Wawanacara

You might also like

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 27

WAWANCARA/

TEMU BUAL
Definisi Wawancara

Menurut Jeniri Amir (2005),


wawancara ialah perbualan dan
pertukaran idea, maklumat dan
pandangan antara pewawancara dan
sumber.
Tujuan mencapai tujuan yang ditetapkan oleh
sumber dan kdgkala ditetapkan bersama oleh
kedua-dua pihak.
Hasil wawancara akan dikongsi bersama
khalayak.

Khalayak akan mendapat banyak maklumat


daripada wawancara yang efektif dan sebaliknya
akan berlaku jika wawancara tidak berkesan.
Oleh itu, teknik dan keadaan persekitaran yang
betul penting bagi memastikan sesi pertukaran
idea dan pendapat tersebut berjalan dengan
rangsangan intelektual dan emosi yang positif
bagi mendapatkan maklumat yang berfaedah.
Wawancara yang berjaya memerlukan pewawancara
yg berkemahiran tinggi yg membabitkan teknik-
teknik yang hanya dapat dikuasai setelah berkali-
kali mewawancara.

Pewawancara perlu menggunakan teknik 5W dan


1H dalam wawancara.

Nota : W = what, who, where, when, which


H = how
Jenis-jenis Wawancara

Setiap wawancara mempunyai tujuan dan


teknik penyoalan tertentu

Wawancara Penyelidikan
Boleh mencecah lebih daripada 50 orang.
Masa bagi setiap wawancara sekitar 1 hingga
2 jam untuk setiap sumber

Wawancara Akhbar
Dilakukan oleh wartawan dengan sumber
untuk mendapatkan berita
Wawancara Maklumat
Wawancara yang dilakukan bagi mendapatkan
keterangan mengenai sesuatu fakta
Wawancara Mendalam
Wawancara yang dijalankan bagi mendapatkan maklumat
yg lebih terperinci mengenai sesuatu isu atau perkara
Dilakukan oleh penyelidik yang menggunakan
penyelidikan secara kualitatif
Wawancara Pendapat
Dilakukan bagi mendapatkan pendapat daripada tokoh
tertentu mengenai sesuatu isu. – biasanya isu semasa.

Wawancara Spontan
Dilakukan tanpa sebarang perancangan terlebih dahulu
dan dilakukan secara spontan.
Wawancara Personaliti
Dilakukan bagi mendapatkan maklumat berkaitan hal-hal
peribadi seseorang sama ada berkenaan orang ternama
atau orang biasa (misalnya wawancara ekslusif bersama
Tun Mahathir Mohamad, Datuk Seri Mohd Najib bin Tun
Abdul Razak)

Wawancara Penyiasatan
Banyak dilakukan oleh pihak polis
Soalan yang sama ditujukan dalam beberapa pertemuan
(boleh berlarutan sehingga pihak polis berpuas hati
dengan keterangan), mungkin bagi mengesan konsistensi
jawapan pihak yang disiasat, selain untuk mengorek
beberapa maklumat
Sambungan…

Bagi wartawan, liputan penyiasatan selalunya


melibatkan lebih daripada 20 sumber dan boleh
mencecah hingga ratusan sumber.
Proses wawancara penyiasatan memakan
banyak masa, tenaga dan (mungkin) wang.
Memerlukan kesabaran dan ketelitian.
Perlu bijak mencari sumber dan mendapat
kepercayaan daripada pihak yang disiasat.
Menyoal dalam wawancara mempunyai tujuan khas iaitu
mendapatkan maklumat.

Pelbagai keadaan mungkin dihadapi oleh pewawancara


-ada yang membisu, mengelak pertanyaan, defensif, agresif
dsbnya.

Jadi, pewawancara perlu bijak menghadapi situasi sebegini untuk


mendapatkan maklumat yang dikehendaki.
Prinsip Berkesan dalam Teknik
Menyoal
1. Merancang
‘Gagal merancang bermakna merancang untuk gagal’
Kegagalan dalam wawancara mempunyai implikasi
yang besar terutama dalam bidang penyiaran, apatah
lagi jika dijalankan secara langsung.
Justeru, rancang skop dan soalan yang ingin diliputi.
Soalan mestilah relevan dengan laporan akhir.
Tulis kata kunci di atas kad dsbnya tentang soalan bagi
memastikan kita mendapatkan maklumat yang
diperlukan.
2. Lakukan kajian mendalam
Contoh : jika membuat wawancara/temu bual tentang
GST, wawancara terlebih dahulu mencari maklumat
tentang GST supaya tahu soalan yang sesuai ditanya
3. Soalan mudah (gunakan soalan yang mudah difahami)
4. Jangan ledakkan dengan soalan berat
Mulakan dgn soalan mudah, umum (misalnya tanya
dulu latar belakang perniagaan, barulah menjurus
kepada soalan yang agak berat)
Soalan berat hanya ditanya pada penghujung
pertemuan
(Misalnya bagaimana proses mengeksport keropok ini
dilakukan?)
5. Ikut kronologi
- Soalan ikut peristiwa, gunakan ayat seperti:
- “ selepas itu, apa yang tuan lakukan?”
- “Apakah tindakan tuan selanjutnya”
- (Soalan sebegini dinamakan soalan susulan kerana
menyusul setelah pihak yang diwawancara menceritakan
sesuatu, pewawancara mungkin ingin mnetahui proses
seterusnya. Kadangkala soalan sebegini diaju secara
spontan)

