut
sapir (1921), bahasa ialah suatu kaedah bukan naluri (noninstinct) bagi manusia untuk menyampaikan
idea, perasaan, emosi, dan keinginan melalui simbol-simbol yang lahir secara sedar.
>kajian terhadap variasi bahasa bermula daripada kajian sosiolinguistik yang berfokus kepada
ketidakseragaman perlakuan berbahasa atau perbezaan penggunaan bahasa di kalangan manusia
disebabkan keragaman latar belakang manusia. dalam perbezaan penggunaan bahasa mencerminkan
kwujudan variasi bahasa. variasi bahasa dirujuk sebagai dialek atau kelainan bahasa. dengan perkataan
lain, sesebuah bahasa secara keseluruhannya tidak seragam dan ketidakseragaman itu digambarkan
menerusi dialek atau variasi bahasa.
VARIASI BAHASA

>Perbezaan bentuk-bentuk bahasa yang digunakan bagi maksud yang


sama berdasarkan situasi tertentu. makin besar jumlah penutur sesuatu
bahasa, makin luas daerah penyebarannya, dan makin banyak perbezaan
dari segi penggunaannya (kamus dewan, 1997). dalam bahasa melayu,
pelbagai dialek yang digunakan mengikut kawasan, seperti dialek kelantan,
terengganu, kedah, negeri sembilan, dan johor, dan sebagainya,
menunjukkan wujudnya kelainan-kelainan itu. penggunaan bentuk bahasa
yang berlainan berdasarkan faktor pengguna (orang yang menggunakan
bahasa) dan penggunaan (kesesuaian jenis bahasa yang digunakan dengan
keadaan).
>Kelainan bahasa disebabkan faktor-faktor sosial, antaranya latar belakang
pendidikan, jenis pekerjaan, dan kedudukan sosioekonomi penutur yang
berbeza-beza. variasi bahasa terbahagi kepada pengguna dan penggunaan
dimana pada pengguna variasi bahasa terbahagi kepada dua kategori iaitu
dialek daerah dan ideolek manakala untuk penggunaan variasi terbahagi
kepada beberapa dielek sosial seperti dialek, pijin, kreol, slanga, bahasa
formal, bahasa tak formal, bahasa halus, bahasa kasar, bahasa istana,
bahasa basahan, bahasa baku, bahasa mesra dan bahasa pasar.
JENIS-JENIS VARIASI
ANALISIS DAN PERBINCANGAN
4.1 BAHASA KASAR
 
kemudian yang empunya padi itu berkata lagi, “nyahla kamu
dari sini! kami sekali-kali tidak akan mengizinkan jikalau
makanan kami ini hendak dibawa ke bumi. kamu hanya boleh
makan makanan itu di kayangan ini.
 
(Mohd Yusof, 1986: 22)
 
Perkataan ‘nyahla’ bermaksud ‘berambuslah’ atau arahan
tegas supaya seseorang itu beredar. bahasa kasar membawa
maksud bahasa yang tidak mempunyai adab atau kurang ajar,
tidak sopan dan tidak manis. terdiri daripada bahasa kasar
biasa (bahasa tidak sesuai dengan tempat dan konteks), dan
bahasa kasar kesat (bentuk bahasa ketika sedang marah
dengan maki hamun, mencarut, mengutuk, dan sebagainya).
ciri-ciri bahasa kasar iaitu mengandungi perkataan atau frasa
yang digunakan relatifnya kasar, kata-kata makian atau cacian
terutama ketika sedang marah serta kata-kata untuk menghina
atau menimbulkan kemarahan (kamus dewan, 1997).
“sampai berhari-hari dia menanggung kesakitan. kau tak
pernah nak percaya cakap dia. kau lebih percaya akan lim fong
tanpa kauselidiki kemana dia pergi, dengan siapa dia
berkawan, apa yang dia buat selepas sekolah. apabila lim
meng cakap lim foong mencuri dut kerana berjudi, kau naik
angina. kau mengamok tak tentu pasal. kau rotan budak bagai
nak gila. kau tak pernah fikir perasaannya’’.
(Mohd Helmi, 2012: 58)
 
