Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 17

Interaksi Tamadun Asia

dan Kesesuaiannya di
Malaysia

1
Sejarah Interaksi Tmd China dan
Tmd Asia
Pada zaman Xia (kk kurun ke-21SM hingga ke-16SM), nama
seperti Hua, Xia dan Zhongguo mula digunakan untuk merujuk
kepada kawasan di bahagian tengah antara dua sungai besar,
iaitu Huanghe dan Yangzi.

Ini menunjukkan penduduk di kawasan berkenaan telah


mempunyai satu perasaan identiti sosial dan budaya, iaitu
kesedaran bahawa dari beberapa aspek budaya mereka adalah
satu entiti yang berlainan daripada kumpulan-kumpulan lain di
sekelilingnya.

Perasaan identiti ini adalah hasil daripada satu proses


pembudayaan yang mengintegrasikan masyarakat berbilang ras
atau etnik yang menetap di kawasan tersebut. Proses ini
memakan masa beribu-ribu tahun dan sukar dikesan dalam
kebudayaan Xia.
2
 Interaksi antara kebudayaan China dengan kebudayaan lain
bermula pada Zaman Mi.

 Mengikut ahli-ahli antropologi, kawasan-kawasan yang dipengaruhi


(dilingkungi) oleh sesuatu kebudayaan dikenali sebagai bulatan
budaya.

 Bagi kebudayaan Cina, bulatan budayanya meliputi kawasan


Korea, Jepun dan Vietnam.

 Di peringkat luar bulatan budaya, kebudayaan Cina telah


berinteraksi dengan kebudayaan di rantau Asia Tenggara, India,
Tanah Arab dan Parsi (Islam), dan Eropah.

3
Interaksi budaya China
dengan Asia Tenggara
 Menjalinkan pertalian rasmi antara negara, misi diplomatik dahulu kala
berfungsi juga untuk perdagangan iaitu saling bertukar barang secara
besar-besaran sebagai hadiah.

 Chinamenerima kemasukan hasil ekonomi antaranya rempah,


produk haiwan dan tumbuh-tumbuhan, dan semuanya dapat
memperkayakan kebudayaan kebendaan negara China.

 Melalui saluran interaksi peperangan dan imigrasi, beberapa


teknik dan teknologi China telah dibawa masuk lalu disebarkan di
rantau Asia Tenggara.

4
• Menjelang pertengahan kurun ke-19, kuasa- kuasa penjajah
Barat di rantau Asia Tenggara telah membawa masuk dan
menggalakkan import tenaga buruh dari India dan China untuk
memenuhi keperluan di sektor perladangan dan perlombongan.

• Akibatnya, setlap negara di Asia Tenggara mempunyai satu


komuniti Cina yang agak besar berbanding dengan komuniti Cina
seberang laut di luar rantau Asia Tenggara.

• Melaluipenempatan tetap orang-orang Cina di rantau Asia


Tenggara maka satu proses budaya iaitu amalgamasi
(penyatuan) atau perkahwinan campur telah berlaku dengan
penduduk tempatan.

5
• Kadar amalgamasi agak tinggi berlaku di Thailand dan Filipina,
manakala di Malaysia dan Indonesia, komuniti peranakan
muncul akibat perkahwinan campur antara orang Cina dengan
orang tempatan sejak dua atau tiga kurun dahulu.

• Selainamalgamasi, proses akulturasi (pembudayaan), iaitu


proses pertembungan yang membawa kepada saling pinjam-
meminjam unsur-unsur budaya berlaku hasil daripada interaksi
antara dua kumpulan etnik, semakin meningkat juga dengan
wujudnya komuniti Cina yang hidup saling berdampingan
dengan pelbagai etnik lain di Asia Tenggara.

6
Hubungan antara tamadun Cina dengan Asia
Tenggara mencapal zaman kemuncaknya semasa
dinasti Ming (1368-1644) berikutan ekspedisi
pelayaran Hulubalang Zheng He (1371-1433).
Ekspedisi ini melancarkan pelayaran ke rantau Asia Tenggara,
India, Tanah Arab dan Afrika Timur sebanyak tujuh kali dalam
jangka masa 28 tahun (1405-1433).

Ekspedisi Zheng He merupakan ekspedisi pelayaran yang


terbesar di dunia pada masa itu dari segi muatan dan keperluan,
bilangan anak kapal dan tugas yang dilaksanakan.