6. Perlahan
Perlahankan rentak kerana pihak yang diwawancara mudah
berasa teruja untuk menceritakan pengalaman mereka.
Jadi fikiran mereka tidak menentu dan maklumat yang diberi
melompat dari satu hal ke hal lain
7. Semak maklumat asas pihak yang diwawancara
Nama, ejaan, jawatan, latar belakang keluarga
dsbnya

8. Lebih banyak maklumat yang diperoleh, lebih


baik.

9. Dapatkan anekdot- penyedap cerita, pengalaman


menarik.

10. Tanya soalan yang sumber layak jawab-dalam


lingkungan kepakaran pihak yang diwawancara
11. Tanya soalan ‘mengapa’ dan ‘bagaimana’ bagi
mendapatkan maklumat lanjut.
12. Elakkan soalan basi – soalan yang orang ramai sudah
ketahui dan lapuk
13. Soalan selari dengan tujuan wawancara dijalankan – tidak
menyimpang
14. Tumpukan perhatian kepada pihak yang diwawancara
semasa wawancara dijalankan
15.Catatkan isi penting
16. Soalan susulan
17. Ulangi soalan
18. Berhati-hati dengan perkara yang tidak diperkatakan
(misalnya, jika ini merupakan temu bual oleh wartawan,
pastikan apabila menurut laporan akhbar, jangan laporkan
perkara yang tidak dinyatakan oleh pihak yang diwawancara)
19.Cuba cungkil emosi pihak yang diwawancara – misalnya
‘apa perasaan puan apabila mengetahui tayar bas yang puan
naiki itu telah meletup dan berada dalam keadaan yang tidak
stabil?
20. Nyatakan semula jawapan untuk dapatkan kepastian
21. Sahkan statistik ataupun tarikh
22. Minta kronologi cerita
(misalnya dalam kejadian pesawat Indonesia yang bergeser semasa
membuat latihan di LIMA, Langkawi)
Contoh soalan : Boleh Encik Munawar ceritakan detik-detik cemas
semasa pesawat bergeser?
23. Jargon
boleh tanya maksud istilah (jargon) jika tidak faham
24. Tanya ‘mengapa anda berkata begitu?’
25. Minta bukti atau contoh
Misalnya dalam satu temu bual, seorang ustaz menyatakan
lelaki tidak boleh memakai cincin besi kecuali dalam beberapa
perkara.
Dalam konteks ini, pewawancara boleh minta contoh situasi
supaya penonton lebih jelas dengan perkara tersebut.
SOALAN LEMAH

Soalan ‘ya’ atau ‘tidak’-soalan tertutup, soalan ini


tidak memberi peluang kepada pewawancara
mengemukakan soalan susulan
Soalan basi telah banyak kali ditanya wartawan lain.
Subjek tidak lagi minat menjawabnya.
Soalan 2 bahagian ;
Cth 1: Mengapakah dan bagaimankah anda
melakukan perkara ini?
Cth 2: Apakah cabaran yang Dato’ hadapi dalam
melaksanakan tugasan baru ini dan bagaimana
Dato’ menghadapinya?
Soalan dengan permohonan maaf - subjek
mungkin telah membuat keputusan untuk
tidak menjawabnya
(Misalnya: Saya ingin memohon maaf puan,
betul ke puan dikatakan ada masalah
dengan penerbit filem?)

Soalan panjang - sebaik-baiknya soalan tidak


melebihi dua ayat
Tatacara Pengendalian
Wawancara
Wawancara boleh memakan masa yang singkat atau
berpanjangan hingga berjam-jam.
Bagaimana cara terbaik untuk mendapatkan sebanyak mungkin
fakta, maklumat, pandangan atau emosi sumber pada waktu
itu?