Perkataan ‘bagai nak gila’ melambangkan perbuatan yang
terlalu melampau dan melebihi batasan. ‘gila’ yang diletakkan
dihujung setiap ayat melambangkan setiap kata kerja yang
terdapat dihadapan perkataan tersebut akan menjadikan ia
sebagai perbuatan yang melampau. pengertian bahasa kasar
membawa maksud bahasa yang tidak mempunyai adab atau
kurang ajar, tidak sopan dan tidak manis. terdiri daripada
bahasa kasar biasa (bahasa tidak sesuai dengan tempat dan
konteks), dan bahasa kasar kesat (bentuk bahasa ketika
sedang marah dengan maki hamun, mencarut, mengutuk, dan
sebagainya) (kamus dewan, 1997).
 
apabila orang kampong datang nak beli, kau cakap gula dah
habis. padahal kausorokkan barang-barang itu di dalam stor
dekat belakang kedai tapi ada suatu masa pula, kaukeluarkan
dan menjualnya dengan harga yang paling tinggi. kau kaut
untung daripada orang kampong, sampaikan orang kampong
terpaksa berhutang dengan kau. hutang itu pula kau kenakan
bunga. kau memang tak berhati perut kerana itulah
perniagaan kau melingkup. apabila orang kampong dah tak
percaya akan kau dan perniagaan kau mula tak laku, kau
salahkan kelahiran lim meng kerana lim meng lahirlah
perniagaan kau rosak. tak ada onglah. macam-macam lagi
kau tuduh.lim meng tak bersalah. yang bersalahnya diri kau
sendiri.
(Mohd Helmi, 2012: 59)
 
Perkataan ‘tak’ adalah singkata daripada perkataan ‘tidak’.
bahasa basahan ialah bahasa yang digunakan dalam
pertuturan seharian, antara ahli keluarga, teman rapat atau
perbualan di kedai kopi. ia juga merupakan bahasa cakap
mulut, yang digunakan sesama orang melayu (nuwairi, 1997).
ciri-cirinya ialah terdapat kependekan perkataan yang ketara,
Perkataan ‘ong’ membawa maksud untung. perkataan yang
berasal dari perkataan kaum berbangsa cina selalu digunakan
dalam kalangan masyarakat melayu pada masa kini kerana
sudah terbiasa dan selalu didengari. bahasa pasar ialah bahasa
kacukan yang terdiri dalam bentuk bahasa melayu yang
digunakan dalam percakapan antara orang melayu dengan
bangsa lain, atau antara dua pihak yang bukan sebangsa
( za’ba, 1965). asalnya, orang asing yang menggunakan
perkataan melayu dalam susuk ayat bahasa asing, tetapi orang
melayu turut menggunakan tatabahasa asing supaya mudah
difahami oleh orang bukan melayu. bahasa pasar juga wujud
akibat daripada pergaulan masyarakat yang berbilang kaum
supaya saling memahami pertuturan serta bahasa yang
dituturkan apabila berlaku pertembungan antara dua pihak
yang tidak mempunyai satu bahasa perantaraan yang dapat
difahami oleh kedua-dua pihak itu.
BAHASA PASAR
 
Lim Meng tidak tega lagi menyimpan dendam. demdam ini
suatu penyeksaan. namun, apabila memikirkan tindakan yang
pernah dibuat oleh papanya dia merasakan bahawa papanya
adalah orang yang paling kejam di dunia ini.
 
(Mohd Helmi, 2012: 61)
 
Perkataan ‘tega’ bermaksud sanggup atau sampai hati. ia
berasal dari perkataan dari negara indonesia yang sering
digunakan dalam kalangan masyarakat melayu terutamanya
dalam lirik lagu. bahaasa pasar bermaksud bahasa kacukan
bentuk bahasa melayu yang digunakan dalam percakapan
antara orang melayu dengan bangsa lain, atau antara dua
pihak yang bukan sebangsa untuk ‘suka-suka’ dan bukannya
untuk penulisan berbentuk formal (za’ba, 1965).
BAHASA DIALEK DAN BAHASA ISTANA
dua bulan belakangan ini, bayaran asrama anakanda tidak
beres sepenuhnya, anakanda masih berhutang dengan pihak
sekolah sebanyak empat puluh ringgit. Oleh itu, anakanda
telah membuat keputusan untuk pulang ke kampong buat
sementara waktu. sekiranya anakanda terus berada di asrama
ini tentulah masalah kita akan bertambah.
 