7
 Asia Tenggara berkedudukan strategik bagi China dan negara-
negara Asia Timur untuk berhubung dengan dunia luar melalui
jalan laut atau kemudiannya dikenali sebagai Jalan Sutera Maritim
(Laut).
 Selat Melaka merupakan satu jalan lintasan yang amat diperlukan
untuk menghubungkan dunia timur dengan dunia barat.
 Myanmar merupakan salah satu persinggahan yang penting
dalam perjalanan ke India atau kawasan di seberang dan
sebaliknya. Melalui Filipina pula, semasa di bawah kuasa penjajah
Sepanyol, China telah membentuk hubungan perdagangan
dengan Amerika Syarikat secara tidak langsung.

8
9
Kesesuaiannya di
Malaysia
BIDANG POLITIK

Nilai utama yang diberikan tumpuan ialah integrasi nasional


(perpaduan nasional).

Selain itu, ditekankan juga mengenai ideal demokrasi


(khasnya kematangan, kemuafakatan, komuniti sebagai
tumpuan), keamanan dan keharmonian, keadilan dan dedikasi
terhadap negara.

Tamadun China yang berasaskan humanisme dan moralisme


menekankan keharmonian, kesederhanaan, keadilan, ketaatan
dan ideal-ideal demokrasi seperti yang terkandung dalam The
Grand Unity.

10
BIDANG SOSIAL

 Tamadun Cina bersifat terbuka dan bertolak ansur. Selain itu,


sistem etika Cina sejak zaman purba berasaskan keluarga
semata-mata dan mengutamakan kebaikan hati (benevolence
atau cohumanity) serta keharmonian dalam hubungan antara
sebarang entiti (individu, kelompok, alam).

 AjaranKonfusianisme memberi banyak implikasi bagi


pemupukan kebudayaan penyayang dan pembangunan
masyarakat yang beretika, liberal dan bebas dari segi agama
dan budaya.

11
BIDANG PSIKOLOGI

Dalam tamadun China yang bercirikan personalisme,


pemupukan kendiri wajar diamalkan atas premis bahawa
manusia berkeupayaan untuk mencapai semaksima kebaikan
dan memberi manfaat.

Percaya bahawa setiap orang tanpa mengira latar belakangnya


harus dididik dan boleh dididik.

Pemupukan kendiri dalam tradisi China bertujuan untuk


kepentingan keluarga, negara dan dunia, dan bukan untuk diri
sendiri semata-mata.

Ternyata bahawa bentuk pemikiran yg terdapat dalam tamadun


China yang sememangnya relevan sebagai pedoman untuk
merancang kurikulum dan pedagogi bagi pembangunan psikologi
yang diingini.

12
BIDANG EKONOMI

 Keadilan pengagihan kekayaan adalah salah satu ideal dalam


The Grand Unity.
 Terdapat banyak nilai dalam tamadun Cina yang patut
ditekankan dalam aktiviti ekonomi.

 Contohnya ; kerajinan, berjimat-cermat, tanggungjawab


(komitmen), integriti dan ketaatan akan memanfaatkan
pertubuhan perniagaan secara langsung.

 Nilai etika seperti keharmonian, kesetiaan, kesopanan,


kepatuhan kepada norma dan peraturan, disiplin dan,
semangat bekerjasama dan sebagainya mungkin memberi
implikasi yang positif bagI teori organisasi, tingkah laku
organisasi, pengurusan perniagaan dan psikologi
perindustrian.
13
BIDANG PENDIDIKAN

Dalam konteks ini, warisan-warisan Tamadun China yang


relevan dan menarik hati ialah:

1. Kepercayaan optimistik pada potensi manusia untuk


mencapai kecemerlangan individu atau berkelompok;
2. Pendidikan sentiasa diutamakan;
3. Kepercayaan bahawa setiap individu harus dan boleh
dididik;
4. pembentukan keperibadian atau ajaran moral dan etika
diberikan keutamaan; dan
5. Guru harus dihormati dan diberi status sosial yang tinggi.

 Warisan-warisan ini adalah berpunca daripada humanisme,


personalisme, intelektualisme dan moralisme dalam
tamadun Cina.

14
BIDANG PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR

 Mengikut ajaran sama ada Konfusianisme, Taoisme atau


Buddhisme dalam tamadun Cina, manusia berkedudukan
setaraf dengan alam, maka manusia harus berusaha
memahami prinsip-prinsip alam semesta (tian) supaya
tercapai satu keadaan yang dikenali sebagai "kesatuan tian
dengan manusia".

 Fahaman mengenai alam dan keadaan kesatuan ini adalah


bersifat transendensi(di luar segala kemampuan
manusia/sangat luar biasa) dan bukan empirik. Walau
apapun, keharmonian yang tertinggi darjahnya harus
diusahakan dalam hubungan manusia dengan alam semesta.

15
Kesimpulannya semua faktor
ketamadunan ini terus
menjadi warisan yang
berkembang dan menjadi
pemangkin dalam
pembangunan Tamadun
Malaysia yang mampan pada
hari ini.

16
17

You might also like