Semasa sesi wawancara, anda sebagai pewawancara


harus:
a. Memperkenalkan diri
menggunakan nama responden dgn tepat,jika ada
gelaran, gunakan gelaran spt Dr, Datuk dsbnya
b. mengemukakan soalan ringan yang berlegar di
sekitar minat subjek bagi membangkitkan subjek.-
bersedia dgn soalan ‘pembuka mulut’ iaitu soalan atau
isu berkaitan bidang atau minat individu yang
diwawancara. Jika pengarang, mungkin sentuh
berkaitan buku terbaru yg diterbitkannya, atau
berkiatn isu semasa yg menyelubungi dunia penulisan.
Hal ini dpt meruntuhkan tembok penghalang antara
pewawancara dgn subjek utk berbicara lebih mesra.
Cth:
Sebelum tu, saya ingin mengucapkan terima kasih
kerana memberi peluang kepada saya untuk
mengadakan sesi wawancara ini. Saya rasa belum
terlambat untuk saya mengucapkan tahniah
kepada Dato’ atas anugerah pingat yang diterima
baru-baru ini.

c. jangan bertanya sesuatu isu terlalu lama kerana


menampakkan yang anda ingin mengorek rahsia
dengan cara keterlaluan
d. Memastikan hubungan baik dengan subjek dan
memastikan beliau dalam keadaan selesa dan
tidak tertekan. Subjek akan sanggup berkongsi
lebih banyak maklumat jika mereka berada
dalam suasana selesa.
e. Menggunakan soalan mudah sebagai soalan
pembuka – menghilangkan gementar/tekanan
supaya subjek dapat bercakap dengan lancar
f. Peranan pewawancara adalah untuk
mengurangkan tekanan subjek
g. Memastikan soalan yang kreatif dan imaginatif
– mampu memenuhi objektif wawancara. Soalan
boleh timbul daripada jawapan subjek
h. Mendengar, mencatat, merakam,
memberi respons, menyoal,
menyiasat dan memerhati jawapan,
penjelasan serta gerak-geri subjek.

i. Guna soalan asas 5W 1H: apa, siapa, di


mana, bila, mengapa dan bagaimana
j. Tahu waktu yang sesuai menutup
wawancara atau mengajukan soalan
terakhir – pantau reaksi subjek.
Semasa mewawancara

a. pastikan bahasa jasmani yang tepat


a. beri perhatian kepada subjek
b. tunjukkan bahasa jasmani
tertentu semasa sesuatu yang
menarik diperkatakan
c. rumuskan penjelasannya tanpa
menambahkan maklumat sendiri
d. tanya lebih banyak maklumat
Jenis-jenis soalan yang boleh ditanya
dalam wawancara
Soalan khabar angin
“Terdapat khabar angin yang menyatakan
Datuk akan meletakkan jawatan sbg presiden
MCA. Sejauh manakah berita ini benar?”

Soalan ingin membantu


“Baru-baru ini saudara dituduh terlibat dengan
rasuah wang. Ini merupakan peluang terbaik
untuk saudara menjelaskan kedudukan yang
sebenar.”
Soalan menyusuli soalan lain
Pihak yang diwawancara menjelaskan
Situasi : proses
menyediakan nasi beriani gam. Misalnya beliau
menyatakan penutup periuk yang digunakan untuk
memasak nasi perlu ditutup dengan kain atau dilekat
dengan kanji.
Pewawancara boleh mengajukan soalan susulan
daripada pernyataan itu dengan mengemukakan soalan:
Kenapa penutup periuk perlu ditutup dengan kain ya?

Soalan Jikalau
“Jika Tan Sri diberi peluang menerajui
semula parti, adakah Tan Sri akan membuat
perubahan?”
Soalan Sugestif
Diolah sehingga subjek tidak dapat mengelak
daripada memberi jawapan
Soalan ini memerangkap subjek yang hendak
mengelak soalan sensitif yang dijangka dapat
menjejaskan kreadibiliti atau imej subjek
Inilah soalan yang cuba dielakkan oleh subjek
Dikemukakan oleh pewawancara yang
menguasai persoalan dan hal berkaitan subjek
dengan baik - perlu tahu sejarah subjek, perkara
yang pernah diucapkan
Jangan mudah menerima jawapan subjek. Mungkin
respons yang diberi adalah untuk mengelak soalan tadi
Contoh:
Cara 1
Menggunakan ungkapan yang pernah diucapkan
subjek

“Ketika mula-mula dilantik menjadi MB dulu, Datuk


Seri pernah berkata bahawa Datuk Seri tidak akan
terpengaruh dgn politik wang. Apakah prinsip ini
masih dipegang?”
Cara 2
Memanfaatkan fakta daripada bahan penyelidikan,
maklumat orang ramai, pembangkang dsbnya
“menurut sumber pihak Sime Darby, saudara dikatakan
mahu lepas tangan dalam hal ini kerana mempunyai
kepentingan dalam syarikat yang menceroboh kawasan itu?”

Cara 3
Berdasarkan ulasan daripada wawancara tersebut, terutama
subjek yang kelihatan tidak konsisten dengan penjelasannya
“Awal tadi Aliyah ada menyatakan tidak ingin mengambil
tahu soal peribadi Datuk Ramli MS…tapi sebentar tadi Aliyah
mengakui masih mengikuti perkembangan suami di
instagram. Jadi boleh Aliyah jelaskan”

You might also like