(Aripin, 2007 : 69)
 
Perkataan ‘begheh atau bereh’ bermaksud beres atau sudah
siap. ia adalah salah satu perkataan yang termasuk dalam
bahasa dialek dari kelantan. perkataan ini digunakan mengikut
keadaan semasa sebagai contoh ‘bereh boh’ ataupun bila ada
soalan ditanya seperti ini, ‘macam mana dengan keadaan
mesyuarat semalam?’,yang kebiasaannya akan dijawab
dengan ‘bereh boh’. dialek ialah neka tempatan, loghat, atau
bahasa daerah. variasi tidak standard, kerana digunakan dan
difahami oleh lingkungan masyarakat atau kawasan yang
mengamalkannya sahaja (brennan, 1996). merujuk jenis
bahasa yang digunakan dalam
percakapan di sesuatu daerah atau bahagian negeri yang
mempunyai pelat sebutan yang khas, yang berbeza daripada
sebutan-sebutan umum (standard) yang digunakan di negara
ini. satu bentuk yang menyimpang daripada norma yang betul
atau standard, tetapi tidak sampai menjadikannya sebagai satu
bahasa yang lain.
bahasa istana ialah bahasa diraja yang juga disebut sebagai
bahasa dalam iaitu bahasa khas untuk kalangan keluarga
diraja dan untuk acara rasmi yang melibatkan raja dan kerabat
diraja. ia termasuk juga sebagai bahasa halus serta
pengucapan yang lembut, lunak, beradat dan terhormat. ciri-
ciri bahasa istana ialah berbentuk jumud iaitu rutin dan tidak
berubah semenjak dahulu. bersifat baku iaitu mematuhi
tatabahasa, dan rasmi iaitu digunakan juga dalam urusan
rasmi dengan rakyat, penggunaan kosa kata khusus (daripada
bahasa sanskrit). selain itu, panggilan dan kata ganti nama diri
diraja digunakan dengan meluas. perkataan ‘anakanda’
adalah perkataan yang mempunyai akhiran -nda dan -anda
yang digunakan dalam konteks kekeluargaan, sebagai tanda
penghormatan dan kasih sayang, ungkapan hormat dalam
komunikasi rasmi (kamus dewan, 1997).
BAHASA HALUS
 
apabila anakanda pulang nanti, anakanda akan menatap potret
ayahanda yang tentunya masih tergantung pada dinding ruang
tamu rumah kita itu. anakanda selalu teringat akan arwah
ayahanda.
 
 
(Aripin, 2007 : 69)
 
Perkataan ‘arwah’ selalunya digunakan untuk roh atau
seseorang yang telah meninggal dunia. disebut juga sebagai
bahasa halus atau bahasa yang beradat, bersopan santun dan
berbudaya tinggi. bahasa halus ialah bahasa yang
menggunakan perkataan atau ungkapan lain yang lebih lembut
menggantikan perkataan yang dirasakan kasar atau
menyentuh perasaan
orang lain. ciri-ciri bahasa halus melibatkan penggunaan kata
ganti nama diri yang sesuai dengan suasana formal dan tidak
formal, perkataan dan ungkapan berciri sopan iaitu
kebanyakan bahasa halus menunjukkan ketinggian budi
penuturnya, pemilihan bahasa kiasan dalam ayat seperti
bahasa berlapik atau bahasa beralas. perkataan ‘arwah’
melibatkan penggunaan perkataan daripada bahasa arab
dengan menggambarkan kehalusan budi dan hati penutur
serta berkait dengan islam yang sentiasa mementingkan
akhlak yang tinggi (kamus dewan, 1997).
RUMUSAN
Secara keseluruhannya teks dalam komsas ‘kuingin berterima
kasih’ ini, terdapat beberapa variasi bahasa yang didapati
berbeza dalam pelbagai cara. salah satu cara untuk mencirikan
variasi tertentu ialah dengan menyatakan bahawa penutur
sesuatu bahasa tertentu kadang-kadang menuturkan beberapa
variasi serta ragam bahasa seperti bahasa pasar, bahsa pijin,
bahasa slanga, bahasa, bahasa basahan dan lain-lain lagi.
Walaupun penggunaan variasi bahasa ini tidak menggunakan
bahasa yang formal dan baku namun ia adalah salah satu
teknik untuk mempelbagaikan lagi cara penulisan supaya lebih
menarik dan untuk mengelakkan rasa bosan pembaca dan
yang yang paling penting untuk membawa jalan cerita itu lebih
hampir lagi dengan para pembaca. namun, dalam penulisan
formal, variasi bahasa tidak boleh ditulis dengan sewenang-
wenangnya kerana tidak menepati kehendak penggunaan
tatabahasa yang tepat.
 

You might also like